TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, February 5, 2016

Malaysia tandatanggani TPPA!!! Baik buruknya TPPA kepada negara???

Menteri-menteri ni baca sendiri ke dokumen perjanjian TPPA atau bergantung sepenuhnya diatas penjelasan pembantu dan pembantu pula bergantung sepenuhnya kepada pegawai khas dan pegawai khas bergantung sepenuhnya kepada PSU dan PSU pun bergantung kepada ringkasan (summary) yang disediakan oleh perunding?

Ringkasan, bersifat pandangan peribadi orang yang membuat ringkasan mengenai apa yang dibacanya dan bukan dokumen sebenar, yang tebalnya melebihi 6000 muka surat.

Sesiapa yang telah membaca dokumen tersebut , chapter demi chapter pasti akan merasa takut hingga ke sum sum  kerana TPPA adalah mengatasi kuasa Parlimen sesebuah negara.

Nota kaki: Hanya sebagai pertanyaan sahaja. Andaikata kegusaran ini menjadi kenyataan. Maka kengsaraan anak cucu kita nanti adalah dari angkara mereka.

Merekalah nanti yang merosakkan negara dengan perjanjian tersebut.

Antara perkara-perkara yang mungkin akan berlaku.

1. Ubatan menjadi mahal.

2. Taring pertama adalah Pengurusi kesatusn boleh dari warga asing. 25 undang-undang kesatuan digubal untuk menyertai TPPA.

3. Akan berlaku lambakkan barangan dari negara anggota. Negara kena bersaing dengan negara lain untuk selamatkan negara.

4. Bimbang negara tidak mampu bersaing dengan lambakkan barang dengan negara anggota.

5. Mendedahkan negara kepada saman-saman dari syarikat-syarikat besar dunia jika pelaburan atau barangan mereka mengalami kerugian.

6. Malaysia memang ada hak untuk keluar dari perhanjian TPP tersebut. Hanya masa menentukan cara mana Malaysia boleh gunakan hak negara.

Harap DS Najib Razak terasa baik buruk perjanjian tersebut.

Tuesday, February 2, 2016

Rakyat Malaysia jangan di bekukan otaknya!!! Jarang dan sukar Otak membeku???

Mungkin ada yang tak suka bila kita bercakap sesuatu yang sememangnya orang bercakap dalam gelap atau bercakap dalam terang.

Bila bercakap dalam terang berbagai sekatan tindakkan di kenakan kepada yang berjawatan atau cubaan melakukan pelbagai cara untuk orang tidak bercakap.

Pada pendapat peribadilah kan. Kalau apa yang kita lakukan tiada kesalahan didalam negara atau luar negara mengapa perlu disekat untuk orang bercakap.

Adakah manusia diciptakan untuk anguk-anguk, geleng-geleng. Tetapi pada hakikatnya rakyat diakar umbi ramai hilang kepercayaan kepada pemerintah sedia ada sekarang.

Perkara ini bukan setakat diakui oleh rakyat Malaysia sahaja. Malahan kepercayaan terhadap negara Malaysia mula hambar.

Malaysia melakar nama tangga ke tiga dunia mengamalkan rasuah. Perkara ini amat mengusarkan rakyat Malaysia kepimpinan DS Najib Razak.

Siasatan pengubahan wang haram sedang giat dilakukan. Kenyataan dari berita dalam negara siasatan 1MDB, Derma 2.6b masuk ke acc PM, SRC juga melibatkan wang yang banyak masuk ke ACC PM.

Peguam Negara diberitakan telah mengarahkan SPRM untuk menutup kes Jenayah tersebut.

Tetapi apa yang berlaku diluar negara. Laporan itu turut menyebut, Singapura akan bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan, termasuk Malaysia, Switzerland dan Amerika Syarikat.

Singapura membekukan acc tertentu dan tidak dapat mendedahkan butiran siasatan.

Teringat sepatah kata Tun M. Jika ACC sudah dibekukan. Macamana duit itu di pulangkan???

Pandangan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nampaknya tiada keinsafan langsung di dalam hati Perdana Menteri dalam kemelut jijik yang tercetus akibat kelemahan diri beliau sendiri. Saban hari rakyat Malaysia dihidangkan dengan episod demi episod pembohongan oleh agen-agen serta para penasihat beliau bagi menutup jenayah jijik yang menjerumuskan negara ini ke dalam kancah penuh keserabutan. Bukan itu sahaja. Imej negara di arena antarabangsa turut terjejas dengan buruk sekali.

Baru-baru ini Peguam Negara tampil mengumumkan keputusan beliau terhadap hasil siasatan SPRM. Kononnya Perdana Menteri tidak melakukan apa-apa kesalahan bersabit "wang derma RM2.6 billion" dan penyelewengan wang negara dalam SRC. Saya tidak tahu di mana beliau belajar undang-undang  tetapi bagi orang seperti saya hasil siasatan SPRM itu amat jelas menunjukkan wujud salahlaku jenayah. 

Betapakan tidak, dokumen carta aliran keluar masuk wang dalam SRC dan akaun bank peribadi Perdana Menteri yang dipamirkan oleh Peguam Negara itulah yang turut saya perolehi dan berbincang dengan pihak SPRM sewaktu saya masih memegang jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 dulu. Ketika itu saya aktif membantu Taskforce 1MDB yang ditubuhkan khas untuk menyiasat penyelewengan dalam entiti tersebut. Ibarat sudah terang lagi bersuluh. Mengapa dengan mudah Peguam Negara mengenepikan bukti ini. Bukan sekadar RM42 juta malahan berpuluh juta ringgit lagi digubah di dalam akaun ini dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri. 

Tidak kah Peguam Negara nampak bukti-bukti ini??? 

Berapa banyak dari wang negara ini yang telah diguna untuk menjelaskan hutang piutang kad kredit PM??? 

Cepat sungguh Peguam Negara dapat membaca hati PM dengan mengatakan bahawa PM tidak tahu menahu asal usul wang SRC itu!!! Jika PM menyatakan bahawa beliau tidak tahu wang tersebut adalah 'Public Fund' atau wang kerajaan mengapa sehingga saat ini pun beliau tidak MENGEMBALIKAN SEMULA wang tersebut kepada kerajaan ??? Ingat ya bukan RM42 juta sahaja tetapi ada berpuluh juta lagi yang masih belum diisytiharkan.

Saya juga ingin bertanya di sini samada wang berbillion billion yang "didermakan" itu sudah dibayar cukai ataupun belum??? Jika belum, saya mohon LHDN menagih cukai tersebut supaya penderma misteri tersebut sedar bahawa di Malaysia ada undang-undang berkaitan dengan "derma" se macam ini.

Wahai Peguam Negara, ingatlah kuasa mutlak yang diberikan oleh Perlembagaan Negara itu wajib digunakan untuk melindungi kepentingan negara. Bukannya untuk menegakkan benang yang basah!!! Kuasa tersebut bukannya untuk digunakan sesuka hati bagi MELINDUNGI JENAYAH. 

Jika Peguam Negara kurang yakin dengan segala bukti yang telah dikemukakan oleh SPRM maka aktifkan semula Special Taskforce 1MDB yang sekarang ini hanya tinggal nama sahaja. 

Saya menawarkan diri untuk sama-sama tampil membantu taskforce ini menyiasat salahlaku pengurusan 1MDB. Saya amat yakin dengan kejujuran Tan Sri Zeti, Tan Sri Abu Kassim, Tan Sri Gani Patail dan saya sanggup berjumpa Tan Sri Khalid, KPN, untuk mendedahkan banyak bukti lain. 

Sungguh janggal sekali apabila Peguam Negara bertindak mengarah siasatan kes ini dihentikan oleh semua pihak dan failnya ditutup. Amboi amboi amboi !!! Mudah sekali ya tugas dan tanggungjawab Peguam Negara yang baru ini. Mengapa rendah sangat martabat diri??? Siapa kah yang ditakuti hantu, toyol, iblis, syaitan, puaka ??? 

Saya CABAR Peguam Negara agar bertindak dengan penuh amanah dan jujur supaya memberikan alasan-alasan untuk membuktikan PM tidak melakukan sebarang kesalahan dalam kes ini.

Menyentuh tentang wang derma RM2.6 billion. Ish...ish...ish... Cukuplah dengan segala pembohongan ini. Mengapa takut sangat nak dedahkan identiti penderma tersebut jika hamba Allah ini benar-benar wujud. Mengapa berdolak  dalik dalam memberi jawapan sehinggakan Timbalan Perdana Menteri pun terpaksa 'masuk daun' untuk 'akun' (slang orang Sabah bagi perkataan 'mengaku') bahawa kononnya beliau telah bertemu dengan wakil penderma tersebut??? 

Sudahlah!!! Jangan perbodohkan orangramai. Fokuskan tugas itu untuk membasmi gejala judi cybercafe dan dadah yang berleluasa hampir di seluruh negara. Sudah berpuluh ribu belia di negara ini yang rosak akhlak akibat ketagihan benda-benda haram ini. Jangan cemar integriti diri sendiri untuk kepentingan politik.

Pendedahan Peguam Negara bahawa sebahagian besar wang "derma Arab halimunan" ini telah dikembalikan  sungguhlah menakjubkan. Sekarang saya ingin bertanya, bolehkah Peguam Negara tunjukkan bukti bagaimana, caramana serta institusi bank mana atau syarikat mana proses pemulangan wang ini dilakukan ??? 

Jika tidak boleh dijelaskan maka wajarlah Peguam Negara segera mengeluarkan arahan kepada SPRM untuk mendapatkan bukti-bukti tersebut di luarnegara menerusi  peruntukan MLAT. Saya amat yakin jejak wang atau money trail ini akan membuktikan bahawa penderma RM2.6 billion itu sebahagian besarnya adalah MITOS yang SENGAJA direka untuk menutup bangkai gajah.

Kepada Perdana Menteri saya ingin menyeru agar bertindak berani sebagai seorang Pahlawan Bugis. Beranikan diri untuk tampil sendiri memberi penjelasan. Bukankah itu salah satu ciri pahlawan??? Sedarlah bahawa diantara sifat2 kepahlawanan jati termasuklah berani bercakap benar berani menggadai nyawa demi mempertahankan  pertiwi tegas melawan kejahatan membela orang yang teraniaya.

Di antara ciri-ciri PENGECUT pula termasuklah menggunakan orang lain sebagai jurucakap untuk menabur fitnah bagi mengalih tumpuan dari isu  mengguna harta kekayaan untuk menutup kebenaran menggunakan duit untuk membeli kesetiaan. menggunakan agensi kerajaan untuk mengugut dan menggertak pegawai kerajaan..mengikut telunjuk isteri secara membabi buta. 

Sedarlah bahawa sifat2 keji ini dimurkai Allah SWT. Sudahlah tu..sudah cukup kalut keadaan dalam negara masakini. Sampai bila episod penganiayaan ini akan berakhir??? 

Tidakkah ada perasaan keinsafan dan belas ihsan dalam diri apabila melihat negara dalam keadaan begini. Percayalah bahawa orangramai semakin jelik dan meluat melihat telatah pemimpin politik demi pemimpin politik mengeluarkan kenyataan bohong bagi menutup bangkai gajah ini. Kalau kita pergi ke Mekah seminggu sekalipun dosa kita tidak akan terhapus dengan sebegitu mudah.

Ada pihak yang berpandangan bahawa skandal 1MDB ini tidak akan ada kesudahannya kerana PM terlalu kuat pengaruhnya hinggakan Presiden OBAMA sendiri akan menggunakan kuasa veto presiden untuk menghentikan siasatan pihak FBI ke atas kes MONEY LAUNDERING di Amerika. Nonsense !!! Kononnya pihak FBI terpaksa menunggu Presiden Obama mengakhiri tempoh jawatan presidennya pada bulan september depan. Nonsense!!! FBI tetap FBI. Pandai, pandai tupai melompat....

Kepada teman2 saya di dalam media arus perdana saya doakan agar datuk/dato semua dikurniakan Allah SWT kesedaran diri serta dibekalkan kekuatan untuk berani berkata benar. Aamiin. Jangan bertindak berpaksikan sesuatu ideologi yang jelas menyimpang dan sempit. Terimalah hakikat bahawa negara sedang dilanda krisis kepercayaan orangramai akibat perbuatan rasuah dan penyelewengan pemimpin tertinggi kita sendiri. Selagi pemimpin terbabit tidak berani berterus terang maka krisis ini akan berlarutan. Ia tidak ada kena mengena dengan ISIS!!! 

Elakkanlah taktik melaga-lagakan orang Melayu dengan orang Cina. Isu penyelewengan 1MDB ini tidak ada kena mengena dengan cubaan kaum Cina nak memalukan pemimpin Melayu. Majoriti orang Melayu sendiri mahukan penjelasan ikhlas dari pemimpin yang bertanggungjawab. Hentikanlah usaha jahat nak "membeli kesetiaan" akhbar SINAR tu. ...dan kita akan tengok dalam masa terdekat ini samada penyakit BODEK ini akan turut dijangkiti oleh FREE MALAYSIA TODAY

Kepada orangramai saya merayu agar tidak terpengaruh dengan pelbagai cerita2 yang menyentuh peribadi pegawai2 tinggi SPRM yang bakal ditonjolkan oleh agen2 jahat tersebut bagi mengalihkan tumpuan. Ia ditimbulkan dengan niat MENGALIH TUMPUAN dan untuk melaga-lagakan pegawai SPRM. Taktik hina ini hanya layak digunakan oleh manusia yang PENGECUT. 

Agen-agen yang mabuk kuasa dan arak serta "giler"duit ini akan terus bertindak untuk menghakiskan kredibiliti SPRM dengan pelbagai cerita dengan harapan orangramai akan meragui keikhlasan agensi ini. Jangan bimbang RAKYAT BUKAN BODOH.  Agen-agen jahat ini sedia mempunyai KECACATAN pada imej dan diri masing-masing. Yang menghairankan saya ialah ada di kalangan PEMBODEK ini pada suatu ketika dulu pernah mendabik dada lantang mengkritik amalan rasuah dan penyelewengan!!! Tetapi dalam sekelip mata buat U-turn 180 darjah. 

Kepada semua pegawai SPRM saya menyeru supaya jangan sekali-kali takut dengan gertakan/ugutan sesiapapun. Pertahankan kesucian peranan dan tanggungjawab agensi. Jalankan kerja dengan niat yang ikhlas demi kepentingan negara. Contohilah integriti agensi anti rasuah negara jiran kita, Indonesia. Para pegawai KOMISI PEMBERANTASAN KORUPSI di negara tersebut berani dan telus bertindak tanpa memilih bulu. Orangramai dapat merasakan betapa ikhlas SPRM memainkan peranannya untuk menyingkap segala salahlaku oleh pemimpin2 negara. Just carry on with your tasks without fear or favour......rakyat tahu menilai di antara yang baik dengan yang buruk!!!. KIPIDAP DONGIBAB!!!

Bagi diri saya, in syaa allah, saya yakin bahawa tindakan saya ini tidak menyalahi mana2 undang-undang negara. Sebagai seorang pegawai polis saya telah mengangkat sumpah untuk menjalankan kewajipan saya dengan sebaik2nya bagi memenuhi kehendak Akta Polis. 

Peranan dan fungsi utama saya adalah untuk mengesan dan mencegah jenayah. Undang-undang itu sendiri mengatakan bahawa seseorang itu tidak boleh menyembunyikan sebarang maklumat mengenai perlakuan jenayah. 

Jika KPN mendapat arahan dari langit Putrajaya untuk menangkap saya maka saya redha. Hati ini semakin redha apabila mengenangkan Hari Polis 25 Mac depan semakin hampir. Masih kuat lagi semangat di dalam hati ini untuk menyanyikan lagu POLIS SEDIA BERKHIDMAT. Sewaktu dalam lokap nanti saya akan kumandangkan lagu keramat ini.

Semua manusia mempunyai harga untuk dibeli dan dikompromi. Begitulah kata orang tua-tua dulu. Harga bagi diri saya ialah........mengaku sajalah dan bertaubat. 

Sudahlah tu.....

Salam hormat dan GONGXI FA CAI

ABDUL HAMID BADOR

1 Feb 2016

p/s 

Datuk Hamid Bador ialah bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis Di-Raja Malaysia yang 'ditamatkan perkhidmatan' dan ditukar ke Jabatan Perdana Menterisecara tergesa-gesa ketika skandal 1MDB meletus.  

Monday, February 1, 2016

Kisah benar Malam ini. MB Kedah berhimpun di Padang!!!

Jadual program malam ni

6ptg Ketibaan para penyokong

6.30ptg Kelab2 penyokong memulakan chanting

7.30mlm Solat Maghrib

7.45mlm Welcoming chanting

8mlm Pintu Astaka mula dibuka

8.15mlm Ketibaan Pak Tam

8.20mlm Ketibaan MB

-Diarak dr jalan besar menuju ke pintu Astaka.
-Masuk ke stadium & naik tangga ke Aras 1.

8.40 Meet & greet players di padang.MB diiringi Pak Tam turun ke padang.

8.45 Dijangka sepak mula

9.30 Break

-MB diiringi Pak Tam turun ke padang.
-Ucapan Pak Tam
-Ucapan MB
Naik semula ke Aras 1

10.30 Perlawanan di jangka tamat

10.45 MB meninggalkan stadium

-Tamat-

Thursday, January 28, 2016

Sedutan dialog Filem Tiga Abdul karya Allayarham P. Ramlee:

Dialog filem Dua Abdul:

Bapa Mertua: "Kalau anakanda terima wang itu, anakanda akan dihukum kerana menerima rasuah".

Menantu: "Bagaimana pulak jikalau ayahanda yang terima wang itu?"

Bapa Mertua: "Heh heh heh..., jika ayahanda yang terima wang itu, tak salah, itu dikira derma. Ayahanda gunakan sikit saja, baki yang banyak ayahanda tak gunakan dan akan pulangkan balik kepada penderma itu. Tak salah 'kan?"

Menantu: "Kepala otak ayahanda memang bijak. Otak penipu No. 1, kah kah kah...!"

P Ramlee tau awai lagi.. 😆

Tuesday, January 26, 2016

Jauhari Mengenal Manikam. Maniam Menguruskan Tabung Haji.

Beberapa hari ni viral di media sosial surat Gebenor BNM kepada Pengerusi Tabung Haji. Isi kandungan surat tu seolah olah menegur KEMEROSOTAN MENDADAK RIZAB Tabung Haji dari RM2.5 BILLION pada tahun 2013 ke NEGATIF RM300 JUTA pada tahun 2014. Yang menurut BNM berpunca dari amalan pembayaran dividen yang TIDAK BERHEMAH. Membayar lebih dari kadar keuntungan nya. Dan BNM juga mempersoalkan keupayaan TH tanpa rezab yang mencukupi untuk menghadapi tekanan kejatuhan nilai pelaburan nya akibat kegawatan ekonomi semasa. Selain dari itu BNM juga menasihati TH supaya tidak mengambil langkah jangkapendek yang merugikan dengan menjual aset aset strategik semata mata untuk menunjukan keuntungan berlebihan kepada para pelabur nya dan jika berlaku pengeluaran besar besaran oleh pendeposit yang melebihi aliran tunai TH.

Itu ringkasan kandungan surat BNM kepada Pengerusi Tabung Haji Dato Seri Abdul Azeez Rahim. Persoalan yang berlegar di kotak pemikiran BO sekarang ni. Sebagai bekas TUKANG TARIK KERETA, si Azeez tu faham ke maksud surat Tan Sri Zeti tu?. Atau bagi dia bahasa yang Zeti gunakan tu macam bahasa MAKHLUK ASING (Alien)...haha.

PS..BO jugak post kan di sini Penyata Kewangan Tabung Haji untuk tahun kewangan 2014 yang menunjukan kemerosotan rizab nya.

Sunday, January 24, 2016

Game Pahlawan Bugis berlima belajar Silat???

Game dia macam ini. Mula-mula Pahlawan bugis berlima belajar silat. Mereka berguru dengan pahlawan ternama dari negara Pulau Berdengung.

Maka di pangilnya memanda-memandanya untuk berbincang bagaimana untuk mengelak dari serangan bertali arus.

Maka mulalah langkah pertama bunga silat digunakan. Maka berpantunlah sang purbawala dengan senyum sinisnya. Sambil menjeling sebagai seorang Pahlawan yang berjuang. Katanya " Kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai yang tak rata ". Nampak dah sumbangnya.

Sekonyong konyong datang batu jembala menengek dibahu Pahlawan  Sang Purbawala. Amat terperanjat sambil mencari jurus mana yang mahu di gunakannya.

Sambil mengelap peluh dimulutnya. Maka terpacullah mengatakan beliau memang kayaraya. Hasil dari kemakmuran negaranya dan rakyat jelata yang bertungkus lumus membanting tulang. Hasil cukai amat lumayan. Zaman dulu-dulu tak ada gst. Meniaga tak ada untung. Sebab modal pun pinjam.

Semakin hari bertambah teruk batujembala menengek bukan takat duduk di bahu dah mula naik ke kepala.

Maka dengan kudrat yang berkurangan. Maka dikumpulkan kekuatan dengan membuka langkah seribu. Tak cukup pintu depan pintu belakang juga digunakkan. Maka mulalah terjenguk-jengok kot-kot ada lagi batujembala mengikutnya lagi.

Malang sungguh nasib Sang Purbawala. Sana sini jurusnya tidak menjadi. Nasib masih menyebelahinya. Masih ada sedikit ruang untuk mengelak. Maka dielaknya dengan satu sangah yang hampir mengenainya jika dibiarkan bisa bikin lumpuh atau mati terus dengan pukulan hadapan yang tepat ke atas kepalanya.

Maka sekonyong-kong keluar dari pemikirannya untuk membuat serangan balas dengan bantuan sahabat-sahabatnya. Maka serangan tersebut dapat dihentikan seketika. Kerana buah-buah ranum berjaya dimasukkan dalam raganya.

Lalu sekonyong-konyong serangan pertama dilancarkan dengan pukulan kuasa super power. Terhenti seketika jurus musuh kepadanya.

Jurus kedua digunakan lagi dengan bantuan sahabatnya. Apabila disuluh dengan kuasa Power, tergolek sahabat-sahabat sendiri dipukul curi. Akhirnya diakui bahawa tersalah sasaran memang terpukul sahabat sendiri.

Masuklah jurus ketiga musuh memukul dengan terangan. Habis calar balar segala parut dicelah kuku tersembul.

Di Wartakan Maharaja mula terhidu bau-bauan yang kurang enak dari Pahlawan Sang Purbawala tersebut. Lalu di sapanya. Adakah anda sihat?

Bertambah bimbangnya kerana semua Maharaja mula menghidu bau-bauan tersebut.

Mohon Maharaja bersidang dengan nasihat dan mesyuarat mufakat membawa berkat. Bimbang yang dikendong keciciran yang dikejar tak dapat.

Rakyat jelata mengadukan perihal langkah Pahlawan Purbawala yang sumbang dan kecundang.

Sekarang dicubanya dengan jurus ke empat untuk melengahkan serangan musuh dengan mengunakan segala muslihat dengan Power Super Hero. Berdentum Pintu mahligai ditutup tanpa dibenar menghadap.

Sekarang berlawan masuk gelangang antara hidup dan mati, hanya tinggal satu gelanggang yang bakal mencorakkan kain hitam menjadi seadanya. Kerana kain putih telah lama terhitam.

Maka berbicaralah memanda-memandai menyelinap masuk ke dalam rumah Puspa Wangi.

Puspa Wangi: Kanda, bolehkah dinda bertanya tentang undang-undang negeri di sini?

Datuk Nikah Kahwin: (mengangguk) Boleh, apa salahnya...undang-undang apa dinda?

Puspa Wangi: Salah atau tidak jikalau seorang lelaki, masuk di rumah seorang perempuan, semasa suaminya tak ada di rumah?

Datuk Nikah Kahwin: Hoi, itu salah besar… salah besar.

Puspa Wangi: (Menuding jari) kalau begitu, kanda ni kan salahlah.

Datuk Nikah Kahwin: Eh salah jugaklah. Tapi itu tak jadi apa, sebab… undang-undang dalam ini negeri kanda yang bikin. Itu semua boleh padam.

Yang Benar.

The End ( TAMAT )

Pstt - Cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Jika ada persamaan hanyalah kebetulan.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat