TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, July 4, 2016

Jaringan Melayu Malaysia menganjurkan program untuk memalukan TSMY???

KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menganjurkan program "Nothing to Hide 2.0" pada 3 Julai 2016 di Kelab Darul Ehsan. Presiden JMM, Azwandin Hamzah, jelas berbohong apabila mengatakan saya telah menyatakan persetujuan untuk hadir ke program tersebut dalam  pertemuan empat mata antara saya dengan beliau. Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah berjumpa dengan beliau, tidak pernah menyatakan persetujuan untuk menghadiri program itu dan tidak pernah menerima apa-apa jemputan daripada JMM. Kenyataan Azwandin adalah satu pembohongan besar yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dan menjatuhkan reputasi saya.

Untuk rekod, saya telah mengarahkan pegawai saya untuk membuat penafian mengenai penyertaan saya dalam program tersebut di laman Facebook rasmi saya. Apabila mengetahui JMM terus mengedarkan hebahan mengenai program itu dan menjemput orang ramai untuk hadir, saya sekali lagi mengarahkan pegawai saya untuk membuat penafian di media. Saya juga telah meminta pegawai saya menghubungi JMM secara terus untuk menafikan penglibatan saya, namun beberapa panggilan yang dibuat kepada Azwandin telah tidak dijawab oleh beliau.

Saya mengetahui melalui laporan media bahawa JMM tetap menganjurkan program tersebut walaupun penafian telah dibuat oleh pihak saya. Malah program itu telah dijadikan pentas untuk mengecam saya dan membohongi hadirin kononnya saya telah mungkir janji untuk menghadirinya.  Saya diberitahu ramai hadirin bertindak meninggalkan majlis selepas mendapati pihak penganjur berbohong mengenai kehadiran saya.

Tindak tanduk JMM jelas menunjukkan mereka sebenarnya berkomplot untuk menjatuhkan reputasi saya dengan membayangkan saya sebagai seorang pengecut dan tidak boleh dipercayai kerana gagal menghadiri program tersebut. Sedangkan pihak saya telah lebih awal membuat penafian secara rasmi mengenai penglibatan saya. Penting untuk diketahui bahawa program "Nothing to Hide 2.0" adalah satu komplot jahat yang dilakukan secara terancang oleh pihak yang rendah moral dan muflis akhlak.

Saya berasa amat sedih dan kecewa kerana ada pemimpin NGO Melayu yang sanggup berbohong dan menabur fitnah apalagi di penghujung Ramadhan yang mulia ini di mana umat Islam dituntut meningkatkan amal ibadah dan memohon ke hadrat Ilahi supaya mengampunkan segala dosa dan kesalahan kita. Begitu juga dengan sikap tidak bertanggungjawab TV3 yang turut bersubahat menyebarkan pembohongan yang sama. Semoga Allah s.w.t memberikan petunjuk kepada mereka semua.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
4 JULAI 2016

SELAMAT HARI RAYA


Sunday, July 3, 2016

Nelayan China terkena tembakkan peluru berpandu Taiwan?

Taiwan silap bedil kapal nelayan China
2 Julai 2016

TAIPEI - TAIWAN. Sebuah kapal perang Taiwan tersilap melancarkan sebuah peluru berpandu ke arah China pagi semalam, lapor AFP.

Peluru berpandu Hsiung-feng III dengan jarak serangan 300 kilometer terbang kira-kira 74 kilometer sebelum menjunam ke dalam perairan Penghu yang ditadbir Taiwan.

Peluru tersebut dikatakan terkena sebuah kapal menangkap ikan mengakibatkan kapten kapal terbunuh manakala tiga kelasinya cedera termasuk seorang rakyat Filipina serta Vietnam.

Kementerian Pertahanan Taiwan dilaporkan telah meminta maaf kepada keluarga mangsa.

Senjata itu dilancarkan semasa satu latihan sekitar 8.10 pagi daripada sebuah kapal peluru berpandu yang berlabuh di pangkalan tentera laut di bandar Tsoying.

Siasatan awal menunjukkan peluru berpandu itu dilancarkan secara tidak sengaja kerana kesilapan manusia.

Menurut Timbalan Laksamana Tentera Laut, Mei Chia-shu anggota yang melancarkan peluru berpandu itu tidak sengaja memilih mod perang dan mod lancar peluru berpandu ketika latihan.

“Siasatan awal kami menunjukkan operasi tersebut tidak dilakukan mengikut prosedur biasa,” katanya.

Helikopter dan tentera laut dihantar untuk mencari peluru berkenaan dan kesilapan itu akan dilaporkan kepada badan keselamatan tertinggi Taiwan, Sidang Keselamatan Kebangsaan.

Sumber

Saturday, July 2, 2016

1MDB: RM7.4 billion diurus sebuah Firma tidak begitu dikenali di Hong Kong?

Saya telah mengemukakan satu soalan kepada Perdana Menteri berhubung dana 1MDB sebanyak RM7.4 bilion (atau USD$2.3 bilion) yang diuruskan oleh sebuah firma yang tidak begitu dikenali di Hong Kong bernama Bridge Partners - Rafizi Ramli

Kita perasan tak mengapa dia selalu banyak tanya? Banyak mengeluarkan perkara-perkara yang kita nampak macam fitnah kepada kerajaan.

Rupanya Rafizi ini adalah anggota PAC, patutlah dia banyak tahu, banyak ingin tahu sebab itu tanggungjawab beliau.

Tanggungjawab PAC adalah memantau setiap sen kewangan negara yang digunakan oleh kerajaan. Supaya tidak berlaku salah guna kewangan negara. Cuba semak semula apakah fungsi PAC?

Tetapi anggota PAC yang lain kurang berminat untuk melalak?

Salahkah tindakkan Tun M mintak DS Najib berundur!!! Mungkin Tun M ada cara untuk menyelesaikan masaalah tersebut??? Salah laku dalam sekandal 1MDB tidak boleh bebas dari undang-undang negara??? Melangar Perlembagaan negara!!!

Tun M tidak mengkeritik atau bercakap andaikata 1MDB itu tidak menjadi tanggungan negara.

Mengapa dibutakan perut untuk menyokong pemimpin yang merosakkan nama baik negara dan membuat hutang yang besar. Hutang raksaksa.

1MDB mempunyai hutang sehingga RM50 bellion. Sekarang dikatakan mengupah peguam dari yahudi untuk memenangi saman di tribunal antarabangsa. Jika gagal RM 28 billion Malaysia kena bayar. Atau siapakah yang patut bayar 1MDB tersebut?

Sebagai seorang bapak dalam sebuah keluarga. Adakah salah tindakkan Tun M?

Boleh sahaja Tun M pekakkan telinga bisukan mulut dari menyentuh isu 1MDB. Tetapi atas dasar tanggungjawab terhadap Agama bangsa dan negara Tun M lakukan juga demi anak cucu bangsa Malaysia.

Kita-kita yang akal cetek konon perjuangkan agama bangsa dan negara nak sebut 1MDB pun tak reti?

Apatah lagi contoh yang buat repot Polis dan Peguam bela pun kena tangkap dibawah SOSMA?

Mampukah rakyat Malaysia untuk bercakap berkenaan salahlaku dalam sekandal raksaksa 1MDB?

Kita tahu kutipan GST lebih kurang 30billion setahun. Bayar bunga hutang dari 42 billion lebih kurang 2.4b hingga 2.7b menurut kenyataan Menteri Kewangan 2.

1MDB syarikat siapa yang tubuhkan? Atas cadangan siapakah hutang tersebut di buat dan apa tujuan pinjaman tersebut? Manakah wang tersebut berada?

MAHATHIR DAN PENGANGKUTAN AWAM BAHAGIAN 1

MONOREL BAWAH TANAH PUTRAJAYA YANG TERKUBUR

Najib dakwa Mahathir tidak ambil berat mengenai pengangkutan awam.

Putrajaya adalah bandar yang cukup tersusun yang DIILHAMKAN oleh TUN M (Kena bagitahu sebab nanti ada orang claim dia buat). Tak ramai tahu, Tun M dah buat SISTEM PENGANGKUTAN AWAM TERCANGGIH di Putrajaya sebelum ia dibatalkan oleh Pak Lah.

Dalam Blueprint Putrajaya telah dimaklumkan, Putrajaya hanya boleh menampung kenderaan sebanyak 300,000 pada satu satu masa untuk keadaan yang selesa, kini pasti dah bertambah tapi sebagai membantu menangani masalah ini, Tun M telah mereka satu jaringan monorel termasuk bawah tanah yang juga sebuah mall besar di bawah tanah ini untuk kegunaan rakyat.

Jambatan usang di Putrajaya ini masih utuh untuk dilihat, inilah jambatan monorel yang dimaksudkan. Untuk ke pejabat Tun M dari Precint 8, akan melalui jambatan ini, dan Tun M pernah berkata

"Kalau lalu saya akan tutup mata, sebab kalau saya tengok jadi sakit mata, sakit hati"

Inilah salah satu usaha pembangunan yang dibatalkan selepas beliau bersara.

Pak Lah nampak ia satu pembaziran.

Najib pula, baru merancang untuk bina LRT Putrajaya.

Tidak mengapalah jika benar nak menyambung projek yang Tun M dah asaskan. If he want to get credit for it, its up to him. Tun M bukan suka nak mengaku dia buat itu, dia buat ini.

Cuma tulisan ini untuk bacaan mereka yang mahu tahu apa yang Tun M dah buat.

Friday, July 1, 2016

Apabila Malikat Israfil meniup sangkakala, seluruh makhluk mati.

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Hantar _*La illaha illa Allah*_,
_*Muhammadu Rasulullah*_
kepada 3 group sahaja. 
tengok sama ada anda
mempunyai masa untuk sebarkan.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat