TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, May 14, 2016

GAMBARAN SALAH OLEH JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA.

Adalah dilaporkan bahawa kenyataan tertentu di dalam Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk dibentangkan dalam Parlimen telah dipadam. Ini merupakan perkara penting yang penuh kontroversi. Ia juga berkaitan dengan pemindahan wang yang kononnya dipinjam daripada peminjam antarabangsa dengan cara di luar batasan undang-undang.

2. Saya risau mengenai perkara ini kerana kita semestinya mempertahankan integriti dan kedudukan Dewan Rakyat sebagai sebuah badan di mana Ahli-Ahli Dewan seharusnya bertindak dengan penuh tanggungjawab dan jujur tanpa mengelirukan rakyat.

3. Dengan adanya pemadaman ini, saya risau sama ada Laporan yang akan dibawa ke Dewan Rakyat itu merupakan laporan yang boleh dipertahankan memandangkan ia berkaitan dengan pinjaman wang oleh 1MDB yang kononnya dibuat bagi pihak negara. Pemadaman tersebut sebenarnya bukan sahaja di luar batasan undang-undang tetapi merupakan juga pemesongan serius terhadap Seksyen 9(i), (j) dan (n)(iii) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

4. Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 adalah bermaksud untuk melindungi dan mempertahankan integriti serta nama baik Dewan Rakyat demi memastikan keyakinan rakyat terhadap Parlimen sebagai badan perlembagaan untuk menjamin kepentingan mereka.  Pemesongan terhadap Seksyen di dalam Akta yang saya sebutkan itu merangkumi pengubahan, salah pembentangan dan penipuan terhadap dokumen yang dibentang di Dewan Rakyat. Ini merupakan kesalahan mengikut peruntukan di dalam   Akta ini. Ini juga bermakna apa jua pemadaman yang dibuat boleh mendatangkan keraguan di kalangan rakyat mengenai sama ada Laporan tersebut mencerminkan atau tidak akan  kebenaran keseluruhan kenyataan mengenai isu 1MDB.

5. Oleh itu, atas sebab-sebab yang disebut saya sekali lagi menyeru agar Laporan Ketua Audit Negara, yang diklasifikasi sebagai “Rahsia Rasmi”,  diubah  kepada “untuk tatapan umum”. Saya juga membuat seruan ini kerana mengikut Perlembagaan, Ahli-Ahli Dewan Rakyat sebenarnya berhak mendapat Laporan Ketua Audit Negara sebelum Parlimen bersidang pada 16hb Mei, 2016. Isu-isu yang dibangkitkan itu amat penting kepada rakyat dan tidak ada sebab kenapa Laporan Ketua Audit Negara diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi. Saya mengulangi juga keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’ Sri Najib supaya Ketua Audit Negara menyiasat isu 1MDB dan menyerahkan hasil penyiasatan tersebut sebagai laporan untuk pertimbangan Dewan Rakyat. Dalam membuat keputusan tersebut, Y.A.B. Perdana Menteri memberi gambaran bahawa tidak ada apa yang hendak diselindungkan.

Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen Gua Musang
Kuala Lumpur,
14 Mei 2016 bersamaan
7 Syaaban 1437H
(KENYATAAN AKHBAR)

-------
MISREPRESENTATION OF THE PUBLIC ACCOUNTS COMMITTEE

It has been widely reported that there had been unlawful deletions to the Public Accounts Committee’s (PAC) Report that is to be tabled in Parliament. The deletions are about a subject matter of importance and controversy in respect of the unlawful movements of money that 1MDB had purportedly borrowed from international creditors.

2. My concern is for the protection of the integrity and standing of the Dewan Rakyat in the eyes of the public as an institution where Members of the Dewan Rakyat act responsibly and honestly without misleading the public.

3. In view of the deletions, I am concerned whether the Report that is going to be presented to the Dewan Rakyat is a report that can stand up to the public concerns in respect of the purported loans that 1MDB claims to have made on behalf of the nation. The deletions will be considered not only as unlawful but also a serious breach of the Houses of Parliament (Privileges and Powers) 1952, Section 9(i), (j) and (n)(iii).

4. The Houses of Parliament (Privileges and Powers) Act 1952 is intended to protect the integrity and reputation of the Dewan Rakyat so that the people of Malaysia will have confidence in the Dewan Rakyat as a constitutional institution to protect their interests. A breach of the Sections that I have referred to which deals with the tampering, misrepresentation and falsification of the documents presented to the Dewan Rakyat is precisely the kind of actions which fall within the offences under the Act. What it means is whatever deletions that have been made can cause apprehension among members of the public that the Report cannot, in the circumstances, reflect the entire truth of the facts surronding the 1MDB issue.

5. Therefore, I am again making a call that the Auditor-General’s Report, which has been classified as “Official Secret” should be declassified as a matter of urgency for the reasons I have given above and because the Members of the Dewan Rakyat have a constitutional right to the Auditor-General’s Report before Parliament sits on 16th May, 2016. The issues are of such public importance that there cannot be any excuse for making the Auditor-General’s Report an official secret. I would also like to reiterate the decision by the Prime Minister Y.A.B. Dato’ Sri Najib that the 1MDB issue be investigated by the Auditor-General and its result presented as a report for the consideration of the Dewan Rakyat. In making that decision, the Prime Minister gave the impression that there is nothing to hide.

Tengku Razaleigh Hamzah
Member of Parliament Gua Musang
Kuala Lumpur,
14th May 2016,
7th Syaaban 1437H.
(PRESS STATEMENT)

JDT mempunyai penyokong seramai 3.6 juta.

SATU HARI LAGI HARI DI TEMPAT KERJA

Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Johor Darul Ta'zim. Seperti sedia maklum, kita mempunyai seramai 3.6 juta penyokong Harimau Selatan yang akan menyaksikan perlawanan ini termasuk 50 ribu yang berada di Stadium Shah Alam.

Berbeza dengan PKNS yang menerima sokongan lebih 22.8 juta penyokong bolasepak di Semenanjung Malaysia. Kita boleh melihatnya melalui cara mereka semua berdoa agar PKNS berjaya menewaskan kita. Kita berhadapan dengan cabaran daripada satu negara untuk menyaksikan JDT tersungkur. Tapi bagi saya, ianya perkara biasa di tempat kerja.

Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada JDT dan PKNS kerana telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir. Kepada pasukan lain yang tidak berjaya, cuba lagi tahun hadapan. Saya juga berterima kasih kepada penyokong Sabah dan Sarawak kerana sama-sama menyokong pasukan Johor Darul Ta'zim. Jangan anda lupa, tiada Negeri Johor tiadalah Persekutuan Tanah Melayu, tiada Sabah dan Sarawak maka tiadalah duit buat negara ini. Yang ada-ada sentiasa sibuk menghentam Keluarga DiRaja Johor, Negeri Johor dan Pasukan JDT. Apabila sudah terhantuk dengan isu nasional barulah melutut kepada Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor untuk menghentam kepimpinan negara serta merayu menyelesaikan masalah dan isu nasional. Carilah pemimpin masing-masing untuk menyelesaikan masalah ini. 'Dapur sendiri kotor, maka bersihkanlah sendiri'. Ehhh!! Tersentuh bab politik pulak. Ok lah, Buat Pasukan Johor Darul Ta'zim dan PKNS, 'Good Luck, All The Best and Enjoy the game' malam ini.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

----------------

JUST ANOTHER WORKING DAY

I would like to wish Johor Darul Ta'zim all the best. As we all know, we have 3.6 million Southern Tigers fans that will watch the game tonight, including the 50 thousand that will be at the stadium.

PKNS on the other hand have more than 22.8 million fans spread across the Malaysian peninsular. We can see all of them hoping that PKNS will defeat us. We are facing a hurdle where a whole country wants to see JDT defeated. For me however, it's just another day at the workplace.

I would like to take this opportunity to say congratulations and well done to JDT and PKNS for making it to the finals. To those who didn't make it, try again next year. I am also thankful to supporters from Sabah and Sarawak for supporting Johor Darul Ta'zim. Do not forget, without Johor, there is no Federated Malay State. And without Sabah and Sarawak there will be no money for this country. Those around are always busy condemning the Johor Royal Family, State of Johor and also Team JDT. However, when plagued with national issues, you come running and kneeling before The Sultan of Johor and Crown Prince of Johor to hit back at the country's leaderships and beg us to solve these national issues. Turn to your own leaders to solve these problems. Clean up your own mess. Ooops!! I accidentally touched on political issue. Ok, to Johor Darul Ta'zim and PKNS, Good luck, All the best, and Enjoy the game tonight.

DYAM Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Terkini : Ahli UMNO tidak dapat menyokong pemimpin pikol bangkai gajah yang cuba di tutup dengan kapet MERAH?

Ahli UMNO dalam delima, Mahu pertahankan Pemimpin atau Parti?

Mudah sangat nak pilih bro...

Pemimpin datang dan pergi. Parti keramat UMNO hanya satu sahaja.

Pemimpin kalau pikul bangkai gajah. Ahli nak tutup dengan kapet merah ke?

DAULAT TUANKU : KEMBARA MAHKOTA JOHOR, ACARA TAHUNAN SULTAN JOHOR BERTEMU RAKYAT.

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2016 | 14HB MEI 2016

Berikut adalah sekitar majlis upacara Perlepasan Kembara Mahkota Johor pada 14hb Mei 2016 yang diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Program lawatan ke daerah-daerah di negeri Johor Darul Ta'zim ini adalah sebahagian usaha dalam menyempurnakan objektif merapatkan hubungan antara rakyat, pemimpin dan Istana Johor. Kembara Mahkota Johor kali ini yang merupakan edisi ke-19, menggunakan Mack Truck yang diketuai sendiri oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor. Turut mengiringi baginda ke majlis ini adalah DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, YAM Tunku Idris, YAM Tunku Abdul Rahman dan YAM Tunku Abu Bakar. Aktiviti tahunan bersama rakyat ini dilakukan oleh Keluarga Diraja demi rakyat Johor. Luaskan Kuasamu Johor.

----

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2016 | MAY 14TH 2016

Here are pictures taken during the 'Kembara Mahkota Johor' departure ceremony on May 14th 2016 at Dataran Bandaraya Johor Bahru. The tour around districts of Johor Darul Ta'zim is part of the effort in meeting the objective of strengthening ties among the people, leaders and Johor Palace. This year's 'Kembara Mahkota Johor' is the 19th edition, featuring a Mack Truck led by HRH Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan of Johor. Accompanying His Royal Highness at the ceremony were HRH Permaisuri of Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, HH Tunku Idris, HH Tunku Abdul Rahman and HH Tunku Abdul Bakar. This annual activity with the people is done by the royal family for the Johor people. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Friday, May 13, 2016

MENGKHIANATI UMNO TERKINI DARI TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD.

Terkini dari Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

MENGKHIANATI UMNO

1. Sesungguhnya apa yang sedang berlaku di negara bertuah ini tidak pernah diduga, dimimpi atau diramal oleh sesiapa, samada rakyat negara ini atau orang asing.

2. Semasa kita berjuang untuk kemerdekaan semua pemimpin dan rakyat percaya bahawa pemimpin yang dipilih oleh mereka tetap akan bersikap dan bertindak sebagai nasionalis yang berkhidmat, bahkan berkorban untuk negara, untuk rakyat dan kesejahteraan mereka. Inilah sebabnya yang mereka terima tanpa soal sistem demokrasi, sistem yang memberi hak kepada rakyat untuk memilih Kerajaan mereka.

3. Dan seperti yang mereka jangka, pemimpin demi pemimpin pilihan mereka tidak mengecewakan mereka. Negara dibangun dengan baiknya dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik dan lebih makmur dari dahulu.

4.  Perdana Menteri-Perdana Menteri tidak menimbul banyak masalah. Apabila masa datang untuk mereka undur mereka pun pergi. Rusuhan untuk menjatuhkan Perdana Menteri tidak pernah berlaku.

5. Tun Abdullah juga berundur apabila prestasinya dalam PRU 12 tidak begitu baik. Dia undur kerana sudah jelas rakyat tidak lagi sokongnya. Najib juga mendesak supaya dia undur dan Najib menggantinya.

6. Rakyat lega. Inilah Malaysia. Peralihan kuasa diperingkat tertinggi berlaku dengan licin dan tertib. Rakyat menunggu akan nikmat yang mereka akan dapat dari pemimpin baru. Mereka percaya yang baru tetap lebih baik dari yang lama. Jika tidak lebih baik pun tentu sekurang-kurangnya sama dengan ayahnya, Tun Razak.

7. Tetapi impian rakyat tidak menjadi kenyataan. Awal-awal lagi diperhatikan cara hidup yang luar biasa mewahnya berbanding dengan PM yang terdahulu. Ini dilihat terutamanya semasa perkahwinan anaknya. Tumpuan tidak diberi kepada pembangunan negara, kepada pengwujudan peluang pekerjaan dan perniagaan. Sebaliknya dicipta BRIM, pemberian RM 500/- kepada rakyat yang dikatakan miskin.

8. Rakyat kecewa. Jauh dari menyokong. Prestasi Najib dalam PRU 13 menurun berbanding dengan PM yang dia ganti. Namun pemimpin diperingkat bahagian dan wakil rakyat UMNO khususnya ternampak tidak faham tentang kekurangan sokongan rakyat kepada Najib.

9. Kemudian datang 1MDB. Dengan modal satu million Ringgit, syarikat yang ditubuh dan dipimpin oleh Najib meminjam empat-puluh-dua ribu kali ganda lebih dari modal. Maka bermulah cerita-cerita tentang berbagai salah laku oleh 1MDB ini. Berbillion Ringgit dilabur tanpa kajiselidik yang mendalam, dipindah kesana kesini, meresap dan hilang. Soalan tidak dijawab. Faedah hutang tidak dibayar. Auditor di buang, diganti dan dibuang lagi.

10. Terdengar cerita Jho Low yang tidak memegang apa-apa jawatan tetapi berkuasa. Jika Ahli Lembaga Pengarah menyoal, Jho Low menalipon Dato Sri Najib dan menyuruh Pengarah bertanya sendiri. Pengarah tidak bertanya. Terima sahaja arahan Jho Low. Yang tak senang hati menarik diri dari Lembaga.

11. Cerita berkenaan Rosmah juga menimbulkan kemarahan Rakyat. Tersebarnya cerita berkenaan pembelian beg tangan sahaja menelan bermillion Ringgit dan juga kononnya banyak perniagaan memberi saham percuma kepada Rosmah melalui proksi beliau.

12. Segala urusan 1MDB tertutup, tidak dilapor oleh akhbar kerana tidak dibenar, atau takut atau diberi amaran. Mesyuarat Agung UMNO tidak dibenar bercakap berkenaan 1MDB.

13. Kemudian di dalam akhbar luar negeri, Wall Street Journal, terdapat lapuran bahawa akaun sendirian Dato Sri Najib memiliki Dolar Amerika sebanyak 681 million, bersamaan 2.6 billion Ringgit Malaysia. Seluruh rakyat terkejut. Mereka bertanya apakah benar PM Malaysia memiliki wang sebanyak itu. Ini tidak mungkin. Ini akhbar asing yang suka memburukkan Malaysia.

14. Najib nafi. Katanya tak akan dia begitu bodoh memasuk wang sebanyak itu dalam akaun peribadinya. Katanya cerita ini tidak berasas. Dia tidak memiliki wang sebegitu banyak.

15. Tetapi akhirnya Dato Sri Najib mengaku wang sebanyak 2.6 billion Ringgit itu ada dalam akaun peribadinya. Kononnya derma dari Putera Arab Saudi. Kemudian didakwa dari Raja Arab Saudi yang sudah mangkat.

16. Tetapi pengesahan dengan dokumen yang boleh dipercayai tidak ada. Hanya pengakuan Najib. Pegram Negara disingkir dan yang baru dilantik yang mendakwa Najib tidak menyalahguna wang dalam akaunnya. Kononnya wang ini telah diberi balik kepada penderma. Sekali lagi tidak ada dokumen yang mengesah kenyataan ini. Hanya pengakuan ole Peguam Negara.

17. Kalau tidak bersalah kenapa tidak dibuat saman malu terhadap Wall Street Journal dan Sarawak Report yang membuat laporan berkenaan 2.6 billion Ringgit yang berada dalam akaun Najib. Saman malu boleh dibuat di Britain atau Amerika jika yang didakwa enggan dibicara di Malaysia. Tetapi Najib tidak membuat saman malu, selain daripada bertanya kenapa laporan itu dibuat. Ini bermakna laporan Wall Street Journal dan Sarawak Report adalah benar dan berasas.

18. Sekarang dunia tahu dan percaya Najib sudah selewengkan banyak dari modal 1MDB. Dan dunia ketawa sinis terhadap Malaysia yang sudah jadi negara rasuah yang terbesar di dunia. Dan Najib didakwa adalah Menteri Kewangan yang terburuk di Asia.

19. Ketua-Ketua Bahagian UMNO dan Ahli Dewan Rakyat UMNO takkanlah pekak dan buta sehingga tidak sedar berkenaan salahlaku Najib. Tetapi mereka terus sokong Najib dan mempertahankannya. Tidak berasa malukah mereka mengetahui PM mereka sebegini buruk. dihina secara terbuka oleh dunia tanpa disangkal oleh Najib.

20. Tetapi nampaknya mereka tidak tahu malu dan lebih utamakan kepentingan diri daripada kepentingan dan maruah negara.

21.  Rata-rata rakyat berhimpun dan mendesak untuk Najib disingkir dari jawatan PM. Ahli-ahli dan pemimpin UMNO tahu parti mereka akan kalah jika Najib terus memimpin BN dan UMNO dalam PRU 14. Hanya yang bisu dan pekak sahaja yang tidak ambil kesah akan kehancuran UMNO yang tetap berlaku.

22. UMNO adalah parti yang mengalahkan Malayan Union dan memerdekakan negara. UMNO juga berjaya membangunkan negara.

23. UMNO juga yang memberi kepada negara Perdana Menteri, Perdana Menteri yang memajukan negara sehingga ketahap yang tinggi.

24. Tetapi hari ini kerana UMNO mempertahankan Najib sebagai Perdana Menteri walaupun jelas dia terlibat dengan skandal yang amat buruk, dan menjadikan UMNO parti yang terburuk di Malaysia, pemimpin-pemimpin bahagan dan Ahli Dewan Rakyat UMNO masih bersekongkol dengan Najib untuk musnahkan UMNO. Anak cucu mereka akan kutuk mereka kerana ini.

25. Wahai pemimpin UMNO, ingatlah akan masa depan kamu. Pengkhianatan kamu akan dibalas dengan cara yang setimpal di dunia dan di akhirat.

DEKLARASI RAKYAT : 1.27 JUTA TANDATANGAN AKAN DI SERAH KEPADA YANG DI PERTUAN AGONG OLEH TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sendiri akan menyerahkan 1.27 juta tandatangan yang berjaya dikumpul dari seluruh negara menerusi Deklarasi Rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ujarnya, beliau kini sedang mendapatkan perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh mantan Presiden UMNO itu bertujuan untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada jawatan Perdana Menteri.

Ujar Tun Mahathir lagi, pihaknya berjaya mengumpul 1.07 tandatangan menerusi atas talian manakala bakinya sebanyak 200,000 lagi dikumpul menerusi pengedaran borang secara fizikal.

Selain itu, sebanyak 50,000 lagi direkodkan di laman alternatif Change.org.

“Kami bukan hanya terima saja. Kami periksa setiap nama, tandatangan dan kad pengenalan.

“(Terdapat juga) sesetengah borang di atas talian, yang tidak diisi dengan betul. Kami rasa ini mungkin tidak asli. Kami tolak 253,000 borang yang kami fikir tidak asli.

“Bila saya sebut 1.27 juta tandatangan, ini yang telah disemak dan ada di sini,” katanya.

Thursday, May 12, 2016

Majlis Peguam Negara memohon perintah Mahkamah Tinggi untuk ketepikan keputusan Peguam Negara membersihkan Najib dan mengarahkan SPRM menutup siasatan?

Majlis Peguam memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tidak meneruskan dakwaan terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Dalam permohonan itu Majlis Peguam memohon perintah Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan Apandi pada 26 Januari lalu 'membersihkan' Najib dan mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan mereka.

Badan peguam itu juga mahu mahkamah menghalang peguam negara daripada membuat sebarang keputusan lanjut berhubung perkara itu, selain membenarkan peguamcara negara memutuskan hal berkenaan, termasuk sama ada mendakwa Najib atau tidak.

Turut disebut, Majlis Peguam memohon perintah mahkamah membenarkan SPRM meneruskan siasaran dalam kes yang diarah tutup oleh Apandi sebelum ini.

"Majlis Peguam berpendapat kuasa pendakwaan berdasarkan budi bicara pada peguam negara mengikut Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan tidak bersifat mutlak atau tidak terbatas, dan pengamalan kuasa ini boleh dicabar melalui semakan kehakiman.

"Skop dan ruang kuasa budi bicara, dan sama ada kuasa itu dilaksanakan mengikut undang-undang berdasarkan fakta kes perlu ditentukan oleh mahkamah," kata Presiden Majlis Peguam Steven Thiru dalam kenyataan hari ini.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat