TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, January 16, 2015

Terkini : Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini sah diceraikan.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini sah diceraikan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur sebentar tadi.

Suami ahli Parlimen Lembah Pantai itu Raja Ahmad Shahrir melafazkan cerai pada jam 4.17 petang di hadapan hakim Mohd Amran Mat Zain.

Peguam Nurul Izzah, Nor Mawaddah Ramli berkata, kedua-dua pihak hadir di mahkamah hari ini dan meninggalkan mahkamah dalam keadaan tenang.

"Mereka mendapat hak penjagaan anak secara bersama. Sebelum ini pun mereka bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini secara baik.

"Kedua-dua pihak berada dalam keadaan tenang dan kes dapat diselesaikan dalam masa satu jam," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Mawaddah berkata Nurul Izzah menerima seadanya keputusan penceraiannya pada hari ini kerana kes itu sudah berlarutan sejak setahun lalu.

Ketika diminta mengulas keputusan penceraiannya pada hari ini, Nurul Izzah berkata: "Terima kasih kerana menghormati privasi saya."

Nurul Izzah, 35, mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Mahkamah Rendah Syariah pada Oktober menetapkan 8 Disember bagi keputusan kes penceraian itu selepas Raja Ahmad mendakwa masih menyayangi keluarganya. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat