YB Pn Hajah Normala Abdul Samad dalam program terakhir beliau malam ini merasmikan Majlis Kembali Ke Sekolah Anjuran Jawatankuasa Penduduk Zon Bukit Dahlia Bersama Umno Cawangan Kristal Dahlia Jalan serangkai.
Dalam ucapannya beliau menyeru agar semua masyarakat sentiasa bersabar dengan segala musibah yang berlaku dan berharap setiap masyarakat sentiasa berdoa agar Allah SWT melindungi kita.
Beliau juga berharap agar semua yang berlaku dijadikan satu iktibar kepada diri masing-masing, selain dari itu beliau juga menegaskan betapa pentingnya permuafakatan dikalangan penduduk di teruskan demi ukhwah antara lapisan masyarakat dapat dieratkan.
Beliau berharap Krt/Umno/JKP/ Jemaah Surau dan lain2 persatuan atau pertubuhan yang terdapat dalam sesebuah kawasan haruslah bersatu kerana semua ini dapat membantu mengeratkan permuafakatan antara penduduk setempat. Selain juga dapat menghasilkan kreativiti kerja yang lebih baik. Dengan cara ini juga kita dapat melihat sasaran sebenar yang perlu dibantu.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.