TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, April 3, 2022

Ubah Lapuran Audit?

Nor Salwani, yang kini Timbalan Ketua Audit Negara diarah memusnahkan salinan asal laporan audit 1MDB, bagaimanapun, secara rahsia telah menyimpan satu daripada salinan asal laporan itu, yang disediakan Jabatan Audit Negara pada 2016

Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukan beliau ketika itu untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir pengauditan 1MDB sebelum dibentangkan kepada PAC, untuk mengelak sebarang tindakan diambil terhadapnya, manakala bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, 45, didakwa bersubahat dengan Najib membuat pindaan bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada dikenakan tindakan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 23(1) serta 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Israk Dan Mikraj

*Peristiwa Israk dan Mikraj dan Pengajaran Yang Perlu di Hayati*

Posted on 3 April 2019 bersamaan 27 Rejab 1440H.
😊😊😁..《☆m

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.

Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.

01.Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.

02.Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra’ ayat 1 yang bermaksud;

“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.

Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan “asra bi ‘abdihi lailan” yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi “asra bi rohi ‘abdihi lailan” yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.

Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.

Setelah baginda S.A.W menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda S.A.W. Fitnah terhadap baginda S.A.W bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda S.A.W maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi S.A.W lalu beliau dengan tegas menyatakan :

“Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya”. Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.

Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah S.A.W berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.

Sahabat yang dimuliakan,

Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat.

Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

01.Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,

02.Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,

03.Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A.S. dilahirkan),

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :

01.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

02.Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

03.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

04.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

05.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.

06.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

07.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

08.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

09.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.

13.Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.
 
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-‘AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”.

Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah SWT : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj:

Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa’id)

 

Sahabat yang dikasihi,

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam)

Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah. Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.

–

Thursday, March 31, 2022

TERKINI : B40 bukan untuk di Hina.

Kononnya pelajar tersebut telah habis belajar? telah bekerja? Video lama baru ditularkan?

Kuliah minggu ke 8 pada semesta Oktober 2021 hingga February 2022.  Sekarang bertarikh 30/03/2022.

Kononnya Pensyarah tersebut telah bersara. Ia betul telah bersara tetapi masih ada kontrak lagi. Bukan itu persoalannya?

Siasatan dan lapuran penuh perlu dilakukan bagi megelakkan perkara tersebut tidak berulang lagi di MASA-MASA akan datang. 

Apa hak Pensyarah tersebut untuk menghina golongan B40? Sedangkan Kerajaan bermatian memperjuangkan golongan B40 untuk dibantu supaya mereka satu masa nanti boleh berdiri atas kaki mereka sendiri.

Kenyataan Pensyarah tersebut mengatakan tidak boleh duduk dengan golongan B40 merupakan satu penghinaan kepada Masyarakat golongan B40.

Pensyarah tersebut perlu ingat UiTM tempat beliau mencari rezeki itu adalah untuk anak-anak golongan B40. Apa fungsi Pensyarah tersebut jika tidak tahu BERADAB? Kerana adanya golongan B40 lah beliau dapat mengajar di UiTM. Adakah beliau tidak terfikir perkara tersebut?

Dalam keadaan Negara di serang Pendemik Covid-19 masih ada pemikiran seorang Pensyarah bertaraf Prof. yang masih berfikiran seperti katak dibawah tempurung.

Golongan B40 bukan mereka tidak mahu kaya. Tidak mahu rumah Besar tidak mahu Wang berjuta-juta dalam acc bank mereka. Tetapi golongan B40 belum berpeluang menjadi kaya seperti Prof tersebut.

Janganlah menghina golongan kurang berkemampuan. Akan sampai satu masa Nanti Wang berjuta berbilion dalam acc tidak siapa menerima derma atau sumbangan dari kita.

Orang beradap biasanya berilmu. 

Jangan sampai Negara kita melahirkan pelajar berilmu Tinggi sahaja tetapi gagal melahirkan Insan BERADAB, BERILMU TINGGI.

BUKAN BIASA-BIASA.

Sungguh Luar Biasa....

Seorang Anak Muda sedang membersihkan aquarium Tuan nya, ia memandang ikan arowana agak kebiruan dengan taksub..

Tanpa disedari Tuannya sudah berada di belakangnya.. 

"Kamu tahu berapa harga ikan itu?". Tanya sang Tuannya..
.
"Tidak tahu". Jawab si Anak Muda..
.
"Cuba kamu tawarkan kepada jiran tetangga sebelah!". Perintah Tuannya.

Ia mengambil gambar ikan itu dan menawarkan ke jiran tetangga..

Kemudian kembali menghadap Tuannya. .

"Ditawarkan berapa harga ?" tanya Tuannya. .
"RM15 Tuan". 
Jawab si Anak Muda dengan mantap.
.
"Cuba kau tawarkan ke kedai ikan perhiasan !!". Perintah Tuannya lagi.
.
"Baiklah Tuan". Jawab si Anak Muda. 

Kemudian ia terus ke kedai ikan perhiasan di bandar..
.
"Berapa ia tawar ikan itu?". Tanya Tuannya.
.
"RM250 Tuan". 
Jawab si Anak Muda dengan gembira, ia fikir Tuannya akan menjual ikan itu.
.
"Sekarang cuba kau tawarkan ke Pak Cik Ghani Rahman, 

Bawa ini sebagai bukti bahawa ikan ini pernah menyertai pertandingan". Perintah Tuannya lagi. 

"Baik Tuan". Jawab si Anak Muda. 

Kemudian ia pergi menemui Pak Cik Ghani yang dikatakan Tuannya. 

Setelah selesai, ia pulang terus berjumpa Tuannya.
.
"Berapa ia menawarkan harga ikan itu ?".
.
"RM 15 Ribu Tuan".
.
Ia terkejut sendiri menyaksikan harga satu ikan  yang boleh berbeza-beza..
.
"Nak, aku sedang mengajarkan kepadamu bahawa kamu hanya akan dihargai dengan benar dan betul ketika kamu berada di lingkungan yang tepat". 

"Kita semua adalah orang biasa dalam pandangan orang-orang yang tidak mengenal kita". 

"Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita". 

"Kita istimewa dalam penglihatan orang-orang yang mencintai kita".

"Kita adalah peribadi yang buruk bagi orang yang penuh kedengkian terhadap kita".

"Kita adalah orang jahat di dalam tatapan orang-orang yang irihati akan kita".

Pada akhirnya, setiap orang akan memiliki pandangannya masing masing terhadap kita, 

Maka tak usahlah bersusah payah supaya kelihatan baik dimata orang. 

Tapi berusahalah terus melakukan kebaikan dan menjalankan apapun dengan keihklasan. 
Paham,.... πŸ™‚

Semoga bermanfaat πŸ™πŸ˜Š

Wednesday, March 30, 2022

Tan Sri Muhyiddin Yasin Selamatkan Felda selamatkan Peneroka Felda dari terus dibelengu hutang.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata ini kerana semua pihak terutamanya Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memainkan peranan membantu warga Felda sejak ia ditubuhkan semasa pentadbiran BN.

Jawapan kepada fahaman songsang fikiran rakyat???

UMNO BN ingat rakyat Malaysia mudah di bodohkan. Felda dulu bukan Felda yang sekarang?

Felda dulu ditubuhkan oleh Tun Razak untuk bantu orang Melayu yang tiada Tanah sendiri. Jadi diberi Tanah tebang hutan tanam sawit. 

UMNO BN diharamkan oleh Mahkamah. Maka terbentuklah UMNO BARU. Selepas itu Tun Mahathir tukar semula UMNO BARU kepada UMNO.

Selepas Perdana Menteri berganti Perdana Menteri ber Perdana Menteri kan Najib Razak cucu kepada Tun Razak. Felda Mula RUGI. Semua itu kerana ketirisan yang tidak diuruskan dengan salah urus. Sehingalah Saham FGV di tubuhkan. Melingkop Felda.

UMNO BN Kalah PRU-14. Tun Mahathir Jadi Perdana Menteri semula. 

Kerana Tun Mahathir di desak oleh Parti PKR Dan PH supaya serahkan Jawatan PM kepada Anwar Ibrahim maka Tun Mahathir letak Jawatan sebagai Perdana Menteri.

YDPA telah berjumpa kepada 222 Ahli Parlimen Malaysia untuk menentukan siapakah mendapat sokongan untuk jadi Perdana Menteri bagi membentuk Kerajaan.

Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mendapat sokongan untuk MEMBENTUK Kerajaan. 

YDPA perkenan Tan Sri Muhyiddin Yasin menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 8. 

Sewaktu Tan Sri Muhyiddin jadi Perdana Menteri Felda di PULIHKAN semula. Hutang peneroka dimansuhkan. Kilang Sawit diambil semula oleh Felda. Saham FGV hampir 98 PERATUS sudah diambil semula oleh Felda. Tanah Peneroka Dari FGV sudah diambil semula oleh Felda.

Zaman Najib Dan Esa Samad UMNO BN Felda melingkop. Jadi kenyataan siapa bantu Felda tidak perlu dibangkitkan adalah tindakkan untuk melindungi Perosak negara pelingkup Felda merosakkan dan merugikan Peneroka.

Hanya UMNO BN yang tidak ada malu kerosakkan besar masih nak ditutup dan dilindungi.

Ayuh Bangsa Johor bermula Dari Johor kita tinggalkan UMNO BN BARANG NAIK.

Rakyat susah mereka sibuk melindungi Perosak Negara. Melindungi rakan sepenjenayah. 

Ayuh Bangsa Johor kita mengundi tolak UMNO BN. Kita kalahkan UMNO BN melalui Peti Undi.

Tuesday, March 29, 2022

Mat Kilau Mat Siam Pahlawan Melayu.

Alfatihah 
Tok Ki Mat Kilau
"Pahlawan Sufi Terbilang dari Pahang" 
Ketika Mat Kilau bersembunyi, beliau pernah menetap di Kg Penar Patani, semasa pelariannya, dengan nama Mat Siam. Hugh Clifford meminta Raja Siam mengarahkan Sultan Kelantan..iaitu Sultan Mansur supaya menyerahkan Mat Kilau, hidup atau mati kepadanya.

Kata Mat Kilau “ Saya pura-pura mati dan kamu boleh membawa ‘mayat’ saya dan menyerahkannya kepada Sultan Kelantan. Sultan boleh memaklumkan kepada Raja Siam yang saya telah meninggal dunia ketika bertempur!”

Kata Mat Kilau lagi : “ Itu mudah saja, kerana saya boleh buat ramuan untuk diminum, selepas meminumnya, saya akan pengsan selama dua hari. keadaan saya bagaikan orang mati. Kamu boleh bawa mayat saya kepada sultan, tetapi ada syarat dan jaminannya”

“Syaratnya, mayat saya mesti dibungkus dengan kain kuning, orang ramai boleh melihat dari jauh sahaja.Apabila sampai di tanah perkuburan,mayat saya boleh digantikan dengan batang pisang” kata Mat Kilau kepada Haji Abdullah serban hijau.. yang ditugaskan untuk menangkapnya, tetapi bertukar menjadi sahabat seperjuangannya, selepas menyaksikan Mat Kilau boleh ghaib didepan matanya sendiri!

“Jaminannya, ayah saya Tok Gajah dan Datuk Bahaman mesti berada disisi mayat saya hingga dibawa ke tanah perkuburan, anak-anak murid saya juga dibenarkan mengiringinya, itu sebagai jaminan saya tidak dikhianati”

Lalu Mat Kilau meminum ramuannya, dan pengsan lalu dianggap mati..diusung ke anjung istana negeri Kelantan, sambil disaksikan orang ramai. 

Sultan mansur pun menghantar utusan ke Siam, dengan menyatakan mayat Mat Kilau sudah ada dan terbunuh ketika bertempur.

Raja Siam pun percaya lalu memaklumkan kepada Inggeris.

Sewaktu hendak menanamkan ‘mayat’ itu, tubuh Mat kilau dilarikan oleh anak-anak muridnya.. lalu mereka menggantikannya dengan batang pisang!

Namun rahsia itu terbocor oleh salah seorang muridnya, menyebabkan Raja Siam dan Inggeris sangat marah.

Pada mulanya siam mahu menyerang kelantan tetapi bila mendapat tahu Mat Kilau dan pengikutnya sanggup berjuang mempertahankan Kelantan.. Siam mulai kecut perut dan tidak jadi menyerang Kelantan. 

Demi menjaga keamanan negeri kelantan , Mat Kilau pun berpindah ke Kg Pasir Nering.

Semasa di Kg Pasir Nering, Mat Kilau diserang Inggeris, satu peluru hinggap dibadannya ketika itu yang mengoyakkan kulit belikatnya, tetapi tidak mampu menembusi daging dan tulangnya! 

Rupa-rupanya salah seorang anak muridnya belot, dan membocorkan rahsia kepada Inggeris, bahawa tubuh Mat Kilau hanya lut dengan peluru emas sahaja! 

Rupa-rupanya benar, selepas diperiksa peluru itu diperbuat dari emas tulen!!! 

Bayangkan berapa butir peluru yang dibuat oleh inggeris, dengan menggunakan hasil bumi Pahang iaitu emas..semata-mata bagi membunuh pahlawan tanah air Pahang!!! Betapa jahatnya mereka!

Mat Kilau ketika dalam pelarian, mendapat perlindungan Tok Ku Paloh di Terengganu, sempat pula berguru dengan wali Allah dan Khalifah Tareqat Naqsyabandiah yang bergelar Qutubul Zaman itu! 

Tokku Paloh menukar nama ayahnya Tok Gajah kepada Tok Fakir Lebai Salam, dan Mat kilau di sebut nama asalnya iaitu Muhammad!

Sekali lagi Mat kilau berpura-pura mati pada tahun 1895..untuk mengaburi mata siam dan inggeris, lalu mayatnya dikuburkan di Kampung Dalam Limau, Bunut Payung Kelantan.

Sultan Kelantan menggantikannya dengan batang pisang, lalu menyuruh Mat Kilau melarikan diri!

Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu, daripada dua orang tokoh ternama dari kedua-dua negeri..iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.

Mat Kilau juga agak mahir dengan ilmu hutan hingga boleh menyusup masuk ke Terengganu mahupun Kelantan..melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini, laluannya masih tetap digunakan, khususnya pencari gaharu.

Berita tergempar dari akhbar di seluruh Negara pada 1895 menyatakan “Ketua Penderhaka, iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam, pada bulan Oktober 1895 manakala..The Free Press pula menyatakan bahawa “Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditahan, akibatnya dia telah cedera parah di muka dan di kepalanya. Oleh kerana luka-luka itu sangat parah, maka dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah”.

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press pada 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum, tamatlah sudah riwayat seorang pejuang terbilang ini , akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku.. tidak diketahui orang ramai, kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

Disebabkan Mat Kilau dianggap sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau mengasingkan diri, serta berpindah dari satu tempat ke satu tempat, dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.

Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali, dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. 

Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada masa itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778..dan bernama Mohamad bin Ibrahim, supaya memperkenalkan dirinya yang sebenar.

26.12.1969 pada hari Jumaat, selepas Solat Jumaat, Mat Kilau membuat Pengisytiharan dirinya di masjid Kampung Pulau Tawar, setelah sekian lama menukar namanya sebagai Mat Siam, kerana memegang amanah Almarhum Sultan Abdullah.

Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan terharu mendengar berita menggemparkan itu . 

Hati seluruh rakyat Malaysia berdebar-debar menanti keputusan “Ahli Jawatankuasa Menyiasat Mat Kilau” yang dilantik oleh kerajaan negeri Pahang. 

Akhirnya, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan.. dan disahkan sebagai Mat Kilau yang sebenar, oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd She

Oleh itu maka sahlah, Mat Siam itu adalah Mat Kilau, anak kepada Imam Rasul atau Tok Gajah Pendekar Pahang yang terbilang itu!

Akhirnya, pada tanggal 16 ogos 1970, Pendekar Sufi terbilang ini telah menghembuskan nafas terakhirnya.. dan disemadikan di tanah perkuburan Pulau Tawar bersebelahan dengan kubur ibunya Teh Mahada, atas wasiat Mat Kilau sendiri sementara ayahnya telah meninggal dunia dalam pelarian, dan dikuburkan di kampung Pasir Nering Trengganu.

Sempena mengingati pemergiannya menemui Tuhannya 50 tahun yang lalu, setelah berjuang dan berkorban melawan musuh islam.. iaitu penjajah Inggeris dan Siam, marilah kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada beliau!

Kata-kata semangat Mat Kilau, untuk renungan anak bangsa :

“Aku rela mati semasa bertempur dengan penjajah daripada menyerah dan mati di tali gantung mereka!”

"Jagalah Agama , Jagalah Bangsa dan Jagalah Negara . Jangan Sampai Bangsa Ku Tiada Negara."

Sunday, March 6, 2022

Saya saksi peranan besar Muhyiddin pulihkan ekonomi negara – Tok Pa

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa.

DATUK Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau adalah saksi bagaimana peranan penting Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha memulihkan ekonomi negara.

Ini sama ada peranan yang dimainkan Muhyiddin selaku Perdana Menteri mahu pun Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang sedang digalasnya.

Usaha memulihkan ekonomi akibat kesan pandemik COVID-19 dimulakan Muhyiddin tidak lama setelah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac 2020.

Mesyuarat Kabinet pertama yang dipengerusikan Muhyiddin memutuskan untuk memastikan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dipulihkan dan diperkasakan.

“Maka banyak perkara dibincang berkait usaha memulihkan ekonomi dan inisiatif untuk rakyat yang dibincang dalam majlis ini yang saya urusetianya.

“Hasilnya, lapan pakej dengan RM530 bilion dan banyak lagi inisiatif lain bagi pemulihan ekonomi negara dibincang di majlis ini bersama Tan Sri (Muhyiddin) dan Menteri Kewangan serta yang lain,” katanya.

Usaha-usaha ini termasuk inisiatif pengeluaran KWSP, bantuan sara hidup, subsidi gaji kepada majikan dan tentunya Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang cukup mantap dilakukan ketika era pentadbiran Muhyiddin.

“Ikutkan indeks daya tahan Bloomberg kita kini berada pada kedudukan tangga 18.

“Semua ini adalah usaha pemulihan ekonomi yang mula digerakkan Tan Sri Muhyiddin dan anggota Kabinet lain,” jelasnya.

Selepas tidak lagi menjadi Perdana Menteri, ditubuhkan pula MPN yang dipengerusikan Muhyiddin dan ini satu lagi institusi penting bagi memulihkan ekonomi negara.

“Ini institusi dan kaedahnya, MTEN, MPN dan peranan menteri berkaitan memikirkan segalanya bagaimana memulihkan ekonomi.

“Alhamdulillah, perdagangan, pelaburan, pengangguran makin pulih. Cuma kini kita berdepan satu lagi isu baru iaitu krisis Rusia-Ukraine,” jelasnya.

Ketika ini orang Felda gembira peningkatan harga sawit tetapi di pihak kerajaan berdepan satu sisi lain iaitu subsidi minyak masak.

Menurut Mustapa, ini termasuklah peningkatan harga minyak mentah dunia yang pada masa sama ada kesan baik dan implikasi subsidi bagi pasaran runcit.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat