Georgetown: Lapan kakitangan sebuah institusi kewangan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang RM300,000 dari sebuah bilik pemprosesan wang di Bank Negara Malaysia (BNM) Pejabat Wilayah Pulau Pinang, di sini.
Mereka yang berusia antara 26 hingga 34 tahun termasuk seorang wanita ditahan secara berperingkat di negeri ini sejak kelmarin hingga semalam.
Perbuatan sejak September Sumber memberitahu, mereka dipercayai melakukan perbuatan itu sejak September lalu sebelum kegiatan terbabit disedari pengurus BNM berkenaan.
Berikutan itu, pengurus BNM berkenaan memaklumkan kepada pengurus institusi kewangan tempat suspek bekerja sebelum membuat laporan polis, kelmarin.
“Susulan itu, BNM membuat siasatan dalaman dan lapan pekerja institusi kewangan itu ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes berkenaan,” kata sumber berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.