TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, December 16, 2014

Gempar: Perkara yang Datuk Seri Najib Sembunyikan.

Rasa terharu jugalah bila mendengar cerita ini. Mungkin ada perkara-perkara yang pemimpin atasan buat yang kita tidak tahu?

Apa sumbangan Datuk Seri Najib berikan kepada rakyat Malaysia adalah merupakan cara beliau mentadbir urus Malaysia.


Beliau mempunyai cara dan kelainan sendiri untuk membawa hala tuju negara Malaysia ke arah keharmonian dan keamanan negara.

Tetapi perkara ini di salah tangap dan di salah gunakan oleh anasir-anasir yang mengambil kesempatan dan peluang.

Adakah kelembutan dan toleransi yang di berikan kepada rakyat Malaysia menyusahkan rakyat? Persoalan ini rakyat Malaysia kena fikir dan halusi.

Adakah kekerasan di balas kekerasan akan mendatangkan kebaikkan kepada rakyat Malaysia?

Hanya segelintir yang membuat masaalah maka kita mahu korbankan negara. Berilah sokongan dan masa yang mencukupi bagi Pemimpin mengorak langkah dengan perancangan yang sedang diatur. Marahkan Nyamuk kelambu di bakar.

MTMR faham mungkin ada yang kurang bersetuju dengan MTMR. Tetapi perbezaan pendapat itu perlu bagi mematangkan dan memantapkan kekurangan diri.

Seperkara lagi kita manusia sentiasa mempunyai kelemaham dan kekurangan. Kita berjaya melakukan sesuatu adalah dengan kuasa dan izin Allah.

Sebagai contoh perkara kebaikkan yang mungkin kita tidak tahu. Ibarat tanggan kanan memberi tanggan kiri tidak tahu.

Pendedahan dan cerita ini telah lama MTMR dengar tetapi sekarang baru tergerak mahu menulis.Antara amalan PM Najib 1/5 dari gaji beliau sejak menjadi menteri sampai PM beliau sumbangkan kepada badan-badan anak yatim, fakir miskin,mahad tahfiz dan lain-lain.

Rahsia amalan beliau selama ini bocor bukan kerana beliau bocorkan. Tetapi punca dari seorang guru tahfiz terlepas cakap bagi tahu selepas ada pelajar tahfiz tempat guru tahfiz hina gambar Najib letak dalam tandas dengan guru tahfiz terlepas cakap kata sebahagian dari Maahad Tahfiz sumbangan PM sejak 10 tahun dahulu kepada pelajar tersebut, didengari ramai pelajar tahfiz yang lain.

Sedarkah kita apakah sumbangan kita kepada negara,masyarakat,Saudara-mara kita dan Keluarga kita.Semoga sama-sama kita menafaatkan usia yang ada untuk kebaikkan. Berbuat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.

Buangkanlah perasan dendam. Buangkanlah yang keruh ambil yang jernih. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dan sentiasa membimbing ke jalan yang lurus jalan di redo dan di beri rahmatnya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat