TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, August 2, 2016

1MDB : Sekandal 1MDB menghampiri penghujungnya?

Ulasan rentetan 1MDB?

1. 1MDB ditubuhkan dengan tujuan murni. Mengumpulkan kekayaan untuk diagihkan kepada rakyat Malaysia.

2. 1MDB hanya mempunyai Geran 1 Juta jaminan kerajaan. Menurut apa yang diterangkan oleh pihak kerajaan.

3. 1MDB terpalit dengan beberapa sekandal yang melibatkan Penasihat 1MDB Perdana Menteri, Menteri Kewangan 1.

4. 1MDB juga dari segi aliran kewangan yang merentasi benua menarik perhatian untuk pihak berkuasa antarabangsa menyiasat dan membekukan aset dan acc yang berhubung kait dengan 1MDB.

5. 1MDB juga di mana aliran kewangan ada dikaitkan dengan kemasukkan ke acc Najib Razak.

6. 1MDB mempunyai hutang sebanyak 50 billion setakat Jan 2016 menurut sumber.

7. Perdana Menteri mengaku menerima RM 2.6 billion sebagai derma. Akhirnya baki RM 2.03 billion telah di kembalikan. TPM baru mengesahkan wang tersebut telah dipulangkan. AG baru mengarahkan SPRM tutup siasatan.

8. Rakyat Malaysia terutamanya dari parti pembangkang mendesak kerajaan telus dalam membuat siasatan 1MDB. Hanya segelintir rakyat dari UMNO menyatakan pendirian berkenaan sekandal 1MDB. Mereka mengharapkan badan-badan berkuasa untuk menegakkan kebenaran agar kepentingan negara dapat ditegakkan.

9. Pada 20hb Julai 2016. DOJ mendedahkan dengan saman sivil terhadap beberapa nama nama yang disenarailan bagi membekukan aset-aset yang dipercayai bersumberkan penyelewangan 1MDB.

10. 1MDB sekandal amat memalukan dan merosakkan nama baik negara Malaysia. Kepercayaan pelabur-pelabur luar negara boleh terhakis jika perkara ini tidak diselesaikan dengan berkesan.

11. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelihatan terburu-buru dalam membuat keputusan. Dalam kelihatan seoalah-olah penyabar sebenarnya gagal bersabar. Dalam kelihatan bijak membuat keputusan tetap kelihatan gelabah yang melihatkan riak keresahan diwajahnya.

12. Semoga Allah memberikan taufiq dan hidayah kepada Datuk Seri Najib Razak untuk berani kerana benar.

13. Kuasa hanyalah pinjaman. Akhirat jualah tempat yang kekal buat selama-lamanya.

14. Kepada Allah berserah.

15. SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN.

16. Rakyat Malaysia adalah pejuang bukan pengecut.

Sunday, July 31, 2016

Konspirasi gulingkan kerajaan?

Sedikit Fakta untuk di kongsikan bersama dan Fikirkan guna otak yang belum tercemar air ketum ais ikat tepi?

Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun telah membuat laporan polis terhadap beliau; bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz; dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Dalam laporan itu, Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga mereka dipercayai terlibat dalam konspirasi menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia.

Pada 27 Julai, 2015, perkhidmatan Abdul Gani selaku Peguam Negara ditamatkan atas sebab-sebab kesihatan.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara baharu, berkuatkuasa 27 Julai tahun lepas.

Jadi ada setengah pihak yang menuduh bekas AG Abdul Gani menggulingkan kerajaan adalah perasangka dirinya sendiri tiada kaitan dengan kerajaan kata PM Datuk Sri Najib Razak.

Pemuda UMNO Malaysia saudara Khairi Jamaludin turut mengesahkan tidak tahu menahu dengan lapuran tersebut.

Ada juga sumber mengaitkan Naib Pemuda UMNO dengan RPK. Jadi adakah itu permainan untuk alihkan perhatian rakyat terhadap pendedahan DOJ terhadap saman Sivil berkaitan dengan sekandal 1MDB?

Sehingga bilakah Datuk Seri Najib Razak menjadi PM Malaysia. Akan tiba masanya juga PM DSN tidak menjadi PM. Sekandal 1MDB akan dibongkar juga bila tiba masanya.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji diatas peti,
Hutang emas dibawa belayar,
Hutang budi dibawa mati.

Orang tua jalan bertongkat,
Jalan jauh nampak dekat,
Kalau sudah kata sepakat,
Harimau di hutan dapat diikat.

Pertuduhan Konspirasi menggulingkan kerajaan merupakan satu cara untuk menutup mulut dan ugutan terancang. Perbuatan ini tidak wajar sekiranya keadilan perundangan mahu di tegakkan.

Melainkan kita tidak berani untuk menegakkan keadilan.

Suka memetik kata-kata salah seorang Bekas Pegawai SPRM. " Jabatan SPRM bukan tempat orang Pengecut."

Harap semua jabatan dapat membawa semangat berani menegakkan kebenaran. Berani kerana benar. Hapuskan kebejatan.

Wednesday, July 27, 2016

Orang makan orang!!!

Nak kongsikan pandangan. Selagi rakyat tidak kelaparan. Selagi rakyat masih boleh bekerja makan gaji. Selagi majikan masih bayar gaji pekerja. Selagi kerajaan bayar gaji penjawat awam, selagi penjawat awam terima wang persaraannya. Malaysia Selamat.

Kalau semua keadaan diatas tidak berlaku. Lebih selamat pemimpin atasan duduk luar negara.

Kerana bila lapar babi pun boleh dimakan oleh orang Islam.

Sepekara lagi makanan ada duit tak ada. Duit ada makanan tak ada. Akan berlaku pulak orang makan orang.

Tuesday, July 26, 2016

MO1: Perdana Menteri kena buat pengesahan secara jujur dan terbuka?

Dalam waktu yang terdekat ini, di sebalik ada yang masih tertanya-tanya dan ada juga yang sudah membuat laporan polis, tugas utama Najib Razak ialah membuat pengesahan secara terbuka, jujur serta ikhlas mengenai siapakah Malaysian Official 1 yang sebenarnya.

Biar pun Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dan sebahagian besar yang lain tanpa ragu-rayu menujukan gelaran itu kepada Najib, tetapi tidak ada sesiapa yang mengesahkannya setakat ini.

Jika Malaysian Official 1 itu adalah dirinya, Najib sebagai Pahlawan Bugis yang selalu membanggakan dirinya sebagai "gentleman", beliau haruslah berani mengakuinya secara terbuka.

Kalau bukan, berterus-teranglah juga dengan segala hujah dan silat kuntau yang ada untuk menafikan bahawa Malaysian Official 1 itu adalah dirinya.

Tetapi sehingga ini Najib masih lagi diam. Rosmah Mansor, Zahid Hamidi dan lain-lain pemimpin UMNO juga diam. Malah "blogger serta facebooker 900" juga diam tidak berkata apa-apa.

Oleh itu, siapa Malaysian Official 1 itu terus dalam kekaburan minda rakyat Malaysia serta menjadikan semua orang terus berteka-teka.

Selain mengesahkan identiti Malaysian Official 1, tugas kedua Najib ialah mengesahkan sekali lagi, juga dengan secara terbuka, jujur dan ikhlas, mengenai wang berbilion-bilion ringgit yang pernah masuk ke dalam akaun bank peribadinya.

Najib sebelum ini mengatakan wang itu sebagai derma daripada Timur Tengah, manakala Peguam Negara menyebut wang tersebut diterima daripada salah seorang anak raja Arab.

Namun, dalam maklumat yang ada di tangan FBI dan Jabatan Kehakiman Kehakiman AS, mereka mengatakan wang yang secara keseluruhannya berjumlah AS$731 juta atau lebih RM3,000 juta yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi dimAmbank milik Malaysian Official 1 adalah bersumberkan daripada wang 1MDB yang dilencongkan.

Tidak ada sama sekali nama anak raja Arab atau penderma Timur Tengah disebut dalam laporan FBI dan Jabatan Kehakiman itu.

Adakah Najib dan Malaysian Official 1 orang sama atau individu yang berlainan?

Siapakah sebetulnya yang menerima wang berbilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya?

Dua persoalan ini sedang memeningkan kepala rakyat Malaysia di mana khabarnya jualan pil panadol juga mendapat permintaan tinggi dan banyak habis di pasaran.

Jika Najib mengesahkan Malaysian Official 1 itu adalah dirinya, beliau harus menjelaskan sekali lagi bagaimana wang berbilion ringgit itu diperolehinya.

Adakah ianya daripada penderma Timur Tengah atau daripada 1MDB?

Najib tidak boleh berdalih atau kelentong lagi kerana kali ini maklumat mengenai wang itu bukan lagi sekadar ada dalam pengetahuan WSJ atau Sarawak Report saja, tetapi sudah ada dalam tangan FBI dan Jabatan Kehakiman AS.

Kiranya Najib menafikan Malaysian Official 1 itu adalah dirinya, beliau juga perlu menjelaskan siapakah orang lain yang menjadi Malaysian Official 1 itu?

Rakyat tentunya berhak tahu identinya sebenar Malaysian Official 1 itu kerana ia disebut dengan jelas telah menerima berbilion-bilion ringgit wang yang dicuri daripada 1MDB.

Rakyat juga ingin tahu bagaimana orang berkenaan membelanjakan wang sebanyak itu.

Dengan dapat menunjukkan bahawa Malaysian Official 1 itu bukan dirinya, Najib sekurang-kurangnya sudah terlepas daripada bebanan dikaitkan dengan wang 1MDB.

Beliau boleh terus mengatakan wang yang diterimanya itu adalah daripada penderma Timur Tengah atau anak raja Arab. Lebih menimbulkan keyakinan jika Najib juga dapat berterus-terang memperkenalkan nama penderma tersebut kepada umum.

Inilah dua tugas utama Najib dalam waktu terdekat ini, sekurang-kurangnya sebelum fasa saman sivil Jabatan Kehakiman AS bertukar menjadi saman jenayah.

Kedaulatan negara bukan urusan DOJ!!! 1MDB menipulasi kedaulatan undang-undang negara mereka atas sebab pengubalan wang haram?

Membela kedaulatan negara atau Najib?

ULASAN l Pada bulan Syawal di mana kita menyambut kemenangan berpuasa sebulan baru-baru ini, saya memohon pemimpin pemimpin politik supaya jangan menganggap rakyat Malaysia ini tidak celik maklumat dan kurang cerdik.

Isu kontroversi 1MDB telah melihat seorang bekas menteri kabinet, seorang menteri besar dan seorang ketua parti pembangkang mengeluarkan kenyataan yang sangat sangat mengelirukan dan tidak tepat.

Mereka menyatakan penyiasatan kes 1MDB oleh kerajaan asing adalah campur tangan kuasa luar untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia. Marilah kita merenung secara rasional situasi sebenarnya.

Kepada bekas menteri abinet itu, saya ingin tekankan di sini apabila kes NFL yang melibatkan pemimpin tinggi dan pinjaman beratus juta yang tidak digunakan untuk penternakan lembu, kerajaan Amerika tidak menyentuh langsung isu tersebut kerana tiada kaitan dengan mereka.

Kerajaan Singapura terpaksa memberi kerjasama siasatan kerana sebahagian dari wang tersebut telah dilaburkan di Singapura. Kes ini dalam proses perbicaraan. Tidak timbul kerajaan Singapura nak jatuhkan mana mana pemimpin.

Dalam kes 1MDB, ia melibatkan berbillion billion ringgit wang rakyat yang di bawa keluar dari Malaysia ke Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, kepulauan Caymen dan juga Hong Kong dengan cara haram yang melibatkan penggubalan wang secara haram (money laundering act).

Pada tahun 2015, Malaysia sendiri telah membawa pindaan rang undang-undang penggubalan wang haram di Parlimen untuk memperketatkan undang-undang tersebut. Kita sendiri mengakui penggubalan wang haram adalah salah.

Negara-negara lain juga mempunyai undang undang mereka tentang aktiviti penggubalan wang haram.

Apabila 1MDB telah membawa wang dan melabur secara haram di Amerika, Singapura dan Switzerland mereka terpaksa menyiasat kes kes tersebut kerana menjaga reputasi dan nama baik institusi kewangan mereka sendiri.

Kalau 1MDB hanya mengedar atau melabur secara haram di dalam Malaysia sahaja, tiada sebab atau kuasa mereka hendak menyiasat kes dalam Malaysia.

Tetapi isu dan masalahnya, 1MDB menjalankan aktiviti secara haram di Amerika, Singapura dan Switzerland,dan kerajaan mereka wajib menyiasat kesalahan di bumi mereka.

Tiada apa apa konspirasi di sini yang mereka melanggar kedaulatan undang undang kita. 1MDB yang melanggar undang undang di negara mereka. Ini kita perlu faham dan jangan kelirukan rakyat.

Singapura terpaksa menutup Bank BSI mereka sendiri, menangkap pengurus-pengurus mereka dan merampas harta 1MDB kerana kesalahan isu berkaitan 1 MDB di Singapura.

Bekalan air

Tiada sebab Singapura hendak berkonspirasi terhadap Malaysia apabila mereka bergantung begitu besar terhdap bekalan air kita, pekerja kita dan sedang berunding membina keretapi laju yang akan banyak menguntungkan Singapura.

Ini isu melanggar undang-undang Singapura.

Sebuah syarikat dari Abu Dhabi pula telah menuntut hutang 1MDB melalui Mahkamah Timbangtara Antarabangsa kerana 1MDB gagal membayar hutang mereka.

Adakah kita hendak tuduh Abu Dhabi, sebuah negara Islam, juga terlibat dalam konspirasi terhadap Malaysia.

Isunya ialah hutang 1MDB yang di ketuai oleh Datuk Seri Najib Razak, bukan negara Malaysia yang hendak dihukum.

Switzerland terkenal sebagai negara berkecuali yang tidak pernah terlibat bermain politk antarabangsa dalam sejarahnya, menyiasat 1 MDB kerana ingin menjaga nama baiknya sebagai pusat perbankan dunia terbaik kerana aktiviti mencurigakan 1MDB di Swizerland

Kembali kepada Amerika pula. Barrack Obama adalah rakan golf akrab Najib yang telah dua kali melawat Malaysia dalam setahun.

Di Parlimen kita telah diberitahu olih seorang bekas menteri pertahanan Malaysia yang Amerika sedang berunding dengan Malaysia untuk membina perlabuhan tentera di Sabah menghadapi ancaman negara China.

Dengan kes mahkamah antarabangsa oleh Filipina baru-baru ini terhadap China tentang kedaulatan Lautan Cina Selatan, yang menimbulkan ketegangan serantau ASEAN, mengapa Amerika hendak berbalah politik dengan Malaysia?

Topik panas

Ini semua tidak masuk akal melainkan ianya semata-mata isu perundangan kewangan antarabangsa berkaitan penggubalan wang haram yang amat serius.

Marilah kita menggunakan ilmu pengetahuan melalui penyelidikan dan bukan emosi sebelum membuat anggapan tidak munasabah yang mengelirukan rakyat dan mengalih pandangan dari isu sebenarnya.

Negara kita menghadapi masalah kepercayaan dan kredibiliti yang amat serius sekarang.

Saya baru pulang dari luar negara dan isu 1MDB dan Najib adalah topik panas utama di semua negara luar. Rakyat-rakyat Malaysia di luar negara dihujani pelbagai soalan dan cemuhan kerana isu 1MDB.

Yang amat melucukan adalah kenyataan dari bekas menteri wanita tadi bahawa campur tangan kuasa asing akan menyebabkan Malaysia menjadi seperti Iraq - yang dijajah!

Soalan kami berapa titik sahajalah rezab minyak Malaysia kalau dibanding dengan sumber Iraq, Arab Saudi atau Amerika sendiri?

Lagi pun bukankah perdana menteri Malaysia di antara kalangan kroni-kroni Amerika?

Pada tahun ini saya sendiri telah menyoal di Parlimen mengapa Malaysia menyertai latihan tentera - “ Northern Thunder” di Arab Saudi yang disertai oleh semua kroni Amerika dari negara Arab dan Afrika sahaja?

Kerana ingin mengambil hati Amerika, Malaysia sanggup "menyelit" dan merupakan negara tunggal yang bukan dari Arab dan Afrika dalam latihan tersebut.

Najib sendiri telah melawat tentera Malaysia semasa latihan tersebut. Patutlah Obama sayang pada Najib dan melawat Malaysia dua kali dalam setahun.

Presiden Amerika terakhir melawat Malaysia sebelum itu adalah Presiden Johnson pada tahun 1960an - iaitu hampir 50 tahun dahulu!

Apabila kita mendengar seorang bekas menteri kanan kerajaan, seorang ketua parti pembangkang, dan terakhir, seorang menteri besar Umno menyatakan isu 1MDB ini adalah usaha kuasa asing hendak menjatuhkan kerajaan Malaysia, cuba kita fikirkan dari mana datangnya logik analisis mereka!

Emosi

Saya mohon mereka cuba asaskan teori mereka dari fakta-fakta yang nyata serta kukuh dan bukan dari emosi!

Kami boleh memahami kenapa bekas menteri kanan dan menteri besar membuat kenyataan demikian kerana ia berasakan emosi dan sentimen kepartian. Tetapi susah kita hendak memahami kenapa seorang ketua parti pembangkang membuat kenyataan yang sama!

Cuba kita renungkan, mengapa tiada bantahan dan tuduhan mencabul kedaulatan atau campur tangan kuasa asing – Amerika dibuat oleh mereka ini semasa perkara-perkara tersebut di bawah berlaku:-

Latihan beribu-ribu tentera Amerika di Terengganu beberapa tahun lalu.
Penggunaan pelabuhan Pelabuhan Kelang oleh Kapal Perang Amerika.

Cadangan pembinaan pelabuhan tentera Amerika di Sabah seperti pendedahan bekas Timbalan Menteri Pertahanan.
Perjanjian TPPA yang akan menggunakan undang-undang negara asing - Amerika di Malaysia.

Adakah bantahan mereka ini untuk membela kedaulatan Malaysia atau untuk menyambung hayat pemerintahan Najib supaya terus berkuasa dan meneruskan salah guna kuasa dan memperkayakan golongan-golongan tertentu?

Raja Bahrin Shah adalah Ahli Parlimen Kuala Terengganu

DOJ dedahkan Penyangak 1MDB?

1MDB: Adakah Ianya Campurtangan Amerika atau Kebodohon Penyangak? Mari Kita Fikirkan

Nota: Kongsikanlah apa yang ditulis dengan rakan-rakan. Janganlah mudah menerima hujah bahawa ianya campurtangan asing tanpa memahami konteks tindakan Amerika tersebut.

1. Secara peribadi, saya amat tidak bersetuju dengan dasar campurtangan Amerika Syarikat di negara-negara lain didunia ini. Ianya sekadar menyerlahkan sikap mereka yang cuba menjadi Sherif dunia.

2. Apatah lagi sebarang campurtangan di tanahair tercinta, Malaysia.

3. Selepas Jabatan Keadilan Amerika mengeluarkan tuntutan terhadap aset-aset yang dibeli menggunakan wang 1MDB, jentera propaganda BN memainkan sentiment  bahawa tindakan tersebut adalah satu campurtangan Amerika dalam urusan Malaysia.

4. Saya tersentak melihat kedangkalan jentera propaganda ini.

5. Tindakan Jabatan Keadilan Amerika tersebut bukanlah satu campurtangan dalam urusan Malaysia. Sebaliknya ianya adalah usaha untuk mempertahankan tadbir urus sistem kewangan mereka.

6. Dari tuntutan Jabatan Keadilan Amerika tersebut jelas bahawa wang yang disalur keluar dari 1MDB telah melalui sistem kewangan Amerika Syarikat. Wang ini digunakan untuk membeli pelbagai jenis aset termasuklah hartanah dan kapal terbang peribadi.

7. Perlu diingat, wang tersebut bukannya dibawa menggunakan kapal, lori atau kapal selam. Sebaliknya ia telah disalurkan melalui sistem perbankan dan kewangan Amerika.

8. Transaksi melalui sistem perbankan adalah transaksi yang paling mudah dikesan. Ianya akan meninggalkan jejak audit yang boleh diikuti dari mula wang tersebut melalui sistem perbankan sehingga ianya digunakan.

9. Dalam kes aset-aset yang disebut oleh Jabatan Keadilan Amerika, tentunya pembelian aset-aset ini tidak dibuat dengan menggunakan wang tunai yang dibawa dengan lori atau kapal. Sebaliknya ianya menggunakan pelbagai instrumen kewangan seperti cek atau kad kredit.

10. Ianya memudahkan penyiasatan oleh pelbagai pihak, termasuklah agensi-agensi kerajaan Amerika. Mereka tidak perlu merujuk kepada 1MDB untuk mengetahui pergerakan wang didalam sistem kewangan Amerika. Ini kerana, apabila wang tersebut disalur keluar dari akaun 1MDB kepada pihak lain (yang bukan entiti 1MDB), pergerakan maka wang tersebut boleh dijejaki dengan mudah walaupun tanpa bantuan 1MDB.

11. Sejarah telah membuktikan bahawa Amerika Syarikat sentiasa berusaha keras untuk mempertahankan ketelusan dan tadbir urus sistem kewangan dan korporat mereka.

12. Didalam salah satu kes penyelewengan korporat terbesar di Amerika iaitu skandal Enron yang terdedah pada tahun 2001, CEOnya Jeffry Skilling telah didapati bersalah dan dipenjarakan selama 24 tahun (sebelum dikurangkan kepada 14 tahun).

13. Selepas skandal Enron, kerajaan Amerika Syarikat telah melakukan perubahan besar-besaran kepada sistem kewangan dan korporat mereka.

14. Satu undang-undang baru, Sarbanes-Oxley Act diperkenalkan pada tahun 2002. Akta ini adalah antara perubahan terbesar yang pernah dibuat kepada sistem tadbir urus korporat dan kewangan Amerika Syarikat.

15.  Pada tahun 2008 pula, bekas Pengerusi Bukan Eksekutif NASDAQ yang juga pengasas Madoff Investment Securities telah ditangkap kerana didapati bersalah menganjurkan skim cepat kaya terbesar di Amerika. Beliau telah dihukum penjara untuk 150 tahun! Perlu diketahui bahawa Madoff juga seorang Yahudi.

16. Selepas krisis kewangan Amerika yang bermula pada tahun 2008, kerajaan Amerika memperkenalkan Dodd Frank Act pada 2010. Ianya merupakan perubahan paling besar kepada undang-undang dalam sistem kewangan Amerika sejak Great Depression.

17. Contoh-contoh diatas menunjukkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat amat mengambil berat akan ketelusan dan tadbir urus sistem keewangan mereka.

18. Jadi, apabila wang milik 1MDB di salurkan melalui sistem kewangan mereka dan digunakan untuk membeli pelbagai aset peribadi pihak tertentu, maka tentunya pihak berkuasa Amerika akan mengambil tindakan terhadap “kleptocracy” ini.

19. Oleh itu, hujah bahawa tidakan Amerika berkaitan dengan 1MDB adalah satu campurtangan asing dalam ehwal dalaman Malaysia adalah satu hujah yang dangkal.

20. Samalah juga tindakan kita mengambil tindakan terhadap rakyat asing yang terlibat dengan jenayah di Malaysia. Ianya tidak bermakna kita campurtangan dalam urusan dalaman negara asal penjenayah tersebut. Kita bertindak kerana mempertahankan keamanan dan kententeraman negara.

21. Jadi, fikirkanlah. Apakah tindakan Amerika tersebut adalah satu campurtangan asing atau satu tindakan yang diambil kerana kebodohan penyagak yang menggunakan sistem kewangan Amerika dengan harapan tiada pihak yang akan dapat mengesannya!

Friday, July 22, 2016

DELEGASI ANGKATAN TENTERA DARIPADA KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT MENGADAP DYMM SULTAN JOHOR DAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhun Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah menerima kunjungan hormat delegasi Angkatan Tentera daripada kedutaan Amerika Syarikat yang diketuai oleh Kolonel Ronald D. Sargent Jr. Atase Pertahanan Amerika Syarikat di Istana Bukit Pelangi pada hari ini, 22hb Julai 2016. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan baik antara Askar Timbalan Setia Negeri Johor dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat serta berbincang mengenai sesi latihan bersama untuk masa akan datang. Allah Peliharakan Sultan.

----

UNITED STATES ARMY DELEGATION FROM THE UNITED STATES EMBASSY VISITS HM SULTAN OF JOHOR AND HRH CROWN PRINCE OF JOHOR

HM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan of Johor, and HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, received the delegation of the United States Army from the United States Embassy led by Colonel Ronald D. Sargent Jr. , Defense Attaché at the Istana Bukit Pelangi today, July 22nd 2016. The visit was to foster and strengthen the ties between Johor Military Forces and the United States Army and also discuss future joint exercises. Allah Peliharakan Sultan.

Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat