22 Oktober 2022.@0252
Khalifah Tok Ayah
T A Z
PPBM di Jemput untuk sertai MUFAKAT NASIONAL melalui surat oleh UMNO dan PAS.
Tan Sri Muhyiddin Yassin balas persetujuan melalui surat juga. Tetapi UMNO buat keputusan menolak BERSATU.
Kami BERSATU sentiasa
berlapang dada untuk menerima UMNO. Tetapi jika Penghinaan demi Penghinaan dari
UMNO maka sesuailah kenyataan Presiden PPBM menyatakan musuh BERSATU dan PN PRU
15 adalah UMNO Barisan Nasional.
Kenyataan Zahid ketika ini juga jelas tidak mahu Melayu Bersatu. Goblok ada pemimpin macm ini tidak sesuai dijadikan Pemimpin rakyat. Tolak Zahid UMNO BN PRU 15.
Rakyat Malaysia perlu tekad jiwa dan raga tolak Parti yang merosakkan Negara.
1. LCS halimunan dah siap?
2.1mdb,SRC, terbongkar sudah.
3.Yayasan akalzahid masih
terlindung sedang dibicarakan. PRU 15 Zahid bertanding?
4.Pecah amanah masih di
bongkar.
5..Rasuah meningkat perlu
dibongkar juga.
Sebab itu mereka-mereka ini tidak suka BERSATU bimbang KES mereka dibongkar oleh BERSATU.
Maka dengan ini adalah menjadi kewajipan kepada seluruh Rakyat Malaysia untuk selamatkan Negara dari Keleptrokasi bercita-cita untuk memerintah Negara.
Misi Dan Visi
PERIKATAN NASIONAL
Satu Undi anda sebagi rakyat Malaysia adalah satu undi untuk mengalahkan Kleptrokasi dan menuju misi kita untuk menyelamatkan Negara.
Manakala Visi kita adalah untuk kestabilan Negara dan kemakmuran Rakyat menuju wawasan 2030.
Perikatan Nasional akan laksanakan penambahbaikan bila mendapat mandat rakyat menang PRU-15.
Sebagai makluman asas sahaja.
1. Memerangi Rasuah, membawa Kluster Kleptrokasi ke Mahkamah.
2. Meyediakan peluang
pekerjaan seluas-luasnya kepada rakyat Malaysia. Sebagai Contoh Kerajaan
Perikatan Nasional telah berjaya membuka Peluang pekerjaan kepada 530 ribu
rakyat Malaysia semasa menjadi Kerajaan.
3. Membongkar Kapal Halimunan
LCS TLDM. Dan semua KES-KES berkaitan kepentingan Negara di urus dan diselesaikan
hingga tuntas.
4. Membongkar penumuan
100bilion Wang Negara di sorok di luar negara. Berusaha untuk membawa balik
semula wang-wang Negara.
5. KES 1MDB memastikan tiada
ganguan dari mana-mana pihak untuk mencampuri urusan Mahkamah. Perikatan
Nasional beri kebebasan Mahkamah mematuhi melaksanakan Perlembagaan Negara.
6. Sentiasa bersedia membantu
rakyat keluar dari tekanan hidup yang serba mencabar.
7. Kemaskini Bajet 2023 untuk
keselesaan dan kemakmuran Rakyat.
8. Memerangi pemberi rasuah
juga menjadi ajinda Perikatan Nasional.
9. Banyak LAGILAH nanti
sambung lagi.
Apa yang Perikatan Nasional mahukan rakyat Malaysia yang layak Mengundi undilah Kerajaan Perikatan Nasional. Keluarlah Mengundi BERAMAI-RAMAI bagi menangkan Perikatan Nasional.
Jika kita tidak keluar mengundi. Kita seolah-olah mengalah sebelum Berjuang untuk menyelamatkan Negara Malaysia.
Undilah PN!!!!
PERIKATAN NASIONAL.
Alang-alang berjuang kita
mesti tahu siapa musuh kita. Kami tidak peduli siapa pun untuk berkawan tetap
kami terima. Apa yang PENTING jangan tembak kaki kawan.
Tembak musuh tembak mata musuh sekalipun kami tidak peduli. Jangan tembak kaki sendiri itu pantang kami dalam Perikatan Nasional.
SELAMAT DATANG seluruh Parti dalam Negara , demi untuk selamatkan Negara Malaysia kami mahu seluruh rakyat Malaysia tumpukan pada undi tuan-tuan, puan-puan adik abang kakak yang disayangi sekelian. Satu Undi anda semua penting untuk selamatkan Negara.
Mengapa saya katakan undi anda PENTING untuk selamatkan negara. Kita sebagai Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa Keleptrokasi bercita-cita untuk memerintah Negara.
KUMPULAN tersebut tidak menghiraukan akan keselamatan rakyat asalkan CITA-CITA mereka perlu dipenuhi. Mereka terlalu rakus sehingga hilang Pertimbangan bagaimana untuk mentadbir Negara.
Nasihat berkenaan musim banjir dijangkakan bermula November 22 hingga Mac 23 tidak diambil pusing malahan diperlecehkan oleh puak-puak mereka.
Bajet 2023 amat PENTING untuk kelancaran pengurusan Negara tetapi di tinggal bontang sebelum kelulusan di Parlimen.
Malahan menyatakan Bajet 2023 tersangat baik untuk rakyat. Walhal tidak diluluskan lagi. Malahan manis gula-gula di gembar gemburkan kononnya kena menangkan UMNO BARISAN NASIONAL baru rakyat dapat menikmatinya. Rakyat Malaysia jangan tertipu lagi. Jangan terkena SCAM sepanjang hayat.
Rakyat Malaysia jangan tertipu dengan helah Bajet 2023 gula-gula PRU. Bajet 2023 tidak LULUS lagi tidak dibentangkan. Sudah-sudahlah jangan kita asik disia-siakan dengan kerakusan mereka.
Marilah bersama kami membentuk Kerajaan Perikatan Nasional. Satu undi rakyat Malaysia menyelamatkan Negara Dan Rakyat.
Perikatan Nasional sentiasa memerangi Kleptrokasi sepanjang masa. Perikatan Nasional melalui Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan SPRM dengan tugas-tugas Khas untuk membawa pulang Wang Negara diluar Negara oleh angkara-angkara Pengkhianat Negara.
Perikatan Nasional sudah pasti akan mengemukakan Bajet 2023 demi kemakmuran Negara dan Rakyat. Oleh itu mandat penuh rakyat diperlukan untuk Perikatan Nasional membentuk Kerajaan.
InsyaAllah.
GRS sokong Perikatan Nasional.
GPS sokong Perikatan Nasional.
Apa yang PENTING seluruh rakyat Malaysia bertikat sebulat Hati undi Perikatan Nasional!!!
Memerangi Rasuah dan Pemberi Rasuah?
Penubuhan Badan Pencegah Rasuah yang kini dikenali dengan nama Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Pertama: senario umum dan kedua: menangani rasuah.
Aspek Pertama: Senario umum; rasuah adalah perbuatan pecah amanah. Dosa pertama yang dilakukan manusia adalah kesalahan melanggar amanah; dikisahkan dalam ayat 115 Surah Taha bermaksud: "Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat".
Perintah terkandung dalam ayat 35 Surah Al-Baqarah
yang bermaksud: "Dan Kami berfirman: Hai Adam, diamilah oleh kamu
dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik
di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang
menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim."
Dokumen tertua ditemui menyentuh rasuah, terkandung
dalam Arthasastra, tulisan BC Kautilya di India, pada tahun 300
sebelum Masihi. Di China, Dinasti Qing pada tahun 220 sebelum Masihi memahami
konsep rasuah dan mengenakan hukuman berat ke atas mereka yang terbabit.
Takrif rasuah
Rasuah ditakrifkan perbuatan salah guna kuasa untuk
memperkayakan atau memberi kelebihan kepada individu, anggota keluarga dan
kenalan rapat ketika seseorang itu diamanahkan tanggungjawab mentadbir urus
sumber awam.
Prof Emeritus Dr Petrus van Duyne (Tilburg
Universiti), penyelidik tersohor jenayah ekonomi, penyeludupan wang dan rasuah,
mentakrifkan konsep rasuah secara saintifik: "Corruption is an
improbity or decay in the decision-making process in which a decision-maker
consents to deviate or demands deviation from the criterion which should rule
his or her decision-making, in exchange for a reward or for the promise or
expectation of a reward, while these motives influencing his or her
decision-making cannot be part of the justification of the decision."
Rasuah berlaku di sektor awam dan swasta, malah
hari ini turut berlaku dalam institusi antarabangsa, institusi agama serta
badan sukarela dan badan sukan. Ban Ki-Moon, Setiausaha Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu pada September 2007 menyatakan: "Corruption
undermines democracy and the rule of law. It leads to violations of human
rights. It erodes public trust in government. It can kill."
Rasuah sebagai antara sebab utama membantutkan
pertumbuhan ekonomi, menghilangkan minat pelaburan asing, meningkatkan kos
pentadbiran dan urus niaga, menidakkan rakyat daripada mendapat perkhidmatan
serta mendorong kepada berlakunya ketidakstabilan politik.
Banyak negara dianugerahi rahmat Ilahi dengan
pelbagai sumber kekayaan tetapi kerana rasuah, ada yang terbenam dalam kemelut
kemunduran - ada yang tertimbus dalam lumpur kemiskinan. Kekayaan negara
disalah guna - hasil mahsul lesap, akibatnya kemunduran terus melanda -
kemiskinan terus merebak. Apabila tidak ada kesungguhan untuk membanteras
rasuah, ia akan tumbuh melebar - subur membesar, lalu diterima sebagai norma
dan akhirnya meresap menjadi budaya, hingga memusnahkan sesebuah negara bangsa.
Khazanah negara tiris akibat rasuah
Rasuah mengakibatkan ketirisan khazanah negara,
pembangunan tidak lestari, pencemaran alam sekitar, agihan kekayaan tidak
seimbang, dan peningkatan kemiskinan. Antara tahun 2001 hingga 2010, hampir
enam trilion dolar disalah guna di negara-negara miskin hingga menjejaskan
kehidupan rakyat biasa.
Dianggarkan, setiap tahun, satu trilion dolar
pengubahan wang secara haram berlaku di negara-negara miskin dan kurang
membangun; dianggarkan juga, setiap tahun, 38 ke 64 bilion dolar hasil dalam
bentuk cukai di negara sedang membangun, tidak dipungut kerana rasuah.
Ketirisan satu trilion dolar, menjadi punca kepada
3.6 juta kematian setahun; kerana hasil negara yang sepatutnya dibelanjakan
untuk perkhidmatan kesihatan, makanan dan infrastruktur, telah dilesapkan.
Perangkaan tahun 2012 mendedahkan, separuh daripada 61 juta kanak-kanak yang tercicir
sekolah rendah berlaku di Sub Saharan Afrika.
Jika rasuah berjaya dihapuskan di Sub Saharan
Afrika, setiap tahun, 10 juta kanak-kanak akan mendapat kemudahan sekolah,
500,000 guru boleh dilantik, dan lebih 11 juta penghidap HIV/AIDS dapat
dibekalkan ubat antiretroviral.
Rasuah turut berlaku di negara maju - negara kaya,
dalam pertubuhan antarabangsa; malah berlaku pada skala lebih besar, memberikan
impak global hingga menjejaskan kehidupan insan di serata dunia. Bermakna,
mereka di negara maju, tidak sebersih kain yang putih - tidak sejernih air di
telaga zamzam.
Sektor swasta tidak sunyi daripada skandal rasuah.
Pada tahun 2012, bank ternama antarabangsa dikenakan denda 21 bilion dolar atas
pelbagai kesalahan membabitkan fraud, mengelak cukai, manipulasi
kadar faedah dan pelaburan berisiko tinggi. Syarikat Siemens pada tahun 2008,
telah mengolah akaun syarikat untuk menghalalkan rasuah dengan menyediakan
peruntukan 50 juta dolar, di bawah klasifikasi Bajet Rasuah Tahunan. Syarikat
Siemens didenda 800 juta dolar di bawah akta The Foreign Corrupt Practices,
Amerika Syarikat.
Pada tahun 2010, enam syarikat minyak dan gas yang
beroperasi di Amerika Syarikat didenda 236 juta dolar di bawah akta yang sama.
Selama 25 tahun, syarikat Walmart menjadi subjek Foreign Corruption Act;
Walmart akhirnya mengaku secara konsisten telah membayar rasuah di Mexico
antara tahun 2003-2008. Rolls-Royce membuat pengakuan terbuka menggunakan
rasuah sebagai instrumen untuk menembusi pasaran China.
Institusi-institusi antarabangsa tidak bebas
daripada pelbagai skandal. Nama baik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tercemar
berikutan pendedahan skandal program 'oil-for-food' yang dilakukan oleh pihak
tertentu, melibatkan individu dan syarikat di beberapa negara, antaranya,
Amerika Syarikat, Australia, Britain, Jerman, Perancis, Russia dan Switzerland.
Program Millenium Development Goals (MDG),
diperkenalkan pada tahun 2000, bertujuan membantu nasib lebih satu bilion
manusia yang berpendapatan kurang daripada satu dolar sehari; rasuah telah
mengakibatkan kos program bekalan air bersih dan sanitasi meningkat 48 bilion
dolar lebih tinggi.
Sumber ekonomi dan kegiatan ekonomi di bawah sistem
pemerintahan komunisme terletak di bawah kawalan langsung negara. Maklumat
dikawal secara ketat, media berada di bawah kawalan pemerintah dan masyarakat
awam tidak mempunyai kebebasan bersuara secara terbuka. Sistem pemerintahan
sedemikian membolehkan akar rasuah tumbuh melata.
Transformasi ekonomi China
Bermula dengan era Deng Xiaoping pada tahun 1978,
meskipun kekal dengan doktrin politik berteraskan komunisme, Negara China telah
melakukan transformasi ekonomi secara radikal hingga kini muncul sebagai kuasa
ekonomi kedua terbesar di dunia. Reformasi ekonomi membuka ruang untuk
membolehkan berlakunya rasuah lebih besar, melalui pelbagai peluang baharu
penswastaan.
Kekayaan baharu mencetuskan masalah baharu. The
Washington-based Global Financial Integrity menganggarkan 2.83 trilion
dolar telah dialirkan keluar secara haram dari China di antara tahun 2005
hingga 2011. Lebih 150 'economic fugitives' dari China, majoritinya terdiri
daripada pegawai yang mempunyai rekod melakukan rasuah dilaporkan berada di Amerika
Syarikat.
Sumber Reuters melaporkan Interpol
mempunyai waran tangkap terhadap 69 warga China atas kesalahan rasuah,
menggelapkan wang, fraud, dan sogokan. Xinhua News Agency pada
Julai 2014, melaporkan sejak tahun 2008, 730 warga China dari pelbagai negara
di serata dunia, yang disyaki melakukan jenayah ekonomi telah diserahkan
kembali.
Presiden Xi Jinpeng mengakui secara terbuka bahawa
China sedang dilanda masalah rasuah; mengumumkan pendirian tegas bahawa
kepemimpinan beliau berazam untuk membanteras rasuah. Dalam ucapan sulungnya
selepas mengambil alih kepemimpinan negara, Presiden Xi antara lain
menegaskan: "Inside the party, there are many problems that need
to be addressed, especially the problems among party members and officials of
corruption and taking bribes, being out of touch with the people, undue
emphasis on formalities and bureaucracy; ...to forge iron, one must be
strong."
Rakyat China diingatkan bahawa tentera China tewas
kepada tentera Jepun pada tahun 1894 walaupun pertahanan China memiliki kapal
yang mahal daripada Eropah. Sejarawan menyifatkan kekalahan China adalah disebabkan
amalan rasuah dalam kalangan pemimpin tinggi China ketika itu. Presiden Xi
memberi amaran bahawa parti dan negara akan musnah jika rasuah tidak
dihentikan. Li Keqiang dalam sidang akhbar pertama selepas dilantik sebagai
Perdana Menteri pada 15 Mac 2013, menegaskan: "stirring vested
interest may be more difficult than stirring the soul...; clean government
should start with oneself,. Only if one is upright himself should he ask others
to be upright. After entering public service, we should give up all thought of
making money".
Pengisytiharan harta
Pegawai kerajaan yang hidup mewah, mengadakan
majlis keraian secara besar-besaran termasuk majlis perkahwinan, disiasat,
diminta mengisytiharkan sumber pembiayaan. Langkah pengisytiharan harta diri
dan anggota keluarga diperkenalkan dalam kalangan ahli parti dan anggota
pentadbiran. Serbuan dilakukan di pusat hiburan dan pelacuran, dan tindakan
dikenakan kepada polis serta pihak berkuasa tempatan kerana tidak bertindak
memberhentikan aktiviti sedemikian. Sejak tahun 2013, lebih 200,000 pegawai
dijatuhkan pelbagai hukuman.
Sistem pemerintahan berteraskan demokrasi,
berpegang kepada doktrin kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat. Betapa
sekalipun kecacatan yang ada, sistem demokrasi sering kali dianggap lebih
superior, memiliki mekanisme dan saluran untuk mendedahkan amalan rasuah elit
pemerintahan. Ia dikatakan modul terbaik, membolehkan berlangsungnya amalan
ketelusan, akauntabiliti serta semak dan imbang. Doktrin demokrasi membolehkan
rakyat menukar kerajaan. Jika kerajaan gagal memberikan perkhidmatan terbaik
kepada rakyat.
India terkenal sebagai demokrasi terbesar dunia,
memberi ruang kebebasan yang luas kepada warga untuk bersuara. Namun demokrasi
yang mengizinkan kebebasan bersuara tidak banyak membantu membendung rasuah
secara berkesan. Amalan rasuah terus menjalar bagaikan parasit yang subur hidup
di setiap pepohon pentadbiran negara. Ia dibimbangkan semakin merebak.
Peristiwa Tehelka.com adalah kes menarik untuk
dijadikan rujukan. Pada 13 Mac 2001, Tehelka.com mengadakan sidang akhbar,
mendedahkan skandal rasuah dalam urusan pembelian senjata. Rakaman video
mendedahkan penglibatan pemimpin tinggi politik, birokrat dan tentera.
Dua wartawan Tehelka.com menyamar sebagai ejen
Syarikat West End International, berunding untuk mendapatkan kontrak bagi
membekalkan peralatan keselamatan. Kamera dipasang secara sulit merakamkan
transaksi rasuah yang berlaku. Rakaman video mendedahkan Bangaru Laxman,
Presiden Parti Bharatiya Janata menerima sogokan 100,000 Indian Rupee (2,170
dolar).
Tehelka.com dedah rasuah
Tehelka.com turut mendedahkan budaya rasuah di
Kementerian Pertahanan India. Rakaman video memperlihatkan pegawai kanan
tentera minum wiski sambil berfoya-foya bersama pelacur; juga mendedahkan 16
pegawai tentera menerima sogokan antara September hingga Disember 2000. Atas
desakan rakyat, Menteri Pertahanan George Fernandez meletakkan jawatan, Bangaru
Laxman meletakkan jawatan Presiden Parti Bharatiya Janata, empat Pegawai Kanan
Kementerian Pertahanan digantung kerja.
Tehelka.com dipuji rakyat kerana berani mendedahkan
perlakuan rasuah peringkat tinggi; tetapi kerajaan menguar-uarkan bahawa
Tehelka.com menjadi instrumen parti pembangkang, di samping berperanan sebagai
ejen Pakistan dan kepada Agensi Perisikan Eropah, bertujuan jahat memburukkan
kerajaan.
Direktorat Badan Perisikan India, Pihak Berkuasa
Percukaian, Jabatan Kastam dan Polis, bergabung tenaga, melakukan pelbagai
siasatan terhadap Tehelka.com. Ironinya, siasatan lebih menumpukan kepada etika
kewartawanan dan bukannya perlakuan rasuah yang didedahkan.
Kesudahannya, Ketua Pengarang Tehelka.com, Tarun
Tejpal didakwa pada September 2001 atas kesalahan moral menawarkan pelacur
kepada pegawai tentera. Shanker Sharma, pelabur terbesar Tehelka.com
dipenjarakan tanpa dakwaan. Bilangan staf Tehelka.com menguncup daripada 120
orang pada tahun 2001 kepada empat orang pada tahun 2003, di samping aset
syarikat yang tinggal hanya tiga komputer dan beberapa kerusi berdebu.
Bermakna, Tehelka.com terpaksa gulung tikar kerana bertindak sebagai whistle
blower; sementara pihak yang didedahkan melakukan rasuah, terlepas daripada
hukuman; malah George Fernandez dilantik semula sebagai Menteri Pertahanan
tujuh bulan selepas meletakkan jawatan.
India disifatkan memiliki budaya rasuah berterusan
dan berulang. Data tahun 2003 menunjukkan hanya 15 peratus daripada Dana
Membasmi Kemiskinan, sampai kepada rakyat miskin. Laporan The Centre of
International Policy yang berpangkalan di Washington bertarikh
November 2010 mencatatkan, sejak mencapai kemerdekaan, India dianggarkan
kehilangan 452 bilion dolar, pada kadar 20 bilion dolar setahun melalui
pemindahan wang ke luar negara secara haram.
Wawancara Julian Assange yang disiarkan oleh Times
Now News Channel, pada 26 April 2011, menyatakan rekod simpanan wang dalam
bank-bank di Switzerland dari kalangan warga India mengatasi warga lain dunia.
Di Jepun, Skandal Lockheed 1976, melibatkan Perdana
Menteri Kakuei Tanaka dalam urusan pembelian 21 pesawat Airbus oleh All Nipon
Airways. Kakuei Tanaka melalui proses perbicaraan mengambil masa tujuh tahun.
Pada Oktober 1983, Tanaka disabitkan oleh Mahkamah Daerah Tokyo, dijatuhkan
hukuman empat tahun penjara dan denda 500 juta Yen. Tanaka mengemukakan rayuan.
Pada Julai 1987, Mahkamah Tinggi Tokyo mengekalkan keputusan; Tanaka sekali
lagi mengemukakan rayuan.
Meskipun disabitkan kesalahan, Tanaka tetap
mendapat sokongan rakyat, dipilih sebagai Ahli Parlimen (DIET) kawasan Niigata
dengan kemenangan majoriti besar dalam pilihan raya yang berlangsung pada
Disember 1983. Seluruh prosiding perbicaraan Tanaka melewati 17 tahun.
Ketika Tanaka meninggal dunia pada 16 Disember
1993, proses rayuannya masih belum selesai; bermakna Tanaka terlepas daripada
menjalani hukuman. Soal selidik dilakukan pada Januari 1995 oleh akhbar Yomiuri
Shimbun mendapati, populariti Tanaka tidak terjejas kerana Skandal
Lockheed, malah Tanaka berada di ranking teratas berbanding Perdana Menteri
Yoshida Shigeru, Sato Eisaku dan Ikeda Hayato. Dalam kalangan penyokong, Tanaka
disanjung sebagai pemimpin yang mengambil berat nasib rakyat, dianggap pemimpin
politik Jepun paling popular pada era pasca Perang Dunia Kedua.
Jepun hampir capai sifar rasuah
Indeks Persepsi Rasuah 2013, mencatatkan Jepun
mencapai 74 markah, berada pada ranking ke-18. Namun skandal rasuah yang
berlaku, meletakkan Jepun berada dalam paradoks, di antara jernih air di
permukaan tasik dengan lumpur hitam di dasar tasik. Jepun dianggap hampir
mencapai status sifar rasuah pada peringkat petty corruption yang
melibatkan pegawai bawahan, tetapi berlaku structural corruption secara
besar-besaran melibatkan pihak atasan. Ahli politik Jepun perlu modal besar
untuk survival, menampung perbelanjaan aktiviti politik dan untuk mendapatkan
sokongan politik.
Skandal Lockheed 1976, antara faktor yang mendorong
Amerika Syarikat menggubal The Foreign Corrupt Practices Act. Skandal besar
lain di Jepun adalah kes Recruit (1989), menjadi punca kepada kejatuhan
pentadbiran Perdana Menteri Noboru Takeshita, kes-kes kontraktor Zenecon (1993-1994),
mengakibatkan beberapa Prefectural Governors disabitkan
kesalahan dan seorang daripadanya membunuh diri, dan skandal Bank of
Japan/Kementerian Kewangan (1997-1998), mengakibatkan tangkapan, peletakan
jawatan dan membunuh diri beberapa pegawai tinggi.
Budaya politik yang berlangsung di Jepun pasca
Perang Dunia Kedua mencatatkan belanja bagi tujuan kempen pilihan raya mencecah
10 bilion dolar; sebahagian besar perbelanjaan ditaja oleh kumpulan yang
dikenali sebagai Yakuza, kumpulan mafia yang berlegar dalam sistem politik dan
sistem ekonomi Jepun, menghulurkan derma kepada ahli-ahli politik, kemudiannya
mendapat perlindungan daripada ahli politik.
Structural Corruption begitu endemik dalam sistem
yang dikawal oleh oligarki yang mengamalkan politik naungan dan budaya imbuhan
lalu terbina segi tiga yang reput, persepakatan, di antara ahli politik,
anggota birokrasi dan tokoh perniagaan.
Amerika Syarikat tidak terkecuali dengan skandal
rasuah dan salah guna kuasa. Spiro Agnew adalah Naib Presiden yang pertama
meletakkan jawatan dalam keadaan aib pada 10 Oktober 1973 kerana Jabatan
Kehakiman mendapati cukup bukti beliau melakukan rasuah politik dan menerima
sogokan. Agnew berkompromi untuk tidak mencabar dakwaan di bawah Federal Income
Tax Evasion Act jika dakwaan rasuah politik digugurkan. Beliau dikenakan denda
10,000 dolar, dihukum tiga tahun probation dan ditegah daripada mengemukakan
rayuan.
Skandal Watergate berlaku pada 17 Jun 1972.
Presiden Richard Nixon mengetahui dan terlibat dengan operasi espionage tersebut.
Selain menyogok wang untuk menutup kes, Presiden Nixon turut menggunakan CIA
untuk menghalang FBI daripada melakukan siasatan, memusnahkan bukti dan memecat
staf yang tidak mahu bersubahat dengannya; perbuatan salah guna kuasa yang
ketara. Apabila penglibatan Presiden Nixon tidak lagi dapat dilindungi, beliau
meletakkan jawatan pada 8 Ogos 1974. Pengganti beliau, Presiden Gerald Ford
memberikan Richard Nixon pengampunan di atas apa juga jenayah yang telah beliau
lakukan atau mungkin telah lakukan ketika menjawat jawatan Presiden; bermakna
Richard Nixon bebas daripada sebarang dakwaan mahupun hukuman.
Apakah moral di sebalik skandal yang berlaku di
tiga negara demokrasi ini. Ia mencerminkan sistem nilai dalam masyarakat yang
terperangkap dalam paradoks antara undang-undang, moraliti dan
emosi. Betapa jawatan dan status, memberikan imuniti melepaskan seseorang yang
melakukan kesalahan daripada menjalani hukuman. Ia melibatkan persoalan moral,
betapa ikatan emosi di antara pengikut dengan pemimpin, betapa esprit
de corps di antara mereka yang berada dalam liga yang sama,
mencetuskan kesetiaan yang menghalang proses keadilan dapat dilaksanakan;
mereka saling mempertahankan, saling melindungi, saling membela rakan dan kawan
daripada dikenakan hukuman.
Nicollo Machiavelli dan Jean-Jacques Rousseau, memetik contoh daripada negara era silam, merumuskan kerosakan rasuah berlaku apabila rakyat sudah tidak mengambil kisah, malah memberikan kesetiaan yang membuta tuli kepada pemimpin kerana terlalu bergantung pada pemimpin hingga hilangnya minda dan jiwa merdeka; akibatnya masyarakat juga terperangkap dalam putaran ganas rasuah dan menjadi masyarakat yang rasuah, hatta tidak berupaya mengawal pemimpin daripada melakukan rasuah.
Institusi agama sewajibnya berpegang kepada etika
dan nilai moral yang tinggi. Namun, dunia didedahkan dengan pelbagai skandal di
Vatican. Antaranya, Monsignor Nunzio Scarano, ditahan dan disoal siasat kerana
disyaki terlibat dalam perancangan penyeludupan 20 juta Euro dari Switzerland
ke Itali. Pengarah Bank Vatican, Paolo Cipriani dan Timbalan Pengarah Massimo
Tulli diarah berundur, disyaki terlibat dengan skandal kewangan bernilai 23
juta Euro.
Dunia kesinambungan akhirat
Islam agama syumul, menyeluruh lagi sempurna.
Kehidupan dunia berkesinambungan dengan kehidupan akhirat seperti diperingatkan
dalam firman Allah SWT, Surah Al-Mu'min, ayat 39 bermaksud: "...,sesungguhnya
kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat
itulah negeri yang kekal."
Hadis Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Bazzar,
Thabrani-Al-Targhib bermaksud: "Tidak dapat bergeser kaki seorang hamba
pada hari kiamat, sehingga ia ditanya empat perkara: Tentang umurnya, untuk apa
dihabiskan? Tentang masa mudanya, untuk apa ia gunakan? Tentang ilmunya, apakah
ia mengamalkannya? Tentang hartanya dari mana ia dapat dan ke mana ia
belanjakan?"
Islam menetapkan tanda aras yang tinggi untuk
menghindarkan rasuah dengan menegaskan aspek integriti. Islam menegah keras
perbuatan salah guna kuasa dalam kalangan mereka yang telah diamanahkan dengan
jawatan dan kuasa. Abu Humaid Ibn Sa'd As-Saidi, meriwayatkan peristiwa di
antara Rasulullah SAW dengan Ibn Al-Lutabiyyah yang Baginda lantik bertugas memungut
zakat.
Semasa Al-Lutabiyyah memungut zakat, beliau turut
diberikan hadiah. Ketika menyerahkan kutipan zakat, Rasulullah SAW bertanya,
bahagian yang beliau tidak serahkan. Al-Lutabiyyah memaklumkan, bahagian
tersebut telah dihadiahkan oleh beberapa pembayar zakat kepadanya. Rasulullah
SAW bertanya, adakah beliau akan diberikan hadiah, jika beliau tidak ditugaskan
memungut zakat; Rasulullah SAW menganggap pemberian sedemikian diragukan,
berkemungkinan menjadi pencetus kepada perbuatan rasuah, lalu menasihatkan agar
ia dikembalikan kepada pemberi.
Al-Quran dan sunah Rasulullah SAW sarat dengan
peringatan menegah ummah daripada melakukan rasuah. Umat Islam, pemimpin Islam
dan negara Islam mempunyai cukup rujukan untuk memenuhi amanah dan tanggung
jawab menuju Siratul Mustaqim iaitu "jalan lurus yang
dipohonkan", menurut yang diseru dalam ayat 6, surah Al-Fatihah. Jika
ajaran Islam dihayati lalu diamalkan sepenuhnya, negara Islam di bawah pimpinan
umat Islam sewajibnya sifar rasuah.
Pada malam berlakunya peristiwa Isra Mi'raj,
Rasulullah SAW melihat sekelompok manusia yang lidahnya digunting-gunting.
Baginda bertanya, "Siapakah orang itu?" Jibril Alai Hissalam
menjawab, "Mereka adalah para mubaligh dari kalangan umat Mu yang tidak
mengamalkan apa yang mereka dakwahkan."
Firman Allah dalam ayat 44 Surah Al-Baqarah
bermaksud: "Mengapakah kamu suruh orang lain (mengerjakan)
kebajikan sedang kamu melupakan diri (kewajipan) mu sendiri, padahal kamu
membaca Al Kitab..."
Gambaran diperlihatkan ketika peristiwa Isra Mi'raj
wajib dijadikan peringatan oleh setiap insan yang diamanahkan dengan
tanggungjawab pimpinan, apatah lagi dalam kalangan mereka yang berikrar akan
melakukan yang makruf dan menentang yang mungkar, supaya ikrar tidak tergantung
dalam retorik.
Aspek Kedua: Cabaran menangani rasuah. Ternyata
rasuah berlaku dalam setiap sistem pemerintahan dan dalam setiap negara.
Kautilya ketika menghasilkan Arthashastra mengenal pasti 40
kaedah menyalahgunakan wang yang dilakukan pegawai awam untuk kepentingan
peribadi. Kautilya menyatakan:
"Just as it is impossible not to taste honey
or the poison that finds itself at the tip of the tounge, so it is impossible
for a government servant not to eat up, at least, a bit of the King's revenue.
Just as a fish underwater cannot possibly be found out either as drinking or
not drinking the water, so government work cannot be found out (while) taking
money (for themselves)".
Transparacency International, menyatakan misi
atau mission statement;
"(Corruption) undermines good government,
fundamentally distorts public policy, leads to the misallocation of resources
and particularly hurts the poor. Controlling it is only possible with the
cooperation of a wide range of stakeholders in the integrity system, including
most importantly, the state, civil society, and the private sector."
Rasuah sering kali menjadi isu utama menyebabkan
pemimpin dijatuhkan lalu diganti dengan yang baharu. Setiap pemimpin diberikan
amanah berikrar mahu memerangi rasuah. Undang-undang baharu, digubal;
undang-undang sedia ada, dipinda; pelbagai agensi dibentuk; rakyat dijanjikan
dan harapan diberikan; tetapi jika undang-undang hanya berstatus dokumen
bertulis, tidak dikuatkuasakan, ia tidak mungkin menjadi senjata berkesan
memberi kemenangan dalam medan perang menghadapi rasuah. Pelbagai agensi
ditubuhkan tidak akan menjadi briged perang yang boleh mengibarkan bendera
kemenangan jika medan memerangi rasuah dilakukan secara selektif.
Dalam kalangan negara Asia, Filipina memiliki
instrumen pencegahan rasuah paling banyak, tujuh undang-undang dan 19 agensi
penguat kuasa. Presiden Ferdinand Marcos memperkenalkan lima Agensi Pencegah
Rasuah yang baharu dalam tempoh 21 tahun era pemerintahannya (1965-1986).
Namun, ia hanyalah kosmetik hiasan untuk melindungi
wajah yang hodoh. Bumi dan langit Filipina sarat diselubungi mendung rasuah.
Amalan rasuah memuncak ketika era pemerintahan Marcos; amalan kronisme berlaku
secara berleluasa, sanak saudara dan kenalan rapat dilantik mengetuai pelbagai
agensi; masing-masing lebih cenderung mengumpul kekayaan peribadi.
Usaha Malaysia banteras rasuah
Ketika berucap pada Perasmian Persidangan
Pertubuhan Agensi Penguat Kuasa Anti Rasuah Antarabangsa pada 4 Oktober 2012,
Perdana Menteri menegaskan azam dan usaha kerajaan Malaysia untuk membasmi
rasuah. Usaha membanteras rasuah ditetapkan sebagai satu daripada tujuh
komponen Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Program Transformasi
Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Pelbagai langkah susulan dirintis termasuk penubuhan
14 mahkamah khas rasuah. Kajian Persepsi Keberkesanan Tindakan SPRM 2013,
menunjukkan tahap keyakinan rakyat terhadap keberkesanan SPRM telah meningkat
daripada 64 peratus ke 65.8 peratus; dan tahap sokongan masyarakat kepada SPRM
turut meningkat daripada 86.4 peratus dalam tahun 2012 kepada 87.3 peratus
dalam tahun 2013. Usaha terus dirintis untuk memperkemaskan undang-undang di
samping meningkatkan kapasiti dan capability agensi penguat
kuasa.
Undang-undang dan agensi penguat kuasa adalah
instrumen yang perlu dilengkapi dengan program yang komprehensif lagi holistik.
Memahami latar belakang pelaku rasuah akan memberikan kelebihan kepada petugas
untuk berupaya memberikan preskripsi dan diagnostik yang tepat.
Kategori pelaku rasuah
Secara simplistik, pelaku rasuah terbahagi kepada
dua kategori. Kategori pertama, adalah kumpulan yang terdesak, terpaksa
melakukannya kerana kesempitan hidup, ketidakupayaan mengimbangkan gaji untuk
membiayai keperluan asas harian.
Data Laporan Model Ekonomi Baru menunjukkan, 80
peratus isi rumah di negara ini berpendapatan kurang RM5,000 sebulan; 40
peratus isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 sebulan; 78.6 peratus penyimpan
KWSP berpendapatan kurang RM3,000 sebulan. Tahap keupayaan pelaburan dalam
kalangan majoriti Bumiputera boleh dimanifestasikan dengan data yang
menunjukkan 75 peratus penabung Amanah Saham Bumiputera memiliki purata
tabungan hanya RM611 seorang.
Permintaan Presiden CUEPACS agar bank membekalkan
lebih banyak not RM10 dalam mesin ATM, memberikan petanda bahawa pada masa
tertentu, sebilangan pemilik kad ATM, tidak pun mempunyai baki minimum RM50
dalam akaun masing-masing.
Data menyentuh agihan sangat membimbangkan dalam
usaha gigih negara mahu mencapai taraf negara maju dengan sasaran pendapatan
perkapita RM48,000 pada tahun 2020. Agihan tidak seimbang dan jurang pendapatan
yang lebar akan mewujudkan persekitaran yang boleh menyuburkan budaya petty
corruption.
Apakah opsyen yang ada dalam kalangan pegawai awam
mahupun swasta jika gaji tidak dapat menampung perbelanjaan hidup harian?
Majoriti yang berada dalam kategori ini, sebenarnya, tidak mahu melakukan
rasuah. Ada yang melakukan kerja kedua, berniaga di pasar malam, memandu teksi
secara sambilan, menjual kuih, mengambil upah menjahit serta melakukan pelbagai
kerja sampingan untuk mencukupkan pendapatan. Akibatnya mereka tidak cukup
rehat - mereka keletihan, menyebabkan mereka menjadi petugas yang lesu ketika
bertugas lalu menjejaskan produktiviti.
Inilah hakikat senario semasa di dalam negara.
Bilangan yang tergolong dalam kategori ini akan semakin bertambah jika formula
berkesan tidak diperkenalkan terutama memberikan fokus kepada aspek perumahan,
makanan, pengangkutan serta khidmat kesihatan dan rawatan perubatan yang kosnya
semakin hari semakin meningkat.
Negara tidak boleh berada dalam minda penafian akan
realiti sebenar yang sedang berlaku. Ia cabaran besar kepada negara. Ia bukan
sakit tekak yang bersifat sementara, boleh diubati dengan gula-gula strepsil.
Ia penyakit sosial yang serius, memerlukan rawatan intensif daripada doktor dan
pakar bedah sosial, memerlukan formula perubatan dari farmasi sosial yang
berupaya merangka dasar sosial yang komprehensif lagi holistik untuk
dilaksanakan.
Pelaku rasuah kategori kedua terdiri daripada
kalangan yang bersifat tamak - bersifat haloba; secara umumnya daripada
kumpulan atasan, berjawatan penting, bernafsu tinggi, mengamalkan gaya hidup
mewah - gaya hidup megah. Pelaku rasuah dalam kategori ini amat licik,
melakukan rasuah secara sofistikated, bijak membersihkan tangannya daripada
sebarang lumpur kekotoran, tidak mudah untuk disabitkan, di samping sebahagian
mempunyai hubungan intim dengan orang atasan.
Usaha perangi rasuah fokus dua aspek
Usaha memerangi rasuah wajib memberi fokus kepada
dua aspek. Aspek pertama LANGKAH PUNITIF YANG TEGAS DAN TIDAK SELEKTIF,
dilaksanakan tanpa gentar - tanpa pilih kasih; aspek kedua: LANGKAH
PREVENTIF UNTUK MENGUKUHKAN INTEGRITI. TEGAS dan TIDAK SELEKTIF adalah
dua kata kunci penting yang wajib dijadikan prinsip. Negara mempunyai contoh
yang boleh dijadikan tanda aras dan rujukan, dijadikan sumber inspirasi dan
sumber kekuatan untuk berani bertindak.
Majistret pertama yang dilantik di Pulau Pinang lebih 200 tahun lalu pada era pemerintahan kolonial, dipecat kerana melakukan rasuah. Pada era kepemimpinan Tunku Abdul Rahman Putra, Menteri Pelajaran merangkap Menteri Kesihatan pada tahun 1964, Abdul Rahman Talib kalah dalam perbicaraan kes sivil melawan S P Seenivasagam, memberi implikasi Abdul Rahman Talib terlibat dengan rasuah. Abdul Rahman Talib mengundur diri dari menjadi anggota Jemaah Menteri.
Sokongan terhadap parti pemerintah, PERIKATAN,
merosot pada Pilihan Raya Umum 1969. Tun Abdul Razak peka membaca mesej rakyat.
Tun Abdul Razak meneliti isu-isu utama yang dijadikan peluru menyerang Parti
Perikatan dan kerajaan semasa kempen pilihan raya; lalu segera bertindak
melakukan langkah pembetulan. Imej kerajaan berkaitan rasuah ditangani tanpa
bertangguh. Tun Abdul Razak tidak memberi perlindungan kepada anggota
pentadbiran dan ahli parti yang terpalit dengan rasuah. Atas nasihat Datuk
Harun Hashim, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) melalui Ordinan Darurat No. 22,
memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), membekukan
aset orang yang disyaki melakukan rasuah.
Menteri Besar Perak, Datuk Ahmad Said didedahkan
memiliki hampir satu perpuluhan dua juta ringgit (RM1,138,403); tiga ratus tiga
puluh ribu ringgit (RM329,979) disita kerana didapati diperoleh secara rasuah.
Ahmad Said meletakkan jawatan pada Februari 1970.
Pada Julai 1970, Menteri Besar Terengganu, Ibrahim
Fikri diarah bercuti dua bulan; selepas itu beliau digantikan dengan Mahmood
Sulaiman. Pada peringkat Persekutuan, Khaw Kai Boh diarah berundur daripada
menjadi anggota Jemaah Menteri pada September 1970.
Pada era kehebatan Rom, pemerintahan diktator
diizinkan undang-undang untuk dilantik bagi tempoh enam bulan dalam situasi
negara menghadapi krisis; selepas itu kuasa hendaklah dikembalikan kepada
rakyat.
Cincinnatus, Jeneral Bersara, yang diserahkan kuasa
memerintah secara diktator adalah contoh pemimpin Rom yang tidak gilakan
pangkat mahupun sanjungan. Cincinnatus dilantik memimpin ketika Rom menghadapi
krisis; selepas Rom kembali tenteram, walaupun rakyat Rom memohon agar dia
terus memimpin, Cincinnatus, menolaknya, dan mengembalikan kuasa kepada rakyat.
Machiavelli merujuk sifat sedemikian sebagai ciri
mulia; sifat seorang pemimpin yang memiliki kekebalan serta daya tahan daripada
melakukan rasuah kerana tidak haloba untuk mengekalkan kuasa. Sifat terpuji
Cincinnatus, sebenarnya menjelma pada Tun Abdul Razak yang mindanya tidak boleh
dirasuah dengan sifat tamak mempertahankan kuasa.
Sebagai Pengarah MAGERAN, pasca tragedi 13 Mei, Tun
Razak memiliki kuasa mutlak. Apabila negara kembali aman, meskipun dipohon
untuk tidak membubarkan MAGERAN, Tun Abdul Razak memilih untuk mengembalikan
kuasa kepada institusi rakyat; sistem demokrasi berparlimen dihidupkan semula.
Pada era pimpinan Datuk Hussein Onn, Datuk Harun
Idris pada tahun 1976 disabitkan kesalahan rasuah. Datuk Harun dibicarakan di
hadapan ketika itu Hakim Raja Azlan Shah. Hakim Raja Azlan Shah menghadapi
tugas berat. Tertuduh, bukan sahaja mempunyai sokongan politik, tetapi seorang
individu yang baginda kenal. Ketika menjatuhkan hukuman antara lain Hakim Raja
Azlan Shah menyatakan:
"It is painful for me to have to
sentence a man I know. I wish it were the duty of some other judge to perform
that task. To me this hearing seems to re-affirm the vitality of the rule of
law. But to many of us, this hearing also suggests a frightening decay in the
integrity of some of our leaders.
It has given horrible illustrations of Lord Acton's
aphorism 'power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely', and
has focussed concern on the need of some avowed limitations upon political
authority.
..the law is no respector of persons. Nevertheless
it will be impossible to ignore the fact that you are in a different category
from any person that I have ever tried. It would be impossible to ignore the
fact that, in the eyes of millions of our countrymen and women, you are a
patriot and a leader. Even those who differ from you in politics look upon you
as a man of high ideals. You had every chance to reach the greatest height of
human achievement. But half-way along the road, you allowed avarice to corrupt
you. It is incomprehensible how a man in your position could not in your own
conscience, recognise corruption for what it is. In so doing, you have not only
betrayed your party cause, for which you have spoken so eloquently, but also
the oath of office which you have taken and subscribed before your Sovereign
Ruler, and above all the law of which you are its servant".
Utama kedaulatan undang-undang
Penghakiman itu mengandungi bukan sekadar kata-kata
mensabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukum, ia turut mengandungi komponen
nasihat, teguran, peringatan dan amaran, agar dijadikan teladan. Tentulah berat
bagi Hakim Raja Azlan Shah untuk menzahirkan ungkapan kata-kata sedemikian
keras - sedemikian tegas terhadap tertuduh yang turut baginda kenali; tetapi
Hakim Raja Azlan Shah perlu lebih mengutamakan kedaulatan undang-undang dan
kepentingan umum daripada kenalan.
Bertindak secara tegas lagi tidak selektif bukan
satu opsyen, tetapi satu kemestian. Allah SWT telah memperlihatkan contoh
panduan. Nabi Adam adalah ciptaan Ilahi, dimuliakan, dikurniakan status tinggi
hingga malaikat diperintahkan sujud kepadanya. Namun apabila peraturan gagal dipatuhi,
hukuman dilaksanakan oleh Ilahi secara tegas lagi segera; Nabi Adam
Alaihissalam diperintah keluar dari syurga.
Demikian tegasnya prinsip melaksanakan keadilan
dalam Islam yang tidak sama sekali memberi sebarang keistimewaan atau
pengecualian kepada sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan baik diri sendiri,
teman rapat, kaum keluarga mahupun ibu bapa. Perintah yang terkandung di dalam
ayat itu diperkukuhkan lagi dengan u hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah binasa orang yang sebelum
kamu ia itu sekiranya yang mencuri itu yang berpangkat tinggi, lalu mereka
dibiarkan sahaja; tetapi jika yang mencuri itu mereka yang lemah, lalu dengan
segera dijatuhkan hukuman ke atasnya. Demi Allah, yang aku di dalam kekuasaan
Nya, kalaulah Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya ku kudungkan
tangannya."
Tingkat integriti
Aspek preventif memerlukan usaha meningkatkan
integriti agar insan dibina dengan ketahanan dalaman, tidak terpengaruh oleh
dorongan nafsu. Sifat tamak adalah faktor yang sering kali menjerumuskan
manusia melakukan dosa. Islam menganjurkan insan untuk mengamalkan sifat
kesederhanaan, menjauhkan diri daripada sifat bermegah dan bermewah; tercatat
peringatan Ilahi dalam Kisah Nabi Hud Alaihissalam, pada ayat 128 Surah
Asy-Syu'araa.
Betapa dinding ketahanan iman ditembusi kerana
tarikan untuk mendapatkan kuasa. Nafsu gilakan kuasa nyata boleh menewaskan
kewarasan akal. Memperkukuhkan iman adalah benteng pertahanan yang wajib dibina
untuk meningkatkan daya tahan insan daripada tergelincir dengan tarikan
kebendaan - tarikan kemewahan serta tarikan kepada pangkat dan tarikan kepada
kuasa. Insan wajib diperingatkan dengan firman Allah SWT yang terkandung dalam
ayat 35 Surah Al-Anbiyaa bermaksud: "Tiap-tiap yang berjiwa akan
merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai
cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu
dikembalikan."
David Owen, dalam karyanya, 'The Hubris
Syndrome: Bush, Blair and the Intoxication of Power', melakukan analisis
perlakuan rasuah daripada lensa seorang doktor perubatan; Owen menyifatkan
perlakuan rasuah yang berlaku kerana gilakan kuasa adalah satu penyakit mental.
Mahatma Ghandi memerhatikan bahawa kuasa membuatkan
manusia menjadi tuli dan buta; lalu keputusan dilakukan berdasarkan naluri;
kepuasan peribadi mengatasi kepentingan awam; sebarang pendapat bercanggah,
meskipun datang daripada kenalan rapat, dianggap bersuara musuh - dianggap
mengancam kedudukannya; lalu pelbagai tindakan dilakukan untuk menghapuskan apa
jua tentangan.
Kehidupan dunia adalah ujian. Pangkat dan jawatan
adalah ujian. Amanah dan tanggung jawab juga ujian. Menegak yang makruf dan
menentang yang mungkar adalah tuntutan. Setiap janji diungkapkan, setiap
perkara dilakukan atau tidak dilakukan akan diperiksa pada hari kebangkitan;
ketika itu tidak ada peguam bela untuk membela dosa yang dilakukan, begitu juga
amanah yang gagal disempurnakan. Memerangi rasuah adalah jihad, yang perlu
disemaikan di hati sanubari insan.
Semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan kekuatan
kepada setiap anggota Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, gigih
menyempurnakan tugas berat membasmi rasuah.
Undilah PN!!!
Undilah Perikatan Nasional
#abah
#PN
#PerikatanNasionalPrihatin
#selamatkanmalaysiadarikelepetrokasi
#tolakpartirasuah
Simon Low Kok Meng ialah Datuk Yip Kum Fook adik ipar dan CID, kerana membawa maklumat berita kepada keluarga datuk Yip, kena berhati-hati dengan mereka, selalu mendatangkan masalah kepada orang kepong dan Taman Desa Jaya, Kepong, sekarang ramai yang tahu tentang apa yang mereka lakukan
ReplyDeleteSemua perkara yang mereka lakukan seperti membakar Kuil Hindu (Taman Daya) dan mengeluarkan sami-sami Buddha dari Samnak Sambodhi atau kuil Buddha di Taman Desa jaya, kepong...juga MCA runtuh kerana mereka juga, mereka mendapat kuasa untuk mendapatkan wang dan untuk mereka berniaga
Cina, India, Melayu dan lain-lain perlu berhati-hati yang tinggal di Kepong, kerana golongan ini boleh melakukan sesuatu kepada semua orang. Datuk Yip Kum Fook ialah seorang peguam (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) No 2A & 2B, Tingkat 2, Jalan 53, Desa Jaya Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan... tetapi ada orang atau kawan-kawannya berkata, Datuk Yip Kum Fook bukan peguam sebenar, kerana Datuk Yip membeli sijil dari beberapa institut undang-undang di UK sahaja
Kami berharap kini presiden Malaysia (Datuk Seri Anwar) akan menyemak Datuk Yip Kum Fook kerana banyak komen dan posting di internet, dan ramai orang mengesyaki melakukan projek haram dan kesilapan undang-undang di Malaysia
Perkongsian dan siaran oleh Encik Chong dan keluarga, Kepong