TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, June 30, 2015

Terkini: Hari Keputeraan TMJ.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah mengucapkan selamat dan mendoakan saya sempena hari keputeraan saya.

Saya telah membuat keputusan, setelah menerima pandangan dan nasihat DYMM Tuanku, untuk mengagihkan lembu di setiap daerah untuk berbuka puasa, selain menghulurkan sedekah kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan di seluruh Johor. Demikianlah niat saya. Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Monday, June 29, 2015

Daulat Tuanku. Sempena menyambut Keputeraan Tengku Mahkota Johor.

Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku

Berbudi bahasa berhemah tinggi,
Baginda bertitah rakyat dengari;
Semua jemputan baginda hadiri,
Asalkan rakyat rasa dihargai.

Tuanku selalu mencemar Duli,
Menziarahi rakyat bantuan diberi;
Rakyat gembira tiada terperi,
Kebaikan baginda lekat di hati.

Tuanku dan rakyat berpisah tiada,
Masalah rakyat dikongsi bersama;
Rakyat mengangkat Institusi Diraja,
Raja dan rakyat rasa bahagia.

Kebawah Duli selalu menyeru,
Inginkan rakyat bersatu padu;
Buat keputusan tidak terburu,
Asalkan rakyat terus maju.

Tuanku percaya rancangan kerajaan,
Mampu dinikmati segenap lapisan;
Rakyat bersatu dalam perpaduan,
Negeri makmur dalam kemajuan.

Tuanku dan rakyat amat rapat,
Ke mana pergi rakyat diingat;
Perbelanjaan dibuat penuh cermat,
Tuanku datang disambut hormat.

Istana Tuanku tersergam indah,
Apabila bertitah penuh bermadah;
Kuasa yang tinggi tiada diendah,
Bersama rakyat tetap merendah.

Masalah rakyat sama dikongsi,
Tuanku dan rakyat tiadalah sangsi;
Ikatan terus jadi serasi,
Tercipta nostalgia untuk generasi.

Putera kesayangan ayahanda dan bonda,
Cemerlang negara amat sukacita;
Tuanku dan rakyat berpisah tiada,
Bijaksana memerintah negeri tercinta.

Sejarah Kesultanan patut dihayati,
Dipelajari oleh generasi terkini;
Personaliti Tuanku amat dikagumi,
Ke mana pergi tetap dihormati.

Karya dikarang untuk tatapan istimewa buat Tuanku dan rakyat;
Semangat Tuanku sentiasa di hati rakyat,
Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
Ampun Tuanku! Daulat Tuanku! Tuanku sentiasa di hati rakyat.

Ampun Tuanku,
Daulat Tuanku,
Sembah patik harap diampun.
Patik merafak sembah, Selamat Menyambut Hari Keputeraan.

Ampun Tuanku.

Sembah patik harap diampun.

Akhir bicara patik doakan moga Tuanku sekeluarga
dirahmati Allah di dunia jua di akhirat.
Amin Ya Rabbal A' Lamin.

Saturday, June 27, 2015

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI

1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala
Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang
lambat datang Rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa
billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul
Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha
illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan
menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi
Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu
seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada
ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang
Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLA S:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika
masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah
setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam
Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi
Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda
bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku
satu kali Selawat maka ALLAH akan
membalas sepuluh kali Selawat dan
Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul
Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya
ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah
yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas,
yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami. Jika Rezki kami ada diLangit maka
Turunkanlah.

Jika ada diBumi maka
Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak
maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR
MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
& KEDHAIFAN.

YA ALLAH Kabulkanlah doa kami. Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.

Thursday, June 25, 2015

Daulat Tuanku. Sultan Johor melawat bazar ramadan.

Daulat Tuanku!!!

Lawatan DYM Sultan Johor ke bazar Ramadan di Jalan Tasik. Bandar Baru Seri Alam.

Rasa terkejut juga masyarakat setempat dengan kunjungan Sultan Johor.

Adik Siti Rabiatul Adawiyah binti Zamrin, rasa bertuah kerana dapat bergambar bersama Sultan Johor. Cita-cita adik Siti Rabiatul Adawiyah untuk bergambar bersama Sultan akhirnya tercapai pada bulan Ramadan yang penuh barkah ini.

Cita-cita Adik Siti Rabiatul adalah untuk menjadi seorang Dokter. Mudah-mudahan cita-citanya tercapai dan di permudahkan.

Antara kata-kata dari Tuanku Sultan Johor kepada Adik Siti Rabiatul Adawiyah ialah , "belajar pandai-pandai."  Semoga kata-kata semangat menjadi kata hikmah dan penuh barkah.

#sultanjohormesrarakyat

Sunday, June 21, 2015

Politik Malaysia sekarang ramai yang pandai bercakap, tetapi gagal berfikir.

Aku pernah cakap Politik Malaysia tak perlukan pembangkang lagi.

Tutup pembangkang semua jadikan dalam satu permufakatan. Yang memerintah adalah Perdana Menteri Melayu Islam.

Perlantikkan mendapat perkenan YDP Agung.

Ciri-ciri Perdana Menteri Malaysia.

1. Taat kepada Allah.
2. Boleh membaca Al-Quraan.
3. Kepentingan Rakyat di utamakan.
4. Tiga tahun sekali tukar Perdana Menteri.
5. Memajukan Negara.

Najib Razak bubarkan Parlimen segera jika:

1.TPPA menjadi masaalah.
2. GST bebankan rakyat.
3. 1MDB.
4. Obama guna SST majukan negara.
5. Lain-lain hal yang tak dapat di nyatakan sekarang.

Sekian Terima kasih.

Yang benar,

Salam Ramadan bulan beribadah.

Saturday, June 20, 2015

KHASIAT BUAH DAN DAUN SUKUN

Manfaat buah sukun untuk kesihatan diketahui sejak lama iaitu untuk mengubati berbagai macam jenis penyakit. Manfaat buah sukun sangat baik untuk dimakan bagi pengidap sakit jantung, ginjal, diabetes serta penderita penyakit hati, selain itu khasiat buah sukun juga melancarkan pencernaan serta menguatkan tulang dan gigi.

BUAH SUKUN SEBAGAI MAKANAN DIET

Apabila dibandingkan dengan pokok lainnya, buah sukun sememangnya memiliki banyak khasiat, dibandingkan dengan manfaat ubi jalar, ubi kayu, mahupun kentang, buah sukun memiliki kandungan karbohidrat dan protein yang lebih tinggi dan malah jika dibandingkan dengan beras, kandungan karbohidrat sukun juga setara, namun kalori sukun sangat rendah, sehingga sesuai dijadikan sebagai menu diet yang sihat.

KANDUNGAN BUAH SUKUN

Menurut kajian kandungan buah sukun juga sangat tinggi, baik mineralnya mahupun kandungan vitaminnya dan juga mengandungi banyak unsur fitokimia yang sangat penting bagi tubuh, terutama dari beberapa jenis asam amino esensial, seperti isoleusin, methionin, lysine, histidine, ryphophan, serta valin. Selain buahnya, daun sukun juga kaya dengan khaisat bagi kesihatan. Sebuah kajian merumuskan bahawa ekstrak daun sukun banyak mengandung betasitosero dan flavanoid yang mampu mengatasi penggumpalan rombosit yang melancarkan peredaran darah dalam jantung.

KHASIAT DAUN SUKUN

Manfaat daun sukun sangat efektif untuk mengubati beberapa penyakit kronik seperti penyakit hati, hepatitis, sakit gigi, gatal-gatal, pembesaran limpa dan penyakit jantung. Khasiat daun sukun dalam mengubati berbagai macam penyakit tersebut disebabkan daun sukun mengandungi beberapa unsur seperti asam hidrosianat, asetilcolin, ribofavlin, tannin dan beberapa bahan lain. Secara saintifik, manfaat daun sukun juga bagus untuk mengatasi kerosakan ginjal. Melalui penelitian lain yang dilakukan mendapati bahawa daun sukun sangat berguna untuk mengubati penyakit kardiovaskuler. Untuk mengubati penyakit ginjal, daun sukun direbus kemudian diminum airnya setiap hari secara rutin. Memang hal ini memerlukan disiplin dan kerana harus dilakukan secara rutin dan dalam jangka panjang. Untuk petua sembuh dari penyakit jantung, anda sebaik baiknya pilih daun sukun yang sudah berumur, kerana daun sukun yang telah berumur tua memiliki kandungan zat yang tinggi.

* sira sukun, kerepek sukun, sukun goreng, bingka sukun. Sedap! 

Mutakhir: Fakta Bot Tengku Mahkota Johor (TMJ)

Assalamualaikum w.b.t

Saya sedar ini adalah laman rasmi bola sepak negeri Johor. Bukan laman politik mahupun agama, akan tetapi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi pengetahuan dan fakta kepada rakyat negeri Johor dan seluruh rakyat di Malaysia yang saya hormati.

Baru-baru ini saya dapati ada beberapa komen yang negatif dan kurang arif daripada sesetengah individu berkenaan gambar bot saya yang dimuat naik oleh laman JOHOR Southern Tigers.

Ada terdapat beberapa pihak yang selalu menanyakan berkenaan hal duit rakyat. Oleh itu izinkan saya menggunakan ruang ini untuk memberi maklumat yang tepat serta ringkas dan anggaplah ini sebagai satu pelajaran yang boleh menambahkan pengetahuan berkenaan fakta Kesultanan Negeri Johor.

Negeri Johor ditubuhkan pada tahun 1885 beserta kerajaan dan perlembagaan sendiri sebelum wujudnya kerajaan persekutuan yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan untuk pengetahuan juga, Askar Timbalan Setia Johor (JMF) ditubuhkan pada tahun 1886.

Berkenaan isu duit rakyat yang dibangkitkan oleh individu-individu yang kurang arif ini, saya akan membuat kenyataan hari ini yang mana rakyat Johor boleh baca dan faham untuk disampaikan kepada generasi yang akan datang sehingga ke cucu cicit kita.

Untuk makluman semua, Kesultanan Johor pernah melanggar perlembagaan kerajaan negeri Johor pada tahun 1899 kerana ketika itu DYMM Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar menolak gaji sebagai Sultan yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri Johor ketika itu, dimana dana tersebut disalurkan kepada tabung yayasan yang sekarang ini dikenali sebagai Yayasan Iskandar, dengan Almarhum bertitah "Sebagai Raja dalam negeri ini, aku tak patut ambil duit rakyat aku". Dan objektif yayasan ini adalah untuk kerajaan negeri membantu rakyat negeri Johor yang memerlukan.

Sehingga hari ini, Yayasan Iskandar digunakan untuk pembiayaan pembelajaran, untuk menunaikan haji, menaik taraf kemudahan sekolah-sekolah agama dan lain-lain lagi.

Segala hasil atau pendapatan Kesultanan Johor datang daripada estet getah dan kelapa sawit sejak zaman DYMM Almarhum Sultan Ibrahim sehinggalah kini, yang mana sekarang ini dikendalikan oleh MADOS.

Saya tidak perlu dedahkan berapa jumlah zakat yang DYMM Sultan dan saya telah salurkan setiap tahun. Perkara ini saya bangkitkan kerana ada sesetengah individu yang bodoh sombong, kurang arif dan tidak boleh diajar lagi.

Segala elaun yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri Johor kepada saya sejak saya menjadi Raja Muda sehinggalah sekarang disalurkan kepada Yayasan Iskandar dan apa yang saya ada sekarang adalah kurniaan daripada ayahanda saya sendiri.

Ini bukan untuk membangkit tetapi hanya sekadar untuk memberi maklumat ringkas sejarah Kesultanan Negeri Johor.

Lagi sekali kepada individu-individu yang kurang arif sebelum membuat kenyataan, kaji dan belajar dulu sebelum membuat kenyataan yang boleh mengaibkan diri anda sendiri.

Saya tidak perlu risau kerana saya tidak mencuri duit sesiapa.

Akhir kata,

"Janganlah cemburukan senyuman saya kerana saya telah puas menangis sebelum saya dapat merasainya.

Janganlah cemburukan kasih sayang saya kerana saya telah melalui kepahitan untuk membinanya.

Janganlah cemburukan kehidupan saya kerana saya telah melalui pelbagai rintangan untuk menghargainya."

DYAM Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat