KUALA LUMPUR: Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (POCA) akan berkuatkuasa mulai Rabu ini, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
"Kerajaan akan mewartakan POCA esok dan berkuatkuasa pada 2 April ini," katanya dalam persidangan Dewan Rakyat, sebentar tadi.
Pindaan terhadap POCA 1959 itu adalah bagi memerangi dan mencegah jenayah dengan lebih berkesan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebelum ini menjelaskan POCA bukan satu undang-undang bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Menerusi pindaan itu juga tiga profesional mewakili badan kehakiman dari Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi akan dilantik menganggotai Badan Pencegahan Jenayah yang akan dibentuk.
Mengikut pindaan itu, Peranti Pemantauan Elektronik (EMD) akan dipasang pada anggota badan penjenayah terbabit bagi memudahkan pihak polis melakukan pemantauan.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.