TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, May 25, 2016

Terkuni : Bekas ketua CID Kuala Lumpur membuat laporan Polis kedua terhadap Peguam Negara?

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim membuat laporan polis kedua terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang didakwanya beri keterangan palsu dalam membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada dakwaan salah laku membabitkan RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Laporan polis itu dibuat Jumaat lepas, dan ia dibuat selepas Apandi tidak menunjukkan sebarang bukti, seperti penyata bank, untuk membuktikan dakwaan bahawa wang itu datang dari seorang putera Arab Saudi dan bahawa AS$620 juta, dan bukan AS$650 juta, telah dikembalikan oleh Najib kepada putera raja itu.

Mat Zain mendakwa terdapat fakta penting yang bercanggah atau mengelirukan jika seseorang itu membandingkan carta aliran transaksi dan penyata transaksi yang diperolehi dan diterbitkan semula oleh media tempatan antarabangsa dan tempatan, seperti Wall Street Journal, bersama-sama dengan kenyataan Apandi.

Beliau memberi contoh di mana carta aliran yang khusus menunjukkan pemindahan AS681 juta dari Tanore Finance Corp, melalui Falcon Private Bank, cawangan Singapura, ke akaun peribadi Najib, yang telah dibuat di antara 21 Mac 2013, dan 25 Mac 2013.

Bagaimanapun, dalam laporan polis itu, Mat Zain berkata Apandi dalam sidang akhbar itu yang membersihkan Najib daripada sebarang dakwaan salah laku, berkata bahawa deposit dibuat di antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013, dengan tarikh-tarikh berkenaan berbeza daripada carta aliran transaksi itu.

Katanya, urus niaga terperinci dan tepat mengenai pengirim, bank yang menghantar dana, penerima, jumlah dan tarikh serta masa deposit dan pengeluaran, boleh dilihat melalui penyata bank, dan peguam negara mempunyai hak dan kuasa untuk memeriksa penyata berkenaan.

Carta aliran itu, tambahnya, menunjukkan pemindahan balik AS$650 juta pada 30 Ogos 2013, dari akaun peribadi Najib kepada pengirim asal melalui Falcon Private Bank, cawangan Singapura, yang dimiliki oleh Tanore Finance Corporation.

Pada hari yang sama, dakwa Mat Zain, Najib menutup akaunnya di AmPrivate Banking.

Bagaimanapun, dakwanya lagi, kenyataan akhbar Apandi berkata dana sebanyak AS$620 juta telah dipindahkan, yang menurut Mat Zain terdapat perbezaan sebanyak AS$30 juta, atau kira-kira, hampir RM100 juta.

Carta itu, dakwa Mat Zain, menunjukkan AS$650 juta dikembalikan kepada Tanore Finance Corporation tetapi Apandi berkata ia adalah AS$620 juta, tanpa secara khusus mengatakan bagaimana ia dikembalikan.

Mat Zain juga berkata, terdapat persoalan sama ada Najib mendapat kelulusan Bank Negara untuk memindahkan sejumlah wang yang besar di luar negara.

Jumaat lalu, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Puad Zarkashi mendakwa Najib telah mendapat kelulusan Bank Negara untuk membawa masuk AS$681, yang memaparkan versi lain dalam saga RM2.6 bilion itu.

Tuesday, May 24, 2016

Terkuni: DUA PRK UMNO menang besar? Pemimpin UMNO hayal BN masih memerintah?

Dua PRK UMNO menang besar?

Punca kemenangan sebab pengundi hanya mahu kerajaan BN selesaikan hutang negara yang boleh tahanlah?

ISU-ISU menyumbang kemenangan tersebut?

1. 1MDB sedang di siasat rasuah dan money laundry merentas benua.

2. IPP sudah berjaya di beli oleh Syarikat Negara Cina.

3. Rusia juga berminat mengintai Petronas.

4. MAS telah berjaya mengurangkan pekerjanya seramai 6000 orang.

Langkah perlu di jaga ialah FGV?

FGV merupakan harta pusaka bangsa Melayu yang tinggal.

Saham FGV sekiranya naik sehingga RM20.00 seunit. Jika boleh di beli oleh orang luar atau boleh di beli oleh Syarikat dari luar negara atau syarikat tempatan tanpa di teliti penyamarannya.

Harap Felda FGV berhati- hati. Walaupun mencari keuntungan merupakan strategy perniagaan. Kesempatan dan peluang akan di guna oleh kuasa burung pemakan bangkai untuk mengagalkan ekonomi negara. Itu sebabnya pemimpin perlu amanah jangan mata duitan untuk mencari keuntungan jangka pendek.

Tun M pernah ingatkan Felda tidak perlu di usik untuk kebaikkan. Nasihat tersebut tidak di fahami oleh pemimpin sekarang. Kononnya mengikut kehendak pasaran global.

Gambar sekadar kiasan. Apa yang kita tanam, itulah hasilnya. Getah mengatal.

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM70.35 juta bagi suku pertama.

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM70.35 juta bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac, 2016, berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM72.88 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Perolehan bagaimanapun, naik kepada RM3.75 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

FGV berkata kerugian berkenaan terutamanya disebabkan oleh pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) yang rendah dalam segmen huluan sawit.

"Segmen berkenaan mengalami kerugian sebanyak RM100.55 juta pada 2016 berikutan pengeluaran minyak sawit yang rendah.

Pihak berkuasa Switzerland dalam sebahagian daripada siasatan ke atas 1MDB percaya sekurang-kurangnya RM4 bilion daripada dana negara milik Malaysia itu telah disalahgunakan.

Ketua pegawai eksekutif (CEO) bank Switzerland BSI Group Stefano Coduri meletakkan jawatan serta-merta, susulan arahan penutupan cawangannya di Singapura oleh pihak berkuasa kewangan republik itu.

Bank itu berkata ia akan bekerjasama penuh dengan siasatan Singapura dan Switzerland, menurut portal kewangan Bloomberg.

Coduri mengambil langkah itu selepas Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) memulakan prosiding jenayah terhadap Bank BSI SA kerana gagal mencegah kesalahan berkaitan dengan 1MDB.

Mengikut Kanun Jenayah Switzerland, sesebuah syarikat boleh didakwa jika disyaki tidak mengambil langkah-langkah munasabah untuk mengelakkan pihak ketiga melakukan kesalahan-kesalahan, terutamanya dalam pengubahan wang haram atau kesalahan rasuah tertentu.

Bagaimanapun, OAG menegaskan bahawa tanggapan tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah terpakai.

Pihak berkuasa Switzerland dalam sebahagian daripada siasatan ke atas 1MDB percaya sekurang-kurangnya RM4 bilion daripada dana negara milik Malaysia itu telah disalahgunakan.

1MDB dan syarikat sekutunya juga sedang disiasat di beberapa negara lain termasuk Amerika Syarikat, Luxembourg, Emeriah Arab Bersatu, Singapura, Australia dan Hong Kong.

Sunday, May 22, 2016

WAWANCARA BERSAMA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Wartawan: Tahniah Tunku atas kemenangan malam tadi. Adakah Tunku gembira?

TMJ: Sudah tentu saya gembira. Saya gembira dengan keputusan yang diperolehi. Tetapi itu sudah berlalu. Sekarang ini kita perlu tumpukan perhatian kepada persiapan pasukan untuk Piala AFC.

Wartawan: Tunku telah menyiarkan gambar Tunku sedang diberi hidangan gajah dan terdapat pelbagai reaksi telah diterima. Boleh Tunku kongsikan tujuan posting tersebut?

TMJ: Tiada apa-apa tujuan secara peribadi. Ia ditujukan sebagai sekadar suka suka untuk rakan saya, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pahang. Tiada apa-apa yang peribadi. Apabila ia berlaku kepada kami terutama apabila kami kalah, semua orang turut sama-sama bergabung dan menjadikan kami bahan jenaka mereka. Sehinggakan ada juga yang memijak bendera kami. Namun apabila kami melakukan sedikit perang psikologi kepada mereka, semua orang tiba-tiba berubah menjadi orang yang alim. Apabila ianya datang daripada saya atau JDT, sesetengah orang menjadi terlalu sensitif. Saya tidak tahu mengapa. Mungkin kerana teman wanita mereka mahu merakamkan gambar bersama saya atau anak-anak mereka melihat saya sebagai seorang wira. Saya tidak tahu. Apa-apa sahajalah.

Wartawan: Tunku seorang yang sangat kompetitif.

TMJ: Ya tetapi pada hakikatnya kita semua adalah rakan-rakan. Di dalam bola sepak Pegawai-pegawai tertinggi seperti presiden, pemilik, CEO, jurulatih, pemain dan kakitangan semua adalah rakan-rakan. Kami makan bersama-sama, kami saling berhubung, kami keluar bersama-sama dan sebagainya. Ia berlaku di sini, di Eropah atau di negara-negara lain. Orang-orang yang sentiasa bertelagah adalah penyokong. Itulah sebabnya kadang-kadang saya tidak faham. Ianya kelakar.

Wartawan: Ada apa-apa topik lain yang Tunku ingin sampaikan?

TMJ: Ya. Seseorang menunjukkan kepada saya komen yang dibuat oleh sesetengah pihak, mengatakan bahawa mereka berdoa tibanya hari untuk JDT "jatuh". Sekarang, saya ingin bertanya sesuatu kepada anda yang bijaksana. Apakah maksud "jatuh"? Tidak memenangi trofi? Bukan wahai sahabat ku. Kejatuhan adalah apabila JDT gagal membayar gaji, padang tenggelam di dalam laut, stadium runtuh, tewas 12-0 setiap perlawanan, muflis ataupun pasukan ini sudah tidak wujud lagi. Tuan-tuan dan puan-puan, hari itu tidak akan terjadi. Ini kerana insan ini tidak pernah mencuri wang rakyat dan membunuh orang. Semua yang saya lakukan sejak hari pertama adalah membantu orang ramai dan menyatu padukan Rakyat. Jadi saya tidak bimbang. Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang benar. Selamat menikmati hari yang indah.

-----

INTERVIEW WITH HRH CROWN PRINCE OF JOHOR

Journalist: Tunku, congratulations on the big win last night. Are you happy?

TMJ: Of course I'm happy. I'm happy with the results. But that's over. Now we have to concentrate on the team's preparation for AFC.

Journalist: You posted a picture of you eating an elephant and there's been some mixed reactions.  What was your motive for that posting?

TMJ: Its nothing personal. It was meant to be a joke for my friend, Pahang's ex CEO. Nothing personal. Look when it comes to us and when we lose, everybody joins in and makes fun of us. Some even stomp on our flag. But when we give a little psychological warfare from our side everybody suddenly becomes self righteous. When it comes to me or JDT, some people get over sensitive. I don't know why. Maybe because their wives or girlfriends want to have a photo taken with me or their kids look at me as a hero. I don't know. Whatever.

Journalist: You are very competitive Tunku.

TMJ: Yes but in reality we are all friends. The top officials like presidents, owners, CEOs, coaches, players and staff are all friends. We eat together, we keep in touch, we go out together sometimes and so on. It happens over here, in Europe or in other countries. The ones who are fighting are always the fans. That is why sometimes I don't understand. It's funny.

Journalist: Anything else you may want to add?

TMJ: Yes. Someone showed me a comment made by some, saying that they pray for the day for JDT to "fall". Now let me tell you smart people something. What does "fall" means? Not winning a trophy? No my friend. Fall is when JDT fails to pay salaries, playing ground submerged in water, stadium collapsing, losing 12-0 every game, bankrupt and the team ceasing to exist. Ladies and gentlemen, that day will never ever come. Its because this guy never steal people's money and kill people. All I've done since day one is try to help people. So I'm not worried. God will always be with those who are truthful. Have a good day.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Isu Najib Dan Deklarasi Rakyat @ Selamatkan Malaysia Langkawi

Semalam berlangsung Majlis Selamatkan Malaysia Langkawi yang diberi sambutan hangat oleh rakyat tempatan. Lebih 3 ribu memenuhi dewan untuk bersama2 Tun Mahathir, Mukhriz, Khairuddin, Anina, Peguam Hanif Khatri dan Akhramsyah.

Saya ingin kongsikan video ucapan Peguam Hanif Khatri terlebih dahulu kerana ini kali pertama kita mendengar pandangan dari sudut undang2 mengenai kes berkaitan Najib dan mengenai Deklarasi Rakyat.

Sudah tentu itu merupakan pandangan beliau selaku seorang peguam. Dari segi logiknya pun, pandangan beliau tidak lari jauh dengan apa yang kita selama ini duk perkatakan.

Hujah kita kuat baik bersandarkan fakta kes maupun bersandarkan kelakuan Najib sendiri dalam menangani kes2 yang sedang disiasat yang menunjukkan sepertinya kelakuan seorang yang bersalah, yang berusaha menggunakan pengaruh dan kuasanya untuk menganggu siasatan.

Saya potong dua segmen pendek untuk dikongsikan melalui watsapp dan FB, juga video penuh ( durasi 16 minit )

Tindakan Najib Tidak Masuk Akal Bagi Seorang Yang Tidak Bersalah - Peguam Hanif Khatri

Kenapakah dikatakan sudah tiba masanya bahawa kita tidak boleh terima penjelasan yang diberikan ( oleh Najib ) ?

Contoh yang diberikan - Seorang pemandu yang lari bila ditahan roadblock Polis dan kemudian ditemui ganja dalam bonet. Mahkamah boleh mengambilkira perbuatannya melarikan diri itu sebagai menunjukkan dia bersalah. Apajua alasan yang diberikan hanya akan didengari di mahkamah.

Dalam kes Najib, apabila dikatakan kepada PM bahawa ini tuduhan orang, ini tuduhan orang .. sila jawab. Apa yang dia buat ? Dia buang TPM, dia buang DS Shafie Apdal bukan setakat itu. Pada masa itu siasatan telah dimulakan oleh pihak Peguam Negara, Gani Patail apa yang dia buat ? Dia telah pun memberhentikan perkhidmatan Gani Patail yang tugas utamanya adalah untuk menyiasat, dan menggantikannya dengan satu lagi peguam negara lain dalam tempoh 69 hari sebelum Gani Patail sepatutnya bersara.

Soalan saya sekarang ini - Adakah 3 perkara yang dilakukan oleh PM tersebut satu perkara yang masuk akal sekiranya dia tak bersalah ?

Kemudian orang kata - mana buktinya kata dia bersalah ? Soalan saya - Macamana kita nak ada bukti kalau orang disiasat telah dilumpuhkan siasatannya ! ?

Polis, SPRM, Bank Negara adakah mereka dibenarkan untuk menyiasat ? Bacalah laporan2 yang telah sedia ada di mana kita tahu rungutan2 pegawai2 ketiga2 agensi ini yang sanggup bekerja demi rakyat memberi keluhan macamana mereka diganggu. Jadi macamana kita nak dapat bukti ?

Kenapa diminta bukti sedangkan pihak yang boleh cari bukti sendiri tidak dibenarkan mencari bukti ?

Soalan ketiga - Najib kata dia dipilih oleh rakyat .... mestilah sebagai Perdana Menteri dia boleh buat apa yang dia nak. Disitulah kita patut fikir balik.

Negara kita berpandukan perlembagaan dan undang2. Termasuklah kuasa PM. PM adalah orang yang menerajui kerajaan tapi dia tidak boleh menjalankan kuasanya dengan menyalahi perlembagaan dan undang2.

Raja2 juga ada halangan2 di dalam Perlembagaan. Mereka ada mahkamah khas sekiranya Raja  perlu dibawa ke mahkamah. Apatah lagi Perdana Menteri !

Makanya rakyat perlu menatapi, menghayati dan memahami Deklarasi Rakyat. Kerana Deklarasi Rakyat adalah satu cara sah dan cara yang mengikut undang2 untuk menyampaikan hasrat rakyat apabila seluruh konsep keadilan lain telah nampak seolah2 telah dibendung.

Mahkamah mempunyai konsep2 dan prinsip2 yang jelas. Sekiranya kita bawa pertikaian di mahkamah, mahkamah bertanggungjawab untuk menjawap pertikaian tersebut.

Kalau pihak Polis, SPRM dan Bank Negara dilumpuhkan, disitulah wujudnya keperluan rakyat seperti yang ada di sini untuk memulakan tindakan sivil di mahkamah. Itulah yang dilakukan oleh Anina, Tun, Mukhriz dan Khairuddin.

Agong Boleh Bertindak Berdasarkan Sumpah Perdana Menteri

Bolehkah dari segi undang2 dan perlembagaan rakyat menjatuhkan Perdana Menteri ? Sebenarnya kan, soalan itu salah, Soalan yang sebenarnya ialah ( yang sepatutnya kita tanya )  - Apakah hak rakyat dalam isu kedudukan Perdana Menteri ?

Kita bukan melalui Deklarasi Rakyat, ingin menjatuhkan kerajaan, tidak ... apa yang diminta dalam Deklarasi Rakyat adalah untuk DS Najib turun sebagai PM. Tidak ada dalam mana2 dalam Deklarasi Rakyat,  Tun atau rakan2 seperjuangan, minta untuk gulingkan kerajaan. Tidak ada.  Itu adalah tohmahan sebelah sana !

Dan untuk PM turun, tidak ada halangan dari segi Perlembagaan. Kalau rakyat dah suarakan pelbagai masalah yang dihadapi, maka sepatutnya DS Najib undurlah sebagai PM.

Jangan kita lupa bagaimana DS Najib mula2 menjadi PM. Bukankah dia menjadi PM selepas Pak Lah diturunkan ? Kalau DS Najib mengatakan bahawa, untuk memaksa dia turun sebagai PM adalah salah di sisi Perlembagaan, maka dia patut serah balik kerusi PM kepada Pak Lah. Sebab dia naik jadi PM secara salah !

Soalan terakhir, apakah kuasa Agong dan Majlis Raja2 ? Sebenarnya satu perkara yang perlu disentuh adalah, Perdana Menteri mengangkat sumpah di hadapan Agong. Sumpah yang di angkat adalah sumpah untuk melaksanakan dan memelihara undang2 serta perlembagaan.

Sumpah ini bukan permainan. Contoh seperti sumpah di mahkamah ... kita boleh diambil tindakan undang2 kalau kita beri keterangan palsu. Dalam afidavit, surat sumpah depan Pesuruhjaya Sumpah, pun sama.

Jadi, kenapakah sumpah yang diangkat di hadapan Agong tidak boleh dilaksanakan oleh Agong ? Tidak ada halangan dari segi Perlembagaan.

Friday, May 20, 2016

1MDB : Mengapa KPN tidak terkam??? Laporan 1MDB memberi asas yang mencukupi untuk siasatan?

ULASAN l Dalam temu bual dengan stesen penyiaran Singapura, Channel NewsAsia, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata, laporannya mengenai 1MDB memberi asas yang mencukupi untuk siasatan seterusnya ke atas firma pelaburan negara itu.

“Saya rasa laporan kami cukup sebagai asas untuk siasatan lanjut, kami sudah buat kerja kami.

“Langkah selanjutnya, seperti dicadangkan oleh PAC, mereka (jawatankuasa itu) mahu siasatan terhadap beberapa personaliti dalam syarikat itu.

“Biarkan polis buat kerja mereka, kami akan bantu sesiapa sahaja yang mahu siasat,” kata Ambrin yang dipetik berkata, merujuk kepada laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Walau bagaimanapun, di sebalik tindakan PAC yang membentangkan hasil laporannya pada 7 April lalu, iaitu lebih enam minggu sudah berlalu, namun pihak Polis Diraja Malaysia belum memanggil protagonis utama 1MDB yang dikenal pasti dalam skandal itu!

Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kepada Parlimen semalam bahawa polis masih belum menyoal bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Halmi sebagai sebahagian daripada siasatan mereka ke atas firma itu.

"Semua saksi yang terlibat akan dipanggil oleh polis jika ada keperluan untuk merekodkan kenyataan mereka dan siasatan selanjutnya.

"Shahrol belum dipanggil untuk merekodkan kenyataan beliau lagi," ujar Zahid dalam jawapan bertulis ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Raub, Mohd Ariff Sabri.

Mengapa polis mengheret kaki mereka ke atas keseluruhan penyiasatan ini?

Bagaimana dengan laporan polis saya?

Malah, saya sendiri secara peribadi membuat laporan polis terhadap 1MDB pada Mac 2015, memohon siasatan berhubung peranan Shahrol Halmi, Jho Low dan individu lain melalui penglibatan mereka dalam pelaburan 1MDB dalam PetroSaudi.

Sebagai contoh, Shahrol Halmi telah mengarahkan bayaran AS$1.03 bilion dibayar kepada Good Star Limited, yang menurut Bank Negara Malaysia dalam maklumannya kepada PAC sebagai "sebuah syarikat yang dimiliki oleh individu yang tidak berkaitan dengan PetroSaudi International Limited".

Saya tidak pasti sama ada saya perlu terkejut bahawa polis masih gagal walaupun untuk menemubual individu utama 1MDB selepas lebih daripada setahun.

Selepas kedua-dua PAC dan Ketua Audit Negara mendakwa Shahrol Halmi terbabit dalam salah urus 1MDB, apa lagi yang Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar tunggu?

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat