TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, August 13, 2015

PENYELESAIAN MASAALAH ORANG ISLAM MALAYSOA

Assalamualaikum.  Jln penyelesaian menyeluroh yg hakiki dan muktamad ialah bila semua lelaki Melayu Islam mula memenuhi msjd 5 waktu setiap hari dan selama lamanya.

Allah ,Dia lah Penguasa ,Khaliq dan Malik, bagi 7 petala langit dan 7 lapisan bumi dan apa saja diantara  dan isinya.Dia yang beri manafaat dan beri mudarat .Masaalah adalah dtg daripada Allah dan HANYA Allah sahaja yg boleh menyelesaikan nya. Bukti di zmn kini:

✏Sri Lanka org Islam adalah minoriti tp mrka menguasai ekonomi. Lihat di msjd mrka, tiap waktu kehadhiran spr jemaah solat Jumaat.

✏Di Turki, perubahan mula terjadi bila solat subuh jemaah melimpah spt solat Jumaat. Dulu org Turki tak amal agama... mereka cuai solat dan solat secara berjemaah  jadi kejangalan , kdr inflasi tahunan melebehi 30% dan ramai jd penyapu jln di Germany. Kini mrka mula menikmati perubahan ekonomi mendadak dan tidak lg merayu utk berada dlm Komuniti Kesatuan Eropah dan Allah menghantar dan menaikan pemimpin Turki yang beriman dan beramal soleh.

Melayu akan dimuliakan oleh Allah tidak hina spr skrg di negara sendiri klu beramai ramai mengamalkan agama yg sempurna dan ia mesti bermula dgn Solat Berjemaah di Mesjid.


Sebarkan msg ini spya ramai dpt menafaat dr agama yg  telah sempurna. Yg tak sempurna dan merbahayakan ialah pengikutnya yg engkar dgn perintah Allah swt.

Waktu sedang "Berjaya" kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

Waktu sedang "Berkuasa" kita percaya diri boleh melakukan apa saja.

Waktu sedang "Tak Berdaya" barulah kita sedar siapa saja sahabat sejati yang ada.

Waktu sedang "Jatuh" kita baru sedar selama ini siapa saja teman yg memperalat dan memanfaatkan kita.

Waktu sedang "Sakit" kita baru tahu bahwa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

Manakala "Miskin" kita baru tahu bahwa orang harus banyak memberi/menderma & saling membantu.

Masuk "Usia Tua" kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan.

Saat "di Ambang Ajal" kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yg terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama,
Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA:

Saling menghargai,
Saling membantu,
Saling memberi,
Saling mendukung.

Jadilah teman setia tanpa syarat ...

Jangan saling memotong & menggunting sesama teman...

Tunjukkanlah bahwa anda masih mempunyai Hati Nurani yg tulus. Jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah.

Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.

Apa yg ditabur itulah yang akan dituai.

ALLAH SWT tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.

Tapi ketahuilah bahwa ALLAH SWT selalu memberi pelangi di setiap badai, senyuman di setiap air mata, rahmat & berkat di setiap cobaan cabaran kehidupan dan jawapan di setiap doa dan harap hanya pada Allah......

Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah perjalanan.

Semoga bermanfaat utk diriku dan saudara Muslim yg lain.

‍‌‌‌‌‌‍‍

Tuesday, August 11, 2015

BERANI KERANA BENAR. BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT. MB JOHOR, GAYA BANGSA JOHOR.

Penyerahan Memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib bin Abdul Razak haruslah tidak di salah tanggap.

Ibarat cakap serupa buat, bukan tulis tak serupa cakap.

Sekiranya diberi peluang rasanya ramai perwakilan mahu menyoal atau memberikan pendapat kepada PM sendiri.

Bermacam-macam ugutan dan tekanan diberikan kepada penghantar memorandum.

Itulah kerenah penyokong Najib menyokong tidak guna akal, menolak tidak guna akal juga ( beradab ).

Ada juga penyokong Najib tidak memahami butir bicara MB Johor. Kenyataan berterus terang tanpa berselindung di hadapan Najib.

Sedangkan Najib menganguk-anguk tanda setuju kenyataan MB Johor. Tetapi tidak tahulah jika Najib anguk tetapi tidak faham.

Apa yang di kesalkan MTMR mendapat tahu. Penyokong dan pembodek Najib menyelak kenyataan MB Johor.

Nampak pembodek dan penjilat Najib marah mengalahkan Najib sendiri.

MTMR nak berhu...hu...sahaja.

Monday, August 10, 2015

Khaled tanpa berselindung di hadapan Najib. Persidangan UMNO Pasir Gudang.

Khaled turut berterus terang mengenai kepimpinan parti. Beliau menegaskan yang Umno Johor mengambil pendirian dan ketetapan bahawa Umno hanya perlu ada satu nakhoda iaitu presiden parti.

"kita harus memberikan kepercayaan kepada beliau untuk mengemudi bahtera ini."

Beliau tegaskan tanpa berselindung di hadapan Najib.

"hormat kami tidak akan berkurang kepada timbalan presiden."

MTMR rasa memang tepat pada masanya untuk anak muda meluahkan pendapat dan pandangan.

"Menurut biar akal, menentang biar beradab."

Friday, August 7, 2015

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2015

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2015 pada tahu ini bertemakan “MUAFAKAT BANGSA JOHOR” Pengembaraan KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2015 akan menjelajah di setiap pelusuk bandar dan kampung di seluruh negeri Johor dengan perjalanan sejauh melebihi 850 km; selama 4 hari / 3 malam untuk bertemu rakyat jelata.

Bermula pada 10 hingga 13 Ogos 2015, D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR, SULTAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA’ZIM BERSAMA AHLI ROMBONGAN KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2015 akan menemui anda di setiap laluan pengembaraan KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2015.

10 OGOS 2015 (Isnin) DAERAH PONTIAN, BATU PAHAT DAN MUAR;
– Laman DiRaja, Pontian (acara pelepasan)
– Simpang Pt. Panjang, Pontian
– Taman Rekreasi Tampok Laut, Pontian
– Dewan Hj. Hashim, Kg. Pt. Tengah, Batu Pahat
– Lorong Haji Sidek, Parit Raja, Batu Pahat
– Dewan Orang Ramai Kg. Parit Yaani, Batu Pahat
– Parit Sulong, Batu Pahat
– Kg. Batu 15, Mukim Ayer Hitam
– Pekan Bakri, Muar

11 OGOS 2015 (Selasa) DAERAH MUAR, LEDANG, SEGAMAT DAN KLUANG;
- Tangga Agung Bgn Sultan Abu Bakar (acara pelepasan)
– SMK Persisiran Perdana, Ledang
– Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Serom 3
– Kg. Paya Redan, Pagoh, Muar
– Padang Awam, Lenga
– Dataran Labis, Segamat
– Kg. Sri Gajah, Chaah
– Kangkar Baru, Batu Pahat
– Kg. Melayu Batu 3 1/2, Paloh, Kluang

12 OGOS 2015 (Rabu) DAERAH KLUANG, MERSING DAN KOTA TINGGI;
- Kem Batalion ke-5 RAMD Batu 3, Kluang (acara pelepasan)
– Perumahan Kilang Sawit PPNJ, Bt. 17, Kahang
– Sek. Ren. Jenis Keb. Tamil, Kahang
– Felda Nitar 1, Mersing
– Jeti Penyabong, Mersing
– Jemaluang, Mersing
– Felda Tenggaroh 3 (Projek Sentuhan Kasih)
– Jeti, Sedili Besar, Kota Tinggi
– Padang Awam, Tg. Sedili, Kota Tinggi

13 OGOS 2015 (Khamis) DAERAH KOTA TINGGI, KULAI JAYA, JOHOR BAHRU
- Tanjung Balau, Kota Tinggi (acara pelepasan)
– Felda Semenchu, Kota Tinggi
– Menara Jam, Kota Tinggi
– Felda Taib Andak, Kulaijaya
– SMK Sultan Ibrahim, Kulaijaya
– Kampung Sinaran Baru, Kempas
– Hutan Bandar MPJBT, Mutiara Rini (majlis penutup)

DAULAT TUANKU

Thursday, August 6, 2015

Sabar-sabar rakyat Malaysia???

Ketua Hakim Negara mesti tahu macamana menguruskan persoalan ini?

Mahkamah adalah tempat untuk mencari keadilan dan kebenaran?

Sabar-sabar biar pihak berkuasa uruskan. Bertenang !!!

Buat baik berpada-pada???

Sabar-sabar biar mereka buat kerja mereka. Lupakan dulu MH370. Jumpa kepak sahaja kan, badan belum jumpa lagi. Bersabarlah semoga semuanya dapat di rungkai.

Pautkan semangat kenegaraan, kenegerian, keagamaan,kepartian berdoa semoga kebenaran dapat ditegakkan.

Yang masaalahnya tanya pun salah,tak tanya pun salah. Yang penting amanah dan jujur. Kalau tak boleh pegang amanah. Faham-faham sendirilah.

Yang menyokong tak kira sokong siapalah. Korang ingat sikitlah. Bila tak sokong korang suka-suka pecat. Aku pun suka kalau korang nak macam tu. Tapi korang kena ingatlah kalau dah tak suka dengan bos. Boleh belah ya!!! Jadi bila sampai masanya nanti. Orang tu naik pulak. Korang jangan lupa belah dengan sendiri ya. Jangan sampai orang cakap baru nak belah!!! Memang orang cakap haram jadah.

Orang lain cakap salah. Engkau cakap tak salah pulak? Memanglah korang di bayar untuk pertahankan bos korang. Macamana bos korang boleh pilih korang sedangkan korang sendiri bukan ahli kumpulan itu sendiri. Habis tu korang sendiri setialah dengan pertubuhan atau setia dengan dedak yang bos korang tabur. Atau korang memang makan dedak-dedak dari lain tempat untuk jahanamkan bos korang. Agak-agaklah?

Sedar diri sikit apa hak korang nak cakap ikut syok sendiri. Kalau kau duduk Siam kau sokonglah pemimpin yang di Siam. Jangan kau orang Pasir Berdengung kutuk urusan kerajaan ayah pin. Engkaulah sebenarnya yang  batu api. Tengok muka pun macam muka pembangkang. Sokong BN/UMNOlah kunun.

Pengarah Operasi Khas SPRM bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu.

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin hari ini bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu.

"Saya bersumpah dengan nama Allah saya akan mencari dalang yang mengarahkan ini.

"Kami bekerja siang malam sepanjang bulan puasa dan ini, berlanjutan sepanjang hari raya baru ini.

"Kami tiada masa berpolitik tapi kami menjalankan tugas kami seperti yang diamanahkan dan diharap oleh rakyat.

“Demi Allah saya akan cari dalang dalang yang mengarahkan (penahanan) ini sehingga ke lubang cacing," beliau berkata.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat