TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, February 24, 2016

YANG BENAR : MUHYIDDIN TERIMA TAKLIMAT SPRM, BANK NEGARA DAN GANI MENGENAI RM2.6B SEBELUM DIPECAT,

"PEGUAM NEGARA TAKUT DIPECAT JIKA MENDAKWA PERDANA MENTERI": KATA BEKAS HAKIM.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan beliau dimaklumkan mengenai siasatan terhadap wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kes SRC International Sdn Bhd sebelum pemecatannya pada Julai lalu.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, beliau mendapat taklimat daripada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang turut dipecat daripada jawatan tahun lalu.

"Saya tahu lebih daripada yang anda tahu (penonton). Saya mempunyai keberanian kerana saya mengatakan kebenaran.

Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno berkata demikian pada satu majlis di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

Beliau berkata Gani, Bank Negara dan SPRM menerangkan kepadanya mengenai siasatan itu kerana mereka sedar, sebagai timbalan kepada Najib, beliau (Muhyiddin) berhak tahu terutama ia melibatkan perdana menteri yang juga presiden Umno.

"Saya mendapat malu jika orang ramai kemudian mengetahui saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini. Itulah sebabnya saya meminta taklimat," katanya.

Beliau juga membidas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang disifatkannya tidak berani mendakwa Najib susulan siasatan terhadap SRC International, syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Katanya, panel pengawasan SPRM sendiri mengkaji semula perkara tersebut dan mendapati wujud kes yang kukuh terhadapnya.

"The question is, whether he is brave enough to do it or not (Soalannya ialah, sama ada dia cukup berani melakukannya atau tidak).

"Pasal hakim kata, kalau dia ambil tindakan, dia akan dipecat. Tetapi kalau dia amanah dan bertanggungjawab, dia ambil tindakan," kata Muhyiddin.

Beliau berkata, Apandi sepatutnya memaklumkan kepada rakyat Malaysia, terdapat bukti mencukupi untuk tindakan selanjutnya diambil terhadap Najib.

"Takkan dia (Najib) tak tahu, dia dah belanja pun. Ada bukti-bukti. 3 juta bayar kredit kad. Dan bayar yang lain-lain.

"Dunia mempersoalkan kenapa peguam negara tidak mengambil tindakan," kata Muhyiddin dalam video berkenaan.

Muhyiddin mendakwa, Apandi mengarahkan kes itu ditutup kerana beliau tidak ada keberanian merangka pendakwaan atas Najib.

Muhyiddin berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamed Noor Abdullah yang berkata, peguam negara tidak berani mendakwa perdana menteri kerana takut dipecat.

Noor berkata, peguam negara sebenarnya dicalonkan perdana menteri walaupun dilantik Yang Di Pertuan Agong.

"Saya rasa bekas hakim perlu menjelaskan ini dengan lebih lanjut," kata Muhyiddin.

Katanya, Najib tidak sepatutnya lepas daripada tindakan pendakwaan hanya kerana Yang Di Pertuan Agong melantik Apandi atas nasihat perdana menteri.

"Saya rasa itu bukan tafsiran yang betul dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya lagi.

Beliau berkata, rakyat Malaysia juga tidak sabar-sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara itu memandangkan peguam negara dan panel SPRM itu mempunyai pandangan berbeza.

Dua panel pengawasan SPRM juga mahu berjumpa Apandi berhubung keputusan beliau tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Najib tetapi pertemuan itu dibatalkan baru-baru ini.

Pada 26 Januari, Apandi berkata pihaknya tidak mempunyai bukti mencukupi menyokong tindakan pendakwaan diambil terhadap Najib atas sebarang kesalahan jenayah dalam kes RM2.6 bilion dan SRC International.

MTMR berharap perkara ini dapat di selesaikan dengan bijak. Keyakinan rakyat berbilang bangsa di Malaysia. Keyakinan Pelabur luar negara terhadap negara harus di pulihkan. Mahkamah harus memainkan peranan dan tanggungjawabnya tanpa berpilih.

Gempak : Orang Politik UMNO!!!

Apa pun jangan gelojoh, TSMY dipilih sebagai Timbalan Pengurusi UMNO adalah melalui undian.

Bukan lantikkan. Rakyat percaya berani kerana benar sememangnya tuntutan agama.

UMNO Itu sendiri perjuangkan Melayu. Melayu itu Agamanya Islam di Malaysia.

UMNO itu hak ahli UMNO. Ahli bebas bercakap untuk tahu duduk perkara yang berlaku.

SARKIS kata P.Ramli.

Mengikut mantan ketua PAC. Parlimen perlu dibubarkan jika mahu mendapat mandat baru dari rakyat.

Adakah kenyataan tersebut dibolehkan sesiapa sahaja bercakap. Mengapa Nazri Aziz tidak berani cakap anjing gigit kaki?

Kenyataan Nazri Aziz boleh juga dikatakan kurang ajar dan biadap kepada ketuanya. Mengapa tindakkan tatatertib tidak boleh dikenakan terhadapnya. Harap DS Najib Razak dapat melihat budaya ini selaku Presiden UMNO.

Nazri Aziz menyatakan mahu bertanding jawatan TImbalan Presiden beliau berani ujarnya.

Ahli melihat hanya pemimpin yang berjasa kepada rakyat akan di pilih untuk mewakilinya. Selain sifat-sifat seorang Islam yang amanah dan jujur juga menjadi perkiraan dan pertimbangan dari rakyat.

Terkini: Kalau tidak salah akan datang buat lagi.

Cetus minda luar kotak!!!

Cerita dia macam ini.

1. Kalau rasa perbuatan itu tidak salah. Bermakna orang lain boleh lakukan apa yang anda lakukan.

2. Jika perbuatan itu tidak salah akan datang buatlah lagi.

3. Jika perkara diatas tidak berlaku lagi bermakna anda memang melakukan perkara yang salah. Orang lain tidak boleh terima perbuatan tersebut.

#takcayasudah

Monday, February 22, 2016

Hanya Allah berhak menilai kita sama ada ke Syurga atau Neraka -TMJ

ULASAN l Saya dimaklumkan oleh laman rasmi kelab yang terdapat banyak komen negatif berkenaan bagaimana isteri Safiq Rahim bersalaman dengan saya.

Terdapat beberapa individu yang cuba untuk menjadi ustaz atau mufti negeri di laman facebook. Bagi saya, apabila berkaitan agama, kita tidaklah semulia Rasul dan Allah SWT.

Oleh itu hanya Allah SWT yang boleh menilai kita dan bukannya kita sesama manusia. Hanya Allah SWT boleh membuat keputusan sama ada amalan kita diterima atau tidak.

Hanya Allah yang boleh menilai sama ada kita ke syurga atau neraka.

Kita hanya manusia dan oleh itu tidak perlu menghukum orang lain terutama perkara-perkara kecil. Islam adalah tentang kasih sayang dan menghormati antara satu sama lain, bukan tentang menghakimi orang lain terutama apabila ia melibatkan kebencian.

Masalah sekarang adalah terlalu ramai yang cuba menjadi lebih bijak daripada Al-Quran.

Walaupun saya dilahirkan untuk menjadi raja, saya juga hanya seorang manusia. Saya tidak mempunyai hak untuk mengadili sama ada Allah SWT akan menerima anda atau sebaliknya.

Melainkan anda merogol orang atau kanak-kanak, membunuh orang, mencuri atau merampas sesuatu dari mereka yang memerlukan.

Siapa antara kita akan ke syurga?

Beri saya peluang untuk memberi pendapat ikhlas saya kepada sesetengah hipokrit yang sudah terbiasa dengan budaya bermuka muka sesetengah orang di dalam hidup anda.

Saya seorang Muslim dan agama suci Islam adalah lebih utama daripada saya. Saya akui yang saya bukan pakar tetapi apabila ia berkaitan dengan agama Islam, satu perkara yang saya percaya adalah Allah SWT akan memberkati anda, jika anda mempunyai hati yang baik, amanah, jujur, bantu-membantu dan menghormati orang lain.

Terdapat banyak mazhab di dalam Islam. Siapa kita untuk mengatakan siapa antara kita akan ke syurga?

Siapa kita untuk mengatakan yang Islam kita atau islam mazhab lain adalah yang betul.

Bagi saya, saya lebih suka untuk berpegang dengan apa yang telah diajar sejak saya kecil dan sentiasa berpandukan kitab suci Al-Quran.

Saya juga akan berpegang kepada adat dan tradisi Melayu Johor saya kerana saya dilahirkan sebagai seorang Melayu Bangsa Johor.

Jika ada sebahagian dari anda yang mahu menjadi orang Arab dengan budaya mereka dan tidak ingin mengikut adat Melayu dan tradisi, terpulang kepada anda.

Sekurang-kurangnya saya menjadi diri sendiri dan bukan seseorang hipokrit, dan rakyat saya tahu siapa raja mereka sebenarnya.

Berlakon pakai jubah

Saya tidak berlakon dengan memakai jubah tetapi ketagihan dadah dan saya bukan seorang kaki judi. Saya tidak mencuri daripada rakyat saya dan saya sentiasa bercakap benar.

Saya berani untuk bersuara apa yang orang lain tidak berani lakukan kerana masing-masing mempunyai kepentingan peribadi mereka sendiri.

Saya fikir ia adalah penting untuk menjadi diri sendiri dan setelus yang boleh dengan rakyat saya dan tidak bersikap hipokrit. Kerana saya sudah banyak kali mengatakan bahawa saya lebih rela dibenci kerana bersikap jujur dan menjadi diri sendiri daripada hidup disayangi dengan penuh kepalsuan dan hipokrit.

Saya menghormati pilihan anda walaupun saya pelik mengapa orang Malaysia terutamanya orang Melayu begitu mudah terpengaruh?

Jawapannya mudah. Pendidikan.

Pendidikan membolehkan kita melihat dunia secara berbeza. Pendidikan memberikan kita ilmu untuk mematuhi prinsip-prinsip dan polisi dalam kehidupan.

Saya tidak mempunyai hak untuk memberitahu anda apa yang perlu dipercayai atau diikuti dan semua itu adalah pendapat saya secara jujur iaitu kita tidak harus cuba untuk menjadi lebih bijak daripada Al-Quran.

Jadi seorang Muslim tetapi bukan begitu taksub

Apa yang kita perlu tahu adalah perkara asas. Untuk sekalian rakyat Johor jadilah seorang Muslim, tetapi bukan dengan begitu taksub.

Jadi seorang Muslim dengan menghormati satu sama lain. Johor mempunyai tradisi sendiri dan budaya, dan begitu juga dengan negeri-negeri lain.

Kita semua berbeza.

Berbeza dalam ajaran Islam, berbeza dalam agama agama yang lain dan berbeza puak etnik.

Menuding jari dan menilai satu sama lain tidak akan menjadikan negara ini tempat yang lebih baik.

Kita tidak sepatutnya mempunyai kebencian dalam hati kita. Adakah anda tahu bagaimana kita boleh jadikan negara ini tempat yang lebih baik dan hidup dalam suasana harmoni?

Mudah, mendidik diri anda dan menghormati antara satu sama lain. Hidup Johor, Allah Peliharakan Sultan dan Negeri Johor.

Sunday, February 21, 2016

KEPUTUSAN PEMILIHAN MBM 2016-2018

Pengerusi Tetap : Mohd Syahbudin (MAYC) MTB
Tim Pengerusi Tetap : Lim Swee Bock (MBN Penang) MTB

Presiden : Mua'amar Ghadafi Jamal (4B) MTB
Timb Presiden : Zaidi Aziz (Abim) MTB

Naib Presiden
Aizad roslan MBNKEDAH
Jufitri johar ABIM
Choo (Eric Choo) EMCO

EXCO MBM 2016-18

Exco mbm
Sherhan aziz (slgor / 4B)
wan husni abdullah (n9 /4B)
nor nari (Johor / 4B)
hassanul amir (gpms)
Hakimi mat hussin (klntn)
Mohd Ridhwan Ali (mgbm /4B)
fazli hassan (mbfm)
Aswanudin (perak / 4B)
Hasnul hanif (pkpim)
Zakiah (mayc)
Rosdi hassan (pahang/ gpms)
Oi chi suan (gbbm)

LANTIKAN

Naib Presiden (W) : Asfalinda (MBN Trgn / 4B)

Ketua Penerangan : Md Rizan Hassan (MBN johor)

PSUA : Hasnul Fairuz (Perak)

Pen Bendahari : Ahmad Daniar (Pahang /4B)

Tuesday, February 16, 2016

Tugasan selaku Perdana Menteri Malaysia??? Isu-isu semasa perlu didalangi dengan betul!!!

Semasa PAU yang lepas DS Najib Razak ada menyatakan semua ketua-ketua bahagian mintak duit dengan beliau. Blogger pun mintak duit jugak, tak bagi merajuk. Itu adalah kenyataan Presiden UMMO, PM Malaysia.

Kita rakyat Malaysia mahukan PM majukan negara. Cari duit untuk negara. Bukan cari duit sendiri untuk majukan negara atau cari duit sendiri untuk diberikan kepada ketua-ketua bahagian atau blogger.

Yang makan dedak dengan PM tu, yang membela PM. Kalau nak bantu pertahankan PM janganlah ikut jejak langkah Pembangkang? Janganlah nak susahkan PM sampai PM kena cari duit sendiri nak kena bagi pada awak semua.

Lepas tu awak orang cakap pembangkang terima dana dari luar? Kenapa awak orang tidak buat lapuran Polis? Awak buatlah lapuran Polis supaya Polis Diraja Malaysia boleh siasat Pembangkang terima duit dari mana?

Sesama sendiri cakaplah itu menghasut ini menghasut. Berani juga buat repot kepada Polis DiRaja Malaysia. Maka Polis DiRaja Malaysia terpaksa membuat siasatan untuk mencari kesalahan, jika ada unsur-unsur menghasut.

Pembangkang sebelum ini cakap kerajaan itu ini, kerajaan rasuah. Kerajaan korupsi mengapa tiada tindakkan? Kerajaan dituduh membuat lakunan dengan serangan tanduo disabah. Ahli Politik yang membuat tuduhan liar sekadar denda RM2000.00?

Rakyat nampak dan boleh berfikir mengapa itu mengapa ini!!! Jangan buat kerja mudah dengan jalan.pintas untuk menyelesaikan satu-satu masaalah. Ikutlah ketetapan yang sedia ada bagi mencari keadilan dan kebenaran.

Keberanian sesama sendiri melihatkan kebobrokkan kerajaan yang diterajui yang pada mulanya mendapat sokongan rakyat.

Kerana terlebih berani seperti seekor harimau terluka. Habis tunggul dan tunggul lama di cakar-cakarnya. Tetapi tunggul lama dilupakan bahawa tunggu tersebut masih bernyawa. Akar tunjangnya masih kukuh beratus kaki bertapak didalam tanah. Yang akhirnya bertambah besar luka harimau tersebut kerana terkoyak akibat tercucuk tunggul lama yang kadang kalanya ada yang masih tajam dah kukuh.

Lama kelamaan dengan kemelut dan perkembangan semasa dengan pelbagai isu yang tergantung terutamanya seperti isu 1MDB, 2.6b, SRC, sara hidup tinggi, barangan keperluan harian menjadi mahal, GST, TPPA dan lain-lain.

Perkara ini menjadi perhatian UMUM. Keutamaan harus diberikan untuk memulihkan keyakinan rakyat dan juga pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia.

Teguran dan pandangan seorang tua yang merupakan bapa permodenan Malaysia seharusnya di teliti dan dikaji. Kita sepatutnya bersyukur masih mempunyai bekas sesorang Perdana Menteri yang masih mahu menegur dan memperbaiki kelemahan negara yang berlaku sekarang.

Tun M menegur dan bercakap kerana masih sayangkan negara Malaysia. Sangup berkorban untuk menyelamatkan dan untuk kebaikkan negara. Walaupun akhirnya anakandanya selaku Menteri Besar kedah terpaksa melepaskan jawatannya kerana kelicikkan muslihat Politik yang melanda negara sekarang.

Sekiranya teguran Tun M tidak berasas mengapa negara-negara luar turut memerhati dan ada yang akan meminta kerjasama negara Malaysia untuk melengkapkan siasatan berkenaan pengubalan wang haram dan penipuan diluar negara. Kepentingan negara hendaklah diutamakan dari kepentingan diri.

Selangor, Pulau Pinang, Kelantan masih menjadi kubu kuat Pembangkang. Jadi perlukah kerajaan mengambil nasihat dari mereka-mereka yang masih gagal membantu kerajaan pusat menawan negari tersebut? Fikir-fikirlah.

Sunday, February 14, 2016

Rakyat Malaysia malas buat kerja 3D???

Aku ni bukanlah nak bantah sangat hal yang menteri cakap? Aku pun bukan suoa sangat ambil alih kerja pembangkang.

Tetapi bila tengok berita TV3 tadi pasal ucapan TPM selaku menteri KDN berucap depan kira2 500 belia di Selangor.

Belia-belia cakap setuju bila TPM tanya adakah mahu buat kerja-kerja kotor, korek longkang, sapu sampah. Semua belia sebut setuju.

Kesimpulannya yang aku nampak tak tepat yang rakyat Malaysia tak mahu buat kerja kotor 3D.

Adakah menguntungkan negara jika bangla 1.5 juta ke Malaysia?

Nak bagi satu contoh je rakyat Malaysia malas buat kerja 3D.

Singapura yang bersih dan bangunan pencakar langit adalah hasil kerja rakyat Malaysia.

DS Najib Razak percaya ke tidak, Singapura bersih #takcayasudah.

Aku bukan setakat buat kerja 3D, aku buat kerja 4G terus.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat