TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, January 15, 2016

Dua anggota tentera tembak penyeludup di bebaskan.

GENTING HIGHLANDS - Dua anggota tentera yang ditahan polis berhubung insiden tembak seorang suspek yang dipercayai terbabit dengan kes penyeludupan di Pasir Mas, Kelantan pada 7 Januari lepas, dibebaskan hari ini.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Zulkifeli Md Zin berkata, dua anggota berkenaan sebelum ini ditahan hanya untuk membantu siasatan polis.

"Hari ini, kedua-dua mereka telah dibebaskan di bawah jaminan polis," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas Program Hala Tuju Kementerian Pertahanan 2016 di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dalam kejadian 7 Januari lepas, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an maut selepas terkena tembakan anggota tentera yang bertugas di sebuah pos kawalan di Rantau Panjang, Pasir Mas.

Anggota tentera itu melepaskan tembakan setelah van yang membawa lelaki itu, tidak berhenti di pos kawalan untuk pemeriksaan.

Tembakan itu dikatakan terkena lelaki itu yang duduk di kerusi penumpang hadapan.

Zulkifeli berkata, anggotanya bertindak melepaskan tembakan dalam kejadian itu semata-mata sebagai langkah pencegahan.

"Saya melihat perkara ini sebagai satu insiden yang tidak boleh dielak. Kejadian adalah di mana sebuah kenderaan cuba merempuh sekatan di kawasan operasi berdekatan dengan sempadan antarabangsa. Kalau rempuh sekatan maka sudah tentu ada niat yang tidak baik," katanya.

Beliau berkata, sebelum ini banyak kes dilaporkan berlaku di sempadan negara termasuk di Kelantan.

"Apa jadi kalau kenderaan itu membawa dadah, senjata api, pendatang haram, pengganas dan lain-lain. Tindakan untuk (tembak) diambil dalam waktu singkat selepas kenderaan itu merempuh sekatan," katanya.

Katanya pucuk kepimpinan ATM akan membela nasib setiap anggota yang menjalankan tugas dengan betul. - Bernama

China mencetuskan situasi tegang di kawasan maritim.

Walaupun Fiery Cross Reef terletak di luar kawasan maritim Malaysia di Laut China Selatan, Kuala Lumpur tetap berpendirian penerbangan ujian dan pendaratan pesawat China di situ telah mencetuskan situasi yang meningkatkan ketegangan di kawa­san maritim tersebut.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menegaskan, provokasi China itu menyebabkan usaha-usaha untuk menyelesaikan tuntutan bertindih di antara Vietnam, Filipina dan China menjadi semakin sukar ke­rana ‘kepercayaan dan keyakinan’ yang semakin menipis dalam kala­ngan mereka.

Dalam hal ini, kata beliau, Wisma Putra maklum laporan media serantau dan antarabangsa berhubung perkembangan semasa di Laut China Selatan termasuklah penerba­ngan ujian dan pendaratan pesawat awam oleh China di Fiery Cross Reef pada 2 dan 6 Januari lalu.

“Pada ketika ini amat penting untuk semua pihak berpegang kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (United Nations - Convention on the Law of the Sea 1982 – UNCLOS 1982) serta prinsip dan semangat Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea).

“Semua pihak juga mesti berusaha untuk meningkatkan persefa­haman yang boleh mengelakkan se­barang aktiviti yang boleh me­ningkatkan ketegangan.

“Pada masa sama, semua pihak perlu terus komited dalam mereali­sasikan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (Code of Conduct in the South China Sea),” kata beliau kepada Utusan Malaysia, hari ini.

Pegawai Kementerian Luar China hujung minggu lalu mengesahkan satu penerbangan ujian oleh pesawat awam telah mendarat di pulau buatan di Kepulauan Spratly menggunakan landasan di pulau itu buat pertama kali.

Landasan yang dibina di Terumbu Fiery Cross itu adalah sepanjang 3,000 meter dan merupakan satu daripada tiga landasan di pulau buatan itu yang dibina daripada gabu­ngan tujuh terumbu di Kepulauan Spratly.

Berikutan itu, Vietnam membuat bantahan rasmi yang disusuli Filipina, ditambah pula landasan berkenaan berkemampuan membolehkan pendaratan pesawat pengebom dan pesawat pengangkut, selain jet pejuang.

Di Washington, jurucakap Ja­ba­tan Negara Amerika Syarikat (AS), John Kirby berkata, pendaratan pesawat China itu meningkatkan kete­gangan dan mengancam kestabilan di rantau berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Dewan Senat AS, Senator John McCain turut mengkritik pentadbiran Presiden Barack Obama kerana menangguhkan rondaan ‘laluan kebebasan’ dalam jarak 12 batu nautika dari pulau buatan terbabit.

China mula membina pulau tersebut sejak tahun lalu dan pendaratan pesawat itu bukan perkara mengejutkan. SUMBER: Utusan

Thursday, January 14, 2016

Mengapa kita perlu berhutang dengan bank dunia???

Mengapa kita boleh buat pinjaman dengan bank dunia dengan faedah 6% ? Agak kurang pandailah kalau buat pinjaman dengan bank dunia faedah sebesar itu!!! Kita pinjam dengan jumlah yang besar billion bukan juta-juta.

Zaman Tun M bank dunia dan IMF menawarkan pinjaman kewangan untuk Malaysia. Tetapi Malaysia tidak berminat dengan pinjaman tersebut.

Sebab ketika itu Malaysia boleh membayar hutangnya tetapi Malaysia tidak melakukannya. Ketika itu rizeb simpanan Malaysia cukup besar untuk menampung hutang negara. Ketika itu zaman Tun M.

Tetapi apa yang berlaku selepas era kegemilangan Malaysia. Tun M membangunkan negara tanpa membebankan rakyat dengan pelbagai cukai.

Bukanlah nak puji sangan Tun M. Tetapi itulah kebenaran yang saya kena akui.

Rakyat nak hidup tanpa GST??? Tanpa TPPA??? Tanpa pemimpin yang membebankan negara dengan hutang!!!

Saturday, January 9, 2016

Malaysia merupakan satunya negara diberi klausa keluar dari Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik ( TPPA )

Malaysia merupakan satu-satunya negara yang diberi klausa pilih keluar dalam satu surat sampingan kepada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Ketua Pakar Ekonomi Asian Development Bank, Jayant Menon.

"Ini sebenarnya membolehkan Malaysia menarik diri daripada TPPA walaupun tanpa cuba untuk meratifikasikannya di Parlimen. Tiada negara yang terlibat TPPA lain boleh melakukannya.

"Bagaimana Malaysia mampu memperolehnya, saya tidak tahu tetapi, saya fikir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed merupakan seorang perunding yang hebat," katanya pada Forum Ekonomi ASEAN di ibunegara semalam.

Beliau berkata Malaysia mungkin negara paling berjaya dalam memperoleh pengecualian dalam banyak aspek sensitif, termasuk perkara seperti perolehan kerajaan, pembaharuan perusahaan negara atau syarikat berkaitan kerajaan dan perlindungan dalam sesetengah bidang pembaharuan harta intelek.

"Dengan begitu banyak pengecualian, kemungkinan tiada masalah untuk Malaysia menyertai TPPA akhirnya," katanya.

Bagaimanapun Jayant berpendapat, TPPA itu sendiri mungkin tidak menjadi realiti jika ia tidak diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat.

"Tiada jaminan ia akan direalisasikan. Republikan perlu disokong dalam jumlah yang besar memandangkan Demokrat telah menentangnya.

"Politik memainkan peranan besar ketika ini. Tiada jaminan TPPA akan mudah diluluskan Kongres. Kita hanya perlu tunggu dan lihat," katanya.

Jayant berucap sebagai anggota panel pada forum itu mengenai struktur perdagangan serantau yang semakin berkembang dan reaksi pasaran terhadapnya.

Mengenai Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), beliau bersetuju dengan Deklarasi Kuala Lumpur yang menyatakan ia bukan satu destinasi namun satu perjalanan, dan jangkaan yang adil terhadap penyempurnaan pelaksanaan AEC sepatutnya pada 2025.

Beliau berkata berdasarkan kajian terbaru, lebih banyak aktiviti dan program kesedaran mengenai AEC perlu dijalankan untuk meningkatkan profilnya.

Mengenai tonggak keempat AEC iaitu penyepaduan ke dalam ekonomi global, Jayant berkata ia menjadi bidang kejayaan ASEAN.

"ASEAN mampu menggunakan fahaman serantau untuk benar-benar mempromosi globalisasi.

"ASEAN sentiasa membuka pintunya. Perdagangan dalam negara ASEAN kian berkembang malah akan lebih berkembang dengan AEC," katanya.

- Bernama

Mahathir melalui idea bernas ujudnya gergasi kewangan baru BRICS???

Idea berhantu Mahathir mimpi ngeri IMF dan Bank Dunia bakal memusnahkan ekonomi USA dan ISRAEL serta Bank-bank lintah darat Barat.

Kebijaksanaan Mahathir bekas Perdana Menteri Malaysia 1981-2003 menangani krisis kewangan dunia 1997-1998 telah menarik minat banyak negara didunia terutama Russia China Argentina dan Afrika Selatan.

Melalui idea yang bernas Mahathir maka ujudnya gergasi kewangan baru BRICS. Mahathir telah menolak pinjaman lintah darat IMF, rancangan penggunaan dinar emas menggantikan dollar Usd, barter trade, kawalan faedah bank dan lain-lain dapat mengelakkan sesebuah Negara dari serangan spekulator kewangan Zionist, bankster, golongan elit, Oligarki dan perbankkan global yang koroupsi dalam permainan matawang dollar Usd contohnya George Soros. Idea global ekonomi ini sangat menarik dan praktikal.

Pada tahun 2011 idea Mahathir ini cuba dipraktikkan oleh Gaddafi Libya. Gaddafi mula menggunakan dinar emas menggantikan dollar Usd dalam urusniaga minyak Libya. Plan Gaddafi ini mendapat sokongan negara Arab Russia Iran dan China. Ini akan memusnahkan lintah darat bank-bank barat, IMF dan bank Dunia yang ditaja oleh USA dan ISRAEL.

USA telah mengupah pemberontak regime Libya didalangi Al-Qaeda disokong oleh NATO memusnahkan Gaddafi Libya. Ini sahaja jalan untuk menyelamatkan matawang dollar Usd dan bank-bank barat.

Kemunculan BRICS 26 March 2013 pakatan Russia China Brazil India dan Afrika Selatan, bakal memusnahkan dollar Usd, IMF dan bank-bank lintah darat barat. BRICS banyak persamaan dari idea yang dicetuskan Mahathir. Ini mendatangkan masalah besar kepada USA dan ISRAEL kerana Ahli BRICS ini kuasa besar yang lebih kuat dari USA dari segi keselamatan dan ketenteraan.

Langkah-langkah BRICS
1- Membuka BRICS bank sama seperti IMF dan Bank dunia. Kadar feadah pinjaman 0.6%-2% jauh lebih rendah dari IMF dan Bank Dunia.

2-Kerjasama teknologi ketenteraan Russia dan China memusnahkan industri perniagaan ketenteraan USA.

3-Anggota BRRICS boleh menggunakan matawang masing-masing untuk urusan perniagaan global seluruh dunia. Matawang dollar Usd tidak digunakan lagi sebagai pengantaraan.

4-Rizab emas ditingkatkan oleh anggota BRICS. Contohnya Russia telah membeli jongkong emas 283 tan berjumlah $ 11,000,000,000. Ini bertujuan apabila perbelanjaan USA, Jepun dan Eropah melebihi pendapatan pada 2016-2017 kadar inflasi meningkat dollar Usd lemah akibat persaingan BRICS. Waktu itu harga emas akan melambung naik.

5- Rizab persekutuan BRICS tidak menaikkan kadar feadah. Ini memberi tekanan dan kesan buruk pada dollar Usd. Amerika dan ISRAEL akan menuju bangkrupsi.

6- Rancangan barter trade emas dan bukan wang dollar Usd dari anggota BRICS.

7- Kerjasama anggota BRICS bukan monopoli seperti TPPA. Kerjasama pelbagai bidang kewangan, ekonomi, inovasi, sainis, teknologi, it, pertanian, kesihatan, pendidikan dan kebudayaan. Diplomasi baik BRICS dan kerjasama tidak ada sesiapa yang boleh memaksa menetapkan kepada sesiapa atau mengenakan kehendak mereka. Tidak seperti TPPA di taja Zionist perniagaan paksa menetapkan undang-undang mengikut selera Zionis merugikan negara yang menyertai TPPA.

8-Pasaran saham sering turun naik tidak setabil. Rizab jongkong emas anggota BRICS lebih setabil ini akan melonjakkan ekonomi anggota BRICS 2017, memusnahkan IMF dan Bank Dunia di monopoli oleh Zionist.- Michael Hartnett ketua strategi pelaburan Uerrill Lynch.

9- Pentingnya menolak TPPA dan menyertai BRICS. Jangan beri sebarang business kepada penjenayah USA dan ISRAEL. Apabila mereka sudah bangkrup dollar Usd jatuh teruk mereka tidak ada wang untuk menaja jenayah dan menyerang negara orang di dunia. USA dan ISRAEL akan duduk diam apabila mereka sudah miskin.

Thursday, January 7, 2016

Skuadron 501, Tangkas Dan Berbisa!!!

Helikopter Super Lynx Mk 100 merupakan helikopter barisan hadapan TLDM dalam operasi penerbangan maritim dan juga operasi penerbangan yang lain.

Helikopter ini mampu melaksanakan serangan atas permukaan secara solo atau berkumpulan.

Selain itu, helikopter ini juga memainkan peranan penting dalam menggerakkan operasi khas yang melibatkan aset penting TLDM.

Terlibat juga membantu penyusupan masuk PASKAL ke kawasan daratan atau kapal musuh.

Sesuai dengan moto skuadron, Tangkas Dan Berbisa, 501 Skuadron berkemampuan untuk melaksanakan tugas-tugas peperangan 3-dimensi di kawasan  maritim seperti peperangan atas permukaan, peperangan bawah permukaan dan peperangan elektronik.

Super Lynx juga berperanan sebagai penyerang dan pengganda kuasa kepada kapal-kapal dan unit TLDM.

Dari segi keupayaan tempur, helikopter ini dilengkapi dengan peliru berpandu Sea Skua, Torpedo A224/S, dan mesingan.

Super Lynx turut juga mempunyai keupayaan penembakan peluru berpandu Otomat dengan menggunakkan sistem TG2 dalam operasi penembakan melampaui ufuk.

Datuk Ahmad Maslan bakal digugurkan???

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Datuk Ahmad Maslan yang terus menerus dikritik bakal digugurkan sebagai Ketua Penerangan Umno.

Menurut Sumber dalaman Umno, terdapat empat nama yang disebut-sebut bakal menggantikan tempat Ahmad sebagai Ketua Penerangan Umno Malaysia yang baharu iaitu Datuk Seri Salleh Said Keruak, Tan Sri Shahrir Samad, Datuk Rahman Dahlan dan Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Sebelum ini, Ahmad dikritik selepas beliau mencadangkan supaya rakyat Malaysia menjalankan dua pekerjaan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Beliau kemudian menjelaskan bahawa cadangannya itu dalam konteks agar rakyat menjalankan pernigaan dalam talian selain pekerjaan tetap masing-masing.

Ahmad berkata beliau sendiri mempunyai tiga pekerjaan iaitu sebagai ahli Parlimen, timbalan menteri dan ketua penerangan Umno.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat