TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, April 1, 2016

HUT PASKAU : PASUKAN KHAS UDARA.

Sejarah Pasukan Khas Udara (PASKAU) bermula pada tahun 1970-an selepas satu serangan oleh anasir pengganas komunis dari Parti Komunis Malaya ke atas pangkalan TUDM Kuala Lumpur pada Mei 1975 menyebabkan kemusnahan sebuah pesawat DHC-4 Caribou. Serangan itu dilakukan menggunakan sepucuk mortar yang dipasangkan di atas sebuah lori kecil.

Pada tahun 1979 apabila kabinet bersetuju dengan cadangan TUDM untuk menubuhkan pasukan keselamatannya sendiri pada 1 Apr 1980. Pasukan Pertahanan Darat dan Udara TUDM (HANDAU) ditubuhkan dengan skuadronnya yang pertama iaitu Skn 102 HANDAU mengambil alih tugas KPT di TUDM KL.

Pasukan yang awalnya ditubuhkan dikenali dengan nama pasukan HANDAU (Pertahanan Darat dan Udara) dan ditugaskan menjaga keselamatan pangkalan-pangkalan TUDM. Dalam tahun 1996, pasukan ini disusun semula dan diberikan nama baru, iaitu Pasukan Khas Udara.

Pasukan ini seperti komando tentera darat Grup Gerak Khas ataupun komando tentera laut PASKAL, yang membezakannya ialah pengkhususan dari segi peranan utama dan tugasan pasukan-pasukan tersebut berbeza-beza.

Pasukan Khas Udara (PASKAU) terdiri daripada anggota-anggota TUDM lulus Asas Komando TUDM dan dipilih mengikuti kursus peperangan khas untuk membolehkan mereka menjalankan peranan seperti mencari dan menyelamat tempur CSAR serta penandaan sasaran menggunakan peralatan penanda (designator) menggunakan infra red ataupun laser (TLID). PASKAU boleh menggunakan teknik-teknik dan taktik khusus dalam operasi mencari dan menyelamat tempur (CSAR) menggunakan pasukan-pasukan khusus dipanggil (Combat Air Rescue Team).

PASKAU juga satu-satunya pasukan khas yang mempunyai keupayaan Carilamat Maritim di Asia Tenggara.

Markas Rejimen Keselamatan TUDM (MAREJ) kemudiannya ditubuhkan pada 1 Apr 1981 berpangkalan di TUDM Kuala Lumpur. Berikutan daripada itu, 11 buah skn HANDAU telah diwujudkan seperti di berikut;

01 Apr 1980 – Skn 102 HANDAU (TUDM Kuala Lumpur)

18 Nov 1980 – Skn 103 HANDAU (TUDM Kuantan)

10 Jan 1981 – Skn 104 HANDAU (TUDM Butterworth)

09 Feb 1981 – Skn 202 HANDAU (TUDM Ipoh)

07 Apr 1981 – Skn 105 HANDAU (TUDM Kuching)

07 Jul 1981 – Skn 107 HANDAU (TUDM Alor Setar)

06 Ogos 1981 – Skn 109 HANDAU (DEBKAT Subang)

19 Ogos 1981 – Skn 204 HANDAU (TUDM Kluang)

27 Ogos 1987 – Skn 201 HANDAU (TUDM Bukit Jugra)

01 Sep 1987 – Skn 208 HANDAU (TUDM Subang)

01 Mac 1993 – Skn 106 HANDAU (TUDM Labuan)

REJIMEN TUDM

Semasa penubuhannya pada 1 Apr 1980, MAREJ bertanggung jawab terus kepada Markas Tentera Udara (MTU) bagi semua urusan pengoperasian skn-skn HANDAU. Pada 1 Jun 1983, ianya diletakkan dibawah tanggungjawab Markas Besar Udara (MABES). Pada 1 Feb 1984, MAREJ telah dipindahkan ke Pangkalan TUDM Kuantan dan kemudiannya pada 15 Dis 1987, MAREJ ditempatkan semula di Pangkalan TUDM KL.

Ketika re-org TUDM pada 1 Jun 1993, MAREJ atau Markas Rejimen Keselamatan TUDM dikenali sebagai Rejimen TUDM manakala skn HANDAU ditukar menjadi skn provos TUDM. Bagaimanapun, konsep operasi serta peranannya hanya tertumpu kepada aspek keselamatan Pangkalan Operasi Hadapan (FOB - Forward Operation Base) dan juga telah menjurus kepada perlaksanaan operasi khas khususnya operasi menyelamat udara tempur (combat air rescue) dan pasukan gerak cepat (rapid deployment force). Elemen pertama Pasukan Khas TUDM berpindah ke Pangkalan TUDM Jugra pada 17 Mac 1999.

Pada tahun 1999 juga, peranan Rejimen TUDM dikaji semula dengan bagi menjadikannya sebagai sebuah organisasi pasukan khas bagi TUDM. Sehubungan dengan itu juga pada 2 Jan 2002, Rejimen TUDM mula beroperasi dan mempunyai sebuah pangkalannya sendiri di Pangkalan TUDM Jugra.

PASKAU

Setelah genap 22 tahun HANDAU beroperasi iaitu pada 1 Apr 2002, Rejimen TUDM dengan rasminya menjadi Pasukan Khas TUDM (PASKAU).

TAKBIR: SUMBANGAN PERIBADI PEMBANGUNAN MASJID DI NEW ZEALAND - TMJ

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BERANGKAT HADIR KE MAJLIS MULTAQA ULAMA' DARUL TA'ZIM DAN MENGURNIAKAN SUMBANGAN PERIBADI UNTUK PEMBANGUNAN MASJID DI NEW ZEALAND

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat hadir ke Majlis Multaqa Ulama' Darul Takzim yang telah diadakan pada 31hb Mac 2016 di Pusat Islam Iskandar Johor. Baginda merasmikan majlis tersebut yang kali keempat diadakan dan selepas majlis selesai, baginda berkenan mengurniakan sumbangan peribadi untuk pembangunan sebuah masjid di New Zealand serta membantu rakyat Islam di sana yang akan diuruskan oleh Majlis Agama Islam Johor. Allah Peliharakan Sultan.

----

HRH CROWN PRINCE OF JOHOR ATTENDS MULTAQA ULAMA' DARUL TA'ZIM EVENT AND ALSO PRESENTING A PERSONAL CONTRIBUTION TOWARDS THE BUILDING OF A MOSQUE IN NEW ZEALAND

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, attended a Multaqa Ulama' Darul Ta'zim event on March 31st 2016 at the Iskandar Johor Islamic Centre. His Royal Highness officiated the event which is being held for the fourth time and following the event, His Royal Highness presented a personal financial contribution toward the building of a mosque in New Zealand and help Muslims who are based there which will be managed by the Johor Islamic Council . Allah Peliharakan Sultan.

Hidup Johor Demi Johor
#KepadaAllahKamiBerserah

KESELAMATAN : KERAJAAN MENERIMA TUJUH CADANGAN PIHAK SWASTA TEKNOLOJI DAN PEMBINAAN KESELAMATAN SEMPADAN NEGARA?

Kerajaan menerima tujuh cadangan daripada pihak swasta dengan pelbagai pendekatan teknologi dan pembinaan untuk mempertingkat keselamatan kawasan persempadanan negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyerahkan kesemua cadangan itu kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menelitinya.

Ia termasuk sama ada untuk menggunakan aset kekal atau aset-aset berbentuk teknologi atau kombinasi kedua-duanya, kata beliau kepada wartawan Malaysia di Washington DC pada Rabu.

Beliau juga berkata pihak kerajaan juga akan mengkaji dari aspek bentuk pembiayaan yang akan digunakan untuk pembinaannya kerana ia melibatkan kos yang cukup tinggi.

"Kami jangkakan sekurang-kurangnya RM1 bilion untuk mengawal sempadan di utara Semenanjung sahaja," katanya.

Ahmad Zahid berkata kos pembiayaan ini boleh dikaji oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan sama ada secara kaedah pembayaran tertangguh, kaedah perkongsian antara awam dan swasta atau lain-lain kaedah.

Beliau berkata projek tersebut perlu dilaksanakan dengan segera bagi memastikan pengawalan keselamatan negara terkawal.

Menurutnya, isu operasi agensi keselamatan sempadan adalah antara isu yang dibincangkan beliau dalam pertemuannya dengan Timbalan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat Alejandro Mayorkas semasa pertemuan mereka di pejabat Mayorkas di Washington DC Rabu.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, tiba di sini awal pagi Selasa untuk lawatan kerja selama seminggu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear yang bermula Khamis.

Beliau berkata pihak Amerika Syarikat turut menawarkan kepada Malaysia untuk mempelajari operasi pengawalan sempadan di negara itu.

Ia termasuk melihat aset-aset yang digunakan negara itu sama ada aset kekal ataupun peralatan pemantauan satelit dan radar, selain beberapa aset lain yang sesuai untuk digunakan dengan topografi Malaysia.

-Bernama

TAKBIR : Pengurusan kes saman Tun Dr. Mahathir terhadap Datuk Seri Najib Razak ditetapkan pada 20 April.

Saman RM2.6 bilion oleh Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Razak akhirnya disampaikan kepada peguam perdana menteri hari ini.

Pengurusan kes di hadapan timbalan pendaftar Erry Shariman Nor Aripin ditetapkan pada 20 April.

Peguam Mahathir, Mohd Haniff Khatri Abdulla mengesahkan bahawa salinan writ saman, pernyataan tuntutan dan notis menghadiri pengurusan kes diterima oleh tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Dua hari lalu, peguam Mohd Hafarizam Harun mengesahkan kepada pemberita bahawa beliau diarahkan mewakili Najib dalam isu itu.

Mahathir dan dua yang lain pada 23 Mac lalu memfailkan saman terhadap Najib bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah laku tort misfeasance dalam jawatan awam.

Selain Mahathir, plaintif lain adalah bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Menurut mereka, Najib sebagai perdana menteri, pengerusi BN dan presiden Umno dengan niat jahat menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.

Mereka juga menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.

Thursday, March 31, 2016

Terkini: Singapura telah menyoal 40 bank termasuk dua bank terbesar di Australia berhubung dana berkaitan 1MDB.

Lembaga Kewangan Singapura (MAS) telah menyoal kira-kira 40 bank, termasuk dua bank terbesar di Australia dalam siasatannya berhubung dana berkaitan dengan 1MDB.

Menurut akhbar The Australian, pemindahan serendah AU$50,000 (kira-kira RM149,998) di bawah penelitian untuk melihat sama ada dana berkenaan dipecahkan supaya tidak dapat dikesan.

Lembaga Kewangan Singapura sebelum ini mengesahkan ia sedang menyiasat dana berkaitan 1MDB, manakala polis republik itu memberitahu Bank Negara Malaysia bahawa wang berjumlah AS$ 529 juta (kira-kira RM2.1 bilion) mengalir dari bank Switzerland, BSI kepada ahli perniagaan Jho Low.

The Australian berkata pihak berkuasa menyoal bank kenapa akaun khusus dibuka dan jenis urusniaga.

Menurut laporan itu, bentuk soalan sedemikian bertujuan memaksa bank-bank untuk memberi maklumat.

Malaysiakini telah menghubungi Lembaga Kewangan Singapura untuk mendapatkan ulasan mereka.

Ini susulan laporan oleh The Wall Street Journal dan Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) yang mendedahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima kira-kira AS$1 bilion (kira-kira RM3.9 bilion) daripada pelbagai sumber antara tahun 2011.

Najib dilaporkan membelanjakan dana berkenaan bukan sahaja bagi kempen politik tetapi juga bagi percutian, pembelian kereta mewah, barangan kemas dan membeli-belah di gedung-gedung fesyen terkemuka.

Malaysiakini telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk mendapatkan jawapan.

PMO semalam berkata laporan ABC yang memaparkan surat daripada seorang putera Arab Saudi mengenai sumbangan itu membuktikan bahawa Najib bercakap benar.

Kementerian Luar, bagaimanapun, berkata laporan itu berat sebelah.

Pengkritik mengaitkan ‘derma’ ribuan juta ringgit yang disalurkan kepada 1MDB yang diilhamkan Najib, terutamanya selepas firma pelaburan negara itu menghadapi kesukaran membayar pinjamannya, tahun lalu.

Najib telah menafikan menggunakan wang rakyat untuk kegunaan peribadi, manakala 1MDB telah menjual aset utama bagi mengurangkan masalah masalah tunai.

Rahsia KOMANDO MALAYSIA didedahkan!!!

Rahsia latihan komando Malaysia didedahkan bukanlah cerita baru, namun yang didedahkan hanyalah asas sahaja dan latihan sebenar sememangnya rahsia bagi menjaga rahsia ketenteraan / kepolisian Malaysia.

Kursus asas komando ada 4 asas untuk di anugerahkan beret pasukan khas masing masing. 4 asas ini amat penting dalam latihan komando. Jom kita cerita tentang Rejimen Gerakhas, ATM.
Pasukan khas lain hampir sama. Cuma posting ini lebih kepada GGK.

Bukan senang untuk mendapatkan beret hijau kerana perlu melalui 4 latihan asas ini;-

Latihan Pemanas Badan
Ikhtiar Hidup
Laut
Ujian Akhir

1. Latihan Pemanas Badan

Ujian pemanas badan atau lebih dikenali sebagai peringkat kem berlangsung di Kem Sg Udang selama 5 minggu.

Latihan di sini disebut pemanas badan untuk pelatih bersedia menghadapi latihan di peringkat seterusnya yang mungkin lebih mencabar. Pelatih akan diperkenalkan dengan kehidupan seorang komando dan dididik agar tidak kenal erti belas kasihan, terutamanya kepada musuh.

Beberapa kemahiran rahsia juga diajar di sini. Antara latihannya seperti abseiling dari menara dan helikopter, latihan menembak, perubatan medan, penggunaan pelbagai senjata, bahan letupan, semboyan dan sebagainya.

Antara syarat‐syarat yang perlu dipatuhi sepanjang kursus selama 3 bulan ini, pelatih hanya boleh tidur selama lebih kurang 3 jam sahaja. Pelatih juga tidak dibenarkan mandi.

Makanan yang diberikan tidak sempurna, tetapi berkhasiat. Sementara latihan fizikal pula ialah:-

Larian jarak jauh (76km) yang perlu dilengkapkan dalam 2 sesi iaitu siang dan malam, tidak melebihi 12 jam. (Jumlah larian 152 km). Jalan lasak/laju 25 km. Pandu arah pelbagai bentuk muka bumi (138 km), juga dalam 2 sesi dan dalam masa yang ditetapkan.(Jumlah keseluruhan perjalanan 276 km)

2. Ikhtiar Hidup:-

Latihan ikhtiar hidup dijalankan selama 3 minggu melibatkan kawasan hutan dan paya. Peringkat ini adalah yang paling sukar dalam kebanyakan kursus komando. Ia memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang amat tinggi. Tidak disediakan makanan.

Pelatih diajar dan seterusnya berusaha untuk mencari makanan sendiri di kawasan sekeliling untuk terus hidup. Khemah juga tidak disertakan. Pelatih hanya tidur di kawasan‐kawasan selamat seperti di atas pokok. Latihan teknik ronda dalam kumpulan kecil dan segala ilmu peperangan hutan didedahkan.

Aktiviti pandu arah dalam hutan sejauh 90 km juga diwajibkan. Sebelum latihan di paya, sekali lagi pelatih akan mengharungi perjalanan pelbagai bentuk muka bumi sejauh 160 km (tidak boleh lebih dari 3 hari).

Antara syarat jalan jauh itu, pelatih tidak boleh berhenti berjalan kecuali buang air dan makan. Di paya, pelatih harus menanggalkan pakaian kecuali seluar dalam, seluruh tubuh mesti disapu dengan lumpur bagi tujuan mengelak dari dihidu atau digigit oleh hidupan liar di paya.

Teknik bekukan kedudukan, operasi dan asas pertempuran di kawasan paya diajar. Tidak ketinggalan, ikhtiar hidup. Pelatih diberi beberapa batang mancis, parang dan seorang satu tempurung kelapa. Para pelatih juga perlu membuat tombak runcing sebagai alat tambahan untuk berburu.

3. Laut:-

Pelatih akan dibawa kembali ke Kem Sg Udang untuk memulakan peringkat laut selama 2 minggu. Kemahiran paling asas yang diajarkan di sini ialah berenang di dasar laut, drown proofing dan teknik menahan nafas.

Lain‐lain seperti ikhtiar hidup laut, isyarat kod morse dan pertempuran di dasar dan permukaan.

Aktiviti berkayak dengan kanu sejauh 20 km dan pandu arah laut hanya 10 km. Peringkat laut merupakan ujian paling ringan dalam kursus asas komando.

4. Ujian Akhir:-

Setelah kesemua peringkat diharungi, maka tamatlah sesi pembelajarannya. Tiba masanya untuk para pelatih menghadapi ‘ujian’ untuk dinilai adakah pelatih dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari sebelumnya dengan sebaik mungkin.

Terlebih dahulu pelatih akan diberi taklimat secukupnya untuk persediaan ujian akhir ini. Ia akan lebih bersifat realistik. Ia di pecahkan kepada 3 peringkat utama:

a. Peringkat perjalanan/Air gelap:-

Maksud perjalanan di sini ialah perjalanan menuju ke kawasan operasi. Biasanya ia mengikut jalan sungai. Pelatih akan bertolak pada waktu malam dengan menggunakan kanu. Jarak perjalanan ini tidak tetap, mengikut berapa panjangnya anak sungai.

b. Peringkat Operasi:-

Tiba dikawasan operasi yang telah dikenal pasti, pelatih akan membuat satu serangan ke atas kubu musuh tersebut. Serangan itu sama seperti demonstrasi serangan pantai semasa hari penganugerahan beret. Cuma kali ini skalanya lebih besar dan kompleks.

c. Peringkat Pelarian:-

Setelah serangan berjaya dilaksanakan dan objektif tercapai, pelatih dipaksa sekeras‐kerasnya berundur dari kawasan itu tanpa meninggalkan sebarang kesan. Mereka perlu melarikan diri dan mengelak dari dikesan oleh jurulatih yang bertindak sebagai musuh (bersenjata).

Proses pembolosan ini dipanggil Escape & Evasion (E&E). Jarak pelarian biasanya mencecah 200 km untuk pelatih sampai ke checkpoint yang ditetapkan.

Sekiranya pelatih dapat dikesan dan tertangkap, jurulatih yang bertindak sebagai musuh tadi akan mendera dan menekan mental pelatih supaya membocorkan maklumat rakan‐rakan pelatih lain yang berjaya mengelakkan diri.

Sekiranya pelatih memberitahu apa‐apa rahsia, maka beliau akan gagal keseluruhan kursus dan tidak layak memakai beret hijau. Ini disebabkan pelatih tersebut tidak tahan seksaan yang dikenakan.

Oleh itu, sekiranya seksaan dalam latihan pun tak boleh tahan bagaimana pula nak menghadapi seksaan oleh musuh sebenar yang jauh lebih perit, bahkan sampai meragut nyawa.

Terdapat pelbagai bentuk penderaan/penyeksaan seperti dipukul, dipaksa memakan najis, digantung dengan keadaan kepala di bawah dan lain‐lain.

Sebagai tambahan, terdapat syarat‐syarat yang perlu dipatuhi jurulatih dalam latihan penderaan ini. Antaranya ialah tidak boleh menyeksa rekrut sehingga menyebabkan kecederaan dalaman atau kematian.

Penganugerahan Beret Khas:-

Pelatih yang berjaya dan disahkan, layak bergelar KOMANDO. Mereka akan berehat di sebuah kem tentera, iaitu di mana tempat berakhirnya proses E&E.

Juga memberi peluang kepada rekrut‐rekrut baru komando tadi berhubung dengan keluarga dan membuat persediaan semasa hari penganugerahan.

Jadi, tidak hairanlah jika Komando Malaysia diiktiraf antara komando terbaik di dunia sehingga pernah di dokumentarikan oleh Asia Channel.
#GGK #PASKAL #PASKAU #UTK #VAT69 #STARTEAM

MAKA, JANGAN SELAMBA SELAMBA NYE MEMPERLEKEHKAN KERJAYA PASUKAN KESELAMATAN.

TAKBIR : KESELAMATAN NEGARA ORANG POLITIK JANGAN MANDAI-MANDAI?

BERKONGSI DENGAN BLOGER MALAYSIA MILITARY POWER

String of Pearl (CHINA) vs Air Sea Battle Doctrine (US) dan Malaysia yg tersepit di tengah

Segalanya bermula dengan pendaratan tentera China di James Shoal. Hanya 80 km sahaja dari Bintulu. Persoalan dalam benak semua orang: apa rasionalnya China membuat tuntutan sejauh itu?

Apakah yang terjadi pada hari tersebut?

Kapal Kelas Kedah meronda menjaga perairan negara 24 jam sehari dan sangat penting bagi kapal2 ini memiliki taring yang sepatutnya.. Kejadian di James Shoal walaupun masih samar2 sehingga sekarang merupakan pengajaran paling tepat kepada Malaysia.

Semasa fleet amphibious PLA-N berlabuh di James Shoal , 80 km dari Bintulu.. di percayai, Kapal KD Perak satu2 nya kapal TLDM yang bukan sahaja dapat mengesan, malah sepanjang masa shadow kapal2 china tersebut. Kemudian tetiba TLDM meletakkan upgrade semua kapal NGPV kelas Kedah sebagai priority.. namun begitu BAJET TIADA.

Bayangkan Navy dah bagi tau ni NGPV kelas Kedah mesti di upgrade .. tetapi Gomen tak dapat allocate bajet yang sepatutnya untuk kapal2 ni. Mengapa?

Aku tak sure apa yang terjadi semasa insiden James Shoal tu tetapi Laksamana Dato' Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar menggariskan bahawa prioritynya ialah EADS 3D radar dan pemasangan surface-to-surface missile (SSM). EADS 3D radar mesti di ganti? peliknya... sebab EADS 3D radar merupakan radar yang bagus dan boleh di katakan baru lah. TLDM nak sama ada major software dan hardware upgrade atau tukar terus radar tu. Apo yg terjadi di James Shoal sampai begitu sekali ek?

MENGAPA CHINA BERSUNGGUH2 MENUNTUT SPRATLY?

Kita sebenarnya duduk di dalam buffer zone pertahanan China dari serangan US.. di panggil FIRST ISLAND CHAIN. China mesti secure buffer zone ini supaya dapat counter AIR SEA BATTLE INISIATIF milik amerika yang di reka untuk menyerang China. Sekarang pun 'perperangan' sedang berlangsung, mcm permainan catur.. amerika dan China masing2 sedang susun buah catur masing2.

Buffer zone pertama China ialah yg di tulis Inner Island Chain tu

Ini sebenarnya konflik yang sedang berlangsung sekarang. ATM rasanya dah menyedari lama perkara ni dan dah gariskan keperluan ATM bagi pembelian2 sistem persenjataan yang sangat di perlukan sekarang. Tapi ahli politik tak faham perkara ni.

Punca utama tuntutan china ialah untuk create buffer zone dari serangan US. Mereka lancarkan serampang dua mata.. dalam masa mereka membuat tuntutan ke atas spratly dan melakukan atur gerak ketenteraan yang agresif.. dalam masa yang sama China menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara2 di dalam First Island Chain... Hence di panggil String of Pearl.

Tak di tunjukkan dalam imej tapi malaysia dan sumatera termasuk dalam payung pertahanan ni Escalation paling latest ialah China dah create restrictions on air space over senkaku islands dan kemungkinan mereka akan create no flying zone jugak kat perairan spratly .. sebab tu TUDM sangat sangat perlukan MRCA. Tetapi pemimpin sekarang tak faham atau buat2 tak faham perkara ni dan nak jadi cerita pembangkang langsung tak aware perkara ni to such extent mahukan kekuatan ATM di kurangkan.

Pertembungan antara China dan US merupakan sesuatu yang sukar di halang.

Dalam masa kedua2 pihak berperang melalui Diplomatik, perletakkan pengkalan2 tentera, atur gerak kapal2 dan peluru berpandu... kita juga boleh melihat peningkatan aset2 ketenteraan di Pasifik.

Mampukah ATM berhadapan dengan konflik ini? Tuan2. Semasa Malaysia menghadapi krisis Lahad Datu yang di klasifikasikan sebagai Low Intensity Conflict.. TLDM dengan sokongan dari Maritim dan Polis Marin telah melakukan naval blockade di perairan Sabah. Naval Blocakde ini sebenarnya telah menyebabkan hampir kebanyakkan Aset2 TLDM digunakan dan melemahkan bahagian2 yang lain.

China Serta Merta mengambil kesempatan tersebut dan melakukan latihan di James Shoal.

Kita hanya dapat menghantar KD Perak yang hanya bersenjatakan MERIAM sahaja untuk memantau fleet tentera laut China tersebut. Tuan2 boleh bayangkan bagaimana situasi KD PERAK?

Perbandingan Hypothetically antara TLDM dan PLA-N aku mmg dah lama nak tulis perkara ni dalam blog.. tapi aku tak sure orang boleh faham ke tak.

P/S: 'KALAU KITA TAK MENANG TAK PAYAH PERANG'

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat