TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, August 18, 2015

Dua laras senapang di ladang sawit Sungai Tumboh.

SERI ISKANDAR – Dua lelaki ditahan selepas disyaki menyimpan dua laras senapang buatan sendiri dalam satu serbuan di sebuah pondok dalam ladang sawit di Sungai Tumboh, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, bagaimanapun dalam serbuan jam 5 pagi itu, dua lelaki berkenaan yang masing-masing berusia 26 dan 44 tahun mengakui tidak mengetahui kewujudan selaras senapang buatan sendiri
barel 12 bore dan selaras senapang angin di pondok berkenaan.

“Melalui pemeriksaan lanjut di pondok itu, kita turut menemui beberapa barangan kes lain termasuklah 101 butir peluru hidup 12 bore pelbagai jenama, satu tali pinggang peluru dan dua telefon bimbit.

“Siasatan lanjut mengenai kes ini masih dijalankan di bawah Seksyen 8 dan 8(a) Akta Senjata api 1960,” katanya.

Mohamad Fakri berkata, polis tidak menolak kemungkinan, pondok berkenaan dibina oleh peneroka di kawasan itu bagi kemudahan bekerja.

"Buat masa ini, kedua-dua suspek akan direman bagi membantu siasatan,” katanya.

20 Ahli Parlimen di Fitnah gulingkan kerajaan???

Harap TPM selaku KDN. Dapat keluarkan nama yang terlibat. Buat kenyataan akhbar.

Ini bermakna 20 Orang Ahli Parlimen tidak terlibat untuk gulingkan kerajaan.

Semua itu tuduhan liar dan berniat jahat.

Puak ni nak pakai terma "guling kerajaan" sebab hukuman "guling kerajaan" adalah melawan/derhaka kepada YDMM dan boleh di hukum mati... Memang jahat betul..

PM Najib Razak perkara ini jangan dibiarkan dan jangan di jadikan lawak jenaka.

Semoga 20 orang yang di tuduh di fitnah mendapat pembelaan sewajarnya. Nama mereka perlu dibersihkan.

Yb Hajah Normala Abdul Samad, semoga Allah melindungi Yb dan sahabat-sahabat Yb yang di Fitnah untuk gulingkan kerajaan.

Satu demi satu UMNO Bahagian bermesyuarat. Langkawi tidak terkecuali.

Sunday, August 16, 2015

UMNO Bahagian Langkawi Usul Percepatkan/Batalkan Penundaan Pemilihan Parti

UMNO Bahagian Langkawi pada Mesyuarat Agung Tahunannya semalam, Sabtu, 15 Ogos 2015, telah meluluskan usul yang mendesak agar pemilihan parti dipercepatkan agar dilangsungkan pada 2016 seperti dijadualkan pada asalnya. Usul tersebut sebagai usaha membatalkan keputusan Majlis Tertinggi UMNO (MKT) tempohari untuk menunda pemilihan tersebut selama 18 bulan ke tahun 2018 yakni selepas Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14).

Usul Politik yang dibentangkan oleh Hj Basri Hashim, AJK Bahagian Langkawi dari Cawangan Bayas pada asalnya hanyalah menyokong tanpa bebelah bagi menyokong kepimpinan parti. Kemudian apabila menyokong usul tersebut, Marwas Aziz, Setiausaha Cawangan Taman Huma telah mencadangkan penambahan kepada usul, mendesak agar pemilihan parti dipercepatkan. Desakan mempercepatkan pemilihan hujahnya adalah berniat menunjukkan keutuhan sokongan akar-umbi terhadap kepimpinan UMNO Bahagian mahupun Kebangsaan.

Walaupun pada awalnya ada pembahas yang menggesa perwakilan menolak cadangan tambahan usul tersebut, suara tersebut ternyata sumbang apabila para perwakilan berderetan untuk menyokong penambahan usul politik agar pemilihan dipercepatkan. Akhirnya, Pengerusi Tetap terpaksa menasihatkan perwakilan yang masih ingin berkongsi pendapat berkenaan usul tersebut membawa hujah mereka ke penangguhan dan usul politik diluluskan sebulat-suara dengan penambahan usul yakni agar pemilihan parti dipercepatkan.

Mesyuarat Agung Bahagian Langkawi telah dirasmikan oleh Datuk Hj Abdul Rahman Dahlan, Ahli MKT UMNO merangkap Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada sebelah pagi. Dalam ucapan perasmian, beliau telah memberi sedikit-sebanyak penerangan kedudukan kerajaan bersabit skandal 1MDB, isu derma politik RM2.6Billion serta rombakan kabinet tempohari.

Namun penjelasan beliau tidak dapat meleraikan kemusykilan perwakilan yang terus meluahkan kegusaran mereka tentang isu-isu tersebut di sesi ucapan penangguhan pada penghujung mesyuarat.

Datuk Abdul Rahman Dahlan tidak menyebut tentang apa-apa hubungan di antara pemecatan Peguam Negara, TS Abdul Gani Patail dengan usaha mengelak DS Najib dari dicaj tentang apa-apa jenayah dalam ucapannya di Langkawi.

Kubu kuat UMNO Barisan Nasional tersebut baru-baru ini dilanda kontroversi apabila klip rakaman ucapan penangguhan di Mesyuarat Agung Wanita Langkawi yang menyerang integriti Perdana Menteri dan Presiden UMNO, DS Najib menjadi viral ke seluruh negara.

Mesyuarat Agung Pemuda Langkawi pada 7 Ogos 2015 pula telah meluluskan Usul Politik yang menyarankan DS Najib bercuti rehat sementara isu-isu seperti 1MDB disiasat sehingga selesai demi kebaikan parti.

Sunday, August 16, 2015

Dah di hidu rupanya Plan C?

Dah di hidu rupanya Plan C.

Memang Bersih, Cekap, Amanah.

Dulu amalan kita.

Apa lagi PM DS Najib Razak gunakanlah kuasa yang ada untuk halang Plan C tersebut. Penyokong UMNO nak tahu juga.

Pemburu memasang jerat. Lalu berkata " aku sengaja meninggalkan jerat, nak tengok sejauh mana Pelanduk itu pergi."

Friday, August 14, 2015

Mana satu yang betul!!!

" Hendaklah kamu bercakap benar. "

" Janganlah kamu bercakap benar. "

Thursday, August 13, 2015

PENYELESAIAN MASAALAH ORANG ISLAM MALAYSOA

Assalamualaikum.  Jln penyelesaian menyeluroh yg hakiki dan muktamad ialah bila semua lelaki Melayu Islam mula memenuhi msjd 5 waktu setiap hari dan selama lamanya.

Allah ,Dia lah Penguasa ,Khaliq dan Malik, bagi 7 petala langit dan 7 lapisan bumi dan apa saja diantara  dan isinya.Dia yang beri manafaat dan beri mudarat .Masaalah adalah dtg daripada Allah dan HANYA Allah sahaja yg boleh menyelesaikan nya. Bukti di zmn kini:

✏Sri Lanka org Islam adalah minoriti tp mrka menguasai ekonomi. Lihat di msjd mrka, tiap waktu kehadhiran spr jemaah solat Jumaat.

✏Di Turki, perubahan mula terjadi bila solat subuh jemaah melimpah spt solat Jumaat. Dulu org Turki tak amal agama... mereka cuai solat dan solat secara berjemaah  jadi kejangalan , kdr inflasi tahunan melebehi 30% dan ramai jd penyapu jln di Germany. Kini mrka mula menikmati perubahan ekonomi mendadak dan tidak lg merayu utk berada dlm Komuniti Kesatuan Eropah dan Allah menghantar dan menaikan pemimpin Turki yang beriman dan beramal soleh.

Melayu akan dimuliakan oleh Allah tidak hina spr skrg di negara sendiri klu beramai ramai mengamalkan agama yg sempurna dan ia mesti bermula dgn Solat Berjemaah di Mesjid.


Sebarkan msg ini spya ramai dpt menafaat dr agama yg  telah sempurna. Yg tak sempurna dan merbahayakan ialah pengikutnya yg engkar dgn perintah Allah swt.

Waktu sedang "Berjaya" kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

Waktu sedang "Berkuasa" kita percaya diri boleh melakukan apa saja.

Waktu sedang "Tak Berdaya" barulah kita sedar siapa saja sahabat sejati yang ada.

Waktu sedang "Jatuh" kita baru sedar selama ini siapa saja teman yg memperalat dan memanfaatkan kita.

Waktu sedang "Sakit" kita baru tahu bahwa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

Manakala "Miskin" kita baru tahu bahwa orang harus banyak memberi/menderma & saling membantu.

Masuk "Usia Tua" kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan.

Saat "di Ambang Ajal" kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yg terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama,
Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA:

Saling menghargai,
Saling membantu,
Saling memberi,
Saling mendukung.

Jadilah teman setia tanpa syarat ...

Jangan saling memotong & menggunting sesama teman...

Tunjukkanlah bahwa anda masih mempunyai Hati Nurani yg tulus. Jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah.

Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.

Apa yg ditabur itulah yang akan dituai.

ALLAH SWT tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.

Tapi ketahuilah bahwa ALLAH SWT selalu memberi pelangi di setiap badai, senyuman di setiap air mata, rahmat & berkat di setiap cobaan cabaran kehidupan dan jawapan di setiap doa dan harap hanya pada Allah......

Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah perjalanan.

Semoga bermanfaat utk diriku dan saudara Muslim yg lain.

‍‌‌‌‌‌‍‍

Tuesday, August 11, 2015

BERANI KERANA BENAR. BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT. MB JOHOR, GAYA BANGSA JOHOR.

Penyerahan Memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib bin Abdul Razak haruslah tidak di salah tanggap.

Ibarat cakap serupa buat, bukan tulis tak serupa cakap.

Sekiranya diberi peluang rasanya ramai perwakilan mahu menyoal atau memberikan pendapat kepada PM sendiri.

Bermacam-macam ugutan dan tekanan diberikan kepada penghantar memorandum.

Itulah kerenah penyokong Najib menyokong tidak guna akal, menolak tidak guna akal juga ( beradab ).

Ada juga penyokong Najib tidak memahami butir bicara MB Johor. Kenyataan berterus terang tanpa berselindung di hadapan Najib.

Sedangkan Najib menganguk-anguk tanda setuju kenyataan MB Johor. Tetapi tidak tahulah jika Najib anguk tetapi tidak faham.

Apa yang di kesalkan MTMR mendapat tahu. Penyokong dan pembodek Najib menyelak kenyataan MB Johor.

Nampak pembodek dan penjilat Najib marah mengalahkan Najib sendiri.

MTMR nak berhu...hu...sahaja.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat