TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, February 4, 2014

Subhanallah!! Gambar-Gambar Kaum Luth Yang Dilaknat Allah- Jauhkan diri anda dari Peliwat

Soalan pertama saya kepada pembaca, Siapakah penyokong peliwat , Gay didalam negara ini yang hebat diperkatakan- Lihat lah gambar gambar dibawah ini. Berhentilah anda menyokong, Musibah Allah tak kenal rayuan anda semua. Tentang habis-habisan – Bukti telah ada.


Saya ingin bepesan pada diri saya sendiri dan juga para pembaca sekelian.. Jauhkan diri anda dari kaum yang menyokong Gay,atau Homseksual. Jika di Malaysia  jauhkan diri anda daripada orang orang yang menyokong Gay, Peliwat , Ingatlah paparan post dibwah ini serta gambar kaum Luth yang telah dimusnahkan oleh Allah menjadi pengajaran buat kita.

Ayat 82 Surah Hud secara jelas menyebutkan jenis bencana yang menimpa kaum Luth. “Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri Kaum Lut itu yang atas ke bawah ( Kami menterbalikkan ), dan Kami hujani mereka dengan (batu belerang ) tanah yang terbakar secara bertubi-tubi,”.
 Rakaman satelit dari daerah di mana Kaum Luth dikatakan pernah tinggal
 
Ayat ” menterbalikkan (kota) ” membawa maksud kawasan tersebut digegarkan oleh bencana gempa bumi yang maha dahsyat. Sesuai dengan keadaan Tasik Luth (Laut Mati) dimana penghancuran itu terjadi, terkandung bukti yang “nyata” dari bencana tersebut.
 Pemandangan gunung-ganang di sekitar Laut Mati
 
Memetik apa yang dikatakan oleh ahli arkeologi Jerman bernama Werner Keller:

Bersamaan dengan dasar dari retakan yang lebar ini yang terjadi secara sekata di kawasan ini, Lembah Siddim, termasuk Sodom dan Gomorah, terjerumus secara seketika (dalam waktu satu hari ) ke dalam jurang yang sangat dalam. Kehancuran tersebut terjadi melalui sebuah peristiwa gempa bumi hebat yang mungkin disertai dengan letusan, petir dan keluarnya gas dari perut bumi serta terjadinya lautan api yang dahsyat
Beberapa runtuhan dari kota yang terkubur di dalam tasik itu, ditemui di tepian tasik. Peninggalan tersebut menunjukkan bahawa kaum Luth telah memiliki standard hidup yang cukup tinggi.

Jejak-jejak dari Laut Mati akan nampak ketara. Jika seseorang bersampan melintasi Laut Mati ke titik paling Utara dan cahaya matahari sedang bersinar tepat diarahnya, maka kita akan dapat melihat sesuatu yang menakjubkan.

Dari kejauhan pantai akan nampak secara jelas dibawah permukaan air segaris bentuk hutan yang secara luar biasa diawetkan oleh kandungan garam yang tinggi dari Laut Mati. Batang-batang dan akar-akar pokok di dalam kilauan air yang hijau akan kelihatan. Lembah Siddim, tempat di mana pokok-pokok ini dahulu daunnya pernah tumbuh mekar menutupi batang dan rantingnya adalah merupakan salah satu lokasi yang paling indah di daerah ini.
Lembaga Geografi nasional Amerika Syarikat (National Geographic) pada Disember 1957 menyatakan:

“Gunung Sodom, merupakan tanah gersang dan tandus muncul secara mendadak diatas Laut Mati. Tidak ada seorang pun yang pernah menemui kota Sodom dan Gomorah yang dihancurkan, namun ahli arkeologi percaya bahawa kota ini dahulunya berada di lembah Siddim yang terletak melintang di sepanjang tepian tebing jurang ini. Kemungkinan air bah dari Laut Mati yang menelan mereka yang disertai dengan gempa bumi”.

Kota Pompei

Kehilangan Pompeii dari muka bumi dengan bencana seperti ini bukanlah berlaku tanpa sebarang alasan. Catatan sejarah menunjukkan bahawa kota tersebut adalah merupakan pusat hiburan dan pusat maksiat.
Kota ini dikenali dengan aktiviti pelacuran homoseksual (gay) yang tak terkawal sehingga sampai pada satu tahap dimana sukar untuk membezakan yang mana satu adalah rumah pelacuran dan yang mana satu bukan! Alat kelamin tiruan (dalam saiz asalnya) digantung di depan pintu rumah pelacuran. Menurut tradisi yang berasal dari kepercayaan Mithraic, organ seksual dan persetubuhan tidaklah seharusnya disembunyikan namun dipertontonkan secara terang-terangan!

Namun lava dari letupan gunung Vesuvius menyapu bersih seluruh kota Pompei dari muka bumi dalam waktu yang singkat sahaja. Dicatatkan bahawa tidak ada seorang pun yang selamat dari bencana bencana yang mengerikan ini.
Mereka sama sekali tidak menyedari bencana tersebut, seolah-olah mereka sedang terlena dalam mimpi. Sebuah keluarga yang sedang menjamah makanan mereka ketika itu juga menjadi batu (membatu). Beberapa pasangan ditemui membatu di mana mereka sedang melakukan hubungan seks. Hal yang paling menarik ialah terdapat pasangan yang berjantina sama melakukan seks dan pasangan muda-mudi yang masih kecil. Wajah dari kebanyakan jasad manusia membatu yang digali dari Pompeii masih utuh sama sekali, ekspresi wajah-wajah tersebut secara umumnya kelihatan kebingungan/terkejut.
Kematian warga kota Pompeii yang terjadi secara tiba-tiba itu memiliki kemiripan sebagaimana yang digambarkan dalam ayat surah Hud diatas.

Meskipun begitu, tidak banyak perkara yang telah berubah sejak Pompeii dihancurkan. Daerah Naples dimana pesta gay berlaku, tidak seteruk kemusnahan daerah Pompeii yang tidak bermoral.

Kepulauan Capri adalah pusat utama dunia kaum homoseksual dan kaum nudist menetap. Kepulauan Capri dilambangkan sebagai “surga kaum homo” dalam iklan pelancongan. Tidak hanya di kepulauan Capri dan di Itali sahaja, namun hampir di seluruh dunia (termasuklah di Malaysia sejak akhir-akhir ini) di mana gejala moral yang sama sedang terjadi dan masih ramai yang tetap berkeras untuk tidak mengambil pelajaran dari kaum-kaum terdahulu. 

Sumber:Rmf7

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat