Masyarakat
Cina Malaysia didakwa "menolak salam persahabatan" yang dihulurkan oleh
orang Melayu apabila sebahagian besar mereka mengundi Pakatan Rakyat
dalam pilihan raya umum Ahad ini.
Ini ditegaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang akhbar khas di Putrajaya hari ini ketika menilai prestasi BN dalam pilihan raya umum ke-13.
Menurutnya, masyarakat Cina telah termakan "propaganda" DAP untuk menjatuhkan kerajaan "Melayu yang didakwa korup".
Beliau juga menolak tanggapan bahawa trend pengundian mencerminkan wujudnya jurang politik bandar dan luar bandar.
"Sekarang
bandar meliputi kawasan pinggir bandar juga," katanya sambil menambah
bahawa hasilnya Selangor telah menjadi sebuah negara yang majoriti Cina.
Beliau mengulangi pendiriannya bahawa kempen DAP adalah untuk membuat masyarakat Cina membenci orang Melayu.