TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, January 11, 2015

Sejak zaman Nabi Islam di musuhi.

Terdapat di dalam Hadis yang di riwayatkan oleh Anas r.a, bahawa Rasulullah pernah menyuruh sahabat menghantar daging kambing yang di sembelihnya kepada jiran-jiran yang terdiri dikalangan orang Yahudi. Rasulullah ingin menunjukkan betapa bertoleransi nya umat Islam terhadap penganut Yahudi dan Nasrani di Madinah. Tetapi sikap yang baik ini mereka balas dengan cara jahat.

Mereka memendam hasad dan dengki terhadap kemajuan umat Islam ketika itu dan mereka tikam umat Islam dari belakang. Kumpulan kafir ini dengan senyap senyap memberi bantuan kepada musuh Islam bagi tujuan memerangi Rasulullah SAW di Madinah. Jelas disini bahawa sifat kaum musyrikin itu memang tak patut umat Islam percayai.

Inilah yang harus dijadikan pengajaran kepada semua kumpulan muslim di Malaysia. Mengapa mesti bergabung dengan pergerakan musyrikin untuk memperolehi kekuatan? Mengapa tidak bergabung saja dengan kumpulan umat Islam yang ada untuk menjadi lebih kuat?

Ini bukan saja dapat menguatkan kuasa yang dimiliki oleh kumpulan muslim, tetapi ia juga akan mengukuhkan perpaduan umat Islam itu sendiri. Inilah yang dituntut dalam ajaran Islam, bukannya berpecah belah dan mengikut telunjuk kafir untuk memerangi pemimpin Islam sendiri.

Kerajaan Pusat dan PAS Kelantan bergabung.

Rakyat Kelantan perlukan bantuan segera. Banyak rumah mangsa roboh akibat banjir.

Banjir di Kelantan agak luar biasa kerana airnya meninggalkan mendapan lumpur yang banyak. Lumpur tersebut menjadi keras bila di biarkan.

Kerajaan Pusat bekerjasama dengan PAS Kelantan untuk memulihkan kerosakkan tersebut. Kerjasama ini penting bagi mengeratkan hubungan mufakat.

Harapan ini semangkin meningkat agar PAS dan Barisan Nasional berkerjasama.

#sedungguhnyaorangislamitubersaudara.
#AllahSayangKamu.

Friday, January 9, 2015

RAHSIA LOBANG HIDUNG.

Kita memiliki hidung berlubang disebela kiri dan disebelah kanan. Fungsinya  untuk menarik dan membuang nafas, tetapi ada lagi rahsia yang mungkin tidak ramai yang tahu.

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).

UNTUK SAKIT KEPALA: Cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh . Insyallah.

UNTUK LELAH: Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .

Fakta:

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin .
Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Testimoni :
(dari pesakit yg mengalami sakit kepala berpanjangan)

"Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi."

" Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya "

Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.
Selamat mencuba

SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH

Saturday, January 3, 2015

Terkini: Rumah atas rumah di sedari selepas berlakunya Banjir Besar di kelantan.

Pada mulanya MTMR tidak percaya melihat gambar ini.

Tetapi apabila Timbalan Menteri Kewangan kedua Datuk Ahmad Maslan melawat rumah tersebut mula timbul kepercayaan bahawa peristiwa tersebut sememangnya berlaku.

MTMR akan melawat tapak tersebut dalam masa terdekat ini. Insya Allah jika di izinkan Allah.

Mutakhir: Melepaskan Misi Bantuan Banjir Parlimen Pasir Gudang ke Pantai Timur.


Kerjasama Antara Wanita UMNO,MIC dan MCA Parlimen Pasir Gudang. Menjalankan Aktiviti masyarakat perihatin bagi membantu mangsa banjir di Pantai Timur.

YB Hajah Normala telah melepaskan lori 20x20 dengan muatan pelbagai barangan keperluan untuk mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Terkini: Program Misi Banjir Parlimen Pasir Gudang- Yb Hajah Normala Abdul Samad

Parlimen Pasir Gudang telah melancarkan Misi Bantuan Banjir 2014/2015.

Beberapa NGO dan Syarikat di Pasir Gudang telah bekerjasama dalam misi tersebut.

Friday, January 2, 2015

Terkini: Gara-gara selalu keluar malam.

Tolong doakan juga saya selamat. Cerita dia macam ini...tadi saya keluar rumah tahun 2014. Tapi bila saya balik rumah dah jadi tahun 2015....betul ke ni...kenapa berlaku macam ini...😃

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat