TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, November 2, 2017

Terkini: Penjelasan Isu Orang Bugis?

SURAT TERBUKA KEPADA SULTAN SELANGOR.

Ampun Tuanku.
Merafak sembah menjunjung kasih ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah

Sesungguhnya patik memohon ampun limpah perkenan Tuanku mencemar duli membaca warkah ringkas patik dengan hati terbuka, ikhlas dari hati seorang rakyat.

DYMM Tuanku,
Pertamanya patik dengan sembah takzimnya ingin merakamkan setinggi tahniah ke bawah duli Tuanku, kerana di bawah naungan panji Tuanku ternyata Selangor terus berkembang pesat dan mahsyur ini terbukti sepertimana sumbangan Selangor kepada suku hasil pendapatan negara.

Malah gandingan kepimpinan Tuanku dalam pentadbiran negeri Selangor amatlah patik kagumi dengan hasil mahsul bumi Selangor kini terjaga dengan baik termasuk hasil rizab yang mana atas perkenan Tuanku, rakyat beroleh hasil yang membawa kesejahteraan kepada negeri Selangor dan seluruh isinya.

Selaku anak Johor, Tuanku persis Tuanku Sultan Johor yang begitu kasih dan kisahkan rakyat malah keterbukaan Tuanku Sultan Selangor dalam segenap hal membawa kepada kemajuan atau modernisasi secara wasatiyyah dalam kalangan rakyat. Tuanku ternyata lantang demi kesejahteraan rakyat semata. Maka bersyukurlah rakyat yang berada di bawah naungan duli Tuanku.

Ampun Tuanku,

Sesunggunya patik mohon ampun dalam izin menyatakan beza pendapat dan mengambil ruang ini untuk saling memperjelaskan kepada Tuanku Sultan Selangor berdasarkan titah Tuanku hari ini (2/11/2017) yang pada hemat patik adalah salah faham mengenai pernyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap keturunan Bugis.

Ampun Tuanku,

Menurut kenyataan media dari pihak DYMM Tuanku, pada akhir perenggan pertama ada dinyatakan bahawa kenyataan Tun Dr. Mahathir adalah “dilihat cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis” sehingga timbulnya saranan dari pihak Tuanku untuk Tun Dr. Mahathir Mohamad dikenakan Akta Hasutan.

DYMM Tuanku, dari kenyataan mewakili pihak Tuanku di atas ternyata hemat patik ada salah faham terhadap kenyataan Tun. Izinkan patik memperjelaskan isu yang jelas dipolitikkan pelbagai pihak sebelum ini sedang negara dihimpit pelbagai masalah yang lebih meruncing.

Telah lama dan banyak kali sebenarnya dalam ucapan Tun yang mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menggelarkan beliau sebagai pahlawan bugis yang 'merompak' dan juga 'lanun'. Sekiranya dinilai, setiap kali pernyataan itu dilontarkan bukanlah pernyataan itu ditujukan buat seluruh bangsa atau keturunan Bugis.

Pernyataan itu juga timbul susulan kenyataan Datuk Seri Najib Razak sendiri yang menggelarkan dirinya sebagai 'Pahlawan Bugis' dalam suatu program pada 4 Jun 2015 di Sarawak. Sejak itu Tun Dr. Mahathir sememangnya menyebut mengenai Pahlawan Bugis dalam naratif untuk menyedarkan tindak tanduk DS Najib Razak yang berselindung melalui keturunan untuk menghalalkan tindakan salah laku beliau khususnya dalam hal salah guna kuasa dan rasuah. Ini ternyata sebenarnya lebih memalukan seluruh keturunan Bugis.

Malah baru-baru ini, Tun Dr. Mahathir sendiri ada memperjelaskan mengenai tindak tanduknya yang menujukan pernyataan tersebut hanya kepada Najib Razak kerana beliau atas kredibilitinya selaku Perdana Menteri yang mengamalkan salah guna kuasa sebenarnya memalukan keturunan Bugis dan bukanlah ditujukan buat seluruh keturunan Bugis hakikatnya dan ini boleh didapati melalui penulisan beliau di laman 'blog' chedet.cc bertarikh 26 Oktober 2017. Berikut adalah pautan web: http://chedet.cc/?p=2653

Malah jelas pada perenggan tiga apabila Tun Dr. Mahathir menyatakan; “Ucapan saya dituju kepada Najib yang sering mendakwa ia adalah pahlawan Bugis. Pahlawan Bugis tidak mencuri. Najib pencuri besar dan dikenali sebagai penyamun oleh seluruh dunia.”

Sebelum itu pula, dalam ucapan Tun Dr. Mahathir bertarikh 18 Oktober 2017 di Kemaman, Terengganu. Dengan jelas Tun berkata (pada minit 2:25); “Orang Bugis tak semuanya lanun, Raja kita ada keturunan Bugis juga...” (lihat video: https://www.youtube.com/watch?v=yWK66Ddg4UM ). Ini jelas menunjukkan pendirian Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menujukan pernyataan dan menempelak Datuk Seri Najib Razak semata-mata atas salah laku beliau yang menggunakan keturunan Bugis sebagai perisai.

Ampun Tuanku,

Sesungguhnya patik amat kecewa apabila isu ini ditimbulkan apatah lagi dipolitikkan bagi mengalih pandangan terhadap isu besar lain seperti rasuah, kleptokrasi dan ketirisan yang berleluasa sekaligus menghalang kemajuan negara.

Patik risau Tuanku, sedang negara tercinta berada dalam kemelesetan kesan salah-laku pucuk pimpinan Malaysia yang membawa kepada himpitan hidup rakyat, isu ini lebih diutamakan sedang 1Juta tandatangan rakyat yang marah dan terkesan dengan kemunduran ekonomi dan mahukan perubahan demi Malaysia yang lebih baik namun diketepikan.

Saya sebagai orang Melayu amatlah berasa malu sekiranya menggunakan nama sebagai 'Pahlawan Melayu' sebagai jalan untuk menghalalkan perbuatan rasuah dan menjadikan medan bangsa mahupun keturunan untuk menghalalkan perbuatan sebagai perisai. Saya yakin sebegitulah juga untuk seluruh keturunan Bugis. Ini bukan isu bangsa mahupun keturunan, tidak kisah keturunan Melayu, Bugis, India, Cina, Sabah dan Sarawak, tetapi kalau mengamalkan rasuah saya akan berasa malu akan perbuatan sedemikian yang menggunakan bangsa sebagai perisai.

Sebagai salah seorang rakyat, patik sesungguhnya idamkan sepertimana kata-kata keramat 'Raja dan Rakyat Berpisah Tiada' kerana itulah 'Wa'adat' yang mana raja sentiasa memayungi rakyat akan keperluan dan kehendak demi kesejahteraan bukanlah sebaliknya.

Malah patik terkejut dengan gesaan dari pihak DYMM Tuanku dan nyata patik berbeza pendapat untuk Tun Dr. Mahathir Mohamad disiasat di bawah akta hasutan kerana pernyataan Tun juga boleh dikaitkan dengan isu kenyataan Zahid Hamidi yang menyerang keharmonian kaum apatah lagi melibatkan keturunan India yang juga merupakan warganegara di Malaysia.

Ampun Tuanku,

Patik berharap Tuanku bersama kami rakyat, seganding dengan kami demi kesejahteraan negara dan kesenangan rakyat tuanku.

“Fight For Us Tuanku, Fight For All Malaysians”.

Ampun Tuanku.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Rakyat Malaysia.

(Kenyataan ini tidak mewakili parti, lebih kepada kenyataan peribadi dari seorang rakyat Malaysia)

Tuesday, October 24, 2017

TERKINI:LAPORAN POLIS BERKENAAN PELABURAN FELDA DI LONDON.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bersama-sama ini disertakan laporan polis yang baru dibuat berkenaan pelaburan Felda di London.

Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan

—�—�—�—�—�-

Saya bernama Mohd Rafizi Ramli (770914-11-5025) adalah Ahli Parlimen bagi kerusi Pandan, Selangor. Dengan latar belakang sebagai seorang bekas juru audit dan akauntan bertauliah, saya selalu memberi perhatian kepada prestasi kewangan badan-badan kerajaan milik rakyat. Sejak Disember 2016, saya telah memberikan perhatian meneliti prestasi kewangan Felda dan semua syarikat yang berkait dengannya.

Saya ada membaca Laporan Tahunan Felda 2015 di Pusat Khidmat Parlimen Pandan pada 4 Oktober 2017 untuk menganggarkan kedudukan aliran tunai Felda yang terkini. Bermula dari situ, saya telah menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pelaburan-pelaburan hartanah yang telah dibuat oleh anak-anak syarikat Felda sejak 2013.

Saya percaya telah berlaku banyak pelanggaran undang-undang (sama ada sengaja atau tidak sengaja) yang berbentuk jenayah yang perlu disiasat di bawah pelbagai peruntukan undang-undang seperti berikut:

1. ANAK-ANAK SYARIKAT YANG MEMEGANG HARTANAH SEPERTI YANG DIISYTIHARKAN DI DALAM PENYATA KEWANGAN FELDA YANG DIAUDIT BAGI 2015 TIDAK WUJUD

- Saya merujuk kepada muka surat 293 penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun 2015, di Nota 44(a) yang menyenaraikan semua anak-anak syarikat Felda di seluruh dunia.

- Penyata kewangan diaudit itu mengisytiharkan bahawa salah satu anak syarikat Felda di UK adalah FIC Global Ltd yang ditubuhkan di United Kingdom bagi tujuan pegangan pelaburan hartanah dan dimiliki sepenuhnya oleh Felda.

- Penyata kewangan diaudit itu (di muka surat 281, Nota 39(d)(viii)) mengisytiharkan bahawa satu pinjaman sebanyak £17.5 juta telah diambil dan dicagarkan kepada pegangan saham Felda di dalam FIC London Hotel Pvt. Ltd. (“FICLH”), anak syarikat milik penuh Felda yang memiliki Grand Plaza Kensington Hotel.

- Walau bagaimana pun, Nota 44(a) di muka surat 293 yang diwajibkan menyenarai SEMUA anak-anak syarikat Felda di seluruh dunia tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai FIC London Hotel Pvt. Ltd. (“FICLH”) ini.

- Penyata kewangan Felda yang diaudit memberi gambaran bahawa FIC London Hotel Pvt. Ltd. (“FICLH”) bukan anak syarikat Felda dan FIC Global Ltd adalah anak syarikat milik penuh Felda yang ditubuhkan di United Kingdom.

- Saya telah membuat carian di dalam Companies House di United Kingdom dan mendapati:

a) FIC Global Ltd tidak wujud sebagai syarikat yang ditubuhkan di United Kingdom, sebaliknya adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di British Virgin Island (BVI)

b) FIC London Hotel Pvt. Ltd. tidak wujud sebagai syarikat yang ditubuhkan di United Kingdom, sebaliknya adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di British Virgin Island (BVI)

- Penemuan ini menunjukkan berlaku jenayah apabila pengisytiharan yang dibuat di dalam penyata kewangan Felda yang diaudit adalah tidak benar apabila kedua-dua buah syarikat itu sama ada tidak wujud dan/atau bukanlah milik Felda.

- Segala tindakan bermula dari keputusan pelaburan, penubuhan syarikat-syarikat, pembelian hartanah, urusan statutori dan undang-undang syarikat, penyimpanan rekod yang betul dan pengisytiharan di dalam penyata kewangan boleh disiasat di bawah pelbagai peruntukan di dalam Akta Syarikat, Kanun Keseksaan, Akta Anti Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan pelbagai akta yang lain.

2. HARTANAH YANG DIBELI FELDA DIDAFTARKAN HAKMILIK ATAS SYARIKAT YANG TIDAK WUJUD DAN/ATAU DIRAGUI PEMEGANG SAHAMNYA

- Dari perkara (1), saya terus menyiasat pemilikan hartanah yang dibeli oleh Felda di United Kingdom dengan menyemak geran-geran hakmilik hartanah-hartanah tersebut.

- Saya mendapati geran bagi Grand Plaza Kensington Hotel didaftarkan di atas nama FIC London Hotel Pvt. Ltd. yang tidak wujud di United Kingdom dan kewujudan serta pemilikannya di BVI diragui.

- Carian di BVI Gazette iaitu warta rasmi Kerajaan BVI menunjukkan satu syarikat yang bernama sama telah pun dibatalkan pendaftarannya dalam bulan Mei 2016.

- Ini menimbulkan tanda tanya sama ada Felda masih memiliki hotel itu atau pun hakmiliknya telah terbatal.

- Saya juga mendapati penyata kewangan Felda yang diaudit 2015 mengisytiharkan bahawa anak syarikatnya FIC London Hotel Pvt. Ltd. mempunyai nama asal yang lain iaitu Somellier Limited yang hanya ditukar nama pada 6 Mei 2015 (rujuk muka surat 299, Nota 49(b)).

- Ini bermakna, ada kemungkinan besar syarikat yang bernama FIC London Hotel Pvt. Ltd. yang didaftarkan sebagai pemilik hotel itu pada tarikh Felda membelinya iaitu 5 November 2014 bukanlah syarikat sama yang diisytiharkan oleh Felda sebagai anak syarikatnya.

- Penemuan ini menunjukkan ada kemungkinan besar hartanah Felda yang dibeli pada harga sekitar RM330 juta tidak pernah didaftarkan atas nama syarikat yang dimiliki oleh Felda.

- Oleh itu, segala tindakan bersabit pembelian dan pendaftaran hartanah ini bermula dari keputusan pelaburan, penubuhan syarikat-syarikat, pembelian hartanah, urusan statutori dan undang-undang syarikat, penyimpanan rekod yang betul dan pengisytiharan di dalam penyata kewangan boleh disiasat di bawah pelbagai peruntukan di dalam Akta Syarikat, Kanun Keseksaan, Akta Anti Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan pelbagai akta yang lain.

Sekian, saya membuat laporan.

Monday, October 16, 2017

PAKATAN HARAPAN MEMERANGI NAJIS RASUAH

“Bersihkan Malaysia dari Najis Rasuah”

Pakatan Harapan bertekad menjadikan Malaysia di antara 10 negara paling bersih di dunia menjelang 2030.

Untuk setiap satu ringgit yang dicuri dengan rasuah, maka kuranglah satu ringgit peruntukan pembangunan sekolah. Untuk setiap sepuluh ringgit yang dicuri dengan rasuah, maka kuranglah sepuluh ringgit subsidi perubatan hospital kerajaan. Berbilion ringgit telah hilang akibat Najis Rasuah yang diamal pimpinan utama UMNO-BN.

Skandal-skandal mega yang dibongkar sejak Dato’ Sri Najib Razak menjadi Perdana Menteri membuka mata rakyat bahawa Rasuah itu Najis yang mengotori dan menghancurkan badan-badan seperti 1MDB, MARA, FELDA, Tabung Haji, KWAP dan YAPEIM. Negara boleh bankrap kerana Najis rasuah.

Wang lebih RM 20 bilion yang dicuri dalam skandal mega 1MDB sebenarnya boleh membina 460,000 rumah kos rendah, menyediakan pendidikan percuma, atau membina 50 buah hospital baru.

SPRM sekarang melapor terus kepada Perdana Menteri. Mereka hanya berani menangkap dan mendakwa “ikan bilis” - pegawai-pegawai rendah kerajaan atau pimpinan pertengahan kerajaan. “Ikan-ikan jerung” seperti MO1 yang merasuah masih bebas.

Apabila pemimpin atasan mencuri wang rakyat menerusi amalan rasuah dan salah guna kuasa, kita lah yang terpaksa bayar hutang negara dengan cukai GST, kenaikan harga minyak dan potongan subsidi beras, gula dan minyak masak.

Pakatan Harapan berikhtiar untuk membersihkan Malaysia dari Najis Rasuah, bermula dari pimpinan tertinggi kerajaan. Kami bertekad untuk menjadikan Malaysia antara 10 negara paling bersih mengikut Indeks Persepsi RasuahTransparency International menjelang tahun 2030.

Maka selepas menang PRU14, kami akan melaksanakan agenda anti-rasuah seperti berikut:

5 Tindakan dalam 100 Hari Pertama Kerajaan Pakatan Harapan:

1. Menangkap MO1 dan “ikan-ikan jerung” lain;

2. Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (RCI) terhadap penyelewengan wang rakyat melalui 1MDB dan FELDA;

3. Menubuhkan sebuah badan bebas yang akan berusaha mengembalikan aset dan wang rakyat yang telah dicuri atau diseleweng melalui rasuah;

4. Menjadikan SPRM sebuah badan bebas yang melapor terus kepada Parlimen; dan

5. Menghapuskan amalan runding terus (direct nego) untuk semua kontrak kerajaan.

Pakatan Harapan berikrar untuk hapuskan Najis Rasuah demi masa depan negara tercinta.

Dibaca oleh YABhg Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Pengerusi Pakatan Harapan

Pada

14 Oktober 2017
Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor

Sunday, October 15, 2017

Terkini: 60 buah pertubuhan berdaftar bersama hampir 400 Ayahanda bantah Pesta Arak di Johor

14 OKTOBER 2017

JOHOR BAHARU: Sebanyak hampir 60 buah pertubuhan yang bergabung bersama Majlis Ayahanda Johor (M.A.J) dengan jumlah hampir 400 orang Ayahanda telah menyerahkan memorandum bantahan terhadap pesta maksiat termasuk Oktober Fest yang bakal diadakan secara terbuka di negeri Johor Oktober ini.

Ketua Dewan Syura Majlis Ayahanda Johor, Ybhg. Tok Ayah Din Sunan berkata, bagi mengelak segala kemungkinan itu berlaku pihaknya telah menghantar memorandum dan menyerahkan kepada Pejabat Menteri Besar Johor, Pejabat Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Majlis Bandaraya Johor Baharu dan Ibu Pejabat Ketua Polis Johor Baharu dan turut memaklumkan kepada Ahli Parlimen Negeri Johor mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, memorandum itu diserahkan sendiri oleh Yang Di Pertua Majlis Ayahanda Negeri Johor, Ybhg. Paduka Tok Ayah Moharam Baharom kepada pihak-pihak berwajib agar mengambil tindakan segera bagi mencegah pesta maksiat tersebut dari terus diadakan.

Beliau berkata, dari maklumat yang diterima dan sudah tular di laman sosial dipercayai pesta arak tersebut sahih dan kini dikatakan diadakan secara tertutup di Hotel Mutiara, Johor Baharu pada 13 dan 14 Oktober 2017 ini.

Menurutnya, pada 9 haribulan lalu telahpun diadakan mesyuarat di pejabat M.A.J di Larkin Perdana dan telah mengadakan sidang media di Dewan Serbaguna Taman Sri Stulang, Johor Baharu bagi menyatakan bantahan terhadap pesta arak yang ingin diadakan itu.

“M.A.J dengan tegas membantah apa-apa juga pesta dan keramaian yang berunsurkan maksiat dan kemungkaran yang berlaku secara terbuka di negeri Johor ini,”katanya.

Beliau berkata, atas alasan kita tidak mahu negeri Johor yang terkenal dengan kekuatan aqidahnya yang berpegang teguh dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah tetapi tidak berbuat apa-apa apabila berlaku kemungkaran terutamanya di negeri Johor.

“Kita bersepakat dengan Ahli Majlis Tertinggi, Majlis Ayahanda Johor menghantar memorandum bantahan kepada pihak yang berwajib supaya diambil tindakan.”

Katanya, walaupun sebelum ini kita ada mendengar pesta-pesta dan program seumpama ini dianjurkan tetapi ia hanya dilakukan secara tertutup tetapi nampak gayanya pada tahun ini pihak penganjur kelihatan terlebih ‘advance’ mungkin untuk dapatkan lebih penyertaan dan meraih keuntungan atau mungkin mempunyai niat yang lain.

“Kita khuatir dengan iklan yang diwar-warkan dan tular di media sosial ini akan mendorong orang-orang Islam terutamanya remaja yang mungkin pegangan agamanya goyah akan terikut ataupun terpengaruh dan dalam masa yang sama kita khuatirkan tergugatnya ketenteraman awam.”

“Biasalah apabila sudah mabuk macam-macam perkara tak diingini boleh berlaku, kemalangan, pergaduhan, berpeleseran, dadah dan maksiat akan secara tidak langsung juga bakal berlaku,”ujar beliau.

Din Sunan berkata, daripada pemantauan yang dibuat, bukan sahaja M.A.J yang buat bantahan tetapi boleh dikatakan hampir seluruh penduduk Johor membantah, cuma mereka tidak ada saluran untuk menyatakan bantahan masing-masing,”katanya ketika dihubungi Menara.my di sini, hari ini.

Menurutnya, apa yang kita khuatirkan pesta arak ini dinaungi oleh orang-orang yang berkepentingan politik yang beragama Islam, ketua-ketua jabatan atau orang-orang berpengaruh di dalam negeri Johor.

“Jika perkara ini melibatkan mereka dalam penganjuran pesta maksiat ini, pada saya ini adalah amat-amat mendukacitakanlah kerana kita perlu faham satu perkara sepertimana dari hadis Nabi SAW “ setiap daripada kamu itu adalah pemimpin dan akan dipersoalkan di padang Mahsyar nanti tentang apa yang dipimpin kamu, oleh Allah SWT”.

Beliau berkata, menurut Hadis Nabi SAW lagi, “Apabila kamu melihat sesuatu kemungkaran berlaku depan mata kamu hendaklah kamu ubah ataupun kamu cegah dengan tanganmu bermaksud dengan kuasa, ini ditujukan kepada pemimpin-pemimpin, “jika tidak kamu mampu melakukannya maka hendaklah kamu cegah ia dengan lisan dan ini dikalangan alim ulama, ustaz-ustaz dan orang-orang cerdik pandai yang boleh menyampaikan hujah-hujah dan sebagainya atau jika kamu tidak mampu setidak-tidaknya hendaklah kamu membenci di dalam hati kamu mengenai perkara kemungkaran tersebut, dan itu adalah selemah-lemah iman”.

Menurut Tok Ayah Din Sunan lagi, sebagai rakyat yang juga orang awam ini mungkin kami dikalangan orang-orang nombor dua ataupun nombor tiga mengikut turutan hadis berkenaan, iaitu yang menggunakan lisan dan juga hati.

Beliau berkata, kita menyampaikan luahan kita kepada pemimpin yang mempunyai kuasa yang boleh berbuat sesuatu untuk mencegah dan mengubah dengan tangan(kuasa)jadi kita mengharapkan mereka ini prihatin dan tegas.

“Kita tak mahu negeri Johor ini mendapat kemurkaan Allah SWT, walaupun secara hukum fekahnya ada hak-hak utuk orang bukan Islam ini, tetapi penganjuran pesta maksiat seumpama ini dilihat seolah-olah mencabar umat Islam di negeri Johor.

Din Sunan berkata, untuk makluman, Majlis Ayahanda Johor sebenarnya ini hanyalah terdiri daripada kepimpinan yang bergelar Ayahanda sahaja, dan setakad ini keahlian di dalam M.A.J sahaja dalam lingkungan 400 orang yang bergelar Ayahanda dan dalam masa yang sama kita sedia maklum perkara-perkara yang melibatkan hal ehwal agama di dalam negeri Johor ini.

-TAMAT-

Saturday, October 7, 2017

Terkini : Pasir Gudang Bubur Asyurah Utara di EDL Shell Pasir Gudang.

Pasir Gudang : Pada 6/10/2017 Program masak bubur Asyurah Utara telah dilaksanakan di Pasir Gudang.

Persiapan dimulakan bermula dari malam 5/10/2017 seawal jam 9.00. Pemasangan kemah dan persiapan bahan-bahan untuk memasak bubur Asyurah tersebut.

Pengelibatan Anak Muda ARMADA dan J/Kuasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk menjayakan Program tersebut.

TAHNIAH kepada Ketua Bahagian PPBM Pasir Gudang Dr Hashim bin Hj Yusoff, ARMADA dan  SRIKANDI atas kejayaan melaksanakan program tersebut.

Program kemasyarakatan  akan terus dilakukan bagi #ppbmmesramasyarakat. PPBM sedar masyarakat Pasir Gudang tergolong dari masyarakat pelbagai bangsa dan kebudayaan. Perkara tersebut tidak menjadi halangan untuk PPBM-Pasir Gudang mendekati rakyat.

PPBM-Pasir Gudang merasakan rakyat mula sedar dan boleh menerima kehadiran budaya Politik Demokrasi. Mereka kelihatan tidak kekok atau berasa jangal kehadiran kami.

Ada setengahnya boleh bergurau senda walaupun pada pertemuan kali pertama. Ini merupakan satu perkembangan Positif di mana Parti Politik yang di terajuai OTAI Tun M dan TSMY mendapat tempat di hati rakyat.

Kebiasanya mereka menyuarakan pandangan. Pendapatan tidak sepadan dengan harga barang.

" Kami tahu dan memahami apa kehendak rakyat. Kami tidak boleh berbuat apa-apa selagi kami belum menjadi kerajaan " - Tuan Dr Hj Hashim bin Hj Yusoff.

PPBM bersama Paktan Harapan merasakan perlu untuk membantu dan membela nasib rakyat. Oleh itu PPBM dalam menyambut kemenangan 100 hari memerintah menjadi kerajaan di Malaysia berjanji akan menghapuskan cukai GST!!! - Tun M.

Tugasan rakyat Malaysia pada hari ini adalah memenangkan kerusi PPBM dan PAKATAN HARAPAN di mana-mana kerusi yang di pertandingkan dalam PRU14 akan datang.

MEDIA MESO

Wednesday, September 20, 2017

GELANG PATAH : PEMANDU TEKSI KUCEWA TIDAK DAPAT RM 500?

PENAFIAN TERHADAP TAWARAN RM 500 KEPADA 15 PEMANDU TEKSI

1. PPBM Gelang Patah telah membuat satu laporan polis untuk menafikan dakwaan bahawa PPBM Gelang Patah telah berjanji menawarkan RM 500 kepada pemandu teksi yang menyertai PPBM.

2. PPBM tidak mengamalkan budaya ' Cash is King ' .

3. Untuk makluman, sekitar 15 orang pemandu di kawasan Gelang Patah telah berjumpa dengan kepimpinan PPBM Gelang Patah untuk menyatakan masalah mereka dalam kewujudan persaingan dengan Uber dan Grab Car.

4. Semua yang hadir dalam perjumpaan tersebut dengan rela hati menyertai PPBM, tiada paksaan.

5. Kami tidak menghalang mana-mana individu untuk berjuang bersama parti ini dan mahupun sebaliknya.

6. Mari kita teruskan perjuangan kita untuk menentang kemungkaran dan pemerintah yang mengamalkan kleptoktasi serta selamatkan Negara ini.

Haji Samat Atan
Timbalan Ketua Bahagian
PPBM Gelang Patah

Monday, July 24, 2017

Peneroka berhutang sepanjang hayat!!!

17 ribu Peneroka yang menguruskan sendiri ladang mereka dan ada yang sudah bayar habis hutang mereka kepada Felda. Mana mungkin  boleh di paksa mengikut Felda yang banyak membebankan peneroka dengan bunga faedah pinjaman sarahidup yang mungkin peneroka itu sendiri tidak sedari?

Sebagai contoh Peneroka Felda yang usahakan sendiri ladang mereka. Telah bebas dari bebanan hutang tanam semula. Tetapi peneroka yang mengikut Felda hutang terkumpul ada yang mencecah 70 ribu ke 100 ribu!!! Ini ke yang di kataan nasib Peneroka Felda di bela?

Ini belum masuk pengered buah di kilang-kilang Felda!!! Beginikah cara pemimpin yang di beri kepercayaan untuk membela nasib orang Melayu di Malaysia?

Kalau rajin nanti aku tulis lagi buah Felda grade lain. Buah peneroka usaha sendiri hantar kilang felda yang sama grade lain!!!

#akuperihatin
#akupeduli

Friday, April 7, 2017

Tan Sri Muhyiddin menyanggah dakwaan Gabungan Ketua Cawangan Malaysia.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyanggah dakwaan wujudnya kroni di dalam menyusun barisan kepimpinan parti itu di peringkat bahagian dan negeri sebagaimana dakwaan Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM).

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, dakwaan itu hanya dilakukan oleh sebahagian kecil ahli parti.

"Tak apalah dalam politik ada orang suka dan tidak suka walaupun kenyataan yang keluar hanya daripada kumpulan kecil sahaja.

"Sebahagian besar ahli GKCM sudah berada dalam pimpnan PPBM sudah pun memegang jawatan mungkin ada kekecewaan atau sebab lain," ujarnya dalam sidang media diadakan hari ini.

Beliau sebelum itu mengumumkan pelantikan Rina Mohd Harun sebagai Ketua Srikandi parti itu.

Menurut Muhyiddin lagi, pihaknya sedia berbincang untuk menjelaskan duduk perkara sebenar gerakan politik yang dibawa oleh parti itu kepada GKCM yang masih kurang jelas.

"Ini sebagai cabaran, sebaik mungkin ada perkara kita berbincang untuk mmenjelaskan apakan gerakan politik di bawa oleh PPBM.

"Kita mahu mereka bersama-sama dengan kita menyokong.

"Pimpinan belum setahun jagung pun namun dalam tempoh yang singkat itu PPBM sudah diterima ramai terutama mereka yang telah berjuang dalam parti politik sebelah kerajaan (Umno).

"Sebahaian besar dikalangan pimpinan adalah orang yang baru dan ada dikalangan yang pengalaman dan pernah berada dalam parti politik.

"Kita perlu ambil masa untuk kita tahu (mengenali mereka) ini cara kita berpolitik sihat dan jika ada perkara perlu ditangani kita akan tangani bersama," ujarnya.

Pada 2 April lalu GKCM seluruh negeri menetapkan pendirian bersama dalam mesyuarat gabungan itu untuk tidak lagi menyokong kepimpinan pusat.

Timbalan Presidennya Datuk Mohd Zin Mustapa dipetik berkata, GKCM memandang serius tentang perkembangan politik mutakhir ini dakwanya, terdapat banyak kepincangan dalam partiyang baharu tujuh bulan ditubuhkan itu.

GKCM telah mengenal pasti beberapa perkara yang menjadi punca permasalahan parti yang diterajui Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu.

Dakwanya beberapa pemimpin tertinggi dalam parti jelas mengamalkan kronisme dengan melantik rakan-rakan mereka untuk menerajui kepimpinan di peringkat Bahagian dan Negeri.

Sambung Muhyiddin lagi beliau sendiri tidak pernah kenal dengan Ketua Srikandi yang diumumkan hari ini secara rasmi.

"Itu anggapan mereka. Saya sendiri tidak kenal pun Rina, malahan saya tidak kenal pun sebahagian ahli yang lain mereka bergerak awal-awal dulu bukan kerana mereka bersama dalam Umno.

"Saudari (wartawan) pun tahu mereka menyokong kita dan hendak bersama menyumbang dan berjuang bersama kita. Tidak tepat jika kata ada kroni kerana kita tidak memilih sesiapapun atas sebab mereka rapat dengan sesiapapun dalam pimpinan tertinggi parti," ujarnya.

Beliau menerangkan semua pimpinan di peringkat negeri dan bahagian dikemukakan oleh bahagian yang diterima di peringkat pusat.

Turut hadir dalam sidang media Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir,  Ketua Penerangan Datuk Kamaruddin Md.Nor, Ketua Srikandi Rina Mohd Harun dan barisan exco Srikandi.

Wednesday, April 5, 2017

Ancaman Akta 164 membaharui undang~undang 1976!!!

KENYATAAN MEDIA

ANCAMAN AKTA 164 MEMPERBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976

1. PERKASA memandang serius dan menentang keras terhadap usaha kerajaan untuk meminda Akta 164 yang menyebut apabila salah seorang pasangan memeluk islam, penukaran status agama anak hanya boleh dilakukan selepas mencapai usia 18 tahun dan mendapat persetujuan kedua-dua ibubapa, jelas dilihat satu ancaman terhadap agama islam dan  bertentangan dengan perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

2. Penentangan PERKASA terhadap pindaan Akta 164 ini bukan sahaja kerana bertentangan dengan Perlembagaan Negara tetapi yang jelasnya bertentangan dengan hukum syarak dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-87 yang di muzakarah pada Jun 2009 yang sebelum ini diterima pakai tanpa masalah oleh kerajaan. Antaranya memutuskan 'apabila salah seorang pasangan sama ada ibu atau bapa memeluk agama islam, maka status anak-anak bawah umur secara langsung adalah ISLAM.

3. Justeru itu PERKASA sangat menyokong pandangan dan nasihat Mufti Perak Sahibul Samahah Tan Sri Dr. Harunssani Zakaria agar pembentangan ini ditangguhkan.

4. Sekiranya pembentangan akta ini diteruskan, PERKASA melihat ianya memberi satu isyarat songsang betapa pihak kerajaan bersedia untuk mencabuli Perlembagaan Persekutuan dan seolah-olah memperlekehkan kesucian islam dan sekaligus tidak menghormati keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

5. Dan yang lebih malangnya  kerajaan kini yang meletakkan Islam Agama Persekutuan dilihat semakin tunduk kepada tekanan lalu mencari alasan kononnya pindaan ini berpaksikan keadilan sejagat untuk menyelesaikan pertikaian antara pasangan suami isteri yang memeluk islam dan diselesaikan oleh Mahkamah sivil.

6. PERKASA juga suka mengingatkan kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia Yang Dipertua Dewan Rakyat yang memberi amaran kononnya 'pihak luar jangan campur tangan urusan Parlimen' seperti yang disiarkan oleh Berita Harian bertarikh 4 April 2017 berikutan penentangan Akta ini dibentangkan. Alasannya pindaan akta ini telah dibincangkan secara mendalam oleh pakar perundangan termasuk pakar agama.

7. Persoalannya apakah pindaan ini didalami oleh yang kononnya 'pakar-pakar' atas nama keadilan sejagat walhal pindaan ini tidak memberi keadilan kepada si pemeluk islam.

8. Sebagai contoh Seksyen 51 akta berkenaan memperuntukan hanya pihak yang tidak memelum islam boleh memfailkan petisyen membubar perkahwinan di mahkamah sivil sementara yang memeluk islam tidak diberi hak. Ini jelas menampakkan satu diskriminasi terhadap agama islam.

9. PERKASA juga sangat tidak bersetuju apabila memasukkan Seksyen 88A bagi menghalang pihak memeluk islam untuk mengislamkan anaknya kerana cadangan ini jelas bercanggah dengan Perkara 12 (4) Perlembagaan yang memberi hak kepada ibu bapa menentukan agama anaknya di bawah 18 tahun.

10. Seperkara PERKASA mengingatkan juga dari segi bidangkuasa perundangan. Hanya Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai kuasa menentukan siapa yang berhak memeluk islam atau mengislamkan anak dibawah 18 tahun kerana enakmen pentadbiran islam di bawah kuasa negeri.

11. Akhirnya PERKASA merayu kepada Ahli-Ahli Parlimen  Malaysia sekiranya pindaan ini dibentangkan, adalah menjadi kewajipan untuk tidak menyokong kerana;

a. Bertentangan dengan hukum syarak.

b. Berlawanan dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bil 87/2009

c. Bertentangan dengan perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

12. PERKASA ahkirnya mengharapkan peruntukan sedia ada dikekalkan bagi mengelakkan ancaman terhadap islam.

HASSAN BASRI MUHAMMAD
Naib Presiden PERKASA
Malaysia

04 April 2017.

Saturday, April 1, 2017

1MDB MONEY.

Mar 2017

1. I welcome Najib’s statement that 1MDB has cleared all its bank debts and short term debts.

2. Since 1MDB is not doing any business, the payment cannot be from profits. It must be from the RM10.97 billion sale of Edra Global Energy Bhd’s asset, Syarikat Bandar Malaysia Sdn Bhd (Sungai Besi Airport) equity and the Tun Razak Exchange Land.

3. The payments listed adds up to RM3.9 billion. So 1MDB is left with RM7.07 billion.

4. But the total debt incurred by 1MDB is RM50 billion as of January 2016.

5. Bank Negara has instructed 1MDB to bring back all the money that was invested not according to the approval given by the bank upon presentation made by 1MDB.

6. 1MDB issued a statement on 28th April 2016 that it respects authority and decision of BNM.

7. On May 25, 2016 1MDB announced that it has made full payment of a fine imposed by BNM.

8. No mention is made of the amount of the fine.

9. No mention is also made about bringing back all the money that had been “invested” abroad.

10. It would be interesting to know whether 1MDB has other assets to sell to pay the balance of the RM50 billion debts amounting to RM40 billion. If there are no more assets, how does 1MDB propose to raise this RM40 billion.

11. What is the rate of interest on this balance? Unless the interest is paid the RM40 billion would increase considerably. Is 1MDB paying the interest, if not on the principal.

12. If there are no more assets, where is the RM40 billion. It is a large sum of money. It must be somewhere. Has the money been invested. If so in what. Or has it been frozen. If so who has frozen the money and why. Is 1MDB entitled to claim the frozen money? Has 1MDB brought back all the unfrozen money invested not in accordance with the approval of BNM as required. If not where is the money.

13. The statement by Najib in answer to Er Teck Hwa (DAP – Bakri) raises more questions than answers.

14. Perhaps the Prime Minister can explain. It is the people’s money. They are entitled to know as in the end they will have to pay, one way or another.

Wednesday, March 15, 2017

Tarkini: Lawatan Tun Mahathir bin Mohamad ke Forest City.

Tulisan terbaru Tun M di blognya, chedet.cc

BANDARAYA HUTAN (FOREST CITY)

13 Mar 2017

1. Saya pergi ke Forest City. Saya telah baca banyak laporan berkenaan Forest City ini. Saya juga telah membuat banyak teguran terhadap pembangunannya. Tetapi semua maklumat berkenaannya saya dapati second hand. Oleh itu saya perlu lihat sendiri Forest City ini.

2. Ia dibina di atas empat buah pulau buatan di Perairan Johor dekat dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Luasnya luas. Jalan kelas Satu yang agak panjang telah dibina ke arah Forest City.

3. Apabila sahaja memasuki jalan dalam kawasannya, tiba-tiba landscaping yang cantik luar biasa menghiasi jalan.

4. Sepanjang jalan terdapat papan tanda yang dipasang kepada tiang lampu dengan tulisan dalam bahasa kebangsaan “Hartanah Hak Milik Kekal”.

5. Tetapi Najib telah mendakwa dengan marah bahawa tanah yang dijual kepada syarikat negara Cina ini hanya sebagai leasehold 99 tahun sahaja. Mungkin Najib tidak tahu. Mungkin tidak lihat papan tanda.

6. Najib berjanji selepas 99 tahun kita akan dapat tanah kita (kita orang Malaysia). Tetapi papan tanda kata lain.

7. Sebenarnya Najib boleh batal syarat “Freehold” kerana ia bertentangan dengan dasar negara yang mana semua hakmilik tanah baru mestilah leasehold – 30, 66, 90 atau 99 tahun. Ramai rakyat Malaysia yang memohon tanah kecil mereka diberi secara kekal (freehold) tetapi gagal. Tetapi nampaknya orang asing boleh dapat secara kekal.

8. Kata pepatah Melayu (yang tidak perlu kita pedulikan) “Anak di rumah kelaparan, kera di hutan disusukan”. Kesian.

9. Ya, memang cantik dan mengkagumkan pembangunan Forest City. Yang menarik sekali ialah landscaping yang sudah menang berbagai hadiah antarabangsa. Pelawat Malaysia dan luar diberi layanan istimewa. Selain dari menunjuk model plan Forest City, pelawat boleh guna kolam renang yang luas, pantai indah dihias dengan binatang anjing laut diperbuat dengan simen. Makan tengahari percuma.

10. Kebanyakan dari pelanggan datang dari negara Cina. Diadakan penerbangan khas dari beberapa bandar Cina ke Senai, Johor. Walaupun rakyat Malaysia boleh beli flat yang sedang dibina, tetapi 90% lebih dari pembeli ialah rakyat negara Cina.

11. Penghuni Forest City boleh tinggal secara lebih kurang kekal di Forest City. Tidak ada syarat melarang mereka dari menjadi warganegara Malaysia setelah tinggal sekain lama. Oleh kerana Forest City ini adalah dalam Malaysia, tidak ada sekatan bagi penduduknya memasuki mana-mana kawasan di Malaysia. Tetapi mereka perlu visa jika ingin ke Singapura.

12. Forest City ini pula diberi status bebas cukai. Status bebas cukai Langkawi sudah ditarik balik kerana merugikan Kerajaan. Tetapi mereka yang akan mendiami Forest City, kebanyakannya orang asing akan menikmati status bebas cukai apabila barangan import dari mana-mana termasuklah negara mereka sendiri diimport terus ke Forest City.

13. Ya. Memang hebat Forest City ini. Tetapi hari ini dilapor bahawa pengeluaran wang dari negara Cina tidak akan dibenar lagi. Apakah ini akan menghalang rakyat Cina dari membeli flat mewah di Forest City.

14. Saya diberitahu bahawa flat di Forest City boleh didapati percuma jika sebuah flat atau hartanah dibeli di negara China. Tidak akan ada bayaran yang perlu dibuat di Malaysia. Syarikat Forest City tidak perlu bayar apa-apa cukai di Malaysia kerana tidak mendapat apa-apa keuntungan di sini.

15. Jika duit tidak boleh dikeluar dari negara Cina, pembeli mungkin pinjam duit dari bank di Malaysia. Saya difahamkan bahawa seorang rakyat asing bernama Peter Sondakh membeli tanah di Malaysia dengan pinjaman 90% dari bank Malaysia. Orang Malaysia akan disoal panjang jikalau meminjam, mengeluar atau memasukkan wang RM50,000 atau lebih sebelum dilulus. Ini adalah oleh kerana Kerajaan Malaysia amat prihatin terhadap pembersihan duit yang dicuri atau didapati secara haram.

16. Forest City ini akan diduduki hampir 90% orang asing. Apakah ia akan ditadbir oleh Dewan Bandaraya J.B atau akan punyai dewan bandar sendiri. Apakah bahasa rasminya? Wallahu Wa’allam!

17. 700,000 penduduknya berhak keluar masuk ke mana-mana di Malaysia, mungkin membeli harta di lain-lain tempat, mungkin juga mengadakan bisnes.

18. Mengikut undang-undang Malaysia selepas 12 tahun mereka berhak menjadi warganegara Malaysia dengan hak mengundi. Tidak ada jaminan ini tidak akan berlaku. Bahkan dengan sokongan orang kuat masa boleh dipendekkan.

19. Sesungguhnya Malaysia amat pemurah. Siapa sahaja boleh tinggal di sini. Sejak merdeka sudah 700,000 kerakyatan telah diberi kepada orang asing. Benarlah Malaysia ini negara berbilang kaum. Dengan izin Najib ia boleh jadi lebih berbilang kaum.

Syabas.

Friday, February 24, 2017

Insya Allah Barisan Rakyat Memerintah Tanah Melayu.

Kemenangan pembangkang adalah kerana rakyat mula sedar GST punca barang naik, kerajaan sekarang perlu disingkirkan. Walaupun ada kebaikkan tetapi banyak kerosakkan.

GST !!!

Hapuskan jika Barisan Rakyat Memerintah. Itu janji Tun M. Tanda Tun M berjiwa rakyat. Tahu macamana nak menjaga rakyatnya.

API !!!

Cuba tengok bil anda masing-masing. Setiap bulan bayar bil api dah macam gudang pulak jumlahnya.

AIR !!!

Singapura beli air mentah 3sen kita rakyat bayar air kadar bayarannya ada yang mencecah RM 0.80 hingga RM 3.00 miter padu Ingat rakyat ni kilang ke apa?

Ikan Termenung!!!

Sekilo RM21.00 matilah nak x payah makan ikan. Kita makan ayam. Itu yang KFC nampak penuh selalu. Menteri pendek akal cakap KFC McD orang ramai masih penuh.

BR1M !!!

Kadar bertambah banyak tiap-tiao bulan bagi x apalah!!! Jumlah penerima juga bertambah setiap tahun. Itu petanda apa??? Rakyat bertambah kaya atau bertambah susah!!! Kerajaan duit bertambah atau penyusutan duit negara!!!

Gaji!!!

Keadaan sekarang gaji permulaan bagi rakyat Malaysia adalah RM 2500.00. Kerana ikut bancian RM 3500.00 pendapatan bulanan adalah golongan miskin.

Jadi kerajaan!!!

Semua projek mega kita hentikan. Bongkar dan ambil tindakkan terhadap kementerian yang banyak melakukan keterisan wang negara. KBS,Felda/FGV, Felcra, MARA, 1MDB. Penyangak-penyangak tersebut perlu disumbat dan dibuang dari menjadi penjawat awam atau pemimpin di negara Tanah Melayu.

HARAM JADAHLAH TU NAMANYA. Rakyat disusahkan sepanjang zaman? Sekarang susah kalau tak buang BN anda cari susah sepanjang zaman?

Tuesday, January 31, 2017

Pengurusi PPBM bimbang kerajaan membuat terlalu banyak pinjaman?

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan dengan langkah kerajaan yang dakwanya membuat terlalu banyak pinjaman.

Menerusi tulisan terbaharu di  blognya, Mahathir mendakwa, kerajaan kini telah meminjam melebihi RM160 bilion ekoran kekangan kewangan negara ditambah dengan nilai Ringgit yang jatuh.

"Nilai Ringgit jatuh teruk – bermakna lebih banyak Ringgit diperlukan untuk membayar hutang dengan Dolar Amerika atau Yuan. Dari manakah duit ini akan datang. Hutang lagi atau naikkan cukai dalam negeri dan GST. Dan ini akan membebankan rakyat dengan kos sara hidup yang melambung tinggi," tulis Mahathir di blognya chedet.cc

Bekas Perdana Menteri itu berkata, walaupun tidak dapat dinafikan projek-projek mega diumumkan Najib menarik, namun yang tidak menariknya adalah kesan daripada pelaksanaan projek-projek berkenaan.

"Ya. Memang rancangan keretapi Pantai Timur adalah projek gilang dan gemilang. Yang tidak gilang gemilang ialah beban hutang. Rakyat Malaysia yang akan tanggung beban ini berpuluh tahun," katanya.

Mahathir mengulas mengenai tindakan Najib sebelum ini yang mengisytiharkan pinjaman sebanyak RM55 billion dari sebuah syarikat ketika lawatannya ke China.

Pinjaman ini adalah untuk membangunkan landasan keretapi elektrik di Pantai Timur.

"Tetapi berkenaan pinjaman sebanyak RM55 billion untuk landasan keretapi, kita boleh ramal ke mana akan perginya wang RM55 billion ini.

"Kalau benar kos landasan Pantai Timur ialah RM55 billion, yang akan dapat keuntungan ialah kontraktor asing yang tentu akan membangun projek ini," katanya.

Dakwa mahathir lagi, China pastinya akan membawa masuk teknologi dan pekerja dari negara mereka.

"Projek ini akan ambil masa sekurang-kurangnya tujuh tahun, mungkin lebih. Pekerja mereka, seramai puluhan ribu mestilah di tempat di sini, khusus di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

"Kos semua ini akan diperolehi hampir semuanya oleh kontraktor luar negeri. Jadi wang yang dipinjam dari syarikat negara China akan kembali ke sana," katanya.

Namun pada masa yang sama kata Mahathir, hutang sebanyak RM55 billion dengan faedah perlu dilunaskan oleh negara ini.

"Mungkin pembayaran akan ambil masa 30 tahun atau lebih. Jumlah bayaran bersama dengan faedah selama 30 tahun akan meningkat kepada RM90 billion.

"Kemudian datang keperluan membeli “rolling stock” iaitu gerabak-gerabak elektrik yang akan menelan belanja berbillion lagi. Sekali lagi wang berbillion akan mengalir keluar negeri," katanya.

Malah kata Mahathir lagi, pekerja luar yang dibayar gaji di sini akan dihantar separuh balik ke negara mereka. Sekali lagi wang kita akan mengalir keluar negeri.

"Sepatutnya bayaran balik semua ini, hutang, kontrak, alatan untuk landasan dan gerabak elektrik datang dari keuntungan operasi keretapi pantai timur. Bolehkah kita dapat cukup pendapatan menjual tiket keretapi atau muatan barangan antara pantai barat dengan pantai timur?," katanya lagi.

Justeru kata Mahahir, soalan yang perlu dibangkitkan lagi, adakah sesudah siap perkhidmatan itu nanti, ianya akan menjadi pilihan rakyat di Pantai Timur jika mereka ada pilihan pengangkutan lain.

"Jika tiket keretapi Pantai Timur dijual dengan harga yang tinggi mungkin ramai yang akan pilih penerbangan.Jika harga tiket rendah keuntungan mungkin tidak diperolehi.

"Jadi hutang dan kos serta kerugian perlu ditanggung oleh kerajaan dari dana campuran atau consolidated Fund," kataya.

Saturday, January 28, 2017

TERKINI : KENYATAAN TUN M (BERKAITAN ISU BMF)

26 Jan 2017

1. Saya tertarik dengan sebuah laporan baru baru ini berkaitan dokumen CIA, yang di katakan telah di deklasifikasikan oleh badan perisikan AS tersebut, berkenaan isu BMF pada tahun 1980 an.

2. Saya juga telah membaca dokumen CIA tersebut bertajuk “ DIREKTORAT PERISIKAN” bertarikh 5.3.1985. Pandangan saya telah di minta oleh wartawan tertentu.

3. Untuk makluman, laporan CIA tersebut bukan lah berbentuk spesifik atau penemuan (bukti baru) oleh AS berkaitan isu BMF. Ianya sekadar kertas maklumat biasa untuk kerajaan AS ketika itu.

4. Apa pun memandangkan saya telah di tanya, berikut adalah komen saya:

5. Pertama, laporan CIA tersebut memperakui bahawa Perdana Menteri ketika itu tidak dalam apa cara pun terlibat, baik secara peribadi mahupun di kaitkan secara langsung dengan isu Bumiputra Malaysia Finance (BMF) tersebut. Ini boleh di rujuk pada mukasurat 4 laporan tersebut di bawah tajuk kecil “ Assessing the Political Damage” yang menyebut;

“ Setakat ini tiada kaitan langsung di temui di antara Mahathir dan korupsi yang berlaku di BMF..”

6. Kedua, laporan CIA tersebut menunjukan bahawa se awal bulan Julai 1983, saya telah mengumumkan pandangan saya bahawa cara BMF menguruskan pinjaman kewangan nya adalah tidak selamat, dan saya juga berjanji tindakan akan di ambil sebaik sahaja siasatan selesai di jalankan. Ini walaupun isu BMF tersebut adalah berkaitan dengan urusan sebuah bank , dan bukan nya kerajaan. Perakuan tersebut boleh di temui di mukasurat 7 laporan CIA tersebut bertajuk “ APPENDIX’; di mana di perenggan 5 menyebut;

“ Julai 1983: Mahathir akhirnya bersuara dan mengakui pinjaman BMF yang keterlaluan kepada beberapa hartanah di Hong Kong adalah tidak selamat (cermat) dan berjanji tindakan akan di ambil jika siasatan membuktikan salah laku oleh pengurusan”

7. Ketiga, laporan yang sama juga menunjuk kan bahawa sebuah jawatankuasa siasatan (Jawatankuasa Khas Penyiasatan) telah di tubuhkan bagi menyiasat isu BMF. Rekod menunjukan bahawa Jawatankuasa Khas Siasatan yang di ketuai oleh Tan Sri Ahmad Nordin (Ketua Audit Negara) telah mengemukakan beberapa cadangan perlu untuk di ambil tindakan. Yang pasti laporan tersebut tidak di letak kan di bawah OSA (Akta Rahsia Rasmi). Dan pelepasan laporan tersebut untuk tatapan umum juga di perakui oleh CIA pada mukasurat 2 di perenggan 4.

8. Malahan, bertindak dari laporan tersebut pihak polis telah menjalankan siasatan berkaitan cadangan yang di kemukakan oleh Jawatankuasa Khas Siasatan. Yang jelas tiada sebarang cubaan untuk menyembunyikan isu tersebut dari pengetahuan umum. Samada pihak berkuasa yang sepatutnya telah membawa sebarang pihak ke muka pengadilan, adalah persoalan yang hanya boleh di jawab oleh pihak berkuasa yang terbabit.

9. Setelah menjelaskan isi kandungan sebenar laporan CIA tersebut, saya juga ingin menunjukkan perbezaan yang ketara di antara isu BMF ketika itu dengan isu 1MDB hari ini, supaya jelas yang saya tidak terlibat di dalam apa jua skandal yang menyerupai 1MDB ketika saya menjadi Perdana Menteri.

a. Isu BMF tidak seperti isu 1MDB tidak melibatkan tuduhan salahlaku secara langsung oleh kerajaan yang berkuasa. Berbeza dengan isu 1MDB di mana kerajaan yang memerintah hari ini terlibat secara langsung.

b. Isu BMF tidak melibatkan saya secara langsung sebagai Perdana Menteri ketika itu. Tetapi isu 1MDB melibatkan Najib Razak secara langsung, Perdana Menteri hari ini. Malahan beliau menjadi fokus utama skandal tersebut.

c. Berkenaan isu BMF, laporan CIA tersebut adalah oleh Agensi AS, dan bukan nya laporan khusus atau penemuan (bukti) oleh AS. Berbeza dengan isu 1MDB, Jabatan Keadilan (DOJ), sebuah agensi milik AS telah mendedahkan laporan sepertimana kertas dakwaan yang di failkan di mahkamah keadilan di California, dengan penemuan khusus yang mengaitkan isu 1MDB kepada MO1 ( di akui oleh seorang Menteri sebagai merujuk kepada Najib Razak).

d. Di dalam isu BMF, sebuah Jawatankuasa Khas Siasatan telah di tubuhkan dan laporan nya di dedahkan kepada umum. Berbeza dengan isu 1MDB, kerajaan Najib masih belum lagi menubuhkan sebarang jawatankuasa siasatan bebas, bebas dari kawalan nya. Malah laporan Ketua Audit Negara yang sedia ada tentang 1MDB tidak di dedahkan kepada umum dan telah di letak kan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

e. Isu BMF telah menyebabkan pelbagai tindakan di ambil baik di Malaysia mahupun di Hong Kong keatas pelbagai individu yang terbabit. Berbeza di dalam isu 1MDB, pihak berkuasa yang sepatutnya seperti polis dan Bank Negara masih lagi belum memuktamadkan penyiasatan mereka, tidak seperti rakan sekerja antarabangsa mereka di Amerika, Switzerland dan Singapura yang telah memuktamadkan penyiasatan mereka sehingga mereka yang terbabit telah di dakwa di mahkamah. Tetapi, kertas siasatan SPRM telah di tolak mentah mentah oleh Peguam Negara yang di lantik bagi mengantikan Peguam Negara terdahulu yang telah di berhentikan;

konon nya di atas sebab sebab kesihatan tetapi tanpa sebarang laporan perubatan dari Lembaga Perubatan. Laporan oleh Badan Bertindak Khas (Task Force) yang di tubuhkan oleh Peguam Negara terdahulu berkenaan 1MDB juga di tolak bulat bulat oleh Peguam Negara yang baru dan di letakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

f. Kesudahan isu BMF di secara umumnya di sambut baik oleh masyarakat termasuk Pembangkang dan kumpulan politik lain (sila rujuk The New York Times bertarikh, 8 Januari 1985 bertajuk “ MALAYSIA DISCLOSES DETAILS OF BANK SCANDAL’ (MALAYSIA MENDEDAHKAN BUTIRAN SKANDAL BANK)

Berkaitan isu 1MDB, siasatan sebenarnya telah di hentikan oleh Peguam Negara walaupun beliau tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Jelas parti pembangkang tidak berpuashati dengan kesudahan skandal yang melibatkan 1MDB.

Baik sama-sama kita hadamkan isu dan penjelasan yang konkrit  yang telah di berikan tidak sama dengan Mo1.

Monday, January 16, 2017

PAKATAN HARAPAN MEMERINTAH MALAYSIA BULAN NOVEMBER 2017??? INSYA ALLAH !!!

*PPBM, AMANAH, KEADILAN, dan DAP* telah sepakat mengadakan persepakatan untuk melalui pilihanraya ke 14 ini nanti, dengan satu tujuan dan matlamat untuk merampas Putrajaya.

*PAS* (pucuk pimpinan tertinggi sebilangannya dan bukan ahli bawahan sebahagian besarnya) masih dengan polemik tidak akan menyertai blok PAKATAN HARAPAN kerana di dalam pakatan itu ada *DAP*.

*PAS* tidak akan bekerjasama dengan *DAP* kerana kononnya *DAP* menolak ISLAM.....itu adalah alasan utama *PAS*.

PAS akan bekerjasama dengan Barisan Nasional pada pilihanraya kali ini kerana ..... (ada yang kata sebab RM90 juta, ada yang kata selain RM90 juta itu akan dapat lagi selepas PRU nanti, apa pun itu adalah *_hearsay_* di luar sana).

PAS agaknya "terlupa" bahawa di dalam Barisan Nasional ada sekutu yang bernama *MCA*, iaitu satu komponem Barisan Nasional yang dengan *JELAS dan TERANG* menolak *RUU355* tersebut.

Dan baru-baru ini parti  *GERAKAN* pula mempertikaikan *sekolah agama* di Malaysia ini.

Adakah *MCA* dan *GERAKAN* lebih mulia dari *DAP* di mata *PAS*, atau adakah *PAS* telah termakan budi sebanyak 90 juta kali dan ada jutaan lagi yang akan dapat selepas PRU nanti?.

*TETAPI* untuk menyalahkan organisasi parti yang berselindung di sebalik perkataan Islamik itu juga tidak adil, kerana yang membuat keputusan adalah YB Hadi Awang dan sebahagian yang telah merasa nikmat 90 juta itu ( *hearsay* ).

YB Hadi Awang (maaf saya tidak akan sesekali memangil dia sebagai ULAMAK atau USTAZ atau Tuan Guru kerana sifat2 itu tidak ada pada YB Hadi Awang, seorang Ulamak atau USTAZ atau Tuan Guru tidak boleh *MENIPU dan BERBOHONG*), dari Amanat Haji Hadi, Bersih 3 dan terbaru persepakatan dengan BN telah berterusan mempermainkan ahli-ahli PAS yang sayangkan PAS atas alasan survival politik beliau dan bukan atas survival Islam.

YB Hadi Awang di masa Bersih 3 turun bersama rakyat di jalanan ( masa ni kemanisan *hearsay* 90 juta tu belum dapat ) untuk menuntut agar kerajaan sedia ada ini turun, tetapi di Bersih 5 ( *hearsay* setelah mendapat 90 juta ) tidak turun dengan alasan haram menjatuhkan kerajaan yang ada.

Bukankah itu adalah satu pembohongan yang telah di lakukan oleh YB Hadi Awang kepada ahli-ahlinya demi survival politik beliau.

Jika Tuan Guru Nik Aziz masih hidup pasti allahyarham itu tidak bersetuju dengan tindakan YB Hadi Awang, kerana prinsip Tuan Guru Nik Aziz adalah *TIDAK AKAN SESEKALI* bekerjasama dengan Barisan Nasional sehingga bila-bila...apatah lagi bahawa MCA lebih teruk dari DAP.

Kepada ahli-ahli PAS yang sayangkan PAS dan masih menghormati Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, tinggalkanlah YB Hadi Awang yang telah melanggar wasiat Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz (agar tidak sama sekali bekerjasama dengan Barisan Nasional).

Marilah bersama-sama dengan PAKATAN HARAPAN untuk masa hadapan anak cucu cicit kita yang akan mewarisi negara ini, tinggalkan lah YB Hadi Awang dan sekutunya demi keharmonian dan kestabilan negara ini.

*SAJA NAK BAGITAU* , kalau BN/UMNO kalah...

➡�� Perdana Menteri masih tetap Melayu.

➡�� Agama Islam masih tetap agama rasmi.

➡�� Bahasa Kebangsaan masih tetap bahasa Melayu.

➡�� Raja-Raja Melayu masih tetap bersemayam di singgahsana.


Sunday, January 15, 2017

Majlis Pelancaran Parti Peribumi Bersatu Malaysia.

*Ucapan oleh YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Pengerusi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sempena Majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada hari Sabtu, 14 Januari 2017
jam 8.30 malam di Stadium Malawati, Shah Alam*

1. Kita berhimpun di sini untuk melancarkan sebuah parti politik baru.

2. Kita lancarkannya untuk mengganti sebuah parti politik yang sudah usang, yang sudah lari daripada landasan yang ditentukan oleh pengasasnya.

3. Parti UMNO bukan sahaja usang tetapi sudah menjadi parti kleptokrat, parti yang dipimpin oleh penjenayah, penyamun dan pengamal rasuah yang tidak terhingga skalanya.

4. Parti ini juga menjadi penindas keatas rakyat, mendera mereka tanpa sebab, menangkap, memasuk dalam tahanan dan menghadap mereka ke mahkamah dengan tuduhan palsu yang tidak munasabah. Peguam yang menasihat anak guam juga ditangkap.

5. Parti ini juga telah dan sedang menjual wilayah-wilayah negara sehingga wilayah-wilayah ini menjadi kawasan yang terasing dari negara, dengan penduduk asing yang berideologi bertentangan dengan kepercayaan dan pegangan bangsa kita.

6. Itulah sebahagian daripada sebab parti baru ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia ditubuh. Ianya ditubuh sebagai menyahut teriakan rakyat yang mahu supaya diselamatkan dari kleptokrasi pemerintah penyangak dan penyamun, yang bernama Barisan Nasional dengan UMNO sebagai tunggaknya.

7. Tiada ada satu usaha yang lebih mulia daripada usaha yang kita Parti Pribumi Bersatu Malaysia bersama rakan-rakan kita usahakan untuk mengamal ma’aruf dan membasmi kemungkaran UMNO dan Barisan Nasional.

Saudara dan Saudari.

8. Saya akui saya sudah tua, sudah berusia lebih dari 90 tahun. Mungkin bagi sesetengah orang yang berasa terancam, saya kononnya sudah menjadi lemah, lemah tubuh badan, lemah akal fikiran, lemah ingatan, seorang pelupa yang nyanyuk yang sepatutnya diam sahaja.

9. Tetapi sedarlah bahawa usia yang panjang ini juga memberi kepada saya peluang melihat dengan mata sendiri akan pergolakan dan nasib bangsa saya selama lebih 80 tahun di waktu dijajah oleh tiga kuasa asing, keadaan sebelum merdeka dan setelah merdeka.

10. Saya pernah bertuan penjajah di negara sendiri. Perasaan terhina menyelubungi diri, apabila terpaksa bertuankan orang asing, yang menjajah negara.

11. Demikianlah perasan terhina menekan diri sehingga timbul kepercayaan bahawa memang pun bangsa saya bangsa yang kerdil, yang tidak berkebolehan. Kedudukan dijajah memang nasib yang tidak boleh dielak oleh bangsa yang serba kurang ini.

12. Tetapi Alhamdulillah, bangsa yang lemah dan kerdil ini, bangsa yang tidak berkebolehan ini, bangsa yang serba miskin, miskin dengan duit ringgit, miskin dengan ilmu, miskin dari kekuatan semangat juang, miskin senjata - bangsa ini apabila disedari akan dipisah dari tanah air dan menjadi orang asing di negara sendiri, bangsa ini tiba-tiba terjaga, bangun, bersatu dan melancarkan serangan balas bertalu-talu untuk menebus balik maruah dan tanahair.

13. Ya. Melayu memang lemah dan mudah lupa. Tetapi kesedaran mendatangkan kekuatan yang tidak pun dimimpi berada kepada mereka.

14. Rakyat dan Raja negeri masing-masing tiba-tiba sedar bahawa mereka adalah dari satu bangsa, yang berbahasa, berbudaya dan beragama yang sama. Mereka sedar bahawa Semenanjung Tanah Melayu adalah hak mereka, warisan nenek moyang yang perlu mereka pertahan.

15. Kesedaran ini membawa kepada perpaduan dan perpaduan membuahkan kekuatan. Biar betapa kuat sekali musuh yang menjajah, namun Tanah Melayu adalah milik bangsa Melayu dan tidak akan diserah menjadi tanah jajahan selama-lamanya oleh bangsa lain.

16. Demikianlah kesedaran terhadap kehilangannya tanahair, kesedaran akan menjadi pendatang di negara sendiri, sehingga segala keperitan lain diketepikan oleh semua dan perjuangan membebaskan negara diutamakan.

17. Semua berkumpul dalam satu badan, pegawai tinggi dan rendah yang berpelajaran Melayu atau Inggeris, yang berpelajaran agama dan berbahasa Arab; semuanya bersatu dan berbaris rapat menentang penjajah.

18. Dan Raja yang telah serah segala-galanya kepada penjajah British, tiba-tiba mereka berasa kuat dan berani. Rakyat bangsa Melayu bersama mereka, dan mereka pun menolak segala perjanjian yang telah ditandatangani mereka.

19. Penjajah berasa takut kerana yang tertidur sudah pun jaga dan bangun, sanggup melakukan apa yang kononnya mereka tidak mungkin lakukan.

20. Meringkaskan cerita, negara yang selama 400 tahun dijajah, di belenggu oleh siapa sahaja, oleh Portugis, oleh Belanda, oleh British, oleh Jepun dan oleh Siam, tiba-tiba merdeka.

21. Dan merdeka memberi kuasa, kuasa untuk memperbaiki nasib bangsa, untuk menebus maruah, untuk selamatkan warisan nenek moyang.

22. Tanggungjawab dipikul dan keadilan serta timbang rasa ditunjuk kepada bangsa-bangsa lain yang setia kepada negara. Tidak ada perasaan tamak untuk merampas harta dan hak mereka yang sudah setia kepada negara. Mereka diberi hak sebagai warga negara.

23. Sesungguhnya bangsa Melayu ini berbudi bahasa, bermurah hati dan sanggup berkongsi yang sedikit yang ada pada mereka. Maka tertawanlah hati dan akal fikiran seluruh permastautin dari pelbagai kaum atau agama. Pada masa itu budi bahasa bukan slogan pilihanraya tetapi memang pun budaya asli kita.

24. Dan amanlah negara dan terbangunlah tanahair. Penanam padi, penangkap ikan, penoreh getah tiba-tiba memiliki anak yang profesional, doktor, lawyer, engineer, arkitek, professor, pentadbir dan diplomat. Pesawat terbang yang canggih diterbang dan diselenggara oleh anak penoreh dan pesawah.

25. Di seluruh dunia terdapat penuntut Melayu yang mengejar ilmu sains, matematik, nuklear sains, elektronik, IT dan bermacam ilmu lagi.

26. Lulus, mereka mengepalai kementerian, syarikat gergasi, industri pembuatan, nakhoda kapal, bahkan menjadi angkasawan. Mereka boleh. Bangsa Melayu dan Pribumi lain boleh. Bangsa Malaysia boleh.

27. Ya. Malaysia boleh. Melayu boleh. Negara pesat dibangun dan menjelma menjadi negara maju, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di dunia.

28. Inilah kepercayaan kita pada masa itu, terutama kita yang sudah mengalami pedih perit dijajah orang. Orang Melayu akan dapat bahagian mereka tanpa merampas hak orang lain, Kita bukan penyamun. Kita bukan perompak. Kita adalah bangsa bertamadun, bermaruah tinggi, adil yang tidak merampas harta orang. Apa yang kita dapat, kita dapat dengan usaha kita sendiri, dengan titik peluh kita sendiri.

29. Tetapi kemewahan mempunyai racun yang boleh racuni fikiran dan menghapuskan nilai hidup yang mulia. Dari semangat yang membakar api kebangsaan, yang menyatupadu bangsa, yang memberi kekuatan kepada kita; dari semua ini kemewahan kebendaan merasuk sehingga segala yang mulia dalam nilai hidup kita diganti dengan sifat tamak yang tidak terhingga.

30. Bangsa dan negara dilupakan dan diganti dengan ketamakan untuk diri sendiri, ketamakan kuasa, duit Ringgit, harta dan pangkat.

31. Maka bertanyalah mereka ini "Apa aku dapat". Begitu lama aku berjuang apa aku dapat. Mereka yang lain menjadi Yang Berhormat, bergaji tinggi, berkenderaan mewah. Ada yang jadi Menteri pun, Menteri Besar, Perdana Menteri. Tapi "apa aku dapat".

32. Bukankah aku yang berjuang, yang bermati-matian untuk menaikkan mereka. Mereka dapat. Apa aku dapat?

33. Dan kecewalah mereka ini. Dan terpadamlah semangat yang dahulu begitu suci. Dan digantikan dengan iri hati dan hasad dengki.

34. Tetapi apakah pula sikap mereka yang sudah "dapat", dapat menjadi wakil rakyat, gaji dan elaun, pangkat darjat, kuasa dan sebagainya.

35. Apakah mereka berpuas hati kerana mereka "dapat". Tidak juga. Mereka masih berpendapat mereka sepatutnya mendapat lebih lagi dengan lebih mudah. Yang dapat ke puncak juga demikian. Demikianlah apabila perasan tamak menguasai mereka.

36. Maka berhempas pulaslah mereka, mengejar secara halal atau haram apa yang dianggap sepatutnya dimiliki oleh mereka.

37. Maka berlakulah pencurian dan rasuah kerana tamak tak terhingga. Biarlah negara hancur asalkan yang dituntut didapati. Biarlah bangsa merana asalkan aku dapat.

38. Lupakanlah semua yang telah dicapai - ketepikan nikmat kesejahteraan hidup, pangkat darjat, kemewahan yang dikecapi.

39. Lupa juga akan pemulihan maruah bangsa, bangsa yang dahulu dihina yang kemudian dihormati dan disanjung tinggi. Apabila dihormati, apa sahaja boleh dilakukan, termasuk mencuri dan menyamun. Benarkah setelah dihormati, akan terus dihormati.

40. Lupa akan penjajahan 400 tahun dahulu, lupakan hantaran bunga emas dan bunga perak, untuk selamat dari diserang, dibunuh sesuka hati jiran dan kuasa luar, dijajah.

41. Tak usah cakap pasal lama, kata yang tamak ini. Itu dahulu. Ini sekarang. Sekali merdeka tetap merdeka. Tak akan Melayu hilang di dunia.

42. Ya Melayu tidak akan hilang. Tetapi Melayu jenis apa yang tak akan hilang? Melayu kuli orang selama 400 tahun. Inilah Melayu yang tak hilang selama itu. Apakah Melayu yang tak akan hilang di masa hadapan juga Melayu hamba yang tinggal sebagai setinggan menumpang di belakang rumah orang lain, dijadikan bahan pameran untuk pelancong asing.

43. Tetapi ini bukanlah yang disedari oleh ramai dari kita. Sekali makmur selama-lamanya makmur. Sekali merdeka, selama-lamanya merdeka. Benarkah? Kamu merdeka dahulu. Tetapi apabila datangnya Portugis, maka berlarilah kamu ke Selatan. Kamu dijajah selama 400 tahun.

44. Kemudian kamu merdeka sekali lagi. Kamu dapat nikmat, dapat rezeki, makmur. Apakah Portugis baru tidak akan datang untuk menjajah kamu lagi? Fikir. Allah memberi akal fikiran kepada kamu untuk fikir. Fikirlah.

45. Ya. Kamu mungkin dapat apa yang kamu tuntut. Tetapi kamu akan hilang apa yang masih ada pada kamu.

46. Rata-rata kamu lihat bangsa Melayu kerana daif menjual tanah. Bukan sahaja yang sekangkang kera – tetapi juga yang seluas wilayah. Beribu-ribu hektar dijual, bukan sahaja kepada orang tempatan tetapi juga kepada orang asing.

47. Maka teringatlah mereka yang melihat dan sedar akan pantun lama:
Pulau Pinang Negerinya Baru,
Kapten Light menjadi Raja,
Bila dikenang zaman dahulu,
Duduk mengalir air mata.
Tetapi ini pantun lama. Tak ada kena mengena dengan sekarang. Demikian respon mereka yang lain, yang tamak.

48. Tetapi inilah budaya kita. Tanah dijual untuk wang tunai. Kecil atau besar, tanah dijual. Tanah yang sudah dijual bukan milik kita lagi. Duit yang didapati tidak kekal. Dibelanja sehingga merosot dan hilang akhirnya. Kalau masih ada pun tidak boleh di bawa mati. Akan dihabis oleh zuriat dalam sekelip mata. Itulah rasmi duit.

49. Maka berundurlah penjual tanah ke kawasan yang terpencil dan mendirilah mereka pondok bertiang kayu, berdinding papan atau pelupuh, dengan bumbung atap nipah atau zink karat.

50. Bandar berkembang lagi sehingga sampai ke pondok yang didirikan. Nilai tanah pun naik. Sekali lagi datang pembeli menawar harga yang tidak dapat ditolak. Dan sekali lagi tanah dijual dan penjual berpindah ke desa. Akhirnya kediaman terletak dipinggir hutan, menunggu masa menjadi penginap hutan.

51. Besar atau kecil, sedarlah tanah yang dijual bukan milik kita lagi. Jika dimiliki oleh warganegara Malaysia yang lain, Alhamdulillah. Tetapi jika dimiliki, dibangun dan diduduki oleh pendatang baru dari luar negara, maka terasinglah kita dari mereka di negara kita, terdirilah kawasan asing di dalam negara, di mana kita akan jadi pendatang yang daif, terasing dan berlainan.

52. Kawasan milik orang asing ini akan dibangun dengan pesat, dengan indah, dipenuhi dengan pencakar langit dan mahligai di mana tinggal hartawan mereka yang kaya tidak terhingga. Bolehkah kita berbangga dengan kemewahan orang lain ini, berbangga dengan keindahan harta yang tidak dimiliki kita. Berbanggakah kita dengan kekayaan dan keindahan Singapura umpamanya, wilayah kita dahulu tetapi tidak lagi sekarang.

53. Jika kita fikir sedikit, akan kita sedar  ini sedang pun berlaku sekarang. Warisan kita dijual, dan dijual sehingga tidak ada apa lagi yang akan diwarisi anak cucu, sehingga mereka akan bangsat di negara sendiri.

54. Jika kita belajar dan mengambil iktibar dari sejarah dan bertindak, semua yang merosakan ini tidak akan berlaku. Tetapi kita suka dengan jalan yang mudah. Biarkanlah sahaja. Duit buta, makan buta. Apa yang lebih sedap dari yang terdapat buta. Kata Mat Salleh "there is no such thing as a free meal." Bah. Itu Mat Salleh.

55. Sekarang ini kita disedarkan walaupun daif dan miskin kita ada sedikit kuasa. Tak banyak tetapi bernilai juga. Kuasa mengundi rupanya ada harganya.

56. Apa dianya kuasa mengundi? Tak lain, tak bukan, ia adalah kuasa untuk menaikkan seseorang sehingga jadi Perdana Menteri. Wah. Kita boleh tentukan siapa menjadi Perdana Menteri. Ini kuasa. Apa harganya? Jangan fikir akan apa yang akan berlaku, kepada negara. Fikir sahaja akan Ringgit yang didapati sekarang.

57. Dan dijuallah kuasa undi seperti tanah yang telah kita jual. Malapetaka hari depan perkara lain. Anak cucu tidak akan ada negara sendiri. Itu masalah mereka. Dan dalam iklim ini terbentuklah pemimpin perasuah yang berslogan Wang tunai itu Raja.

58. Siapa sahaja boleh dibeli. Yang besar yang sudah kaya, yang sudah berada, berpangkat tinggi, tinggi harganya. Yang kerdil, murah. Murah atau mahal, jika kena harga, semua boleh dibeli. Ya: kuasa boleh dibeli jika ditawar harga yang dikehendaki pemilik. Jika tidak million, boleh tawar billion.

59. Bagi yang menyuap, keupayaan untuk suap perlu ditingkatkan. Jika kemampuan tidak ada, lakukanlah apa sahaja, halal atau haram, jenayah atau tidak. Maka perasuah pun merompak, menyamun, menipu, menyalahguna kuasa untuk menambah ongkos, dana untuk menyogok lagi.

60. Ya, semua tahu akan jenayah yang telah dilakukan. Dunia tahu dan mempunyai bukti akan jenayah yang telah dilakukan. Tetapi dedak menutup mata supaya menjadi buta, menutup telinga supaya menjadi pekak, dan menutup mulut supaya menjadi bisu. Apabila dedak disumbat ke dalam hidung bukan sahaja yang busuk tidak dapat dibau, tetapi ajal sampai pun tak disedari.

61. Pedulikan. Dunia tidak dapat bertindak terhadap penjenayah yang dikenal pasti. Hanya undang-undang negara penjenayah sahaja yang boleh dikuatkuasakan. Dan undang-undang serta penguatkuasanya boleh dibeli dengan harga tertentu, boleh kongsi sebahagian dari wang yang dicuri.

62. Institusi penguatkuasa sudah dibeli, sudah dijadikan rakan sejenayah, berkongsi hasil jenayah, dan tidak lagi dapat bertindak menguatkuasakan undang-undang dan menjalankan tugas. Dengan lebih banyak orang yang perlu disuap, curi lagi dan kongsi lagi dengan mereka yang bersekongkol. Akan ada yang dimuftikan untuk menghalal yang haram.

63. Jika wang yang hendak dicuri tidak ada, dengan kuasa yang diberi, pinjam sahaja wang untuk dicuri. Apa guna kuasa jika ia sama sahaja dengan orang yang tidak berkuasa.

64. Hari ini negara bangsa sudah dijual, dijual oleh penjenayah, dibantu oleh mereka yang bersubahat untuk sebahagian hasil jenayah. Mereka bersumpah tetapi sumpah mereka terhad di mulut yang bersuara. Oleh itu curilah. Neraka lambat lagi. Rasuah tidak berada dalam hudud. Ada  mufti yang boleh menghalalkan yang haram. Tak semua. Tapi ada.

65. Bagi yang tolak dedak, ugutan sedikit sudah mencukupi. Aku tahu tapi aku takut, takut terkurang sedikit keselesaan hidupku. Bagi mereka ini perjuangan boleh dibuat tanpa pendedahan. Berjuang mesti berjuang. Akan ditentukan rahsia mereka dirahsiakan.

66. Melayu mudah lupa. Kebanyakan Melayu mudah lupa atau sengaja lupa.

67. Mereka yang mudah lupa ini tidak akan berhenti melakukan kesilapan-kesilapan yang lama. Kata seorang pujangga barat, "those who forget the lessons of history are condemned to repeat their mistakes over and over again", "Mereka yang lupa akan pengajaran sejarah akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali".

68. Tetapi, Alhamdulillah. Ada segelintir yang tidak lupa. Ada yang sedar. Dan dengan kesedaran ini, berasa takut akan apa yang sedang berlaku dan apa dianya malapetaka yang akan timpa di masa hadapan.

69. Apakah respon mereka yang sedar, mereka yang sayang kepada negara, kepada bangsa dan agama, mereka yang tidak tamak, yang masih beramanah. Mereka yang berani sedikit.

70. Respon mereka yang mengingati sejarah ialah akan mustajabnya perpaduan dalam mempertahankan diri. Untuk ini perkara-perkara kecil yang memisah mereka, yang menyebabkan mereka bermusuh sesama mereka dan melemahkan mereka akan diketepikan.

71. Korban yang perlu mereka buat kecil berbanding dengan kehilangan yang besar, malapetaka yang akan timpa mereka jika tidak rela korban sedikit.

72. Hari ini disedari bahawa negara yang dahulu dihormati kerana kejayaan pembangunannya, kerana ketelusan pentadbirannya, kerana sikap keterbukaannya sudah tidak ada lagi.

73. Hari ini negara ini dibawah pemimpin yang bergelumang dengan rasuah, dengan jenayah pencurian duit rakyat, dengan penipuan, dengan penindasan, sudah menjadi negara ini negara pariah, negara yang dihina oleh dunia, dipimpin oleh orang yang terhina.

74. Negara ini sekarang dikenali sebagai negara rasuah yang tertinggi. Sebabnya pemimpin tertinggi sekali yang menjadi perasuah terbesar dalam negara. Dunia tahu bahawa pemimpin inilah yang mengguna kedudukan tertingginya untuk mencipta 1MDB, kononnya dana kekayaan negara, meminjam wang berbilion dan melesapkan wang ini. Dunia tahu dan rakyat Malaysia juga tahu berkenaan berbilion Ringgit yang tiba-tiba berada dalam akaun peribadi Perdana Menteri, yang tidak mungkin ada kepadanya melainkan jika ia diseludup dan dicuri.

75. Kita tahu Perdana Menteri Malaysia tidak mungkin menjadi “billionaire” kerana gaji dan pendapatan Perdana Menteri, walaupun mencukupi tetapi tidaklah sebegitu besar.

76. Dan keluarga PM bukanlah begitu kaya sehingga dapat membeli mahligai di London, New York dan Hollywood, mengeluarkan filem lucah dengan pelaburan ratusan million Dolar Amerika. Kononnya wang ini sepeninggalan keluarga. Bilakah terdapat keluarga Melayu yang dikenali dahulu sebagai billionaire. Millionaire Melayu yang boleh tinggal ratusan juta kepada waris pun tidak pernah ada dahulu. Yang boleh dipercayai ialah wang ini dicuri. Dan memang pun Jabatan Keadilan Negara (Amerika) berkata demikian. Jika tidak benar adakan saman malulah. Tetapi tidak. Hanya cuba melobi - menyogok. Negara sudah tidak ada undang-undang. Polis tidak ambil tindakan keatas laporan yang dibuat kepadanya. Sebaliknya yang melapor di masukkan dalam tahanan dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan palsu. Peguam yang menasihat anak guam juga ditahan, dihadapkan ke mahkamah. Apabila hakim mendapati mereka tidak bersalah, keputusan hakim tidak dipedulikan. Mereka masih dianggap bersalah dan pasport mereka dirampas.

77. Dan jabatan-jabatan Kerajaan diguna untuk menindas. Jika dibantah atau diumum kepada orang ramai akan perlakuan jabatan, maka penindasan dilipatgandakan. Pasport dirampas dan perniagaan diganggu.

78. Buat kali pertama Kerajaan mengguna samseng untuk mengugut, mempertahankan Kerajaan dengan mengasar, membelasah rakyat yang memprotes secara aman akan penindasan oleh Kerajaan. Ketua samseng dilayan, bahkan disuap dedak oleh pihak tertentu setelah bertindak ganas. Rakyat tahu dan samseng mengakui mendapat wang dari pihak tertentu.

79. Pemimpin samseng ini mendakwa mendapat derma. Penderma perlu bayar cukai keatas wang yang di derma. Demikian juga penerima perlu bayar cukai. Bolehkah Lembaga Hasil Dalam Negeri membuat pengakuan terhadap cukai yang telah dipungut dari penderma dan penerima. Oh! Rahsia. Dengan ini jenayah boleh dilindungi. Curilah. Kamu akan dilindungi oleh Pendakwa Raya dan polis melalui OSA dan juga LHDN.

80. Pemerintahan sekarang cuba melaga-lagakan kaum-kaum di Malaysia. Sempadan kawasan pilihanraya diubah untuk memisah pengundi mengikut kaum. Pendaftaran pengundi diganggu dan disekat supaya Gen Y tidak boleh undi. Segala-galanya dilakukan untuk merampas hak rakyat untuk mengundi dalam pilihanraya.

81. Kewangan Kerajaan merosot dengan teruk. Peruntukan bagi Jabatan dan Kementerian tidak diberi mengikut belanjawan yang telah dilulus. Demikian juga peruntukan kepada Universiti-Universiti.

82. Hutang berbillion Ringgit oleh 1MDB dialih kepada Kerajaan untuk membayar.

83. Di masa Kerajaan tidak pun dapat membayar faedah hutang 1MDB, Najib berhutang lagi. Beratus billion dihutang kononnya untuk keretapi laju, keretapi pantai timur dan lain-lain.

84. Tanah dalam Kuala Lumpur, di Johor, di Melaka dan Pulau Pinang dijual kepada orang asing. Jualan tanah ini ditafsir sebagai FDI, Foreign Direct Investment. Tetapi menjual sebahagian dari wilayah negara kepada orang asing bukan FDI. Jikalau menjual tanah pusaka adalah FDI, jual sahajalah negara. Akan kamu dapat lebih banyak duit. Tetapi kamu tidak akan mempunyai negara lagi.

85. Sesungguhnya Najib telah rosakkan politik, ekonomi, kewangan dan masyarakat Malaysia. Kerosakan ini amatlah teruk. Tetapi Najib bersedia memburukkan lagi keadaan negara ini.

86. Tidak syak lagi jika Najib terus menjadi Perdana Menteri, kerosakan negara akan menjadi lebih teruk lagi sehingga tidak dapat dirongkai dengan mudah.

87. Jika kita, rakyat Malaysia, yang begitu sayang kepada negara bertuah ini, jika kita ingin selamatkan Negara tercinta ini, usaha mesti dibuat dari sekarang untuk singkirkan Najib sebagai Perdana Menteri.

88. Kita akui penyingkirannya tidak mudah kerana sokongan buta tuli yang diberi kepadanya oleh wakil rakyat UMNO, dan wakil rakyat BN, pegawai penguatkuasaan Kerajaan, oleh polis dan pendakwaraya, dan penghapusan pemerintahan mengikut undang-undang.

89. Rayuan kepada Raja-Raja juga gagal menghasilkan apa-apa.

90. Maka cara yang tinggal kepada rakyat hanyalah dengan mengalahkan Najib, UMNO dan BN dalam pilihanraya.

91. Untuk inilah kita tubuh Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Tujuannya ialah untuk menggembeling tenaga rakyat dan bekerjasama erat antara parti-parti pembangkang untuk menukar kerajaan pimpinan Najib dalam Pilihanraya Umum ke-14.

92. Percubaan oleh parti-parti pembangkang dahulu gagal. Mereka gagal kerana penyatuan mereka tidak menyeluruh dan kuat. Tetapi kali ini kita semua bersetuju untuk mengadakan parti campuran yang lebih kukuh ikatan antara mereka.

93. Parti Pribumi Bersatu akan menjadi komponen dalam parti campuran ini. Kita, Campuran Pembangkang akan guna satu simbol, satu manifesto dan meletakkan satu calon sahaja dalam tiap satu kawasan. Semua parti-parti komponen akan sokong calon yang satu ini. Tidak akan ada calon lain yang mewakili parti campuran kita.

94. Mungkin akan ada parti lain yang kononnya akan menentang BN. Tak usahlah mereka menyangkal kerana perletakan calon mereka hanya akan memecah sokongan rakyat kepada campuran pembangkang supaya Najib akan menang.

95. Bagi kita dalam parti campuran sebarang perbuatan untuk kononnya melawan BN dengan meletakkan calon oleh parti lain, tidak lain tidak bukan, ianya adalah untuk mengkhianati rakyat yang berhasrat menjatuhkan Najib melalui pilihanraya.

96. Namun demikian PPBM dan campuran pembangkang akan sanggup menghadapi cabaran perlawanan tiga penjuru atau lebih. Rakyat, pengundi, yang sayang kepada negara dan bangsa mesti faham akan hasrat parti diluar campuran parti-parti pembangkang meletakkan calon. Mereka sebenarnya menyokong Najib. Mereka sendiri tidak akan menang. Terutama di kawasan yang mereka kalah pun akan dituntut oleh mereka, guna untuk memecah perpaduan musuh Najib supaya Najib menang. Rakyat perlu faham mengundi pihak ketiga atau keempat bermakna mengundi untuk Najib, untuk UMNO, untuk BN, untuk kleptokrasi.

97. Jika dengan sokongan rakyat parti campuran pembangkang menang dan dapat mendiri Kerajaan, apakah yang boleh dilakukan oleh Kerajaan baru ini?

98. Yang pertamanya ialah mengembalikan negara ini sebagai Negara demokratik yang menghormati pemerintahan mengikut undang-undang.

99. Ini bermakna rakyat kembali bebas melapor dan mendakwa siapa sahaja termasuk pemimpin Kerajaan, jika terdapat salahlaku atau jenayah dilakukan mereka.

100. Tidak akan ada pilih kasih dalam menguatkuasa undang-undang negara.   Pendakwaraya tidak boleh letak tuduhan dan laporan oleh orang awam atau agensi Kerajaan dalam OSA (Akta Rahsia Rasmi), untuk melindungi jenayah sesiapa.

101. Kebebasan bersuara dan kebebasan media melapor kebenaran akan dijunjung oleh Kerajaan baru. Walaupun demikian keselamatan dan keamanan dalam masyarakat dan negara akan diambilkira mengikut kehendak majoriti rakyat.

102. Kebebasan berpolitik juga akan dihormati oleh Kerajaan Parti Campuran Pembangkang.

103. GST akan dihapuskan secara beransur-ansur dan diganti dengan sales tax (cukai jualan) mengikut selera rakyat.

104. Nilai matawang akan dipertahan tanpa penjualan Dolar Amerika dalam simpanan (reserve) negara.

105. Akan kita cipta cara yang lebih berkesan untuk pemulihan nilai matawang supaya tidak menekan rakyat, terutama yang mempunyai anak belajar di luar negeri.

106. Kita akan selidik habis-habisan akan wang 1MDB yang diselewengkan. Hutang-hutang baru untuk projek yang membazir akan kita kenalpasti dan kita kaji semula dari segi kemampuan kita berhutang. Kita akan kejar semua wang 1MDB dan Kerajaan yang telah dilesapkan, yang kita tahu berada di tangan orang tertentu.

107. Tafsiran FDI, Foreign Direct Investment (pelaburang asing secara langsung) akan dikembalikan kepada pelaburan dalam industri pengeluaran barangan untuk pasaran tempatan dan eksport.

108. Pembelian tanah secara besar-besaran oleh orang asing dengan tujuan menempatkan orang mereka akan diteliti dari segi kesan terhadap masa depan politik negara.

109. Segala salahguna kuasa oleh jabatan atau agensi Kerajaan akan diselidik dan pihak yang teraniaya akan dipulih dengan adil.

110. Kemiskinan dalam negara akan dikurangkan melalui pengwujudan peluang kerja dan latihan kemahiran; melalui pemulihan nilai Ringgit dan pengurangan kos sara hidup.

111. Yang miskin tegar kerana sebab-sebab tertentu akan dibantu dengan wang yang mencukupi bagi kehidupan yang dianggap selaras dengan sebuah negara yang prihatin.

Luar Negara

112. Umumnya Malaysia akan mengadakan dasar bebas dari sebarang ikatan dengan blok-blok di dunia.

113. Tumpuan akan diberi kepada sebarang ketidak adilan yang dilakukan oleh mana-mana pihak di dunia. Sebarang rampasan wilayah oleh mana-mana pihak akan ditentang oleh Malaysia.

Saudara-Saudari, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

114. Percayalah kerajaan yang akan mengganti BN pimpinan Najib mempunyai cukup kepakaran dalam bidang pentadbiran, politik, ekonomi, kewangan dan kesejahteraan hidup masyarakat untuk melaksana program pemulihan negara dalam perkara-perkara yang tersenarai di atas. Kerajaan ini akan hormati sistem pentadbiran negara dengan memisahkan kuasa antara legislature (pembuat undang-undang dan dasar), eksekutif (pelaksana keputusan pembuat undang-undang dan dasar Kerajaan) dan kehakiman.

115. Pihak Kerajaan (Perdana Menteri yang dipilih oleh legislature) tidak boleh menguasai eksekutif atau judiciary.

116. Perdana Menteri pula mesti mendapat persetujuan Kabinet sebelum mengemukakan dasar kepada Dewan Rakyat untuk mendapat persetujuan majoriti daripada ahli Dewan,

117. Kejatuhan nilai Ringgit akan dipulih melalui pentadbiran dan pengurusan kewangan negara secara bertanggungjawab (prudent) mengikut aturan peraturan. Segala perbelanjaan Kerajaan akan dirancang dengan teliti melalui budget yang sah yang dikemuka kepada Parlimen.

118. Jabatan Audit Negara akan dibebaskan daripada Perdana Menteri dan laporan disampaikan kepada Parlimen, Kerajaan dan orang ramai. Laporan audit tidak perlu dikemukakan kepada Peguam Negara. Laporan Audit tidak akan diletak dibawah OSA.

Bersih

119. Penyertaan lebih seratus ribu rakyat dalam tunjuk perasaan Bersih jelas menunjuk betapa mereka anggap Kerajaan sekarang adalah kotor, tidak berprinsip, tidak bersih.

120. Rakyat berkehendak Kerajaan yang bersih. Kita, Parti Pribumi Bersatu Malaysia juga sependapat dengan persepsi kebanyakan NGO dan rakyat dan ramai daripada kita telah pun menyertai tunjuk perasaan Bersih.

121. Parti kita bersama dengan parti-parti pembangkang yang akan tubuh parti campuran akan berusaha mendirikan Kerajaan yang bersih, terutama dalam pengurusan Pilihanraya di negara tercinta ini. Segala reformasi yang diperlukan akan dilakukan.

122. Kita akan tentukan rasuah berbentuk wang atau barangan lain tidak akan diberi kepada pengundi di apa juga peringkat untuk mendapat sokongan dalam pilihanraya.

123. Jika didapati BR1M mustahak maka wang ini akan diagih oleh pegawai Kerajaan. BR1M tidak boleh dimasukkan dalam mana-mana manifesto mana-mana parti.

124. Jika dipersetujui oleh rakyat BR1M akan dijadikan bantuan statutory yang ditentukan oleh undang-undang dan budget biasa. Perdana Menteri tidak boleh tentukan pemberian ini atau jumlahnya, atau cara penyampaiannya.

125. Sesungguhnya yang miskin dan daif akan diberi bantuan supaya mereka boleh hidup sempurna. Soal mereka sokong atau tidak parti campuran pembangkang tidak akan diambilkira dalam bantuan yang akan diberi.

126. Saya sebagai bekas ahli dan bekas presiden UMNO menyeru kepada ahli-ahli UMNO supaya tinggal parti pimpinan orang yang terlibat dengan rasuah dan rompakan, seorang kleptokrat. Tinggallah UMNO seperti saya dan ramai pemimpin dan ahli UMNO meninggalkan UMNO.

127. Janganlah sesiapa meyokong parti UMNO dan BN secara buta tuli. Parti yang dahulu banyak berjasa, hari ini sudah menjadi parti pengkhianat kerana mendokong dan mempertahankan pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin mereka.

128. Apabila pemimpin sudah tidak lagi berpandu kepada dasar yang mulia dan bahagia yang ditentukan oleh pengasas parti, ia perlu ditukar. Perlembagaan parti mengizin dan memberi panduan akan cara menyingkir pemimpin yang sudah tidak lagi layak.

129. Jika penyingkiran pemimpin tidak dapat dilakukan kerana sebab-sebab tertentu, pilihan yang ada ialah dengan meninggalkan parti.

130. Tetapi perjuangan asal parti perlu dikekalkan. Perjuangan ini telah diambilalih oleh pihak lain, parti lain, khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Oleh itu tinggallah UMNO dan sertailah PPBM.

131. Rakyat berbilang kaum di negara ini akui akan keistimewaan kedudukan orang Melayu dan Pribumi lain.

132. Mereka yang menyertai parti campuran pembangkang menghormati Perlembagaan Malaysia termasuk Artikel 153. Sudah tentu PPBM menjunjung tinggi Perlembagaan Malaysia dan akan mempertahankannya.

133. Penubuhan PPBM bertujuan untuk mewakili orang Melayu dan bumiputra lain dalam parti campuran pembangkang supaya penyelewengan UMNO dapat diatasi dan diganti. PPBM bukan milik pengasasnya sahaja. Ia adalah milik semua Melayu / Pribumi yang menyertainya. Ia juga adalah milik penyokongnya.

134. Inilah hasrat PPBM. Tidak ada niat oleh PPBM untuk merampas hak mana-mana kaum, atau hak rakyat.

135. Sebaliknya niat PPBM ialah pemulihan pemerintahan yang demokratik di negara ini bersama dengan kaum lain seperti yang diwasiatkan oleh pejuang kemerdekaan negara bertuah ini.

136. Inilah sahaja niat kami. PPBM adalah milik semua orang Melayu dan Pribumi Malaysia. Sebagai parti pribumi ia mendapat pengiktirafan dan sokongan semua kaum.

137. Kami berikrar akan berpegang kuat kepada amanah untuk menyelamatkan negara ini, dan berpegang kepada perlembagaan negara untuk memelihara hak dan kedudukan orang Melayu dan pribumi lain tanpa merampas hak kaum-kaum lain.

138. "Ya Allah Ya Tuhan kami. Bersempena dengan perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kami memohon inayah dan taufikMu, Ya Allah, Kurniakanlah akan kami kesejahteraan dan kebahagiaan dan kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami, dan hati mereka yang bersama kami supaya sedar akan kemungkaran yang sedang berlaku di negara kami.  Ya Allah Ya Tuhan Kami,  Ingatkanlah kami semua bahawa Engkau tidak akan ubah nasib buruk bangsa kami melainkan kami sendiri berusaha mengubahnya kepada yang baik. Oleh itu makbulkanlah doa kami ini dan berilah kepada kami kejayaan supaya akan terselamatlah bangsa dan negara kami ini. Walhamdulillahi rabil ala min......"

139. Inilah doa kami dan inilah janji kami.

140. Oleh itu dengan keikhlasan janji kami, saya dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim merasmikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat