TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, July 11, 2016

Perlembagaan negara di atas OSA?

Perlembagaan negara lebih tinggi dari OSA. Jadi tidak mengikut Perlembagaan negara adalah sama erti menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dengan itu lapuran Audit negara berkenaan kewangan negara. Ketua Audit negara hendaklah melapurkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan.

Yang di-Pertuan Agong akan membentangkan kewangan negara di Parlimen. Semua itu adalah merupakan satu proses yang perlu diikuti dan dipatuhi penguatkuasaan demi menjaga kedaulatan undang-undang.

Sepatutnya kes besar seperti 1MDB yang melibatkan kepentingan awam. Siasatan DIRAJA hendaklah di aktifkan dengan kadar segera bagi mengelakkan keadaan yang lebih buruk menjadi parah.

Menyelamatkan negara adalah menjadi keutamaan dari menyelamatkan Politik Individu. Kerana negara akan hancur dan di pengaruhi oleh kuasa tangan hitam di sebalik tabir. Negara akan kerugian dan rakyat yang menanggung sengsara sepanjang hayat.

Adalah menjadi tanggungjawab dan kewajiban  orang Politik untuk selamatkan negara. Jika tidak mampu tinggalkanlah Politik tersebut agar tidak di pertanggungjawabkan di akhirat kelak. Kerana akhirat adalah tempat yang kekal buat selama-lamanya.

#Pena_Berlada

Thursday, July 7, 2016

Malaysia dan ancaman ISIS?

Sejak wujud pada 2014 – Daesh atau ISIL atau nama asalnya Caliph State – dilihat sebagai sensasi baharu selepas Arab Spring yang melanda secara domino dan berjaya meruntuhkan kerajaan Tunisia, Algeria, Mesir dan Libya bermula 2011. Manakala kebangkitan di Syria pula menjerumuskan negara itu dalam perang saudara yang berpanjangan sejak 2012.

Keghairahan membincangkan isu Arab Spring yang impaknya sempat menjalar ke Jordan dan Bahrain tetapi gagal menumbangkan kerajaan monarki – diperkatakan secara meluas kerana kesannya yang dibimbangi menghuru-harakan dunia Islam.

Iraq yang sudah sedia huru-hara lebih awal setelah Rejim Tentera pimpinan Saddam Hussein ditewaskan Tentera Perikatan, menjadi tapak bermulanya gerakan ekstrimis militan pimpinan Abu Bakar Al Baghdadi – sebelum menular ke Syria dengan sokongan kumpulan anti Bashar Al Assad. Dunia Islam lebih cenderung melihat perkembangan Aras Spring dengan pandangan pro dan kontra; termasuk dalam isu sokongan Barat terhadap kebangkitan demonstrasi jalanan.

Kini selepas lima tahun, isu Arab Spring sudah melantun jauh ke dalam longkang atau ditenggelami debu gurun di Utara Afrika atau ditelan ombak Laut Mediteranean. Sejak Oktober 2014, apabila Daesh muncul dengan tindakan militan yang mengerikan termasuk siri penyembelihan dan pembunuhan massa terhadap rakyat Iraq dan Syria – serta impak ideologinya merebak ke serata dunia termasuk di kalangan minoriti Islam di Eropah, dunia tersentap.

Kumpulan yang awalnya mengangkat senjata menentang Bashar atas nama Gerakan Sunni yang membalas dendam terhadap Rejim Tentera dokongan Parti Baath yang dituduh berfahaman Syiah – tiba-tiba berubah. Keganasan Daesh menjadi ancaman sejagat. Laporan perisikan CIA menyebut ribuan pengganas Daesh adalah warga asing. Malah, 6,000 pengganas berasal dari Eropah.

Bukit Aman pula mengesahkan lebih 200 rakyat Malaysia menyertai Daesh di Syria dan Iraq. Lebih dramatik, 20 maut dalam pertempuran. Enam bertindak sebagai pengebom bunuh diri.

Keganasan Daesh memuncak pada Ramadan kali ini dengan 800 kes pembunuhan dengan empat siri serangan di luar Iraq dan Syria yang membunuh 200 orang awam. Daesh melalui penyokong ideologi Negara Khalifah berjaya melakukan pembunuhan massa di Philidelphia Amerika Syarikat, Ankara Turki, Dhaka Bangladesh dan Madinah Arab Saudi. Ini tidak termasuk dua serangan bom di Kuala Lumpur dan terkini di Solo Indonesia.

Persoalannya: Masihkan kita beranggapan isu Daesh ialah isu perang negara Barat untuk menghapuskan gerakan ekstrimis Islam yang bercita-cita menguasai dunia melalui perang militan?

CIA melalui campurtangan langsung di Arab Saudi serta menggunakan tenteranya di Iraq dilihat sebagai pihak yang sepatutnya memerangi Daesh. Tiada sebarang usaha konstruktif di kalangan negara-negara Islam untuk bertindak secara kolektif memerangi Daesh walaupun sejak 2014, sel keganasan militan ini sudah dikesan menular berleluasa di banyak negara-negara Islam, malah yang jauh dari Iraq dan Syria.

Serangan di Puchong mengesahkan Malaysia sudah terancam secara terbuka dengan kesannya mula terarah untuk meragut nyawa orang awam. Walaupun sebelum kejadian di Puchong, Bukit Aman sudah menahan 193 orang disyaki ada kaitan dengan Daesh. Polis juga sudah mengagalkan sembilan percubaan serangan bersenjata yang dirancang ke atas pelbagai lokasi.

Banyak negara Islam masih beranggapan, tanggungjawab menghapuskan Daesh di peringkat global di bahu AS.

Tangkapan 15 saspek selepas serangan di Puchong memberikan gambaran sel pengganas Daesh memang berupaya melakukan sesuatu yang lebih dahsyat berbanding sekadar melontar sebiji bom tangan yang mencederakan 4 pelanggan pusat hiburan tersebut.

Malah, Bukit Aman mengesahkan: Matlamat sebenar serangan pada malam itu menyasarkan pusat hiburan yang lebih padat pengunjung. Namun, sasaran berubah apabila premis itu ditutup.

Dengan senarai saspek yang ditahan merangkumi pelbagai lapisan umur dan latar belakang termasuk dua anggota polis, kita sebenarnya sudah berada dalam situasi: Negara sasaran strategik Daesh setaraf AS, Eropah dan Turki. Madinah kota suci pun sanggup dibom Daesh – inikan pula Kuala Lumpur!

Hentikan sebentar sengketa politik tanahair yang menyakitkan kepala. Hentikan sebentar debat khilaf para ulama yang selama ini sudah cukup membingungkan orang awam. Kita buang dahulu hal-hal drama politik dan masalah kecenderungan ulama saling bercakaran!

Isu keganasan Daesh sudah terang dan nyata. Tindakan keganasan mereka melengkapi lima ancaman terhadap keutamaan Maqasid Syariah. Bukankah Daesh sedang menghancurkan agama, membunuh nyawa, merosakkan harta benda, mengancam akal (melalui ideologi nyawa umat Islam yang menentang mereka halal dibunuh) dan keturunan kita?

Segeralah mulakan langkah! Kita perlukan perpaduan dan persefahaman luar biasa untuk menangani dan memerangi Daesh. Kita tidak boleh lena. Tindakan harus bermula hari ini. Syawal wajar dirayakan – tetapi perayaan bukan alasan untuk menangguhkan tindakan drastik demi menyelamatkan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda.

Berdasarkan Maqasid Syariah: Menentang Daesh satu jihad!

Fikirkanlah. Tetapi rasanya kita sudah terlewat!

Monday, July 4, 2016

Jaringan Melayu Malaysia menganjurkan program untuk memalukan TSMY???

KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menganjurkan program "Nothing to Hide 2.0" pada 3 Julai 2016 di Kelab Darul Ehsan. Presiden JMM, Azwandin Hamzah, jelas berbohong apabila mengatakan saya telah menyatakan persetujuan untuk hadir ke program tersebut dalam  pertemuan empat mata antara saya dengan beliau. Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah berjumpa dengan beliau, tidak pernah menyatakan persetujuan untuk menghadiri program itu dan tidak pernah menerima apa-apa jemputan daripada JMM. Kenyataan Azwandin adalah satu pembohongan besar yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dan menjatuhkan reputasi saya.

Untuk rekod, saya telah mengarahkan pegawai saya untuk membuat penafian mengenai penyertaan saya dalam program tersebut di laman Facebook rasmi saya. Apabila mengetahui JMM terus mengedarkan hebahan mengenai program itu dan menjemput orang ramai untuk hadir, saya sekali lagi mengarahkan pegawai saya untuk membuat penafian di media. Saya juga telah meminta pegawai saya menghubungi JMM secara terus untuk menafikan penglibatan saya, namun beberapa panggilan yang dibuat kepada Azwandin telah tidak dijawab oleh beliau.

Saya mengetahui melalui laporan media bahawa JMM tetap menganjurkan program tersebut walaupun penafian telah dibuat oleh pihak saya. Malah program itu telah dijadikan pentas untuk mengecam saya dan membohongi hadirin kononnya saya telah mungkir janji untuk menghadirinya.  Saya diberitahu ramai hadirin bertindak meninggalkan majlis selepas mendapati pihak penganjur berbohong mengenai kehadiran saya.

Tindak tanduk JMM jelas menunjukkan mereka sebenarnya berkomplot untuk menjatuhkan reputasi saya dengan membayangkan saya sebagai seorang pengecut dan tidak boleh dipercayai kerana gagal menghadiri program tersebut. Sedangkan pihak saya telah lebih awal membuat penafian secara rasmi mengenai penglibatan saya. Penting untuk diketahui bahawa program "Nothing to Hide 2.0" adalah satu komplot jahat yang dilakukan secara terancang oleh pihak yang rendah moral dan muflis akhlak.

Saya berasa amat sedih dan kecewa kerana ada pemimpin NGO Melayu yang sanggup berbohong dan menabur fitnah apalagi di penghujung Ramadhan yang mulia ini di mana umat Islam dituntut meningkatkan amal ibadah dan memohon ke hadrat Ilahi supaya mengampunkan segala dosa dan kesalahan kita. Begitu juga dengan sikap tidak bertanggungjawab TV3 yang turut bersubahat menyebarkan pembohongan yang sama. Semoga Allah s.w.t memberikan petunjuk kepada mereka semua.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
4 JULAI 2016

SELAMAT HARI RAYA


Sunday, July 3, 2016

Nelayan China terkena tembakkan peluru berpandu Taiwan?

Taiwan silap bedil kapal nelayan China
2 Julai 2016

TAIPEI - TAIWAN. Sebuah kapal perang Taiwan tersilap melancarkan sebuah peluru berpandu ke arah China pagi semalam, lapor AFP.

Peluru berpandu Hsiung-feng III dengan jarak serangan 300 kilometer terbang kira-kira 74 kilometer sebelum menjunam ke dalam perairan Penghu yang ditadbir Taiwan.

Peluru tersebut dikatakan terkena sebuah kapal menangkap ikan mengakibatkan kapten kapal terbunuh manakala tiga kelasinya cedera termasuk seorang rakyat Filipina serta Vietnam.

Kementerian Pertahanan Taiwan dilaporkan telah meminta maaf kepada keluarga mangsa.

Senjata itu dilancarkan semasa satu latihan sekitar 8.10 pagi daripada sebuah kapal peluru berpandu yang berlabuh di pangkalan tentera laut di bandar Tsoying.

Siasatan awal menunjukkan peluru berpandu itu dilancarkan secara tidak sengaja kerana kesilapan manusia.

Menurut Timbalan Laksamana Tentera Laut, Mei Chia-shu anggota yang melancarkan peluru berpandu itu tidak sengaja memilih mod perang dan mod lancar peluru berpandu ketika latihan.

“Siasatan awal kami menunjukkan operasi tersebut tidak dilakukan mengikut prosedur biasa,” katanya.

Helikopter dan tentera laut dihantar untuk mencari peluru berkenaan dan kesilapan itu akan dilaporkan kepada badan keselamatan tertinggi Taiwan, Sidang Keselamatan Kebangsaan.

Sumber

Saturday, July 2, 2016

1MDB: RM7.4 billion diurus sebuah Firma tidak begitu dikenali di Hong Kong?

Saya telah mengemukakan satu soalan kepada Perdana Menteri berhubung dana 1MDB sebanyak RM7.4 bilion (atau USD$2.3 bilion) yang diuruskan oleh sebuah firma yang tidak begitu dikenali di Hong Kong bernama Bridge Partners - Rafizi Ramli

Kita perasan tak mengapa dia selalu banyak tanya? Banyak mengeluarkan perkara-perkara yang kita nampak macam fitnah kepada kerajaan.

Rupanya Rafizi ini adalah anggota PAC, patutlah dia banyak tahu, banyak ingin tahu sebab itu tanggungjawab beliau.

Tanggungjawab PAC adalah memantau setiap sen kewangan negara yang digunakan oleh kerajaan. Supaya tidak berlaku salah guna kewangan negara. Cuba semak semula apakah fungsi PAC?

Tetapi anggota PAC yang lain kurang berminat untuk melalak?

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat