TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, April 30, 2016

Terkini: IPIC akan menuntut wang daripada 1MDB dan Kerajaan Malaysia?

International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi akhirnya telah menyelesaikan hutang faedah AS$50 juta yang tertunggak kini menuntut jumlah wang berkenaan daripada Kementerian Kewangan Malaysia.

"Berikutan tindakan 1MDB yang ingkar, IPIC akan membuat tuntutan bertulis bagi mendapatkan ganti rugi untuk bayaran balik faedah (bagi jumlah sebanyak AS$50,312,500.00) daripada Menteri Kewangan Diperbadanakan, (MOF) Malaysia dan 1MDB mengikut syarat-syarat perjanjian,” kata IPIC hari ini.

Dalam pengumuman kepada Bursa Saham London, IPIC berkata firma Abu Dhabi itu telah membuat bayaran penuh untuk faedah bagi pihak 1MDB Energy (Langat) Limited dan 1MDB, yang sepatutnya dilunaskan pada 18 April.

Bayaran itu adalah untuk bon bernilai AS$1.75 bilion yang diterbitkan oleh 1MDB dan dijamin oleh IPIC.

"IPIC membuat bayaran melalui kecairan semasa dan menunaikan kewajipannya seperti dalam perjanjian,” katanya.

Syarikat itu menjadi penjamin dua bon yang diterbitkan oleh 1MDB berjumlah AS$3.5 bilion.

IPIC, dalam satu pengumuman kepada Bursa Saham London pada 18 April lalu, mengumumkan bahawa rancangan untuk menyelamatkan 1MDB ditamatkan berikutan kegagalan firma pelaburan Malaysia itu yang gagal membayarnya lebih AS$1 bilion.

Walau bagaimanapun, dalam pengumuman berasingan pada 25 April, IPIC menjelaskan bahawa peranannya sebagai penjamin kepada kedua-dua bon itu yang berasingan dengan perjanjian menyelamat, masih diguna-pakai dan ia hanya akan membuat pembayaran faedah jika 1MDB ingkar.

1MDB seterusnya gagal membuat pembayaran faedah selepas tempoh lima hari penangguhan, menyebabkan IPIC akhirnya terpaksa campur tangan.

Walau bagaimanapun, IPIC menjelaskan bahawa ia akan menuntut wang berkenaan daripada 1MDB dan kerajaan Malaysia.

Kedua-dua syarikat itu kini dalam pertikaian selepas dana sekurang-kurangnya dana AS$3.5 bilion yang sepatutnya dibayar oleh 1MDB kepada anak syarikat IPIC, Aabar Investments PJS dilaporkan hilang.

Jumlah itu termasuk bayaran cagaran 1MDB yang sepatutnya dibayar sebagai pertukaran untuk jaminan dua bon oleh IPIC serta pembayaran bagi penamatan pilihan untuk Aabar melanggan aset tenaga 1MDB.

Wang itu sebaliknya disalurkan ke sebuah syarikat pesisir di Kepulauan Virgin British yang mempunyai nama yang hampir sama dengan Aabar Investments PJS tetapi tidak mempunyai kaitan dengan IPIC.

Pertikaian berkenaan dan juga transaksi 1MDB lain sedang disiasat di Emiriah Arab Bersatu, Switzerland, Luxembourg, Amerika Syarikat dan Singapura.

Friday, April 29, 2016

Angkatan kapal selam TLDM habiskan 10 ribu jam bawah laut. ( Selamat HUT TLDM KE 83 )

KUALA LUMPUR - Sejumlah anggota dan pegawai pengendali kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghabiskan masa lebih 10,000 jam berada di bawah laut, demi operasi mengemudi dua kapal selam Scorpene milik Malaysia, kata Ketua Staf Markas Angkatan Kapal Selam TLDM Kapten Baharudin Wan Md Nor.

Baharudin yang juga Pegawai Pemerintah Pertama Kapal Selam KD Tun Razak berkata, tempoh berkenaan sangat luar biasa berbanding pengendali kapal selam asing yang secara purata bersara sekitar tempoh antara 3,000 dan 4,000 jam.

"Meskipun, kita baru nak masuk tahun ketujuh, namun ada (anggota) yang dah menghabiskan tempoh setahun berada di bawah laut.

"Setahun ada 8,800 jam, sesetengah daripada kita sudah ada lebih 10,000 jam," katanya kepada pemberita yang menyertai latihan 'Combine Anti-Submarine Exercise' (CASEX) dengan Perancis di tengah-tengah Laut China Selatan, baru-baru ini.

Justeru, Baharudin yang sendiri sudah menghabiskan tempoh lebih 10,000 jam di bawah laut, bertanyakan pemberita: "Bagaimanakah ini (tempoh berada dalam laut) boleh berlaku, jika kapal selam ini tidak dapat menyelam, sebagaimana yang sering didakwa oleh orang ramai dan ahli politik?".

KD Tun Razak tiba di Pangkalan TLDM di Lumut, Perak pada 2 Julai 2010 sebelum ia ditempatkan di pangkalan TLDM Teluk Sepanggar, Sabah pada 15 Julai 2010 dan kini di bawah tanggungjawab Pegawai Pemerintah Ketiga.

Kapal selama pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman pula ditempatkan di kemudahan TLDM di Teluk Sepangar sejak 17 Sept 2009.

Sejak kedua-dua kapal selam buatan Perancis itu tiba di tanah air, terdapat pelbagai tuduhan dan kritikan bahawa kedua-dua kapal selam negara itu tidak mampu untuk menyelam.

Bagi Baharudin, tuduhan tidak berasas itu amat "mengecewakan dan tidak wajar" dibuat, lebih-lebih lagi oleh mereka yang tiada kemahiran mengenai kapal selam.

"Kami bukan orang politik, kami tidak berjuang bersama-sama anda, kami tiada kaitan dengan cerita-cerita yang anda dengar, kami pengendali kapal selam (TLDM).

"Dilatih untuk mengendalikan kapal selam keluar (di perairan) dan memastikan apa jua misi yang diberikan, akan kita tunai serta pertahankan keselamatan, kepentingan dan kedaulatan negara," tegas beliau.

Menurut Baharudin, jika kritikan dan persepsi negatif diterima dalam negara, berbeza pula keadaanya di luar, apabila anggota pengendali kapal selam TLDM sangat dihormati oleh negara-negara operasi kapal selam yang lebih berpengalaman.

"Amerika Syarikat adakan perbincangan dengan kita setiap tahun, mereka nak berbincang dan tawarkan kita, itu dan ini.

"Sementara Perancis pula, sanggup datang dari jauh ke sini (untuk CASEX). Setiap tahun kita bertemu dengan mereka (Tentera Laut Perancis).

"Mereka semua kagum dengan cara kita bangunkan pasukan kita dan apa yang kita capai dalam tempoh singkat," tambah beliau. - Bernama 3 April 2016

Thursday, April 28, 2016

Terkini: Bank Negara keluarkan surat kompound pentadbiran 1MDB?

Bank Negara Malaysia hari ini mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB kerana tidak mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Kompaun itu dikeluarkan selepas mendapat persetujuan daripada Peguam Negara, Tan Sri Mohd Apandi Ali.

"Ini termasuk keperluan untuk 1MDB untuk membawa pulang wang yang diremitkan di luar negara berikutan pembatalan tiga kebenaran yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia kepada 1MDB pada tahun 2009, 2010 dan 2011.

"1MDB juga telah gagal mengemukakan bukti dan dokumentasi yang ditetapkan oleh Bank Negara untuk mewajarkan kegagalan untuk mematuhi sepenuhnya dengan arahan membawa pulang wang itu.

“1MDB telah diberikan sehingga 30 Mei 2016 untuk membayar kompaun," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh bank pusat itu hari.

Menurut kenyataan itu, sebaik sahaja pembayaran kompaun diselesaikan oleh 1MDB, ia menandakan tamatnya siasatan oleh Bank Negara berhubung pelbagai insiden yang menyaksikan firma pelaburan negara itu melanggar kaedah dan peraturan bank pusat.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan jumlah kompaun yang perlu dijelaskan oleh 1MDB.

Menundukkan Barat Dengan Kebijaksanaan Dan Keberanian Oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tun M bersama sekumpulan anak melayu melancarkan Serangan Subuh @ 'Dawn Raid' 1981ke atas Brusa Saham London dan berjaya membawa pulang 200,000 ekar tanah ke tangan orang Melayu pada September 1981.

Ianya berlaku hanya selepas beberapa bulan berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia.

HEBATKAN.

BERIKUT KATA-KATA DARI MARGARET THATCHER
BEKAS PERDANA MENTERI BRITAIN.

"Akhirnya saya mempunyai hubungan yang baik dengan Dr. Mahathir dan mengagumi dan menghormati beliau.
Beliau adalah seorang yang tegas, bijak dan praktikal" ...Margaret Thatcher@Iron Lady – Bekas Perdana Menteri Britain

#RESPECTTUNMahathir

Terkini: Arul Kandasamy akui 1MDB berlaku Penipuan kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad?

KUALA LUMPUR: Penipuan yang dilaporkan oleh media cetak dan elektronik di seluruh dunia mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah diakui benar oleh Presiden syarikat itu, Arul Kanda Kandasamy, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ujarnya, walaupun Arul Kanda akan cuba untuk membetulkan yang salah, tetapi benang basah sukar ditegakkan selepas pengakuan yang dibuat oleh Pengarah Eksekutif 1MDB itu.

“Adalah lebih baik Arul cerita semua, berkenaan juruaudit dibuang, USD1 bilion dilabur dalam kerjasama 1MDB dan Petro Saudi tanpa kelulusan pengarahnya, tanpa pemeriksaan ‘due diligence’ dan kemudian dibubar tetapi modal tidak dikembali kepada 1MDB, sebaliknya diberi pinjam kepada Petro Saudi dan beberapa isu lain.

“Banyak lagi pengakuan yang boleh dibuat oleh Arul, oleh pengerusi jawatankuasa penasihat, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara dan jangan lupa Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang begitu berani bertindak sendiri meminjam dan melabur berbillion Ringgit dan USD bagi pihak 1MDB tanpa kebenaran, tanpa kelulusan badan pengarah dan orang atasan.

“Sesungguhnya, negara Malaysia tidak pernah melihat skandal yang sebegitu besar seperti skandal 1MDB. Rakyat yang sukar memahami berapa besarkan satu juta, sekarang cuba menggambarkan banyak manakah satu billion dan 42 bilion,”katanya menerusi catatan terbaharu di laman blognya, chedet.cc.

Katanya lagi, rakyat menjadi keliru dengan cerita wang yang begitu banyak yang merata ke semua pelusuk dunia yang akhirnya berada di dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada masa yang sama, bekas Presiden UMNO itu turut menyindir dengan mengatakan bahawa skandal berkenaan 1MDB boleh dijadikan filem.

“Satu filem drama boleh dibuat berkenaan 1MDB dan tokoh-tokoh serta lokasi diseluruh dunia yang terlibat. Red Granite (milik anak tiri Perdana Menteri) boleh melabur dan beberapa tokoh terkenal boleh jadi pelakon. Mungkin akan menang (anugerah) Oscar.

“Demikianlah cerita 1MDB yang berjaya memperkenalkan Malaysia ke seluruh dunia. Akan lebih ramailah pelancong yang akan datang ke negara 1MDB,” sindir beliau.

Tuesday, April 26, 2016

KIT SIANG DAN DR MAHATHIR

1. Saya diberitahu bahawa ramai ahli dan pemimpin bawahan UMNO marah kerana saya berada bersama Kit Siang dalam usaha menjatuhkan Dato Seri Najib.

2. Ya, ini memang pelik dan aneh. Kami adalah musuh ketat. Tetapi kami berdua mempunyai pendirian yang sama berkenaan penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.

3. Sepatutnya penyingkiran ini dibuat oleh UMNO. Dalam pertandingan antara saya dengan Tengku Razaleigh ahli dan pemimpin UMNO secara terang boleh memihak kepada Tengku Razaleigh. Saya tidak menakutkan mereka, tidak membuang mereka dari jawatan atau parti. Yang Menteri terus jadi Menteri, demikian juga Ketua Bahagian dan perwakilan.

4. Tetapi hari ini kebanyakan ahli dan pemimpin UMNO sudah jadi bisu, pekak dan buta. Mereka tahu kesalahan Najib tetapi mereka sokong juga Najib. Walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh Najib mereka tetap sokong.

5. Mungkin kerana dedak yang disuap oleh Najib. Shahrir mengaku dia terima 1 juta dan Ahmad Maslan 2 juta (laporan di sini). Takkan yang lain tidak dapat habuan.

6. Kerana kepentingan diri dan tamak UMNO tidak akan menjatuhkan Najib. Kerana kepentingan diri, bangsa, negara dan agama juga sanggup dijual. Tidak ada ahli UMNO selain daripada beberapa Ketua Cawangan yang berani menentang Najib. Kalau nak harap UMNO jatuhkan Najib, tidak mungkin.

7. Ini bukan UMNO lagi. Janganlah berlagak sebagai ahli UMNO yang kononnya tidak sanggup melihat saya bersama Kit Siang. Yang tidak sayang UMNO ialah kamu sekalian, kamu yang membisu, kamu yang pekak dan buta kerana semua anggota ini sudah ditutup dengan dedak dan lain-lain.

8. Jangan soal saya. Soal diri sendiri. Apakah kamu berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair apabila kamu melindungi perbuatan Najib menghilangkan duit rakyat dan sekarang menjual tanah yang dibeli dari Kerajaan berharga RM60/- satu kaki persegi dan dijual kepada Tabung Haji dengan harga RM3,500/- satu kaki persegi, mengenakan cukai G.S.T. keatas rakyat dan menghapuskan subsidi untuk bayar hutang 1MDB sebanyak 42 billion Ringgit, memiliki 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi yang disembunyi daripada rakyat, kononnya untuk PRU 13 tetapi, kononnya belanja lebih dari 1 billion Ringgit untuk PRU 13 tetapi kemudian hantar balik kepada penderma 2.03 billion. Tak masuk akal 2.6 tolak 2.03 tinggal berapa? Dari mana datang 1 billion lebih yang kononnya dibelanja untuk PRU 13. Perbelanjaan yang begini banyak menyalahi undang-undang.

9. Najib memalukan negara kerana Malaysia sekarang dikenali sebagai 1 dari 10 negara yang mengamal rasuah terbesar. Najib sendiri dicemuh diseluruh dunia. Inilah pemimpin yang awak sokong dan pertahan. Ini adalah pengkhianatan terhadap UMNO, terhadap orang Melayu, terhadap negara.

10. Rakyat lebih benci melihat ahli UMNO yang menyokong Najib daripada ahli UMNO berada diatas pentas bersama Kit Siang untuk menjatuhkan Najib.

11. Kami tak makan dedak sesiapa.

Monday, April 25, 2016

DAULAT TUANKU: Sultan Terengganu lucutkan darjah kebesaran kepada Menteri Besar?

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin melucut semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Menurut Bernama, pelucutan itu berkuat kuasa Jumaat 22 April.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu hari ini.

"Setelah berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Negeri Terengganu, adalah dimaklumkan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan telah melucutkan semua Darjah-darjah Kebesaran Negeri Terengganu yang telah dikurniakan kepada Ahmad Razif bin Abd Rahman berkuat kuasa mulai hari Jumaat, 22 April 2016.

"Pengisytiharan yang dibuat ini tiada kaitan dengan perkembangan-perkembangan lain yang berlaku di negeri Terengganu," petik kenyataan itu.

Ahmad Razif dikurniakan Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu Kehormat (DPMT) yang membawa gelaran Datuk pada 2012 dan Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri pada April 2015.

Ahmad Razif yang juga ADUN Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai kedudukan Ahmad Razif dan berkata beliau akan mengadap Sultan Mizan berhubung isu berkenaan dalam masa terdekat.

Beliau juga berkata pentadbiran kerajaan negeri Terengganu masih berjalan seperti biasa.

Hubungan antara istana dan Ahmad Razif menimbulkan persoalan sejak Sabtu lalu selepas beliau diperkenalkan dalam dua majlis rasmi tanpa gelaran darjah kebesaran 'Datuk Seri'.

Sesetengah penganalisis menjangkakan BN Terengganu bakal berdepan dengan krisis berikutan perkembagan itu kerana ia hanya mempunyai majoriti kerusi yang tipis.

BN mempunyai 17 ADUN, manakala pembangkang memiliki 15 kerusi - 14 daripada PAS dan seorang daripada PKR.

Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, awal bulan lalu memfailkan undi tidak percaya terhadap Razif, mencetuskan khabar angin mengenai satu lagi pertukaran menteri besar.

Bagaimanapun usul itu ditolak oleh Speaker Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong.

Razif mengambil alih jawatan menteri besar daripada Ahmad pada Mei 2014.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat