Tuduhan liar yang dilemparkan terhadap saya oleh Raja Petra Kamaruddin dalam beberapa siri entri blog Malaysia Today sejak beberapa hari yang lalu adalah tidak berasas dan berniat jahat. Segala tohmahan tersebut adalah fitnah jahat dan sangka buruk yang disebarkan semata-mata untuk merosakkan integriti saya serta berbaur politik yang cukup menjijikkan lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Sempena bulan Ramadhan yang juga merupakan bulan keampunan dan kerahmatan, seharusnya orang yang membuat fitnah ini beristighfar dan berdoa semoga dihapuskan segala dosa-dosanya. Jika dia sedar akan kesalahannya, dia seharusnya memohon maaf.
Saya percaya kesemua tohmahan ini bertujuan untuk menjejaskan reputasi saya setelah saya tidak lagi berada di dalam kabinet dan terus lantang bersuara untuk mencari kebenaran.
Dugaan Allah kepada saya amat besar di bulan Ramadhan ini. Saya harus bertenang, bersabar dan berdoa mudah-mudahan Allah s.w.t permudahkan segala urusan kita.
TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.