TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, March 2, 2022

Waris Meragukan tuntutan terhadap Malaysia.

Pihak-pihak yang mendakwa sebagai waris dan successors-in-interest kepada Sultan Jamalul Kiram II (“Penuntut”) telah membuat satu tuntutan terhadap Kerajaan Malaysia melalui satu prosiding timbang tara antarabangsa di Madrid, Sepanyol (“Tuntutan tersebut”).

Tuntutan tersebut berbangkit daripada perjanjian-perjanjian yang telah dimeterai pada tahun 1878 antara Sultan Mohamet Jamal Al Alam, Sultan Sulu pada masa itu (“Sultan Sulu”) dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent (“Perjanjian 1878”) di mana Sultan Sulu menyerahkan buat selama-lamanya wilayahnya di Borneo Utara, yang kini merupakan sebahagian daripada Sabah, Malaysia. Sebagai balasan (token).

Sultan Sulu serta warisnya diberikan wang serahan sebanyak RM 5,300.00 setiap tahun.

Susulan daripada serangan bersenjata di Lahad Datu, bayaran wang serahan tersebut telah dihentikan pada tahun 2013.

Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf Tuntutan tersebut dan tidak mengambil bahagian dalam prosiding timbang tara yang dikatakan itu kerana Malaysia sentiasa menegakkan dan tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya sebagai sebuah negara berdaulat.

Tambahan pula, hal perkara dalam Tuntutan tersebut bukan bersifat komersil dan tidak boleh dibawa ke prosiding timbang tara serta Perjanjian 1878 juga tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara. Kerajaan Malaysia juga ingin menekankan bahawa identiti Penuntut diragui dan belum disahkan.

Pada 14 Januari 2020, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak (“Mahkamah Tinggi Sabah”), yang bersidang di Kota Kinabalu, telah membuat keputusan yang tidak memihak kepada Penuntut dengan memutuskan bahawa Perjanjian 1878 tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara, Malaysia tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat