TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, January 14, 2015

Kisah dan Tauladan kasihnya Ibu dan Ayah

"Nurse, boleh saya tengok bayi  saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret.

Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.Jururawat kemudian mengalihkan  pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.        

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.          

Masa terus berlalu. Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu. 
        
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan  di sekolah.Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk.

Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah.Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu “Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. 

Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah.
Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. 

Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap  dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya.Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.          

Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. “Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah.

“Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak. “Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk- angguk. 

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. “Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia  satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. 

Tak percaya tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.” Moral: Kecantikan tu seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah “SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU”, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya.Ibumu Yang  Tercantik Sekali terima kasih ibu sebab melahirkan aku dimuka bumi ini.  

#menanggis sy bce cerita ini ..masyaAllah ..Allahuakhbar ...Sedih bLa Baca Nie..Blinangan airmata Bla mbcanya...

PESAN IBU TENTANG AYAH:

Anakku…

Memang ayah tak mengandungmu tapi, darahnya mengalir didarahmu. Darinya kau diwarisi amanya, kedermawanan & kerendahan hati. Memang ayah tak melahirkanmu, Tapi,Suaranyalah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.Memang ayah tak menyusuimu.

Tapi, dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.Ayah memang tak menjagaimu setiap saat.Tapi,Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar.

Kerana, dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu.

Kerana,Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.Ibu hanya ingin kau tahu. Bahawa,Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.

Anakku dari dirinya juga terdapat syurga bagimu. Maka,Hormati dan sayangi ayahmu.Kerana,Ibu adalah tulang rusuk-nya.Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.

Berbahagialah yang masih punya ibu & Ayah.Dan Dia Pun Berdoa "Ya Tuhan, Tugasku Telah Selesai Dgn Baik..Bahagiakah Lah Putera Puteri Kecilku Yg Manis Bersama Pasangannya".

Setelah Itu Ayah Hanya Akan Menunggu Kedatangan Kita Bersama Cucu-cucunya Yg Sesekali Dtg Untuk Menjenguk..Dengan Rambut Yg Memutih Dan Badan Yang Tidak Kuat Untuk Menjaga Kita..
Itulah Pengorbanan Seorang Ayah.. Apakan Kita Masih Belum Sedar? Masih memandang

Kemarahan Ayah Itu Alasan Untuk Kita Benci Dia? Percayalah.. Dia Orang Yang Paling Rindukan Kita Walaupun Kerinduan Ayah Terhadap Kita Mungkin Melebihi Kerinduan Ibu Dekat Kita.. Kita Cium Pipi Ibu, Ayah Hanya Tersenyum Melihat

Tahukah Kita Yang Kita Telah Berlaku Tidak Adil Terhadap Ayah? Apakah Ayah Tak Layak Mendapat Ciuman Sama Yang Kita Berikan Dekat Ibu? Kamu Lupa Masa Kamu Kecil, Ayah Mendukung Kamu Dan Mencium Kamu??

JANGAN MENANGIS SELEPAS MEMBACA KISAH INI  , besarnya pengorbanan seorang ayah tidak dapat dibalas dengan dengan wang dan ucapan kata-2 , cukup dengan menghargainya , ikhlas dari -Hikmah #kisah hati...

Tuesday, January 13, 2015

Terkini: APMM tahan bot Nelayan Indonesia.

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 Lumut menahan sebuah bot nelayan bersama empat awak-awak warga Indonesia kerana disyaki menangkap ikan di perairan negara pada 11 Jan lepas.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Kapten Maritim Abdul Razak Johan berkata bot itu ditahan di kedudukan lebih kurang lapan batu nautika dari barat Pulau Jarak oleh kapal APMM, KM Marlin.

"Bot itu didapati tidak mempunyai nombor pendaftaran dan nama. Awak-awak mengaku berasal dari Tanjung Labu, Indonesia dan telah keluar ke laut pada 3 Januari lepas untuk menangkap ikan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, bot sepanjang 12 meter, lebar tiga meter dan seberat tiga ton bersama empat awak-awak yang berusia antara 23 dan 45 tahun itu ditunda ke Lumut untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 15 (1)(a) kerana disyaki menangkap ikan di perairan Malaysia secara haram iaitu tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. - BERNAMA.

JAWATAN KOSONG!!

EVYAP Oleochemicals
Tanjung Langsat Johor.
Fully Integrated Plant
1. Instrumentation Manager
2. Facility Manager
3. Accounts Exec 2 org
4. SecurityvExec
5. Costing Exec
6. IT Exec - Hardware
7. Chemist 9 org
8. Process Engineer - Fat Splitting & Glycerine
9. Instrumentation Engineer
10. Facility Engineer
11. Legal Clerk
12. IT Technician - Hardware
13. Security Clerk
14. Driver
15. Lab Technician 2 org
16. Fire Safety Officer
17. Sales & Admin Clerk
18. Warehouse Clerk
19. Storekeeper 4 org
20. Logistic Clerk 2 org
21. Planning Clerk
22. Operator - Hydrogenation 2 org
23. Operator - Saponifications
24. Supervisor - Sapo
25. Operator - Fat Splitting & Glycerine 3 org
26. Operator - Oleic Acid 2 org
27. Operator - Wastewater 2 org
28. Operator - F & D 2 org
29. Supervisor - Tank Farm
30. Operator - Tank Farm 2 org
31. Maintenance Technician 5 org
32. Instrumentation Technician 3 org
33. Electrical Technician 4 org
34. Facility Supervisor
35. Machine Operator - Soap Bar 40 org

FadzlySariff@evyap.com.tr
0197071851
Tolong share2 kan kt whatsapp group2 lain. Turkish Company baru start ops Nov 2014.

PELUANG TERBUKA UNTUK PENGAMBILAN INSTITUT MARITIM!!

Kepada pelajar lepasan SPM atau STPM yang tidak mendapat panggilan UPU, tetapi ingin melanjutkan pengajian dalam sektor:
●OIL & GAS
●PELABUHAN
●PERKAPALAN
Berita baik untuk anda!!!
INSTITUT MARITIM mengadakan peluang melanjutkan pengajian dalam:
.Diploma in Maritime Transportation Management
.Diploma in Shipping Management
.Diploma in Port Management
#DIPLOMA - 2 Tahun 6 bulan
#IJAZAH - 1 Tahun 6 bulan
KELEBIHAN INSTITUT MARITIM (NMIT) :
.Kerjasama antara Kerajaan Malaysia & Belanda
.Tajaan MARA sepenuhnya (BUMIPUTRA sahaja)
.Dibawah Projek Pembangunan Wilayah Iskandar Malaysia
.Dapat elaun sara diri RM630 setiap bulan, elaun komputer RM2000 & lain2 elaun MARA
.90% graduan mendapat pekerjaan
Bersama membantu anak muda kearah peluang kerjaya yang luas
Sila hubungi En Ahmad (Pegawai Pengambilan)
Call, sms, whatsapp 0127844000
MOHON SHARE!!!
Tlg sebarkan berita baik.  Kalau bukan anak kita, mungkin ada rakan2 sekolah anak2 kita. Jgn tutup pintu peluang mereka. Satu pintu kita buka utk org lain, 7 pintu Allah buka utk kita. Ameen

ERIC PAULSEN TELAH DITANGKAP POLIS! SEMOGA TIDAK DIBERIKAN JAMINAN DAN DIBEBASKAN KERANA POTENSI UNTUK LARI KE LUAR NEGARA SANGAT BESAR!

Twitter, Ketua Polis Negara memaklumkan yang Eric Paulsen telah diberkas di Brickfield sebentar tadi.

Lawyers for Liberty sudah mula memekak dan membesar-besarkan cerita kononnya Eric Paulsen ditangkap oleh 20 orang anggota polis.

Beberapa tangkapan di bawah Akta Hasutan telah dibuat sebelum ini. Bagaimanapun polis telah memberikan jaminan dan melepaskan mereka sementara menunggu hari perbicaraan.

Namun ada di kalangan mereka seperti Ali Abdul Jalil dan blogger porno, Alvin Tan telah melarikan diri ke luar negara dengan bantuan pihak-pihak tertentu sebelum melalak di sana.

Monday, January 12, 2015

Terkini : Cerita PKR Johor yang tak cukup ahli???

Hassan Karim ini penaja dari PKR Cabang Tg. Piai tak cukup oang sejak 1998 lagi. Cabang Pontian pun tak nak terima dia ni. Sebab kena carilah ya. Tahu jaa lah kan? Yang pelik PKR Pusat lantik dia jadi ketua PKR Johor, dia dan PKR Johor sudah kene catur dengan Rafizi. PKR banyak kroni.

Sebab apa rafizi nak caturkan orang kat Johor mesti la sebab ada cita2 yang besar dalam jawatan PKR untuk masa akan datang. Macai-macai PKR konon-konon keadilan tetapi sebenarnya cium bontot catur Rafizi.

Timbalan ketua PKR Johor ini pulak kalah masa pemilihan lepas di cabang Kulai. Tetapi dilantik jadi orang no 2 dalam Johor. Nampak tak caturan rafizi di Johor Kan!!!

Orang kuat Rafizi ini mamat jambu yang pakai cermin mata, baju belang-belang putih hitam duduk belah depan tiga dari kanan.Dia la yang caturkan semua yang ada kat Johor ini.

Sunday, January 11, 2015

Sejak zaman Nabi Islam di musuhi.

Terdapat di dalam Hadis yang di riwayatkan oleh Anas r.a, bahawa Rasulullah pernah menyuruh sahabat menghantar daging kambing yang di sembelihnya kepada jiran-jiran yang terdiri dikalangan orang Yahudi. Rasulullah ingin menunjukkan betapa bertoleransi nya umat Islam terhadap penganut Yahudi dan Nasrani di Madinah. Tetapi sikap yang baik ini mereka balas dengan cara jahat.

Mereka memendam hasad dan dengki terhadap kemajuan umat Islam ketika itu dan mereka tikam umat Islam dari belakang. Kumpulan kafir ini dengan senyap senyap memberi bantuan kepada musuh Islam bagi tujuan memerangi Rasulullah SAW di Madinah. Jelas disini bahawa sifat kaum musyrikin itu memang tak patut umat Islam percayai.

Inilah yang harus dijadikan pengajaran kepada semua kumpulan muslim di Malaysia. Mengapa mesti bergabung dengan pergerakan musyrikin untuk memperolehi kekuatan? Mengapa tidak bergabung saja dengan kumpulan umat Islam yang ada untuk menjadi lebih kuat?

Ini bukan saja dapat menguatkan kuasa yang dimiliki oleh kumpulan muslim, tetapi ia juga akan mengukuhkan perpaduan umat Islam itu sendiri. Inilah yang dituntut dalam ajaran Islam, bukannya berpecah belah dan mengikut telunjuk kafir untuk memerangi pemimpin Islam sendiri.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat