TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, July 9, 2014

Malay tercalar : Ramasamy dan Guan Eng hanya cakap besar kenyataannya, mereka hanya memberikan 'komen cari makan' dalam politik


ibrahim_Ali_new 
PETALING JAYA: Kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P. Ramasamy dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengenai cabaran mereka untuk membawa semula tragedi 13 Mei itu hanyalah sebagai cakap besar pemimpin itu, kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Menurutnya, kedua-dua pemimpin tersebut hanya bercakap bagi menunjukkan bahawa mereka hebat dan berani.

Terkini: 28 terbunuh, 150 cedera serangan Israel ke atas Gaza

Gaza di Bom
GAZA CITY: Operasi serangan udara berterusan Israel terhadap pejuang Gaza kini mengorbankan 28 orang manakala lebih 150 lagi cedera, lapor pasukan perubatan hari ini. Berita Lanjut

Ia dianggap serangan berdarah terburuk dalam sehari di semenanjung berkenaan sejak 2012.
Serangan udara yang bermula semalam di Gaza mengorbankan 24 orang, termasuk dua wanita dan lima kanak-kanak manakala askar Israel membunuh empat pejuang Hamas.

Mutakhir : Isu pemansuhan AP, MITI kaji sistem baharu tampung pendapatan kerajaan.

SAMJOHOR


KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang mengkaji sistem baharu yang mampu menampung kehilangan besar kepada pendapatan kerajaan jika cadangan pemansuhan permit import (AP) diterima kelak.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata isu permit import (AP) adalah perkara yang sangat rumit kerana ia kini menjana pendapatan lebih RM1 bilion kepada kerajaan atau kira-kira RM10,000 bagi setiap AP.

Terkini: Johor Corporation kembali memegang share majoriti KFC sebanyak 51% berbanding hanya 24% sahaja sebelum ini.

Alhamdulillah, di bulan Ramadhan yang mulia ini, ingin saya umumkan pada Mei lalu Johor Corporation kembali memegang share majoriti KFC sebanyak 51% berbanding hanya 24% sahaja sebelum ini.Ia bermakna, KFC kini kembali menjadi milik kita dan anak Johor seharusnya berbangga dengan pencapaian ini. Insya-Allah setiap keuntungan serta dividen yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri menerusi syarikat-syarikat di bawah Johor Corporation akan disumbangkan kepada pembangunan negeri Johor yang sudah pasti akan memberi manfaat kepada setiap anak Johor terutama merancakkan program pembangunan usahawan dan menyediakan peluang pekerjaan.Kita memahami suara hati rakyat Johor agar Kerajaan Negeri menerusi JCORP mempertahankan pegangan dan melindungi kepentingan strategik  dalam Kentucky Fried Chicken (KFC) yang menjadi lambang kebanggaan Negeri Johor dan selaras usaha agenda memperkasa ekonomi bumiputera.
 
Alhamdulillah, di bulan Ramadhan yang mulia ini, ingin saya umumkan pada Mei lalu Johor Corporation kembali memegang share majoriti KFC sebanyak 51% berbanding hanya 24% sahaja sebelum ini.

Ia bermakna, KFC kini kembali menjadi milik kita dan anak Johor seharusnya berbangga dengan pencapaian ini. Insya-Allah setiap keuntungan serta dividen yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri menerusi syarikat-syarikat di bawah Johor Corporation akan disumbangkan kepada pembangunan negeri Johor yang sudah pasti akan memberi manfaat kepada setiap anak Johor terutama merancakkan program pembangunan usahawan dan menyediakan peluang pekerjaan.

ESSCOM distruktur semula

Foto
Najib bersama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2014 di Putrajaya, semalam. - Foto Fariz Iswadi Ismail

2 komponen perkemas pengurusan keselamatan: PM

Putrajaya: Penstrukturan semula Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bertujuan memantapkan dan memperkemaskan pengurusan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menjelaskan, penstrukturan merangkumi dua komponen iaitu Pengurusan Keselamatan dan Pertahanan serta Penguatkuasaan dan Tindakan Awam.

Tuesday, July 8, 2014

Transformasi Johor Bahru – Tun Dr Mahathir

Mahathir JB

1. Johor Bahru akan bertukar wajah secara radikal. Pembangunan yang dicadangkan, dengan berpuluh bangunan pencakar langit yang tinggi dan indah, dengan mercu tanda yang berbentuk ‘sky scraper’ tertinggi akan menjadikan Johor Bahru lebih menarik dan mengagumkan dari New York.

2. Tidaklah salah jika JBB (Johor Bahru Baru) ini akan mengheret Malaysia ke era baru. Ia tetap mencerminkan kemodenan dan kemajuan Malaysia. Seperti dengan Kuala Lumpur, Johor Bahru akan sampai Wawasan 2020 lebih awal dari wilayah lain di Malaysia.

3. Walau bagaimanapun soalan yang timbul ialah siapa yang akan tinggal dan bekerja dalam puluhan pencakar langit ini. Dari manakah mereka akan datang. Dari Johor Bahru? Dari Malaysia?

4. Bangunan-bangunan ini bukanlah rumah murah. Tentulah bahan yang diguna ialah daripada marmar dan granit. Lif dan escalator memudahkan pelawat naik-turun. Di tingkat atas yang mungkin 30 atau 40 tingkat tingginya, tentulah disedia flat mewah dengan sewa puluh ribuan ringgit sebulan.

5. Mungkinkah yang akan isi pejabat mewah ini syarikat dari Majidee atau Gelang Patah? Dan Penduduk terdiri dari orang Melayu Johor Bahru dan kampung-kampung di sekitar. Di khuatir bukan.

6. Pada 1819 Singapura dijual kepada British oleh Temenggong dengan harga Dolar Sepanyol 60,000. Terdapat beberapa nelayan yang tinggal di pulau itu, pada ketika itu.

7. Pendatang asing membanjiri Singapura sehingga penduduk asalnya tenggelam dalam bandar besar yang didirikan. Demikianlah besarnya jumlah pendatang asing ini sehingga Singapura menjadi negara asing yang tidak dikembalikan kepada Johor apabila British bebaskan pulau itu daripada penjajahannya.

8. Apakah mungkin bandar indah dan mewah yang sedang didirikan tidak akan jadi satu lagi Singapura. Dalam sistem Malaysia sesiapa yang tinggal di negara ini selama 10 tahun dari 12 tahun yang lepas berhak mendapat kerakyatan. Dan kita tak pandai tolak permintaan orang. Lihat sahaja apa yang sedang berlaku sekarang.

9. Kawasan yang akan dibangunkan ini tentu akan menjadi sebahagian dari Malaysia. Ia akan memiliki beberapa kawasan pilihanraya. Kalau pun dicantum dengan kawasan lain majoriti penduduk akan terdiri daripada warga baru ini.

10. Sekarang kita tidak boleh sebut Melayu. Ia rasis. Tak apalah jika tidak ada seorang pun warga keturunan Melayu, asalkan yang akan mengundi dan memilih wakil rakyat terdiri dari warganegara Malaysia.

11. Saya mengalu-alukan transformasi di Johor Bahru seperti saya alu-alukan transformasi di lain-lain tempat. Yang penting ialah Malaysia menjadi negara maju walaupun ayam dikepok mati kelaparan dan itik di air mati kehausan.

MUTAKHIR: Lebih 480,000 orang digesa cari perlindungan hadapi taufan Neogur

TOKYO: Jepun membuat persiapan bagi menghadapi taufan Neoguri yang dijangka melanda kawasan kepulauan di selatan Okinawa pada bila-bila masa sahaja.

Agensi kaji cuaca mengeluarkan amaran paling tinggi kepada hampir setengah juta orang supaya mengambil langkah melindungi diri daripada ribu yang kuat itu.

Amaran paling tinggi itu bermakna ia boleh mengancam nyawa, menyebabkan berlaku tanah runtuh serta kerosakan besar kepada bangunan dan harta benda akibat tiupan angin kencang dengan kelajuan sehingga 250 kilometer sejam.

Pukulan ombak pula boleh mencecah tahap ketinggian 14 meter (45 kaki), kata pegawai kaji cuaca. Keadaan itu menyebabkan kerajaan memutuskan untuk menutup semua sekolah dan menghentikan semua perkhidmatan laut.

Kira-kira 6,500 rumah di Okinawa tiada bekalan elektrik awal hari ini.Pada November lalu, taufan Haiyan melanda Filipina, mengakibatkan lebih 7,300 orang hilang. - AFP

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat