TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, February 21, 2015

Terkini: Bom buatan sendiri meletup di Natariwat.

NARATHIWAT: Sebutir bom buatan sendiri diletupkan di hadapan sebuah kedai karaoke di sini hari ini, menyebabkan 13 orang cedera dan tiga daripada mangsa dipercayai parah.

Menurut polis, kejadian di Jalan Na Nakorn, Daerah Muang, Wilayah Narathiwat itu berlaku pada jam 1.04 tengah hari.

Saksi melihat beberapa orang lelaki meletak kenderaan dan motosikal yang dipasang bom sebelum beredar menaiki motosikal rakan mereka yang menunggu.

SEORANG lelaki yang cedera dibantu pasukan penyelamat Thai tidak lama selepas serangan bom kereta di wilayah Narathiwat, selatan Thailand, hari ini.

Letupan itu menyebabkan kerosakan pada 20 premis perniagaan, kebanyakan adalah kedai karaoke manakala beberapa kereta dan motosikal berhampiran turut terbakar.

Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mej Jen Pol Pattanawut Angkanawin, berkata bom buatan sendiri seberat 50kg itu dipasang dalam sebuah kenderaan yang dicuri semasa satu kejadian tembak-menembak di Daerah Thepa pada 10 September tahun lepas.

Beliau berkata, kenderaan itu pernah digunakan dalam satu insiden menembak mati empat orang pegawai pentadbiran Mukim Khokpo, Pattani pada 11 September 2014.

Katanya, sebutir lagi bom yang dipasang pada sebuah motosikal yang di diletak sejauh 200 meter dari tempat kejadian letupan dapat dimatikan pada jam 1.55 tengah hari.

"Manakala bom ketiga yang dilontar masuk ke dalam sebuah kedai makan 400 meter dari tempat kejadian pertama, tidak meletup," katanya.

Terkini: Pesawat F-16A Thailand terhempas.

BANGKOK: Sebuah pesawat pejuang F-16A Thailand terhempas ketika penerbangan latihan senjata hari ini, menyebabkan juruterbangnya terbunuh, menurut jurucakap tentera udara.

Naib Marsyal Udara, Montol Suchookorn, berkata pesawat satu tempat duduk itu terhempas di lapangan latihan tentera udara di wilayah Lopburi.

Katanya, mayat juruterbang berusia 30 tahun itu ditemui dalam bangkai pesawat dan pegawai tentera udara sedang menyiasat punca nahas.

Tentera Udara Thailand memiliki 50 pesawat F-16 yang masih aktif. Pesawat yang terhempas itu pertama kali digunakan pada 1988.

Pada 2010, satu lagi pesawat F-16A terhempas dekat sempadan Thailand-Myanmar semasa penerbangan latihan, menyebabkan juruterbangnya terbunuh.

Setahun kemudian, dua pesawat F-16 terhempas ketika latihan bersama dengan tentera AS di timur laut Thailand tetapi kedua-dua juruterbang selamat. 

Sunday, February 8, 2015

Zakharov merupakan warganegara Rusia yang fasih berbahasa Melayu.

Zakharov merupakan warganegara Rusia yang fasih berbahasa Melayu. Lelaki itu yang kini menginjak usia 84 tahun, merupakan tenaga pengajar Bahasa Melayu/Indonesia di Institut Hubungan Antarabangsa, Rusia. Anak bongsu daripada dua adik-beradik itu dilahirkan pada 14 Julai 1930 di Ukraine.

Saturday, February 7, 2015

Sambutan Maulidur Rasul Parlimen Pasir Gudang - Yb Hajah Normala Abdul Samad


Mutakhir : Australia tak benar Sirul dibawa pulang.

Australia tidak akan memenuhi permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang bekas anggota elit polis, Sirul Azhar Umar.

Laporan Sydney Morning Herald menyebut, permohonan tersebut tidak akan dipenuhi kerana ia melibatkan hukuman mati.

Laporan itu memetik kenyataan Jabatan Peguam Negara Australia yang menyebut, ia hanya akan dipenuhi sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati tersebut.

“Undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seorang individu diserahkan kepada sebuah negara untuk satu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati, melainkan negara itu memberi kepada Australia satu janji bahawa hukuman mati tidak akan dijalankan,” laporan itu dipetik.

Australia merupakan salah sebuah negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya.

Terkini: Seorang wanita maut kerbau mengamuk???

SEGAMAT: Seorang wanita berusia 46 tahun maut diserang kerbau mengamuk di Kg Mensudut Pindah, Batu Anam, Segamat 11.30 pagi tadi.

Kejadian berlaku ketika Rosnani Wahid dikatakan cuba menghalau haiwan itu menjauhi pokok getah yang mahu ditorehnya.

Friday, February 6, 2015

Datuk Ustaz Kazim Elias tidak takut tuduhan rasis- DUKE

UAV- Pesawat pengebom tanpa pemandu untuk ESSCOM

Sekarang pengkhianat-pengkhianat negara mula mengatur rancangan jahat untuk membuat onar bagi menghuruharakan kestabilan negara Malaysis. Pelbagai cara dan tektik mereka gunakan untuk melihat kehancuran Malaysia.

Sesungguhnya Malaysia sentiasa mendapaf petunjuk dan lindungan Allah. Orang Melayu Islam perlu bersatu padu dalam martabatkan Agama bangsa dan negara.

Kelihatan kecenderungan menyerang sesuatu ucapan dan pandangan umat Islam atau pemimpin Islam. Perlembagaan semangkin di cabar oleh pihak-pihak tertentu bagi melemah semangat orang-orang tertentu bagi melemahkan moral dan semangat jati diri dalam pemimpin Melayu Islam.

Orang Melayu semangkin sempit untuk berbicara. Sedangkan pihak-pihak sebelah sana bebas menghina mempertikaikan hak-hak Orang Melayu di Malaysia. Sepatutnya pihak sebelah sana yang berfahaman Komunis harus mempertikaikan mengapa datang ke Tanah Melayu sekarang di namakan Malaysia.

Puak-puak Komunis Haram Jadah ini harus sedar dan cermin diri mereka dan jangam berbohong kepada diri sendiri. Cuba buat audit ke dalam diri mengapa kulit saya, bahasa saya tidak sama dengan penduduk asal Tanah Melayu.

Jangan bakar semangat dan kesabaran orang Melayu.




Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat