TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, February 26, 2016

Gempar : TSMY digantung, Keputusan MT sebulat suara?

UMNO ni bukan atok aku punya??? Suka tengok TSMY digantung.

Tahniah DS Najib Razak hari ini MT UMNO menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat dan agama dengan sempurna.

Aku ramalkan PRU SERAWAK BN menang besar.

Gantung sehingga Pemilihan UMMO akan datang.

Tetapi kita dah boleh baca TSMY tidak akan dibenarkan bertanding wahimah jawatan Presiden UMNO.

Jadi TSMY bekerjalah untuk UMNO sekuat mungkin untuk memenangkan BN.

Biar rakyat yang menilai kerja seorang wakil rakyat. Teruskan bekerja. Jangan pandang belakang. Terima Kasih kepada TSMY kerana sumbangan dan jasa kepada rakyat dan Tanah Air.

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang mandi biar sampai basah.

Berani kerana benar.

PESAWAT TERHEMPAS 6 ORANG SELAMAT.

LAPORAN AWAL KEJADIAN : MAKLUMAT AWAL DITERIMA DARI PEMANGGIL MENGATAKAN SEBUAH KAPAL TERBANG TERHEMPAS DI PESISIR PANTAI DAN TERBAKAR.

6 ORANG MANGSA BERJAYA DISELAMATKAN DGN MENAIKI PERAHU. 

MAKLUMAT DARI KOMANDER OPS KELIHATAN ASAP PADA JARAK 200 METER DAN ANGGOTA AKAN MENUJU KE LOKASI PESAWAT DENGAN MENAIKI BOT.

MANGSA : 6 ORANG BERJAYA DISELAMATKAN.

Latihan Silang antara TLDM dan Pasukan Pertahanan Maritim Jepun.

KOTA KINABALU: Latihan bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun (MSDF) adalah medan terbaik untuk meningkat serta mengukuhkan lagi persefahaman pasukan kedua-dua negara, kata Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Muda Datuk Khairul Anuar Yahya.

Beliau berkata, melalui latihan berkenaan, kedua-dua pihak dapat saling berkongsi pengalaman dan kemahiran dalam melaksanakan operasi masing-masing.

"Ini adalah satu cara untuk kita menimba ilmu, sekali gus dapat berkongsi pengalaman dan kepakaran terutamanya dalam cara pengendalian kapal kedua-dua pihak.

"Apa yang penting kita dapat meningkatkan serta mencapai persefahaman melalui latihan bersama yang akan dibuat selama empat hari sehingga Ahad ini," katanya kepada pemberita pada majlis makan malam sempena latihan bersama itu, di Pangkalan TLDM Teluk Sepangar, dekat sini malam tadi.

Tiga kapal MSDF iaitu Akebono (DD-108), Yamayuki (DD129) dan Hatakaze (DDG-171) bersama 110 pelatih menyertai latihan bersama itu, sementara TLDM menghantar dua kapal iaitu KD Perak dan KD Lakasamana Muhammad Amin serta 120 anggota dan pegawai.

Mengulas lanjut, Khairul Anuar berkata pihaknya berharap latihan bersama itu dapat memberi pendedahan terbaik kepada kedua-dua pihak.

"Kita akan melakukan pelbagai latihan termasuk latihan penembakan dan untuk permulaannya, pada Jumaat kita akan adakan sukan muhibah," katanya. Sementara itu, Komander Escort Division 11th Jepun MSDF Kapten Kazuhiko Mizoe berkata kunjungan ke Malaysia memberi pendedahan dan latihan luar negara kepada 110 pelatih terlibat.

"Sebelum ke Malaysia, kita melakukan latihan sama di Kemboja dan berharap kunjungan ini mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://malaysiatransformasi.blogspot.com

Berani kerana benar!!! Hanya Yang Benar betul-betul berani!!!

Tun M dah tua tiada yang pertahankan pun tidak apa?

Tiada siapa pun melarang untuk pertahankan PM DS Najib Razak? Sebab sekarang masih menjadi Perdana Menteri Malaysia.

SPRM telah diarah untuk membuat kerja yang di pertanggungjawabkan kepadanya.

Kita balik kepada Isu. Derma 2.6b masuk ke acc PM. Kemungkinan ada dikalangan rakyat tidak percaya PM terima Derma sebanyak itu.

Pada hakikatnya PM mengakui terima derma tersebut dari arab. Pengakuan tersebut juga di sahkan oleh AG dengan menyatakan 2.03b telah di pulangkan semula kerana tidak digunakan.

Ada juga siasatan SPRM berkenaan SRC yang melibatkan sejumlah wang dimasukkan ke acc PM?

Menjadi amalan mana-mana perundangan di dunia. Sesiapa yang terlibat dengan siasatan kebiasaannya dinasihatkan bercuti. Ataupun sendiri mengambil cuti. Apabila selesai kes tiada apa-apa masaalah sambung kerja semula. Itu Sahaja.

Yang kita sibuk hentak Tun M, Hentam TSMY, Hentam Safie Afdal pasal apa?

Tidak akan lari gunung dikejar hilang kabus nampaklah ia.

Kalau kita tidak boleh bersuara. Tidak boleh bercakap kepada duduk perkara sebenar. Amat berat menjadi jenerasi yang mengikut acuan yang tidak boleh berfikir mana yang benar.

Bagaimana mahu bersuara jika kita dibawah pemerintahan komunis, zaman Jepun. Kerana suara-suara yang melontarkan pertanyaan itulah yang mahukan negara merdeka ketika itu.

Kita mesti dan harus mendepani isu 2.6b dan SRC dengan telus dan penuh tanggungjawab agar tiada sesiapa pun teraniaya dalam menyelesaikan kea ini.

Kebimbangan juga terasa apabila kepercayaan terhadap pucuk pimpinan diatas diraguai. Terpulanglah untuk menentulan hala tuju UMNO.

Budaya pecat memecat gantung mengantung yang pada akhirnya sokongan kepada pemimpin dari pemimpin yang takutkan hilang jawatan. Tetapi jawatan tersebut juga akan hilang apabila rakyat menolak kepimpinan yang ada sekarang.

Esok 26/2/2016 MT UMNO akan bermesyuarat. Terdapat usaha-usaha untuk menyingkirkan TSMY. Kita akan tunggu dan lihat perkembangan tersebut.

Harap Nazri Aziz dan MT yang lain tidak di gigit kakinya.  Kononnya susah untuk berjalan buat kerja kerana anjing gigit kaki. Memang bangsat orang Melayu bermain dengan anjing.

Thursday, February 25, 2016

Mohon bantuan Peguam Negara Mendapatkan bantuan perundangan bersama bagi membolehkan SPRM mendapatkan bukti dan dokumen daripada institusi kewangan yang berpangkalan di luar negara.   

Keputusan Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya 2 kertas siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd diserahkan semula kepada peguam negara adalah kerana terdapat bukti kukuh untuk mendakwa Datuk Seri Najib Razak, kata seorang ahli panel.

Beliau yang enggan mendedahkan identitinya berkata, PPO berpengaruh kerana ahlinya diberikan taklimat dan boleh menyemak semula kertas siasatan yang diklasifikasikan "tertangguh" dan "tiada tindakan susulan".

"Kami membuat kesimpulan itu kerana penyiasat SPRM juga memberikan taklimat kepada kami mengenai kes itu. Mereka juga menjawab segala soalan yang kami ajukan."

Dalam mesyuarat terakhir PPO semalam, ia turut diberi taklimat mengenai perkembangan terkini siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd dan derma politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Selain memuji sikap profesional, dedikasi dan integriti SPRM, panel berkenaan turut meminta kertas siasatan diserahkan kembali kepada peguam negara dan mendapatkan bantuannya mengeluarkan bantuan perundangan bersama bagi membolehkan SPRM mendapatkan bukti dan dokumen daripada institusi kewangan yang berpangkalan di luar negara.   

Peguam jenayah, M Visvanathan berkata, 'credible evidence' (bukti yang boleh dipercayai) bermakna pendakwaan mempunyai semua bukti cukup dalam kes mereka untuk tertuduh membela diri.

"Ia bermakna, tiada hujah yang boleh dipatahkan ketika di peringkat pembelaan, pendakwaan boleh mendapatkan sabitan terhadap tertuduh," katanya.

Syarikat itu dilaporkan sebagai salah satu firma dari mana derma itu berasal sebelum disalurkan melalui syarikat lain dan dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Agensi itu membuka siasatan itu susulan laporan The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report pada Julai tahun lalu, yang mendakwa daripada jumlah RM2.6 bilion itu, RM42 juta daripada SRC International, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pindahan besar berjumlah AS$681 juta juga dipindahkan ke akaun Najib, daripada Syarikat British Virgin Islands dan melalui Falcon Private Bank di Singapura.

Apandi berkata, Najib mengembalikan AS$620 juta kepada penderma Arab Saudi kerana ia tidak digunakan.

KINI GEMPS : KISAH MALAM PERTAMA

Malam pertama untuk orang baru memang mengujakan.

Macam-macam bayangan dalam fikiran. Apa nak buat. Apa nak cakap. Semua jadi serba salah. Seram sejuk pun ada. Sebelum masuk baring, mandi siap-siap. Seluruh tubuh kasi bedak. Wangian pula harum semerbak.

Biasanya pakaian dalam dah tak pakai. Pakai yang ringkas-ringkas aje. Bila dah baring, semua ikatan dilonggarkan. Senang nak dibangunkan.

Malam pertama untuk orang baru di alam kubur memang mengujakan!

#sayasenyumdiasenyum
#gigihkaubaca

Wednesday, February 24, 2016

YANG BENAR : MUHYIDDIN TERIMA TAKLIMAT SPRM, BANK NEGARA DAN GANI MENGENAI RM2.6B SEBELUM DIPECAT,

"PEGUAM NEGARA TAKUT DIPECAT JIKA MENDAKWA PERDANA MENTERI": KATA BEKAS HAKIM.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan beliau dimaklumkan mengenai siasatan terhadap wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kes SRC International Sdn Bhd sebelum pemecatannya pada Julai lalu.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, beliau mendapat taklimat daripada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang turut dipecat daripada jawatan tahun lalu.

"Saya tahu lebih daripada yang anda tahu (penonton). Saya mempunyai keberanian kerana saya mengatakan kebenaran.

Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno berkata demikian pada satu majlis di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

Beliau berkata Gani, Bank Negara dan SPRM menerangkan kepadanya mengenai siasatan itu kerana mereka sedar, sebagai timbalan kepada Najib, beliau (Muhyiddin) berhak tahu terutama ia melibatkan perdana menteri yang juga presiden Umno.

"Saya mendapat malu jika orang ramai kemudian mengetahui saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini. Itulah sebabnya saya meminta taklimat," katanya.

Beliau juga membidas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang disifatkannya tidak berani mendakwa Najib susulan siasatan terhadap SRC International, syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Katanya, panel pengawasan SPRM sendiri mengkaji semula perkara tersebut dan mendapati wujud kes yang kukuh terhadapnya.

"The question is, whether he is brave enough to do it or not (Soalannya ialah, sama ada dia cukup berani melakukannya atau tidak).

"Pasal hakim kata, kalau dia ambil tindakan, dia akan dipecat. Tetapi kalau dia amanah dan bertanggungjawab, dia ambil tindakan," kata Muhyiddin.

Beliau berkata, Apandi sepatutnya memaklumkan kepada rakyat Malaysia, terdapat bukti mencukupi untuk tindakan selanjutnya diambil terhadap Najib.

"Takkan dia (Najib) tak tahu, dia dah belanja pun. Ada bukti-bukti. 3 juta bayar kredit kad. Dan bayar yang lain-lain.

"Dunia mempersoalkan kenapa peguam negara tidak mengambil tindakan," kata Muhyiddin dalam video berkenaan.

Muhyiddin mendakwa, Apandi mengarahkan kes itu ditutup kerana beliau tidak ada keberanian merangka pendakwaan atas Najib.

Muhyiddin berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamed Noor Abdullah yang berkata, peguam negara tidak berani mendakwa perdana menteri kerana takut dipecat.

Noor berkata, peguam negara sebenarnya dicalonkan perdana menteri walaupun dilantik Yang Di Pertuan Agong.

"Saya rasa bekas hakim perlu menjelaskan ini dengan lebih lanjut," kata Muhyiddin.

Katanya, Najib tidak sepatutnya lepas daripada tindakan pendakwaan hanya kerana Yang Di Pertuan Agong melantik Apandi atas nasihat perdana menteri.

"Saya rasa itu bukan tafsiran yang betul dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya lagi.

Beliau berkata, rakyat Malaysia juga tidak sabar-sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara itu memandangkan peguam negara dan panel SPRM itu mempunyai pandangan berbeza.

Dua panel pengawasan SPRM juga mahu berjumpa Apandi berhubung keputusan beliau tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Najib tetapi pertemuan itu dibatalkan baru-baru ini.

Pada 26 Januari, Apandi berkata pihaknya tidak mempunyai bukti mencukupi menyokong tindakan pendakwaan diambil terhadap Najib atas sebarang kesalahan jenayah dalam kes RM2.6 bilion dan SRC International.

MTMR berharap perkara ini dapat di selesaikan dengan bijak. Keyakinan rakyat berbilang bangsa di Malaysia. Keyakinan Pelabur luar negara terhadap negara harus di pulihkan. Mahkamah harus memainkan peranan dan tanggungjawabnya tanpa berpilih.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat