TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, July 29, 2015

Susah nak sembang pasal politik Malaysia sekarang.

TS Muhyiddin Yasin, Insan yang bersuara berkenaan 1MDB dan secara tiba tiba timbul isu RM663Juta wang yang kononnya lesap dari akaun 1BestariNet yang dipengerusi TS Muhyiddin Yasin dan paling mengejutkan, hari ini beliau dipecat dari kabinet.

Najib Razak harap semua ahli kabinet kena di hantar kepada SPRM. Hanya yang bersih amanah layak memikul amanah dan warisan rakyat Malaysia.

Rakyat memang faham DS Najib memang berat untuk membuat keputusan ini. Tetapi rakyat lebih berat bila masih melihat DS masih gagal meninggalkan jawatan PM secara tenang. Rakyat faham acap kali DS menyatakan akan bertanggungjawab sepenuhnya apa yang DS buat keputusan. DS juga menyatakan hanya peti undi boleh menggulingkan kerajaan itu tak salah. Untuk gulingkan DS melalui peti undi juga tak salah. Harap DS tidak lupa kenyataan DS secara live di TV.

#petiundigulingnajib

Tuesday, July 28, 2015

JAWAPAN KEPADA TUN FAISAL TPM TAK FAHAM ISU IMDB DAN TAK MENJELASKAN ISU2 SEMASA SPT GST, KOS SARA HIDUP DLL KETIKA PERASMIAN MESYUARAT UMNO CHERAS

1. TPM sentuh isu GST, kos sara hidup, perumahan, ekonomi dll dalam ucapan di Cheras. Tun Faisal ambil masa sikit tengok video penuh ucapan TPM sblm komen.

2. Bukan TPM tak faham isu 1MDB. Dia lebih faham sebab dia sendiri ada dalam kabinet dan sbg TPM dia terima macam2 laporan.

3. Yg semua org tak faham macamana 1MDB boleh buat perjanjian usahasama dgn Petrosaudi dgn bayar cash 1billion dollar utk 40% share dan Petrosaudi cuma sandarkan aset2 telaga minyak yg bukan milik dia pun utk 60% share. Telaga minyak tu pun tak de, JV gagal!

4. Yg semua org tak paham juga macamana company modal 1 juta boleh hutang 42 billion dgn ada implicit dan explicit guarantee oleh kjaan. Bila company ada masalah cash flow dan tak boleh bayar hutang, sbb dah buat perjanjian bodoh dgn syarikat penyangak dan lain2 pelaburan yg sehingga kini tak diberitahu kpd umum apa dah jadi dgn pelaburan2 itu, maka kerajaan terpaksa lah menanggung beban hutang berbillion dollar. Ini pakar ekonomi pun geleng kepala tak paham kenapalah cerdik sangat syarikat pelaburan strategik kerajaan boleh buat keputusan2 yg tak masuk akal.

5. Kalau ada yg lebih paham sebab musabab kenapa ini berlaku, ke mana wang tu pergi, jelaskanlah di sini supaya semua orang paham. Mungkin ada makhluk super intelligent yg boleh jelaskan kpd kita dan kpd semua pakar2 ekonomi di seluruh dunia.

6. Faham ni ada dua jenis. Bila cikgu tanya murid, faham ke tak faham murid kata tak faham, itu betul-betullah tak faham. Jenis kedua faham ialah, bila ada orang buat satu perkara yang tak betul, yang mustahil dibuat oleh orang yang waras, maka kita akan kata tak faham betullah dia ni! 1MDB ni jenis faham yang kedua.

7. Yang paling melalut ialah tak faham bahasa! Ini jenis yang tak tahu nak kata apa dah bila kerja dia cuma menegak benang  yang basah saja!

KENYATAAN MEDIA YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah.

Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.

Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, namai baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.
Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO.

Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.
Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
28 Julai 2015

Tiga cara menegur pemimpin

Memang wajib mentaati ulil amri pada perkara2 makruf, tapi bagaimana dengan jelas dan nyata ulil amri yang berada dalam lingkaran munkar?

Tidakkah boleh rakyat yang memilihnya sebagai ulil amri tu menegur melalui 3 cara yang diajarkan nabi iaitu dengan tangan (tapi x mungkin berlaku sebab ada rasa hormat yang tinggi serta isu jaminan keselamatan), dengan lidah (yang ini tentunya mudah dan kurang risikonya) dan dengan hati (serendah2 tahap iman bagi peringkat ini)?

Tiada isu apa hak rakyat untuk menegur kerana rakyat sangat berharap orang yang dipilih sebagi pemimpin itu benar2 beramar makruf dan nahi munkar secara bergandingan. bukan amar makruf serta dalam masa sama tidak nahi munkar.

Anda sebagai orang yang takutkan Allah patut fikir tak mudah untuk rakyat membiarkan keadaan itu berterusan.

Jika tidak mampu untuk membuat perubahan sekurang2nya anda tidak perlu menyokong apa jua keadaan yang berhubung dengan isu integriti mana2 ulil amri

MTMR tabik spring kepada MB JOHOR. Mendengar suara akar umbi.

Monday, July 27, 2015

Gempa bumi di Ranau malam tadi.

KUALA LUMPUR: Satu kejadian gempa bumi lemah berukuran 4.7 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada jam 12.10 tengah malam tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berpusat di 6.1 darjah Utara dan 116.6 darjah Timur, 16 kilometer ke Barat Laut Ranau.

"Gegaran akibat gempa bumi itu turut dirasai di (kawasan lain di) Sabah," menurut kenyataan itu.

Sunday, July 26, 2015

MIG-29N Malaysia Pesawat Pemintas

Pesawat MIG-29N merupakan pesawat pemintas yang berpengalaman dan berkemampuan di rantau ini.

Terbukti dalam latihan-latihan luar negara dari pelbagai pesawat moden. Rekod latihan MIG-29N sangat membanggakan pernah bertempur dalam  segmen dogfight ( Pertempuran udara jarak dekat ) antara pesawat moden seperti F/A-18EF Super Hornet, F-15C,F-16, Eurofighter Typhoon sekalipun F-22 Raptor dalam pelbagai latihan yang di jalankan di dalam negara adalah satu rekod latihan yang sangat bermakna.

MIG-29N masih mampu memberi tentangan berbisa bagi keselamatan negara.

RAC MIG bersetuju berkerjasama menaik taraf MIG-29N milik TUDM kepada MIG-29NM sebagai pesawat pelbagai peranan MARC dengan mengunakan kemudahan fasiliti miliknya di Malaysia.

Keupayaan ini dipertingkatkan setaraf dengan MIG-29SMT bukan sahaja opsyen paling berbaloi kerana ia bukan sahaja menjimatkan kos, malah bakal membuka lembaran baru kepada Industri tempatan dalam bidang penghasilan pesawat tempatan.

Wednesday, July 22, 2015

Kembali kepada Islam

Ada sesiapa antra kita pernah terbayang yg matahari akan terbit dari belah barat mcm yg Nabi Muhammad ckp 1400 tahun yg lalu..

Tp skrg scientists dh thu mcm mana ia berlaku. Scientists dh lama buat kajian trhadap MARS yg mana arah pusingan dia sama mcm Bumi. Tp skrg ni Mars dh berpusing mngikut arah yg berlawanan n matahari terbit d sebelah barat Mars. Ini di namakan sbgai Retrograde Motion dan ianya berlaku di seluruh planet. N Bumi adalah yg seterusnya.!!

Allah berfirman yg apabila matahari terbit dri sebelah barat, pintu KEAMPUNAN akan di tutup. X de lg doa taubat yg akan di terima.. Dh x lama lg dh ianya akan berlaku..!!

Jangan bazirkan masa untk movies,muzik,party dll..luangkan lah lebih bnyk masa dgn membaca n belajar AL-QURAN dan HADIS..SOLAT lima waktu..dan ajarlah ank2 kita tentang Islam..ianya akan menguntungkan kita di dalam KUBUR nnti..

ISLAM ialah agama yg indah dan ALLAH dh permudahkannya untk kita melalui kesayangan kita, NABI MUHAMMAD (salam sejahtera buat baginda)...

Jangan hanya forward kn sahaja pesanan ini..tp fikir sejenak kpd diri kita.. Adakah kita dh buat apa2 dlm kehidupan kita untk KEHIDUPAN SELEPAS MATI...?? Adakah kita dah bersedia untk brjumpa dgn ALLAH pada hari PEMBALASAN???
Ingat.. Kita bersendirian pada hri tersebut..

🍁 Pernah kita terfikir apa yg akan terjadi kalau kita anggap/layan Quran sebagaimana kita layan 📱hp kita...?

🍁 Bagaimana pula klau kita sentiasa bawaknya ke mana sahaja kita pergi;

Di dlm beg kita 🎒💼👜... & juga di dlm poket kita?

🍁 Bagaimana pula kalau kita tgk dekat muka surat Quran 📖 beberapa kali dlm masa sehari 📆?

🍁 Bagaimana jika kita berpatah balik 🏃 ambil Quran tersebut jika kita terlupa nk ambil nye😰?

🍁 Bagaimana jika kita anggap/layan Quran tu mcm kita x boleh hidup tanpanya..?
- Mmg btul, kita x boleh hidup tanpanya..!

🍁 Bagaimana jika kita hadiahkan Quran kpd ank2 atau kwn2 kita 👬👭 sebagai hadiah 🎁??

🍁 Bagaimana jika kita membacanya sambil berjalan/bercuti ✈🚝🚌🚢🚗?

🍁 Bagaimana jika kita jadikannya sebagai satu kepentingan setiap hari??

Jadikan logo kita :
"Al-Quran ialah sahabat karibku 💖."

🍁 Hanya 7% yg akan forward pesanan ini.

🍁 Jadilah golongan 7% ini & hantarkannya kpd seramai yg boleh 👬👬👭👭.

🍁 Jangan jd lg sebahagian 93% yg x share pesanan ni...

🍁 Fikir😨..walau sekali.. Pada hari PEMBALASAN.. Kita akn sedar setiap hari kita baca msg dri kwn👬👭..

🍁Kita share/forward lawak jenaka 😂 & gossips👄...

🍁 Tapi brp kali kita buka Quran dan baca 🙇 pesanan 📖 yg disampaikan oleh Allah Subhaana WaTa'aala ☝❓

✅ Secara scientifik terbukti :

🔹Mendengar 👂Quran 📖 dpt mengurangkan kelaziman sel kanser di dalam badan manusia2 dan  malah memusnahkannya.

🔹Bersujud lama boleh kuatkan memori ,dan mengelakkan stroke.

🔴 Syaitan 👹 berkata :
"Aku tertanya bagaimana  manusia2 👬👭 mengaku bahawa mereka cinta💘 kpd Allah ☝dan mengingkari-Nya, dan mereka juga mengaku bahawa mereka benci😡 kpd aku👹 tetapi mereka patuh kepada aku!"

🍁 Hanya akan mengambil 60 saat untk manfaatkannye kpd org kesayangan anda, sampaikan lah sebagai peringatan dan pesanan.

🅾 Amaran ⚠ ❗
Jangan hantar kemudian.
Hantar sekarang.

Semoga Allah SWT ☝kurniakan kejayaan kpd semua yg membacanya 🙇 dan juga yg menyampaikannya 📨... Aamiin..

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat