TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, April 12, 2016

KENYATAAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN BERHUBUNG LAPORAN PAC MENGENAI 1MDB

1. Saya telah tegaskan dari awal lagi bahawa penubuhan 1MDB adalah tidak perlu. Dengan struktur modal hanya RM1 juta dan hutang RM42 bilion, model perniagaan 1MDB tidak mapan dan akhirnya menjadi beban kepada negara. Saya juga telah menasihati Dato’ Seri Najib supaya beliau tidak menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB kerana ia tidak wajar. Saya menyatakan agak luar biasa sebuah syarikat mempunyai Lembaga Penasihat.

2. Saya juga pernah menzahirkan kebimbangan saya mengenai masalah aliran tunai syarikat yang amat teruk sehinggakan tidak mampu membayar hutang. Juga mengenai pelaburan yang mencurigakan tanpa dibuat due diligence sebelum perjanjian dimaterai.

3. Saya juga mempersoalkan pelan rasionalisasi 1MDB yang belum tentu dapat ditunaikan. Malah penjualan aset-aset 1MDB tidak menjamin boleh menyelesaikan hutang-piutangnya yang bukan semakin berkurang tetapi meningkat kepada RM50 bilion. Saya juga telah meminta seluruh ahli Lembaga Pengarah dipecat dan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka. Baru kini mereka meletak jawatan.

4. Laporan PAC mengesahkan segala pandangan dan kebimbangan saya mengenai 1MDB. Najib nampaknya bersedia menerima laporan PAC, tetapi malangnya dia telah menghukum saya apabila saya menyuarakan hal yang sama di dalam kabinet. Hari ini penyokong-penyokong Najib mencanang bahawa nama Najib telah dibersihkan oleh PAC dan meminta rakyat terus bergerak ke hadapan dengan melupakan episod hitam penyelewengan 1MDB. Mana mungkin? Berapa kali dalam laporan PAC disebut Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, iaitu Najib.

5. Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara  (PAC) mengenai 1MDB tidak membebaskan Najib daripada dakwaan penyelewangan. Sebaliknya laporan PAC mendedahkan mengikut Artikel 117 Memorandum dan Artikel Penubuhan 1MDB, sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Najib terbabit secara langsung membuat keputusan-keputusan penting berkaitan komitmen kewangan syarikat, termasuk pelaburan. Justeru, tidak hairanlah sepertimana yang dilaporkan oleh PAC, pihak pengurusan 1MDB banyak membelakangkan arahan Lembaga Pengarah syarikat dalam melaksanakan usahasama dan pelaburan kerana kuasa tersebut terletak di tangan Perdana Menteri.

6. Antaranya ialah keputusan Lembaga Pengarah meluluskan pemindahan sebanyak USD1 billion ke dalam akaun bank syarikat usahasama 1MDB Petrosaudi Ltd. Pihak pengurusan hanya memindahkan sebanyak USD300 juta ke dalam akaun bank 1MDB Petrosaudi Ltd, manakala baki sebanyak USD700 juta dimasukkan ke dalam akaun syarikat Good Star Limited milik Taek Jho Low, iaitu kenalan rapat Najib.

7. Sepertimana yang dilapor dalam hansard prosiding PAC, mantan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral mengesahkan pemindahan wang berjumlah USD1 bilion untuk usahasama dengan PetroSaudi Ltd telah mendapat kelulusan bertulis daripada Perdana Menteri. Saya percaya pihak pengurusan 1MDB juga menerima arahan daripada Perdana Menteri dalam membuat keputusan-keputusan pelaburan berisiko tinggi yang tidak masuk akal. Antaranya ialah keputusan untuk melabur sejumlah USD2.318 bilion dalam Segregated Portfolio Company (SPC) melalui Bridge Global Absolute Return Fund SPC, iaitu sebuah syarikat yang baru sebulan ditubuhkan, tiada lesen sebagai pengurus dana dan tiada pengalaman untuk menguruskan dana yang besar. Begitu juga dengan dana berjumlah USD3 bilion yang sepatutnya digunakan untuk projek pembangunan TRX tetapi telah dipindahkan kepada 1MDB sebanyak USD 1 bilion, kepada 1MDB Energy Ltd sebanyak USD 28.85 juta, kepada Brazen Sky Ltd sebanyak USD 1.5 juta dan pelaburan di luar negara sebanyak USD1.58 billion.

8. Penyelewengan dalam 1MDB telah menyebabkan syarikat ini gagal menjana pendapatan yang mencukupi untuk membayar hutang. Malah 1MDB terpaksa meminjam wang untuk membayar hutang yang telah meningkat secara mendadak daripada RM5 bilion pada tahun 2009 kepada RM50 bilion pada tahun 2016. 1MDB memerlukan RM3 bilion setahun untuk membayar faedah ke atas hutang sahaja. Dengan kebanyakan aset 1MDB telah dijual dan pelaburan yang mencurigakan, berkemungkinan besar kerajaan terpaksa menanggung segala hutang syarikat. Saya amat bimbang beban onar 1MDB akhirnya akan terpaksa ditanggung oleh rakyat.

9. Antara skop laporan PAC ialah untuk menentukan samada wang hasil pelaburan 1MDB di Cayman Islands berjumlah USD2.318 bilion sudah dibawa balik ke Malaysia. Malangnya, PAC gagal menyatakan perkara ini dengan jelas. Tidak dapat juga dipastikan ke mana perginya wang USD700 juta dan USD330 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Good Star Limited milik Jho Low; USD3.51 bilion yang dibayar kepada Aabar Investment PJS Limited; USD940  juta dalam bentuk 'unit' yang dikatakan disimpan dalam Bank BSI di Singapura; dan USD1.56 bilion yang dilabur dalam 1MDB Global Investments Ltd. Kesemuanya berjumlah USD7 billion (RM28 billion).

10. Terbaharu, International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi menafikan syarikat tersebut atau unitnya Aabar Investment PJS telah menerima USD3.5 bilion daripada 1MDB menerusi Aabar BVI sepertimana yang dilapor kepada PAC. IPIC juga menafikan mereka ada sebarang kaitan dengan 1MDB. Ini suatu pendedahan yang amat memalukan. Ia suatu penipuan. Jika IPIC tidak menerima sebarang bayaran daripada 1MDB, ke mana perginya wang ini? Kegagalan untuk memastikan ke mana perginya wang ini mengukuhkan lagi pandangan saya sebelum ini bahawa 1MDB sejak dari awal lagi adalah satu skim untuk menipu.

11. Jadi kepada menteri-menteri kabinet dan Najib sendiri yang menganggap penyelewengan 1MDB telah selesai dan namanya telah dibersihkan, seraya mengajak rakyat supaya bergerak ke hadapan, janganlah anda cuba bersandiwara atau mengalihkan isu. Rakyat tidak akan lupa puluhan bilion wang negara telah diseleweng. Orang yang mencuri ayam pun ditangkap dan didakwa. Masakan individu yang mencuri puluhan bilion wang negara terlepas begitu sahaja?

12. PAC telah memperakukan supaya bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral, disiasat oleh pihak berkuasa. Saya menggesa supaya pihak berkuasa segera membuat siasatan dan Datuk Shahrol mestilah menyatakan perkara yang sebenar. Siasatan mengenai aliran keluar wang 1MDB yang masih belum terjawab juga perlu diteruskan.

13. Tanpa memperkecilkan laporan PAC, penyiasatan yang dijalankan ke atas 1MDB tidak konklusif. T maklumat-maklumat penting berkaitan pelaburan luar negara yang tidak dapat ditentukan kesahihannya. Apa lagi ia telah menyebabkan kerugian bernilai berbilion ringgit kepada IMDB seperti usahasama dengan Petrosaudi. Sebenarnya Najib bertanggungjawab sepenuhnya di atas penyelewengan 1MDB. Sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang berkuasa membuat keputusan berkaitan komitmen kewangan syarikat, dia tidak boleh mencuci tangan dengan meletakkan semua kesalahan ke atas Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan syarikat.

14. Gesaan saya selama ini supaya Najib meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB ternyata berasas. Mana pernah berlaku dalam sejarah negara kita seorang Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi sebuah syarikat awam. Hal ini telah diakui oleh PAC dalam laporannya yang membuat perakuan supaya Lembaga Penasihat bersama Artikel 117 M&A syarikat dimansuhkan.

15. Namun, pemansuhan Lembaga Penasihat 1MDB sahaja tidak memadai. Najib ialah orang yang terlibat secara langsung dalam penyelewengan 1MDB sehingga menyebabkan syarikat ini menanggung beban hutang yang besar dan kerajaan terdedah kepada risiko hutang RM20 bilion. Jangan pula nanti ada tindakan bail out oleh kerajaan.

17. Penyelewengan 1MDB amat jelas. Jika Najib seorang yang bermaruah, dia sepatutnya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

MUHYIDDIN YASSIN
12 APRIL 2016

Monday, April 11, 2016

IMPIAN GHAIB PART 1: KERETAPI.

IMPIAN GHAIB - PART 1 : KERETAPI
(Oleh Sahabat Shahpaskal)

1. Kita tinggalkan pasal Wan-Emdibi, Proton dan setarafnya. Biarlah yang arif pasalnya dan yang punya poket tebal berbilion2 sahaja yang mampu selesaikannya.Insha Allah masih ada cahaya di hujung terowong sana..

2. Jom kita tinjau-tinjau beberapa impian kalangan ghaib terutama dari moyang2 kita iaitu Sultan Abdul Samad (SAS) selaku pemerintah ghaib Malaysia dan juga seorang lagi (Hj Sharif Hidayatullah, HSH) di Jawa yang merupakan Penghulu Ghaib se-Nusantatra. Sejauh manakah impian ini boleh dikotakan, biarlah Yang Esa menentukannya. Cuma lazimnya, mereka-mereka ni tak bercakap perkara yang mustahil lagi jauh digapai.

3. Kali ni kita cerita pasal keretapi. Sekurang-kurangnya benda ni dah dapat perhatian mereka, sama seperti jalinan landasan keretapi milik KTM yang siap di awal 1900 dahulu. Begitu juga Putrajaya. Sebenarnya Putrajaya tu juga sebahagian impian SAS yang mana ilhamnya diperturunkan kepada PM waktu itu (Tun M). Konsep serta corak dan susun atur binaannyalah yang diilhamkan Allah SWT ke minda pemimpin kita tu setelah golongan ini bermunajat.

4. Tu pasal juga bagi yang mempunyai kelebihan melihat alam depa ni, sebenarnya ada banyak rahsia kat Putrajaya tu. Umpamanya ada berlian biru sebesar bola pingpong berlegar kat Masjid Putra tu yang mana asalnya di Masjid Jamik dan kemudian kat Masjid Negara lalu kini di Putrajaya - Lambang Daulah. Saya dah jumpa beberapa orang berilmu yang tak pernah saya kenal sebelumnya membicarakan benda yang sama.

TERINGAT MASA-MASA KECIK.

5. Bab keretapi ni, ia banyak meninggalkan kenangan buat saya. Dari kecil saya membesar dengan keretapi. Sempatlah naik keretapi wap pakai arang-batu. Jalan sikit, mulalah terkentut pasal kena buang wap airnya kat tepi rodanya. Sesiapa yang berdiri kat tepi mesti kena sembur wap putih ni.. Berpeluhlah.

6. Selepas tu, guna enjin diesel dan kini ke era keretapi laju. Saya suka tengok sorang peminat tegar keretapi. Banyak informasi pasalnya kat blog beliau.
Sila lawatinya... (https://blogkaryait.wordpress.com/2011/05/26/cadangan-untuk-sistem-kereta-api-negara-kita-sekadar-cadangan-final/#comment-937

7. Masa sekolah menengah, saya berulang-alik naik keretapi. Pagi naiknya jam 5.45, sampai kat bandar (sekolah) jam 6.45 pagi. Tambangnya pakai kad tambang ikut penggal. Sepenggal RM50.00. Balik pulak jam 2.30 petang dan sampai sejam kemudian. Time tu tak ada aircond, semua pakai kipas je.

8. Paling best naik atas bumbung. Masa keretapi ambil selekoh.. Fuh...! Amazing betul.. Tapi bila enjinnya ‘press’ minyak, habis berjelaga muka dan baju kena asapnya.

9. Train pagi ni ramai penumpang yang menjadi peraih dan pemborong barang2 dari Gua Musang untuk ke Lipis dan Jerantut. Barang2 ni biasanya barang seludup dari Siam (Tumpat) seperti beras seludup, buah-buahan dari pakaian.

Bungkusan barang-barang ni diletaknya merata-rata kat bawah kerusi pasal nak elak kena bayar tambang barang. So, kalau buah2 seperti pauh, dalam gelap2 ni akan jadi rezeki kamilah. Selalunya kami tebuk bungkusnya dan ambil sedikit buah-buah tu untuk makan pagi. Ada juga kena tangkap dengan peraih2 ni tapi setel gitu2 je.. Kami kenal mengenal antara kami.

HARAPAN DARI GHOIB-GHOIB.

10.Berbalik kepada tajuk. Saya sering diaju oleh SAS akan harapannya dalam hal keretapi sebab dialah yang membiayai pembinaan landasan utama KTM dahulu dan British pula  adalah kontraktornya.  (Nota : Seperti saya ceritakan dulu, bayarannya berupa jongkong2 emas yang memang masih ada tertanam kat di tepi landasandi Klang,Selangor).

11.Memang pemikiran SAS ni agak futuristik. Contohnya, pada pertengahan tahun 2014 dulu beliau dah bagi tau, beliau nak tengok satu sistem keretapi maju dapat dibangunkan kat Malaysia ni. Beliau mintak biarlah menyamai keretapi laju kat Jepun ataupun di Eropah.

12.Beliau ada bagi perinciannya. Landasannya hendaklah banyak berbentuk laluan atas (overhead track), paling kurang 20 kaki (6.0 meter) dari aras tanah.

Katanya dia tak nak ganggu kehidupan rakyat di mana rakyat bebas lalu di bawahnya. Jajaran landasan pulak mudah diluruskan tanpa banyak potong bukit dan timbus menimbus. Malah katanya lagi, jika banjir besar terjadi, landasan ini masih boleh beroperasi dan boleh dibuat tempat berlindung. Tut tut... Akhir tahun 2014 tu memang ada jadi banjir besar...!

13.Katanya, dia suka sistem macam kat Jepun sebab di sana kerap dilanda gempa-bumi menyebabkan tahap keselamatannya tinggi. Kelajuannya hendaklah dalam 180-220 kmj. Dengan kelajuan ini, perjalanan dari mana-mana lokasi seperti ke ibu negara paling lama pun dalam 2 -3 jam sahaja.

14.SAS mintak lebar landasannya diubah dari yang ada sekarang (1.0 meter) kepada 1.4 meter supaya mampu menampung kelajuan lebih tinggi serta memungkinkan saiz koc lebih besar. Landasan standard (1.4 meter) ni dah pasti lebih stabil.

15.Jajaran baru pula adalah dari Putrajaya melalui pinggir Pantai Barat ke selatan (menyamai laluan cadangan keretapi laju KL -Singapura), laluan baru kedua pula bagi laluan K.Lumpur ke Pantai Timur (K.Lumpur - Nilai - Mentakab - Maran - Kuantan - K.T’ganu - Pasir Putih - K.Bahru).

16.SAS ada menyebut landasan sekarang (Perlis - Ipoh - Kuala Lumpur - Gemas - Johor Bahru) hanya perlu dinaik-taraf kepada lebar landasan 1.4 meter dan kosnya boleh diminimunkan. Landasan sedia-ada bagi jajaran Pantai Timur (Gemas - K.Lipis - Gua Musang - Kuala Krai - Tumpat) jugak dinaik-taraf serta diluruskan.

17.Saya diberi tahu oleh beliau (SAS) keseluruhan dalam 1,500 km dengan perbelanjaan (ketika tukaran USD-RM dalam 1.00 : 3.20) setiap km adalah RM 200 (juta). Keseluruhan tempoh pembinaan sekitar 7-8 tahun.

18.Sebagai tambahan, kesemua jaringan keretapi termasuk LRT, MRT dan lain-lainnya di Semenanjung ni diletakkan di bawah satu perbadanan asset di mana ia dipunyai oleh satu yayasan yang tidak meletakkan keuntungan sebagai objektif operasinya. Ia juga hendaklah bebas hutang.

19.SAS ada meletakkan had tambang. Tambangnya ada dua peringkat. Untuk warganegara, tambangnya jangan lebih dari 10 sen setiap km dengan kad pengenalan akan  bertindak sebagai kad tambang (macam kad isian-semula TnG kot...), bagi warga asing pulak, katanya terserahlah kepada pentadbir operasi.

TEROWONG SELAT MELAKA

20.HSH pula memberitahu beliau mahu dua tanah bersaudara ni (Sumatera dan Semenanjung Malaysia) hendaklah disambung secara fisikal menggunakan satu terowong dasar laut sama sebijik macam seperti di Selat Inggeris. Beliau (HSH) lebih kepada memberikan petunjuk manakala SAS pula memperincikannya.

21.Saya juga sempat bertanya SAS bagaimana pulak nak bawa kereta dan kenderaan penumpang lain. Dia menjawab, bukankah saya dah beberapa kali lalu terowong Selat Inggeris.. Kereta, bas dan kenderaan ringan lain di sana dibawa menaiki gerabak lalu ditarik oleh lokomotif melalui terowong.

22.Lalu beliau (SAS) menyuruh saya membuka video di internet (youtube) dan mintak saya lihatlah sendiri rakamannya. Nak jadi cerita, kebetulan masa tu saya di luar, lalu saya mintak sifu saya (Shahpaskal) kat ofis untuk buka youtube, tolong cari video yang dinyatakan... Nahh..! Tu dia.. Ada...! Nak tengok, bukalah tajuk Channel Tunnel.

23.Terowongnya disambungkan dengan rangkaian keretapi baru yang ke selatan tu di sempadan N.S - Melaka. Terowong ni timbul di Pulau Rupat (Dumai), Sumatera dan disambungkan ke tanah besar Sumatera menggunakan jambatan.

24.Di tanah besar Sumatera, ia disambung pula kepada jajaran keretapi (pembinaan baru) yang menghubungkan utara Sumatera melalui pinggir pantai timurnya langsung turun ke selatan dan berakhir di Selat Sunda.

25.Malah spesifikasi seperti panjang, lebar dan kedalaman terowong juga ada diceritakan. Ia juga termasuk kos anggaran serta jangkamasa pembinaan. Pendek kata, lengkaplah petunjuknya.  Kalau ada mana-mana kengkawan nak betah atau pertikai, silalah bertanya sendiri kepada individu ghaib terbabit. Lepas tu, meh citer kedapatan saudara2 kat sini.

26Insha Allah kita sambung cerita pasal impian mereka kat Part #2 nanti.... Bye.. Bye..

Cadangan untuk sistem kereta api negara kita, sekadar cadangan … final
Sebagaimana yang dijanjikan, artikel ini adalah gerabak terakhir (ke 23) dari tren (siri) masalah kereta api di negara kita. Adakah anda yakin suatu perubahan
positif akan berlaku dalam sistem peng…
blogkaryait.wordpress

Sunday, April 10, 2016

DAULAT TUANKU : TMJ TIBA MASANYA UNTUK BERUBAH???

KEPADA MENTERI BELIA DAN SUKAN, FAM DAN PENYOKONG BOLASEPAK TANAH AIR, TIBA MASANYA UNTUK BERUBAH

Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan yang mengatakan bahawa pemain bolasepak tempatan kita kurang berkualiti. Saya mohon difikirkan semula. Anda sebagai Menteri Sukan perlu bertanggungjawab untuk memperbaiki masalah ini. Antara perkara yang tidak berkualiti adalah beberapa menteri-menteri kita dan persatuan persatuan yang hanya tahu menuding jari dan menyalahkan orang lain tanpa pernah mengambil sikap bertanggungjawab atas kesalahan tersebut. Individu yang hanya memikirkan diri mereka sama seperti persatuan-persatuan yang tidak bertanggungjawab. Saya berikan anda contoh berdasarkan fakta dan rekod daripada pasukan teknikal kelab kami. Apabila kami memenangi Piala AFC dan Liga Super pada tahun lepas, 60% daripada gol dijaringkan oleh pemain tempatan. Idea yang digunakan oleh JDT adalah mengutamakan pemain tempatan dan meningkatkan kebolehan mereka. Ini adalah pemain sama yang gagal beraksi cemerlang untuk pasukan kebangsaan. Mengapa? Tanya diri sendiri dan lakukan penyelidikan sendiri. Ia bukannya pemain. Ia adalah organisasi. Orang-orang dalam organisasi yang sepatutnya bertanggungjawab untuk mendidik pemain dan melaksanakan budaya profesionalisme.

Saya sudah memberitahu anda semua banyak kali bahawa kita semua perlu duduk dan berbincang apakah cara terbaik untuk kita meningkatkan pasukan kebangsaan kita dan bolasepak di negara ini. Tetapi semua orang lebih mementingkan  poket mereka sendiri dan sudah terlalu selesa. Tiada siapa yang benar-benar mengambil berat tentang bolasepak kita. Anda sebagai menteri perlu mengadakan mesyuarat dan memastikan FAM dan kelab-kelab yang mengambil bahagian agar memainkan peranan yang lebih besar dalam meningkatkan lagi sukan bolasepak. Pertama, FAM perlu memberikan lebih hak penyiaran kepada semua pasukan yang bertanding di Malaysia dan tidak menyimpan sebahagian daripada hasil tersebut untuk diri mereka sendiri. Kedua, FAM perlu konsisten dalam membuat segala keputusan mereka. Ketiga, mereka perlu menggunakan kepakaran asing dan tidak terlalu sombong demi kebaikan mereka. Akhir sekali, melaksanakan program pembangunan belia  dan mewajibkannya kepada semua kelab-kelab di Malaysia.

Tanggungjawab, integriti dan perpaduan akan membawa kita ke arah kejayaan. Bukan sentiasa memberi alasan. Kita boleh menyalahkan pemain, kelab, FAM, penyokong tetapi itu tidak menyelesaikan apa-apa. Untuk menyelesaikan masalah, kita perlu mengenal pasti masalah tersebut dan kami telah pun melakukan cara sedemikian. Sekarang saya telah berikan langkah penyelesaian yang mungkin dapat membantu memperbaiki bolasepak negara kita. Kita tidak harus hanya bergantung semata-mata kepada Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN). PPBN adalah baik, tetapi sewaktu kita membina asas untuk masa hadapan, kita juga perlu memberikan tumpuan dalam  memperbaiki masalah yang kita ada hari ini.

Jika kita semua tidak memperbaikinya sekarang, ia akan terus menjadi masalah untuk masa hadapan. Kita semua bertanggungjawab atas kegagalan bolasepak negara kita. Sekarang kita mempunyai pilihan. Untuk membaikinya atau membiarkannya. Pilihan terpulang kepada anda. Saya hanya berkongsi pendapat ikhlas saya untuk negara kita. Ini adalah apa yang penyokong bola sepak di negara ini mahu. Demi rakyat Malaysia yang sayangkan bolasepak dan pasukan kebangsaan, saya ada satu nasihat untuk Menteri Belia dan Sukan, FAM dan Persatuan Bola Sepak. Nasihat saya kepada anda adalah, berikan kepada mereka apa yang mereka mahu. Berikan apa yang mereka mahu. Ini kerana jika anda tidak mempunyai apa-apa kebolehan untuk memperbaiki sistem Zaman Batu ini dan jika anda tidak mempunyai apa yang diperlukan untuk membawa perubahan yang positif, maka anda tidak patut duduk di mana anda berada sekarang.

Kita mahu orang orang yang boleh menyumbang kepada bolasepak negara kita. Kita perlukan aset, bukan liabiliti. Kepada mereka yang hanya tahu bagaimana memakai sut tetapi tidak berupaya untuk melaksanakan apa-apa. Sila berundur sekarang. Masa adalah emas. Akhir sekali, mengapa saya mengambil berat? Bolasepak bukan sumber pendapatan saya. Saya boleh berada di mana-mana saya mahu di dunia ini dan menikmati kehidupan saya, tetapi mengapa saya ada di sini menyuarakan mengenai bolasepak atau politik? Ia adalah kerana saya berkhidmat kepada rakyat. Tanggungjawab saya adalah untuk mendengar suara mereka. Mungkin sudah tiba masanya untuk "orang besar" di Negara ini untuk melakukan perkara yang sama kerana ini adalah rumah kita. Jika ianya kotor, ia adalah tanggungjawab kita untuk membersihkannya. Hentikan mencari alasan.

Dan sebelum saya lupa, dalam hal RM100 juta hilang dari KBS, saya akan amat berbesar hati jika anda boleh menderma seberapa yang ada untuk JDT. Itupun jika masih ada baki. Terima kasih diucapkan kepada "orang-orang besar dan penting" Malaysia.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

----

TO THE YOUTH AND SPORTS MINISTER, FAM AND FOOTBALL FANS, ITS TIME TO MAKE A CHANGE

I disagree with the Youth and Sports Minister's statement saying that our local footballers lack quality. I beg to defer. You as a Sports minister should be responsible to fix the problem. The one that lacks quality are few of our ministers and people in FAM that knows only to point fingers, blaming other people without ever taking responsibility or any accountability. People that only think of themselves as well as irresponsible associations. I'll give you and example based on facts and records from our club's technical team. When we won the the AFC Cup and the Super League last year, 60% of the goals scored were by our local players. The idea of JDT is to prioritise local players and improve their abilities. These are the same players that lost badly for the national team. Why? Ask yourself and do the research yourself. It is not the players. It is the organisation. The people in the organisation is responsible to educate the players and implement professionalism.

I told you all many times that we all have to sit down and discuss what is the best way for us to improve our national team and football in the country. But everyone is more interested in their own pockets and are simply too comfortable. No one really cares about our football. You as the minister should call for a meeting and demand FAM and all participating clubs to play a greater role in improving football. Firstly, FAM should give more of the broadcasting rights to all participating teams in Malaysia and not keep most of the proceeds for themselves. Secondly, FAM must be consistent in making their decisions. Thirdly, they should use foreign expertise and not be too arrogant for their own good. Lastly, make youth development programs compulsory for all clubs in Malaysia.

Responsibility, integrity, and unity will bring us success. Not excuses. We can blame players, clubs, FAM, fans but that does not solve anything. To solve these problems, we need to identify the problems and we have done just that. Now I have given you possible solutions to improve our country's football. We shouldn't just rely solely on NFDP. NFDP is good, but while we are laying the foundations for the  future, we should also focus on fixing the problems we have today.

If we all don't fix it now, it will continue to be problem for the future. We are all responsible for our country's football failures. Now we have a choice. To fix it or to give up. Your choice. I'm only sharing my sincere opinion for our country. This is what the football fans in the country wants. For the sake of Malaysians who loves football and the national team, I have one advice to the Minister of Youth and Sports, FAM, and Football Associations. My advice is to you is, give it to them. Give them what they want. This is because if you do not have what it takes to improve this system from the stone ages and if you don't have what it takes to bring positive changes, then you shouldn't be sitting where you are right now.

We need more people who can contribute to our national football. We need assets, not liabilities. To those who only know how to wear a suit but incapable of executing anything, please step down now. Time is gold. Last but not least, why do I care? Football is not my bread and butter. I can be anywhere I want in this world and enjoy my life, but why am I here voicing out about football or politics? It's because I serve the people. My responsibity is to listen to their voices. Maybe it's time for you all "big people" out there to do the same because this is our home. If it is dirty, it's our responsibility to clean it. Stop finding excuses.

And yes, before I forget, in regards to the RM100 million missing from KBS. I would be honoured if you can donate some to JDT. That is if there's any left. Thank you "big and important people" of Malaysia.

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Tandatangan Najib untuk meluluskan perjanjian PetroSaudi JV?

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menandatangani dokumen untuk meluluskan AS $ 1 bilion PetroSaudi perjanjian usaha sama.

"Dia [Perdana Menteri] menandatangani dokumen itu, jadi ini bermakna dia sedar," Shahrol Azral memberitahu PAC sebagai tindak balas kepada soalan DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua kepada sama ada Perdana Menteri diberi taklimat mengenai perjanjian itu dalam hansard itu.

Shahrol Azral berkata 1MDB terpaksa mendapatkan kelulusan pemegang saham untuk tawaran selepas panggang oleh Ahli Parlimen PKR Selayang William Leong pada prosiding pada 25 November 2015.

Leong telah meminta beliau sama ada pihak pengurusan memberi taklimat kepada MOF kerana mereka adalah pemegang saham utama, dan sama ada pengurusan memberi taklimat kepada Perdana Menteri kerana di bawah Artikel 117 Memorandum & Artikel (M & A) bahawa dia adalah orang yang terakhir untuk membuat keputusan.

Dana pelaburan strategik ini dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) apabila ia telah ditubuhkan pada tahun 2009.

Di bawah Perkara 117, apa-apa komitmen kewangan, termasuk pelaburan, penyusunan semula atau perkara-perkara yang berkaitan dengan jaminan kerajaan untuk kepentingan syarikat, negara, keselamatan negara atau mana-mana mesti dasar kerajaan persekutuan mendapat kelulusan bertulis daripada Perdana Menteri.

Najib yang memakai beberapa topi pada masa yang sama, adalah Menteri Kewangan dan juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

Shahrol Azral berkata kesahihan adalah bahawa lembaga pengarah akhirnya bertanggungjawab. Lembaga itu telah membuat keputusan untuk bersetuju dengan perjanjian usaha sama itu.

Dari segi memberi taklimat kepada para pemegang saham yang berasingan, ia adalah kehendak di bawah Akta Syarikat-syarikat yang syarikat itu perlu untuk mendapatkan resolusi pemegang saham untuk masuk ke dalam perjanjian itu dan telah diperolehi dengan sewajarnya, katanya.

Perjanjian usaha sama antara PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd adalah pokok siasatan PAC bermula pada Mac 2015. Ia merupakan usaha pertama 1MDB.

1MDB telah menandatangani perjanjian untuk mengambil bahagian dalam usaha sama dengan PetroSaudi (Cayman) untuk memperoleh 40% saham di dalam syarikat usahasama 1MDB-PatroSaudi Ltd dengan AS $ 1 bilion tunai. Sementara itu, PetroSaudi (Cayman) akan menyumbang aset tidak bernilai kurang daripada US $ 1.5 bilion untuk 60% saham yang tinggal.

JV telah ditubuhkan pada 18 Sept, 2009 - hari yang sama PetroSaudi (Cayman) telah didaftarkan. Di bawah perjanjian usaha sama itu, fasal yang mengatakan bahawa 1MDB-PetroSaudi telah menerima pendahuluan tunai sebanyak AS $ 700 juta, satu minggu selepas JV itu ditubuhkan, dari PetroSaudi (Cayman) pada 25 Sept. JV diperlukan untuk membayar balik $ 700,000,000 pendahuluan tunai di Amerika Syarikat penuh pada 30 Sept - hampir lima hari selepas ia menerima jumlah.

Penemuan PAC telah mencadangkan bahawa siasatan yang akan dijalankan pada Shahrol Azral dan pengurusan yang lain, tanpa menamakan siapa pihak berkaitan adalah.

Apabila panggang oleh ahli-ahli PAC, Shahrol Azral berkata bahawa tidak ada penilaian bebas yang dijalankan untuk mengesahkan nilai aset disuntik oleh PetroSaudi (Cayman). Ini walaupun lembaga 1MDB telah mengarahkan kajian terperinci yang akan dijalankan.

Shahrol Azral mengesahkan bahawa satu penilaian bebas kedua ke atas aset minyak dan gas disuntik oleh PetroSaudi (Cayman) tidak dilaksanakan kerana ada suatu arahan daripada Pengerusi Lembaga Penasihat.

Pua telah meminta Shahrol Azral jika keputusan untuk tidak memulakan penilaian bebas yang kedua adalah berdasarkan arahan dari pengerusi lembaga penasihat, iaitu Najib, seperti yang dinyatakan dalam minit mesyuarat mesyuarat lembaga pada 7 Nov 2009.

Shahrol berkata, "Jika itulah yang minit berkata."

minit itu juga menyatakan bahawa arahan itu daripada pengerusi Lembaga Penasihat selepas pertemuannya dengan pengarah bukan eksekutif 1MDB pada 29,2009 Oktober

Shahrol Azral mengakui bahawa beliau telah bertemu dengan Lembaga Penasihat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Bagaimanapun, beliau tidak ingat dengan tepat berapa banyak kali.

Terdahulu dalam prosiding itu, beliau berkata penilaian kedua tidak dilaksanakan kerana jika nilai adalah lebih tinggi daripada nilai sebelum ini, 1MDB akan mempunyai untuk menambah jumlah pelaburan.

Shahrol Azral berkata 1MDB tidak menjalankan penilaian bebas ke atas sebelum menandatangani perjanjian itu, kerana penilaian yang telah dijalankan oleh Daniel Ahn dan Edward L. Morse, yang telah bekerja kepada penilaian sebelum perjanjian usaha sama telah ditandatangani.

Perlu diingat bahawa usaha sama itu dimeterai pada 28 Sept, 2009 tetapi laporan penilaian bertarikh 29 Sept, sehari selepas menandatangani JV.

Maklumat itu dinyatakan pada hansard Parlimen pada minit mesyuarat PAC di mana beberapa pihak telah dipanggil untuk memberi keterangan. Ia termasuk Shahrol Azral, Kementerian pegawai Kewangan, Juruaudit Ernst & Young, KPMG, Deloitte Malaysia, dan bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh. Minit prosiding PAC kini boleh didapati di laman web rasmi PAC.

Transkrip penuh pendengaran PAC ini boleh didapati di http://www.parlimen.gov.my/pac/hansard-pac-list.html

PAC siasatan lanjut penguatkuasaan perlu dijalankan? Ada kes terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB)???

ADA kes terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Itulah yang boleh disimpulkan daripada laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.

Ini terbukti apabila badan Parlimen itu meminta pihak agensi penguat kuasa menyiasat bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, (Datuk) Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Shahrol Pikul Beban Tanggungjawab
Menurut laporan Bernama, PAC juga mahu siasatan dijalankan ke atas anggota pengurusan lain, termasuk Lembaga Pengarah atas “kelemahan-kelemahan pengurusan syarikat itu.”
 
Ia turut mencadangkan agar Lembaga Penasihat 1MDB dimansuhkan bersama artikel 117 di dalam memorandum dan artikel persatuan syarikat.
Lembaga Penasihat 1MDB dipengerusikan oleh Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak.

PAC mendapati, terdapat kelemahan dan kekangan-kekangan dalam 1MDB dan pihak pengurusannya perlu mengambil tanggungjawab atas kelemahan itu.

Arahan PAC agar agensi penguat kuasa menyiasat 1MBD adalah penting kerana agensi penguat kuasa seperti Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Bank Negara, Polis Diraja Malaysia, Ketua Juruaudit Negara dan Pejabat Peguam Negara telah pun menjalankan penyiasatan, sama ada secara bersendirian atau berkumpulan, sebelum dibubarkan dan diarah berhenti pada pertengahan tahun lalu.

Malah Bank Negara telah dua kali mengemukakan perakuan agar 1MDB dituduh di mahkamah kerana melanggar peraturan pemindahan wang tetapi ditolak oleh Peguam Negara, (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali atas alasan tidak ada kes.

Mohamed Apandi tolak perakuan Bank Negara
Laporan PAC itu memutuskan yang “segala rujukan kepada YAB Perdana Menteri” perlu ditukar kepada Menteri Kewangan, selaras dengan peruntukan bahawa 1MDB adalah kepunyaan Menteri Kewangan Diperbadankan (KMD).

Selain Perdana Menteri, Mohd Najib juga memegang jawatan Menteri Kewangan.

Laporan lengkap PAC boleh diperoleh menerusi laman web Parlimen www.parlimen.gov.my.

Mohd Najib bertanggungjawab terus ke atas 1MDB
Perkara 117 di bawah memorandum dan artikel persatuan 1MDB, antara lain menetapkan semua keputusan mengenai lantikan dan pemecatan pengurusan atasan 1MDB, serta sebarang komitmen kewangan, termasuk keputusan pelaburan 1MDB yang boleh mempunyai kesan kepada jaminan kerajaan Persekutuan perlulah mendapat kelulusan bertulis Perdana Menteri.

Dalam laporannya, PAC mendapati pengurusan 1MDB beberapa kali tidak mematuhi keputusan dan arahan Lembaga Pengarah atau pun bertindak sebelum mendapat kelulusan khusus daripada Lembaga Pengarah.

“Terdapat beberapa pelaburan dan pinjaman besar yang dibuat tanpa penilaian terperinci (termasuk penelitian impak terhadap aliran tunai syarikat) dan beberapa keputusan besar telah dibuat melalui resolusi bertulis,” menurut laporan itu.

PAC juga berpendapat, penggunaan hutang yang berlebihan dalam struktur modal tidak boleh dibenarkan sama sekali, lebih-lebih lagi apabila aliran tunai syarikat tidak mencukupi.

Ia juga menyarankan kawal selia yang lebih rapi oleh Lembaga Pengarah, termasuk mempersoalkan harga belian aset dan kos hutang.

Bagaimanapun, PAC mendapati kerajaan telah mengambil langkah serta-merta untuk memperbaiki masalah aliran tunai syarikat yang mula timbul pada November 2014.

Pengurusan tertinggi baharu 1MDB telah dibawa masuk selepas itu sebelum pelan rasionalisasi dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei 2015.

Kesimpulan

Daripada laporan Bernama itu, kesimpulan yang boleh dibuat bahawa terdapat banyak kelemahan dan perlanggaran urus tadbir korporat melibatkan pengurusan, Lembaga Penasihat, Lembaga Pengarah dan badan kawal selia teratas, iaitu Kementerian Kewangan.

Daripada apa yang telah didedahkan secara rasmi oleh penyiasatan dalam dan luar negara atau yang diperkatakan dengan meluas, jelas kelemahan-kelemahan yang disebutkan oleh PAC itu mungkin mempunyai unsur-unsur kecuaian, pecah amanah dan corporate malfeasance .

Dengan arahan PAC itu, tidak ada alasan lagi bagi agensi penguat kuasa, khususnya SPRM, PDRM dan Bank Negara untuk tidak meneruskan siasatan ke atas 1MDB atau cuba mensabotajnya kecuali mereka sengaja mengingkari arahan Parlimen.

Tun M mendakwa AKTA RAHSIA RASMI ( OSA ) tidak diguna untuk tujuan yang betul.

Can OSA applies to FOREIGNERS and  media  like WSJ, Sarawak Report and ABC 4 Corners etc.????..Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak menggunakan Akta Rahsia Rahsia (OSA) untuk tujuan yang betul.

Katanya, OSA seharusnya digunakan untuk menghukum pegawai-pegawai kerajaan yang membocorkan dokumen mengenai polisi, minit mesyuarat kabinet dan juga perkara mengenai percukaian.

Sebaliknya, mantan Perdana Menteri mendakwa, kerajaan di bawah Najib menggunakan OSA untuk menyimpan rahsia jenayah dilakukan oleh pegawai dan kakitangan kerajaan atau atau individu tertentu.

Katanya, jenayah seperti itu mesti dilaporkan atau didedahkan oleh sesiapa yang melihat masalah itu.

“Akta Rahsia Rasmi yang saya percaya digunakan untuk menghukum mereka yang membocorkan dokumen pentadbiran kerajaan mengenai dasar, kertas kabinet dan percukaian. Ia digunakan bagi mencegah maklumat digunakan oleh individu, syarikat atau kerajaan asing dari mengambil kesempatan.

“Ia bukan digunakan untuk menyimpan rahsia jenayah dilakukan oleh pegawai, kakitangan atau individu. Jenayah seperti itu mesti dilaporkan atau didedahkan oleh sesiapa yang melihat masalah itu. Prosiding jenayah sebenar harus diikuti,” katanya di laman blognya, hari ini.

Dr Mahathir berkata, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali seolah-olah melihat jenayah yang dilakukan oleh pegawai kerajaan adalah rahsia kerajaan dan ia seharusnya disembunyikan dari mata masyarakat umum.

“Peguam Negara seolah-olah fikir bahawa jenayah-jenayah yang dilakukan oleh kakitangan kerajaan ialah rahsia-rahsia kerajaan untuk disorok dari mata umum dan sesiapa yang melaporkan jenayah itu akan didakwa kerana melanggar OSA,” katanya lagi.

Justeru, Dr Mahathir menggesa agar Peguam Negara menjelaskan sama ada kesalahan jenayah seperti menggelapkan wang kerajaan merupakan rahsia kerajaan dan ia harus dilindungi menggunakan akta OSA.

“Penjelasan mengenai perkara ini penting kerana Peguam Negara ditugaskan untuk menghantar kes-kes kepada mahkamah untuk dibuat pengadilan.

“Jadi, rakyat umum kemudiannya akan memahami mengapa laporan dari Bank Negara Malaysia diketepikan dan mengapakah laporan dan serta isi kandungan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dibenarkan untuk ditunjukkan kepada sesiapa,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli didakwa di mahkamah mengikut OSA kerana memiliki dan membocorkan maklumat kerajaan berkaitan 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Maklumat sulit itu dipercayai mengaitkan 1MDB dengan kelewatan LTAT membayar gratuiti kepada bekas tentera, seperti yang didakwa Rafizi sebelum ini. 

Kerajaan guna OSA simpan rahsia jenayah – Tun Mahathir

Saturday, April 9, 2016

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD TERIMA ANUGERAH KEPIMPINAN KEWANGAN ISLAM PERDANA ( IBFIM )

KUALA LUMPUR 9 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menerima Anugerah Kepimpinan Kewangan Islam Perdana yang diiktiraf oleh Institut Kewangan dan Perbankan Islam Malaysia (IBFIM).

Pada majlis penganugerahan khas institut itu, Pengerusi Kumpulan Ambank, Tan Sri Azman Hashim pula diberikan Anugerah Perintis Inisiatif Kewangan Islam manakala Datuk Dr. Abdul Halim Ismail dan Mustapha Hamat masing-masing menerima Anugerah Perintis Kewangan Islam Dalam Perbankan.

Selain itu, Anugerah Perintis Kewangan Islam dalam tiga lapangan lain turut disampaikan kepada Mohd. Bakir Mansor (Syariah); Datuk Fadzli Yusof (Takaful) dan Abdul Rahim Kamil Wan Mohd Ali (Pasaran Modal).

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat