TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, January 20, 2016

Kenyataan Menteri Besar Kedah.

KENYATAAN AKHBAR

Saya mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh sebahagian daripada kepimpinan UMNO Negeri yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, YB Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Alor Setar petang tadi.

Kedudukan saya sebagai Menteri Besar adalah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan juga atas perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah setelah dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri.

Saya menyerah kepada Rakyat jelata untuk menilai prestasi dan keberkesanan kerja buat saya bersama kepimpinan parti seluruh negeri sejak hari pertama Barisan Nasional kembali mentadbir Kerajaan Negeri Kedah pada pilihanraya umum ke13.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, saya memegang amanah untuk berkhidmat dengan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Rakyat dan pengundi jua yang akan menilai kemampuan pentadbiran saya.

DATO’ SERI HJ MUKHRIZ TUN MAHATHIR

Alor Setar
20 Januari 2016

TPPA ditandatanggani bulan MAC 2016!!! Detik sejarah bermula?

TPP di jangkakan akan ditandatanggani pada bulan Mac. Bila Penerangan atau soal jawab mengatakan tidak melibatkan Perlembagaan atau peraturan.

Mohon pencerahan hak-hak pekerja ada ke dalam perlembagaan negara?

Jika undang-undang kesatuan digubal atau boleh dipinda oleh kerana syarat untuk menyertai TPP. Percaya atau tidak satu masa nanti perkara ini akan berjangkit kepada peraturan atau Perlembagaan negara yang lain?

Aku dah nampak ada benda masuk!!! Terpulang kepada kecekapan pemimpin melayu dalam game yang licik ini.

Sekadar ingatkan sahaja!!!

Kot-kot macam gst tppani???

#takcayasudah

Monday, January 18, 2016

Ancaman IS.

Semua orang bukan Islam dianggap kafir harbi dan wajib diperangi.

Pihak Polis dan kerajaan boleh dibunuh dan harta mereka boleh dirampas. Menolak Ijmak dan qias sebagai sumber hukum syarak.

Golongan Syiah dianggap kafir dan musyrik. Demokrasi dan perlembagaan dianggap Syirik dan wajib diperangi.

Ancaman kepada umat Islam dari sudut Akidah. Pemikiran mengkafir sesama Islam. Berhasrat meruntuhkan Kaabah. Menyokong kebangkitan Islam Liberal. Mencemar Imej Islam.

IS Merupakan Negara Islam State. Merupakan satu kumpulan militan atau pengganas yang diketuai oleh Abu Bakar Al-Baghdadi.

Ajinda mereka menubuhkan Khalifah Islamiyah dan Daulah Islamiyah mengikut acuan mereka dengan memilih Iraq dan Syria sebagai tapak gerakan mereka.

Friday, January 15, 2016

Dua anggota tentera tembak penyeludup di bebaskan.

GENTING HIGHLANDS - Dua anggota tentera yang ditahan polis berhubung insiden tembak seorang suspek yang dipercayai terbabit dengan kes penyeludupan di Pasir Mas, Kelantan pada 7 Januari lepas, dibebaskan hari ini.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Zulkifeli Md Zin berkata, dua anggota berkenaan sebelum ini ditahan hanya untuk membantu siasatan polis.

"Hari ini, kedua-dua mereka telah dibebaskan di bawah jaminan polis," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas Program Hala Tuju Kementerian Pertahanan 2016 di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dalam kejadian 7 Januari lepas, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an maut selepas terkena tembakan anggota tentera yang bertugas di sebuah pos kawalan di Rantau Panjang, Pasir Mas.

Anggota tentera itu melepaskan tembakan setelah van yang membawa lelaki itu, tidak berhenti di pos kawalan untuk pemeriksaan.

Tembakan itu dikatakan terkena lelaki itu yang duduk di kerusi penumpang hadapan.

Zulkifeli berkata, anggotanya bertindak melepaskan tembakan dalam kejadian itu semata-mata sebagai langkah pencegahan.

"Saya melihat perkara ini sebagai satu insiden yang tidak boleh dielak. Kejadian adalah di mana sebuah kenderaan cuba merempuh sekatan di kawasan operasi berdekatan dengan sempadan antarabangsa. Kalau rempuh sekatan maka sudah tentu ada niat yang tidak baik," katanya.

Beliau berkata, sebelum ini banyak kes dilaporkan berlaku di sempadan negara termasuk di Kelantan.

"Apa jadi kalau kenderaan itu membawa dadah, senjata api, pendatang haram, pengganas dan lain-lain. Tindakan untuk (tembak) diambil dalam waktu singkat selepas kenderaan itu merempuh sekatan," katanya.

Katanya pucuk kepimpinan ATM akan membela nasib setiap anggota yang menjalankan tugas dengan betul. - Bernama

China mencetuskan situasi tegang di kawasan maritim.

Walaupun Fiery Cross Reef terletak di luar kawasan maritim Malaysia di Laut China Selatan, Kuala Lumpur tetap berpendirian penerbangan ujian dan pendaratan pesawat China di situ telah mencetuskan situasi yang meningkatkan ketegangan di kawa­san maritim tersebut.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menegaskan, provokasi China itu menyebabkan usaha-usaha untuk menyelesaikan tuntutan bertindih di antara Vietnam, Filipina dan China menjadi semakin sukar ke­rana ‘kepercayaan dan keyakinan’ yang semakin menipis dalam kala­ngan mereka.

Dalam hal ini, kata beliau, Wisma Putra maklum laporan media serantau dan antarabangsa berhubung perkembangan semasa di Laut China Selatan termasuklah penerba­ngan ujian dan pendaratan pesawat awam oleh China di Fiery Cross Reef pada 2 dan 6 Januari lalu.

“Pada ketika ini amat penting untuk semua pihak berpegang kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (United Nations - Convention on the Law of the Sea 1982 – UNCLOS 1982) serta prinsip dan semangat Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea).

“Semua pihak juga mesti berusaha untuk meningkatkan persefa­haman yang boleh mengelakkan se­barang aktiviti yang boleh me­ningkatkan ketegangan.

“Pada masa sama, semua pihak perlu terus komited dalam mereali­sasikan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (Code of Conduct in the South China Sea),” kata beliau kepada Utusan Malaysia, hari ini.

Pegawai Kementerian Luar China hujung minggu lalu mengesahkan satu penerbangan ujian oleh pesawat awam telah mendarat di pulau buatan di Kepulauan Spratly menggunakan landasan di pulau itu buat pertama kali.

Landasan yang dibina di Terumbu Fiery Cross itu adalah sepanjang 3,000 meter dan merupakan satu daripada tiga landasan di pulau buatan itu yang dibina daripada gabu­ngan tujuh terumbu di Kepulauan Spratly.

Berikutan itu, Vietnam membuat bantahan rasmi yang disusuli Filipina, ditambah pula landasan berkenaan berkemampuan membolehkan pendaratan pesawat pengebom dan pesawat pengangkut, selain jet pejuang.

Di Washington, jurucakap Ja­ba­tan Negara Amerika Syarikat (AS), John Kirby berkata, pendaratan pesawat China itu meningkatkan kete­gangan dan mengancam kestabilan di rantau berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Dewan Senat AS, Senator John McCain turut mengkritik pentadbiran Presiden Barack Obama kerana menangguhkan rondaan ‘laluan kebebasan’ dalam jarak 12 batu nautika dari pulau buatan terbabit.

China mula membina pulau tersebut sejak tahun lalu dan pendaratan pesawat itu bukan perkara mengejutkan. SUMBER: Utusan

Thursday, January 14, 2016

Mengapa kita perlu berhutang dengan bank dunia???

Mengapa kita boleh buat pinjaman dengan bank dunia dengan faedah 6% ? Agak kurang pandailah kalau buat pinjaman dengan bank dunia faedah sebesar itu!!! Kita pinjam dengan jumlah yang besar billion bukan juta-juta.

Zaman Tun M bank dunia dan IMF menawarkan pinjaman kewangan untuk Malaysia. Tetapi Malaysia tidak berminat dengan pinjaman tersebut.

Sebab ketika itu Malaysia boleh membayar hutangnya tetapi Malaysia tidak melakukannya. Ketika itu rizeb simpanan Malaysia cukup besar untuk menampung hutang negara. Ketika itu zaman Tun M.

Tetapi apa yang berlaku selepas era kegemilangan Malaysia. Tun M membangunkan negara tanpa membebankan rakyat dengan pelbagai cukai.

Bukanlah nak puji sangan Tun M. Tetapi itulah kebenaran yang saya kena akui.

Rakyat nak hidup tanpa GST??? Tanpa TPPA??? Tanpa pemimpin yang membebankan negara dengan hutang!!!

Saturday, January 9, 2016

Malaysia merupakan satunya negara diberi klausa keluar dari Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik ( TPPA )

Malaysia merupakan satu-satunya negara yang diberi klausa pilih keluar dalam satu surat sampingan kepada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Ketua Pakar Ekonomi Asian Development Bank, Jayant Menon.

"Ini sebenarnya membolehkan Malaysia menarik diri daripada TPPA walaupun tanpa cuba untuk meratifikasikannya di Parlimen. Tiada negara yang terlibat TPPA lain boleh melakukannya.

"Bagaimana Malaysia mampu memperolehnya, saya tidak tahu tetapi, saya fikir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed merupakan seorang perunding yang hebat," katanya pada Forum Ekonomi ASEAN di ibunegara semalam.

Beliau berkata Malaysia mungkin negara paling berjaya dalam memperoleh pengecualian dalam banyak aspek sensitif, termasuk perkara seperti perolehan kerajaan, pembaharuan perusahaan negara atau syarikat berkaitan kerajaan dan perlindungan dalam sesetengah bidang pembaharuan harta intelek.

"Dengan begitu banyak pengecualian, kemungkinan tiada masalah untuk Malaysia menyertai TPPA akhirnya," katanya.

Bagaimanapun Jayant berpendapat, TPPA itu sendiri mungkin tidak menjadi realiti jika ia tidak diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat.

"Tiada jaminan ia akan direalisasikan. Republikan perlu disokong dalam jumlah yang besar memandangkan Demokrat telah menentangnya.

"Politik memainkan peranan besar ketika ini. Tiada jaminan TPPA akan mudah diluluskan Kongres. Kita hanya perlu tunggu dan lihat," katanya.

Jayant berucap sebagai anggota panel pada forum itu mengenai struktur perdagangan serantau yang semakin berkembang dan reaksi pasaran terhadapnya.

Mengenai Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), beliau bersetuju dengan Deklarasi Kuala Lumpur yang menyatakan ia bukan satu destinasi namun satu perjalanan, dan jangkaan yang adil terhadap penyempurnaan pelaksanaan AEC sepatutnya pada 2025.

Beliau berkata berdasarkan kajian terbaru, lebih banyak aktiviti dan program kesedaran mengenai AEC perlu dijalankan untuk meningkatkan profilnya.

Mengenai tonggak keempat AEC iaitu penyepaduan ke dalam ekonomi global, Jayant berkata ia menjadi bidang kejayaan ASEAN.

"ASEAN mampu menggunakan fahaman serantau untuk benar-benar mempromosi globalisasi.

"ASEAN sentiasa membuka pintunya. Perdagangan dalam negara ASEAN kian berkembang malah akan lebih berkembang dengan AEC," katanya.

- Bernama

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat