Setelah menyembunyikan diri beberapa lama akibat kantoi menipu, SUARAM sekali lagi muncul menyerlahkan muka tidak malu mereka di saat pilihanraya untuk meneruskan misi yang belum selesai iaitu menggunakan isu scorpene dan Altantuya untuk menjatuhkan kerajaan.
Untuk itu, secara tiba-tiba sahaja si Cynthia Gabriel, Pengarah SUARAM, mengadakan sidang akhbar pada 23 April lalu semata-mata untuk meghidupkan semula isu ini.
Secara umumnya, rakyat keseluruhan sedia maklum bahawa isu scorpene telah pun dibuktikan sebagai tiada isu apabila mahkamah Perancis sendiri membuat kenyataan bahawa aduan SUARAM telah ditolak sejak awal lagi kerana tidak berasas. Namun, walaupun tiada kes, SUARAM telah terus berbohong dengan mereka-reka cerita mengenai sapina dan dokumen bukti.
Apabila isu scorpene dibuktikan sebagai satu rekaan untuk memburukkan kerajaan, maka secara automatik kes pembunuhan Altantuya juga turut menjadi tandatanya. Jika SUARAM mereka-reka cerita tentang rasuah kapal selam untuk memburukkan kerajaan, maka tentulah tidak mustahil mereka jugalah terlibat dalam pembunuhan Altantuya untuk menguatkan lagi kisah rekaan mereka.
Apapun, kita tidak perlulah merendahkan diri kita ke tahap SUARAM dengan menuduh tanpa bukti. Biarlah mahkamah dan polis saja yang mengendalikan hal itu.
Yang penting kini ialah membaca strategi SUARAM seterusnya. Dari sidang media yang diadakan SUARAM, jelas terpapar di wajah Cynthia bahawa beliau amat kesal dengan kematian penyiasat persendirian, Balasubramaniam, sebelum sempat berjuang. Sebelum ini, Bala yang dikatakan sebagai terlibat secara langsung sebagai ‘perantara’ dalam kes rasuah scorpene dan pembunuhan Altantuya telah melarikan diri keluar negara. ‘Kehilangan’ Bala dituduh SUARAM/pembangkang sebagai dibayar oleh pihak kerajaan, khususnya, isteri Perdana Menteri, sebagai menutup penglibatannya dalam kes tersebut.
Walaubagaimanapun, tuduhan tersebut langsung tidak menepati ‘jalan cerita’ kerana Bala bertindak memburukkan kerajaan, terutama Perdana Menteri dan isteri. Tidak mungkin mendiang akan memburukkan kerajaan jika pihak kerajaan yang membayarnya.
Kembalinya Bala ke Malaysia beberapa ketika sebelum kematiannya membuktikan siapa yang ‘menajanya’ selama ini di luar negara, iaitu pembangkang. Ini kerana beliau pulang dengan persediaan untuk menjelajah negara memburukkan Perdana Menteri dan kerajaan menggunakan isu yang sama, setelah SUARAM gagal melakukannya.
Namun, Tuhan lebih ‘sayangkan’ Bala, kerana ‘mengambilnya’ sebelum sempat beliau melakukan kerja-kerja jahat arahan SUARAM/pembangkang. Kerana itu, SUARAM amat kesal dengan pemergiannya.
Dalam keadaan yang amat terdesak dan genting ini, sukar bagi SUARAM untuk menukar skrip. Skrip yang sama perlu digunakan untuk meneruskan misi menjatuhkan kerajaan. Sudah terlalu banyak yang terkantoi dan tidak konsisten dalam cerita SUARAM, jadi ‘Bala’ merupakan harapan terakhir untuk memuktamadkan skrip mereka. Oleh kerana Bala telah tiada, maka pengganti yang paling mudah tentulah isterinya.
Kini, isteri Bala sedang dipersiapkan untuk membawa watak seorang mangsa sampingan. Beliau akan ditampilkan secara agresif menjelang hari-hari terakhir sebelum pilihanraya. Kita tidak tahu sejauh mana isteri Bala akan mampu memainkan peranan yang diarahkan, tetapi nampaknya tentu sukar juga kerana sehingga ke hari ini, beliau nampaknya masih belum bersedia.
Jangan terkejut dengan apa yang telah, mampu dan akan dilakukan oleh SUARAM untuk ‘menghidupkan’ kembali Altantuya setelah tidak mampu menghidupkan kembali Bala.
Apapun, kita yakin yang rakyat Malaysia tidak akan terpedaya lagi dengan SUARAM. Justeru, biarlah SUARAM mementaskan apa saja drama yang mereka suka. Biarlah mereka menghabiskan wang tuan mereka. Kita tunggu dan lihat saja, sampai bila tuan mereka akan sedar bahawa mereka ini adalah agen-agen yang tidak berguna.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Silat Melayu
DOA DOHA
WALI SONGO
Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.
WAJIB TONTON
Top Blogges
A. Blog Warta Pasir Gudang
-
-
-
-
-
-
Bersolatlah.11 years ago
-
10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak11 years ago
B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.
-
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berasa sedih apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara meletakkan tanggungjawab berhubung kel...
-
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-me reka yang dikehen...
-
Secara Ringkas... Nota Penulis : Ancaman terhadap negara datang dari luar dan dalam. Untuk memudahkan perancangan musuh Islam, agenda...
-
* Bot Komando Sg.Udang Hilang Dilaut, mungkin ini yg sedang mereka lakukan . Motto Rejimen - Cepat Dan Cergas ... Lambang Rejimen - ...
-
ARTIKEL TULISAN SAHABAT SHAHPASKAL, MUSIBAH DEMI MUSIBAH, PLEASELAHHH..INI BALA BEB, BUKAN UJIAN UNTUK UMAT TERPILIH Bila dah banji...
-
Gambar di atas merupakan kompleks pertahanan bawah tanah Malaysia, lokasi rahsia. 1. Malaysia melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ...
-
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) boleh menyebabkan negara sekali lagi terjerumus dalam krisis ekonomi Asia seperti yang berl...
-
Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim membuat laporan polis kedua terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed ...
-
Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak ...
-
Ya Allah permudahkanlah urusan sahabat-sahabat sukarelawan PPBM. Rahmatilah mereka dan selamatkanlah mereka dalam kerja amal yang dilakukan....
C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat
-
-
-
LESEN B FULL, NAK BAGI KE TAK?1 month ago
-
-
-
-
-
PERJUANGAN UMNO TIADA PENGHUJUNGNYA..3 years ago
-
PRU 15 - UMNO BOLEH MENANG?4 years ago
-
-
BAKAL KEMBALI4 years ago
-
MACC'S WATERGATE SCANDAL4 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Moral Anwar Menyesatkan Umat Islam10 years ago
-
-
-
Bersolatlah.11 years ago
-
10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.