TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, September 17, 2016

Tuan Guru Haron Din selamat di kebumikan di California.

Tempat pengebumian almarhum Tuan Guru Mursyidul Am PAS, TGHD in Five Pillars Farm Islamic Cemetery Livermore , California.

Selesai solat jenazah yang diimamkan oleh adinda tersayang Hamdi Haron selaku ketua keluarga..

Ramai jemaah Maashaallah...Jemaah solat jumaat 3 lapis( kami sessi kedua)
Alhamdulilaah.. Tsummalhamdulilahh
Tsummalhamdulilah..

Berebut2 jemaah datang memeluk dan menyantuni takziah pada kami.Terpana!!!Tidak sangka

Tidak pernah bersua.. Tidak pernah bersapa.. Tidak kenal siapa

Cumaa ukhuwwah fillah..
Hangatnya persaudaraan disini..😭

- Dr Huda Haron

Friday, September 16, 2016

Tun Mahathir menghadap Agong.

Sumber rapat dengan Tun Mahathir  berkata mereka dimaklumkan bahawa Agong membenarkan  Tun Mahathir mengadap baginda pada hari Rabu.

Tun Mahathir menyampaikan tandatangan 1.3juta deklarasi rakyat dan misi selamatkan Malaysia.

Semoga pertemuan tersebut menghasilkan kebaikkan untuk rakyat dan Negara Malaysia.

Tuesday, September 13, 2016

SOKONG PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA. BERSATU MEMENANGI PILIHANRAYA!!!

KENYATAAN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

Assalamualikum dan salam sejahtera.

1. Kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih diatas sokongan dan keprihatinan semua pihak terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

2. Dalam usia semuda ini, pasti kita memerlukan sokongan padu dari segenap lapisan masyarakat. Sudah semestinya kita menghargai usaha untuk menyemarakkan lagi sokongan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

3. Namun demikian, sebarang usaha yang dilakukan mestilah mengikut lunas-lunas yang seiring dengan halatuju parti yang kita cintai ini.

4. Justeru kita ingin menasihatkan semua pihak terutamanya NGO supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang membawa kekeliruan pelbagai pihak sehingga dilihat seakan-akan mengambil alih tugas dan peranan parti.

5. Ini adalah penting kerana kekeliruan dan kesalahan maklumat sudah pasti akan menjejaskan perjalanan parti.

6. Dalam kegairahan kita menyambut kelahiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia, adalah diharapkan kenyataan-keyataan yang boleh mengelirukan orang ramai hendaklah juga dihentikan.

7. Parti Pribumi Bersatu Malaysia menggalakkan semua mendaftar secara langsung dengan pendaftar-pendaftar parti atau dengan sistem atas talian minggu hadapan.

7. Ahli-ahli NGO yang menyokong perjuangan Bersatu, Beramanah, Bermaruah juga dijemput mendaftar menjadi ahli secara langsung.

Sekian . Terima kasih.

Sunday, September 11, 2016

Terkini: Kisah benar, Tekanan darah tinggi selama 5 jam petunjuk dari Ilahi.

KUALA LUMPUR, 11 Sept — Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengakui sangat tertekan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sewaktu menjadi menteri kewangan kedua.

Tekanan darah beliau naik mendadak selama lima jam pada awal April kerana begitu tertekan dengan urusan kerja sebelum meletakkan jawatan pada hujung Jun lalu, lapor Sinar Harian.

“Sudah beberapa bulan saya stres sebab 1MDB. Saya anggap tekanan darah tinggi selama lima jam datang dari petunjuk Ilahi bagi saya menilai di mana saya harus berada.

“Ada kala saya terasa, bekerja secara lurus tidak ada tempat di dunia ini. Saya bertanya, adakah patut saya terus berada dalam kabinet atau tidak?”

“Saya membuat penilaian satu persatu dari sudut tubuh, minda, hati dan kerohanian, sejauh mana tertekan dengan permasalahan 1MDB?” katanya, yang melepaskan jawatan mendadak pada 27 Jun, dalam wawancara dengan akhbar itu.

Walau tidak menyatakan dengan jelas masalahnya ketika mengendali isu tersebut, Husni meluahkan tidak setuju dengan cara ia dikendalikan oleh pemimpin negara.

Namun beliau menyebut ada pemimpin yang “hipokrit” mengendalikan isu berkaitan rasuah.

Beliau "dihentam" apabila cuba membentangkan langkah pembaikan sewaktu indeks tanggapan rasuah (CPI) Transparency International negara ini makin merosot. 

Beliau merancang meninggalkan kabinet sejak Januari lagi, tambahnya, tetapi membatalkan niat awalnya kerana “tidak tergamak” berbuat demikian.

Namun tekad Husni untuk berundur menjadi lebih kuat setelah mendengar kata-kata seorang pegawai kanan kerajaan yang berjaya membuka matanya untuk tidak lagi dibayangi masalah 1MDB.

“Pada hari Sabtu [selepas tekanan darah meningkat], saya terbang ke Laos bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan Asean. Tengah hari, saya tidak berapa sihat.

“Saya beritahu pegawai-pegawai, saya tidak mampu untuk hadir ke mesyuarat sebelah petang.

“Seorang pegawai kanan Bank Negara berkata ‘semua orang tahu Datuk Seri tidak terlibat dengan urusan 1MDB. Mengapa Datuk Seri tertekan dengan isu 1MDB?’

“Kata-kata itu membuka hati saya harus pisahkan antara kerja, perkara yang tidak melibatkan saya dan keadaan diri. Fikiran saya terasa lega.

“1MDB tidak lagi mengganggu minda dan hati saya,” ahli parlimen Tambun dipetik berkata.

Husni juga mendedah, walaupun memegang jawatan menteri kewangan kedua, beliau tidak pernah dimaklumkan tentang penubuhan 1MDB pada 2009.

Namun, apabila kontroversi syarikat pelaburan itu memuncak pada 2015, beliau ditugas menyediakan jalan penyelesaian hutang 1MDB yang begitu tinggi dengan aliran tunainya yang negatif.

Peletakan jawatan Husni secara mendadak, sejurus sebelum Najib mengumumkan rombakan kabinet, menimbulkan tanda tanya dan spekulasi.

Beliau juga meletakkan kesemua jawatannya dalam Umno di peringkat pusat, negeri dan bahagian dan hanya kekal sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

Pada waktu itu Husni menafikan pengundurannya ada kaitan dengan syarikat kontroversi itu.

TERKINI: MARI BERDOA SEMPENA HARI ARAFAH.

HARI ARAFAH HAMPIR TIBA.

JOM BERDOA... In Sya Allah waktu Wuquf di Arafah akan bermula pada waktu Zuhur hingga Maghrib pada 9 Zulhijjah waktu Makkah bersamaan  11/09/2016 dari jam 5.30 pm -11.00pm waktu Malaysia (jangkaan). Bagi kita yang di tanah air gunakanlah kesempatan ini untuk berdoa kerana ianya adalah waktu yang amat mustajab. Selamat Beribadat!

Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah?

Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan orang yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan para nabi-nabi, Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka dengan mengurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arasy Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaan Mu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk bertahajjud dan solat subuh setiap hari.

Wednesday, September 7, 2016

Abu Sayyaf sebelum dan selepas era 80an.

Siapakah Abu Sayyaf?

Abu Sayyaf sejatinya adalah seorang mujahidin di Afghanistan yang berperang melawan Soviet pada era 1980-an.

Abu Sayyaf, yang berarti bapak ahli pedang dalam bahasa Arab, memiliki banyak anak buah dalam pertempuran tersebut.

Kebelakangan ini,  nama Abu Sayyaf dipinjam sekelompok orang saat mereka memisahkan diri dari kelompok rakan seperjuangan Front Pembebasan Nasional Moro (MNLF) di Filipina pada 1991.

Kelompok ini tidak hanya ingin mewujudkan Mindanao yang merdeka, tapi juga negara Islam di kawasan tersebut.

Sejak itu, Abu Sayyaf memperjuangkan tujuan itu dengan memerangi kerajaan Filipina.

Abu Sayyaf menyatakan kesetiaan pada ISIS pada 2014 lalu.

Menurut pemerhati terorisme Nasir Abbas, yang pernah menjadi anggota kelompok di Filipina.

Abu Sayyaf berbeza dengan MNLF. Moro Islamic Liberation Font (MILF)

“Perbuatan yang mereka lakukan itu, sudah lebih dulu dari ISIS. Masalah menculik, membunuh, mereka sudah lebih dulu dari ISIS,”

Filipina mengatur gerak 9000 angota tenteranya untuk memerangi Abu Sayyaf.

Wednesday, August 31, 2016

MERDEKA KU SEMAI BAKTI DEMI MU MALAYSIA.

BERSATU SELAMATKAN MALAYSIA

Hari ini genap 59 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Daripada sebuah negara bekas tanah jajahan yang miskin, Malaysia telah berjaya menjadi sebuah negara yang pesat membangun. Untuk selama beberapa dekad, Malaysia dikenali di seluruh dunia sebagai model sebuah negara membangun yang aman, stabil dan maju.

Namun, kini Malaysia berhadapan dengan suatu bencana yang amat membimbangkan. Ekonomi negara sedang menuju krisis. Rakyat bergelut dengan masalah ekonomi yang kian meruncing. Harga barangan keperluan harian semakin mahal, kos sara hidup kian meningkat, harga rumah terlalu mahal, pekebun kecil menderitai kemiskinan kerana kejatuhan harga getah dan kelapa sawit, peniaga gulung tikar, pekerja hilang pekerjaan dan mata pencarian, orang muda tiada pekerjaan, ibubapa terbeban dengan kos pendidikan anak-anak yang semakin meningkat, pelajar universiti tidak mendapat biasiswa kerana sumber kewangan kerajaan semakin terhad dan banyak lagi masalah lain yang dideritai oleh rakyat.

Tatkala rakyat sedang dihimpit oleh masalah kehidupan yang semakin rumit, khazanah negara tidak diurus dengan telus. Salah guna kuasa dan penyelewengan berleluasa. Aset dan wang negara dicuri dan dibelanja secara boros.

Malah, Perdana Menteri yang diamanahkan untuk menjaga khazanah negara dan membela kebajikan rakyat mencuri duit rakyat tanpa rasa bersalah walau sedikitpun. Beliau dan konco-konconya hidup mewah sedang rakyat menanggung beban. Malah, institusi-institusi penting negara dicabul dan kuasa yang ada di tangannya digunakan dengan angkuh semata-mata untuk menyelamatkan dirinya.

Apa yang berlaku di negara kita pada ketika ini bukanlah sesuatu yang didambakan oleh rakyat. Apa yang rakyat Malaysia mahu? Mereka mahu kenaikan harga barangan keperluan harian dibendung, pekerjaan dengan pendapatan yang mencukupi dan setimpal dengan kenaikan kos sara hidup, peluang-peluang pekerjaan baharu diwujudkan, tiada kutipan cukai yang membebankan, keselamatan diri dan keluarga terjamin, gejala rasuah diperangi habis-habisan, kemiskinan dihapuskan, kualiti pendidikan ditambah baik, kebebasan rakyat dipelihara, dan atas segalanya, mereka mahukan sebuah kerajaan yang jujur, amanah dan berintegriti.

Namun, apa yang berlaku hari ini amat mengecewakan harapan rakyat. Ekonomi negara tidak diurus dengan baik, kebajikan rakyat tidak terbela dan kerajaan  dipimpin oleh seorang yang khianat dan pecah amanah. 

Saya bimbang negara kita lambat laun akan terjerumus ke dalam gaung kemusnahan dan kegagalan sekiranya keadaan ini berterusan. Malaysia akan menjadi sebuah negara yang gagal dengan khazanah negara dirompak dan segala institusi kerajaan tidak lagi dapat bertungsi dengan baik kerana dirosakkan oleh pemimpin yang hanya mahu menyelamatkan dirinya sahaja, bukan membela kebajikan rakyat dan memelihara kepentingan negara. Ini adalah satu bencana besar yang kita tidak pernah terfikir akan menimpa Malaysia.

Sebagai rakyat sebuah negara yang merdeka dan cintakan negara, kita mahu Malaysia bangkit semula menjadi sebuah negara yang bermaruah dan dihormati oleh dunia. Justeru adalah menjadi hak dan kewajipan kita semua sebagai rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik untuk bersatu hati mengharungi cabaran getir ini secara bersama dan bangkit menyelamatkan Malaysia, tanah air kita yang tercinta.

Marilah kita bersatu selamatkan Malaysia dan bina masa depan yang lebih baik untuk semua.

Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-59.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat