TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, January 3, 2015

Terkini: Rumah atas rumah di sedari selepas berlakunya Banjir Besar di kelantan.

Pada mulanya MTMR tidak percaya melihat gambar ini.

Tetapi apabila Timbalan Menteri Kewangan kedua Datuk Ahmad Maslan melawat rumah tersebut mula timbul kepercayaan bahawa peristiwa tersebut sememangnya berlaku.

MTMR akan melawat tapak tersebut dalam masa terdekat ini. Insya Allah jika di izinkan Allah.

Mutakhir: Melepaskan Misi Bantuan Banjir Parlimen Pasir Gudang ke Pantai Timur.


Kerjasama Antara Wanita UMNO,MIC dan MCA Parlimen Pasir Gudang. Menjalankan Aktiviti masyarakat perihatin bagi membantu mangsa banjir di Pantai Timur.

YB Hajah Normala telah melepaskan lori 20x20 dengan muatan pelbagai barangan keperluan untuk mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Terkini: Program Misi Banjir Parlimen Pasir Gudang- Yb Hajah Normala Abdul Samad

Parlimen Pasir Gudang telah melancarkan Misi Bantuan Banjir 2014/2015.

Beberapa NGO dan Syarikat di Pasir Gudang telah bekerjasama dalam misi tersebut.

Friday, January 2, 2015

Terkini: Gara-gara selalu keluar malam.

Tolong doakan juga saya selamat. Cerita dia macam ini...tadi saya keluar rumah tahun 2014. Tapi bila saya balik rumah dah jadi tahun 2015....betul ke ni...kenapa berlaku macam ini...😃

Terkini: Dua serambi Mekah di landa banjir musibah.

Pautan ini  mungkin akan sangat kontroversi bagi pentaksub politik dan ianya releven bagi yang mempunyai akal yang adil/neutralis.Walaupun  ada yang tidak setuju , masih ada yang setuju.

Ada sebab kenapa kita perlu sedar dan bermati-matian melawan Wahabi, Syiah, riba, penghinaan ulama, pembakaran kitab, mufti express, orang bodoh menjadi mufti dan lain-lain barah dalam umat. Jangan sampai Malaysia hilang dari peta bumi baru kalian dapat jawapannya.

Bila bala turun, semua orang tak kira yang kafir atau muslim, yang alim atau jahil, yang soleh atau fasiq, ahli masjid atau ahli zina, semuanya akan turut disapu bersih oleh Allah sebagai peringatan untuk taubat kepada ahli faisq serta peringatan untuk betulkan tertib dalam usaha dakwah, ilmu dan tazkiyyah (penyucian hati) bagi yang soleh.

Dalam kehidupan menuju angka 5 series kita telah saksikan 2 serambi Mekah ditelenggami air pada tarikh yang sama, tahun berbeza. Natijahnya sama, perjuangannya sama. Iaitu:

26 Disember 2004- Tsunami di Serambi Mekah Acheh.

26 Disember 2014- Kemuncak tenggelamnya Serambi Mekah Kelantan.

Gerakan Acheh Merdeka (GAM)- Perjuangkan hudud serta pernah mendoakan bala kepada bumi Indonesia.(yang akhirnya bala itu berbalik kepada mereka)

Parti Islam Malaysia (PAS)- Perjuangkan hudud serta pernah mendoakan bala kepada bumi Malaysia.(yang akhirnya bala itu berbalik kepada mereka)

GAM- Bermusuhan dengan kerajaan pusat serta pernah menganggap umat Islam di kerajaan pusat sebagai "kafir" atau "menolak Islam".

PAS- Bermusuhan dengan kerajaan pusat serta pernah menganggap umat Islam di kerajaan pusat sebagai "kafir" atau "menolak Islam".

Majoriti ahli GAM berada di Acheh lalu ditenggelamkan Allah.

Majoriti ahli PAS berada di Kelantan lalu ditenggelamkan Allah.

GAM diminta bergabung dengan parti kerajaan demi maslahat umat Islam tetapi mereka menolak. PAS diminta bergabung dengan parti kerajaan demi maslahat umat Islam tetapi mereka menolak. Dan banyak lagi persamaan pada kedua-dua pihak yang malas lah nak senaraikan.

Walaubagaimanapun. Jika orang kafir pun Allah masih beri makan kepada mereka, apatah lagi umat Islam, umat Nabi Muhammad yang setiap hari menyembahNya.

Tentulah lagi-lagi Allah sayang. Allah turunkan bala kepada umat Islam bukan kerana benci, tetapi kerana ingin menegur dan betulkan apa yang salah. Natijah daripada teguran Allah, maka berlakulah:
GAM meletakkan senjata dan bersetuju untuk berdamai dengan kerajaan. 

PAS juga harap-harap lepas ni dapat berdamai dengan kerajaan.

GAM berjaya wujudkan daulah Islamiah mereka dan hukum Allah tertegak serta membuktikan undang-undang Allah itu releven.

PAS juga harap-harap lepas ni akan teruskan agenda mereka untuk laksanakan hudud di Kelantan dan tegakkan hukum Allah di sana serta menjadi contoh kepada negeri-negeri yang lain bahawa undang-undang ini releven serta tidak lagi tunduk kepada Dajjal Alliance Party yang bermati-matian menentang hudud

Allah telah beri teguran kepada GAM agar bersatu demi umat Islam, kini Allah tegur pula PAS supaya bersatu sesama umat Islam demi kebaikan bersama.

Dua kumpulan besar Muslim bertelagah selama puluhan tahun, akhirnya kaum Dajjal, kaum Kafir, kaum Komunis yang ambil kesempatan dan menuntut macam-macam hak sampai ada kaum Komunis dah mula minta kuasa autonomi di Penang selain permintaan menghalang azan, bible bahasa melayu, kalimah Allah dan lain-lain isu sensitif yang dimainkan kaum Dajjal mengambil kesempatan atas pecah belahnya umat ini.

GAM buat keputusan untuk menyerah, bukannya memaksa kerajaan Indonesia yang menyerah kerana mereka sedar mereka adalah minoriti.

Jadi PAS juga patut contohi GAM dan terima pelawaan UMNO untuk membentuk sebuah kerajaan Muslim yang kuat di Nusantara bukannya memaksa UMNO dibubarkan dan sertai PAS kerana wilayah PAS lebih kecil berbanding wilayah UMNO.

Kita inginkan kebaikan untuk umat Islam, ketepikan fahaman politik dan bergabunglah. Kerajaan juga yang dulu sangat sekular, kini sudah mula berjinak-jinak dengan perkembangan Islamisasi sampai artis-artis pun semakin susah cari makan sekarang ni, ustaz-ustaz pula yang banyak jadi selebriti.

Dulu susah nak tengok perempuan bertudung dalam TV seolah-olah ianya "haram", tapi kini hampir menjadi majoriti wanita bertudung mengacara program.

Dulu TV penuh dengan program hiburan dan program menternak artis dan perosak bangsa. Kini program menternak perosak bangsa sudah semakin sepi dan program melahirkan pendakwah pula semakin mendapat tempat.

Dulu apa-apa event mesti kena ada konsert dan diakhiri dengan arak, dadah, zina. Sekarang kerajaan dah ganti dengan majlis selawat besar-besaran dan diakhiri dengan minum air pasar malam dan burger murah je
  .
Dulu nak cari orang berkopiah pun susah dalam TV, sekarang ni jangan kata yang berkopiah, yang berserban 7 tingkat pun dah mula menyinari dikaca-kaca TV dan dada-dada iklan.

Jadi peluang dakwah dan peluang untuk kerajaan menerima dakwah itu sangat terbuka jika kita datang cara baik. Kalau awal-awal lagi kita maki kerajaan, tentu mereka tutup telinga mereka dan tutup pintu mereka.

Kemudian kita salahkan mereka pula kerana tidak menerima dakwah dan menuduh mereka sebagai kaum yang menolak Islam.

Dakwah model para Habaib yang mengetengahkan metod lemah lembut adalah model yang terbaik dan lebih mendekati cara Rasulullah sehingga kita sendiri dapat lihat menteri-menteri pun join majlis-majlis selawat dan tausiyyah dengan rela hati sehingga dakwah itu sampai ke telinga mereka.

InsyaAllah lama-kelamaan akan berubah semuanya. Kerajaan juga ada menghulurkan tangan untuk bersatu dengan PAS walaupun PAS berusaha menolaknya dan mengungkit-ungkit kisah lama yang wataknya juga adalah orang-orang lama dan ada pula yang telah meninggal dunia.
Ini generasi baru, kita bukalah cerita baru.

UMNO di Kelantan juga dikatakan turut bersetuju dan menyokong pelaksanaan hudud di sana. Kini yang menentang hudud adalah adik beradik tiri PAS sendiri iaitu parti mata satu dan parti komunis.
Manakala penentangan hudud yang kononnya dilakukan oleh pemimpin UMNO hanyalah penentangan "lama" yang diungkit-ungkit.

Ya kita faham, dulu mereka mungkin jahil. Tapi kerana mereka kini mulai rapat dengan para ulama dan didekati pula oleh ulama dakwah dan tazkiyyah, mungkin pemahaman mereka terhadap Islam dan hukum Allah sudah mulai masuk ke sanubari mereka.

Maka kita tidak dengar lagi komen-komen kurang cerdik tentang hudud dari pihak menteri muslim kecuali sangat sedikit (yang masih sombong tidak mahu keluar dari kepompong ketidakcerdikan) yakni tidak seperti dulu.

Penentangan hudud kini dilakukan secara terbuka oleh kaum Komunis Dajjal sehingga tahap mengugut adik tirinya sendiri untuk ditendang dan lain-lain ancaman.

Kenapa kaum kafir yang merupakan adik beradik tiri PAS sendiri sangat takut dengan hudud sedangkan kita semua tahu hukum hudud hanya untuk umat Islam, bukannya untuk orang kafir?

Dari situ kita sudah mula faham bahawa kaum Dajjal abang tiri PAS tu menentang hudud kerana ia HUKUM ALLAH dan Dajjal tidak rela hukum Allah tertegak.

Manakala pemimpin yang muslim yang dimusuhi PAS pula pernah menentang hudud kerana mereka JAHIL bukan kerana mereka ingin melawan Allah.

Setelah mereka keluar dari kejahilan melalui jalan dakwah penuh hikmah dari para ulama, InsyaAllah mereka akan sokong dan kini telah terlihat mereka semakin menyokong cuma tidak secara terbuka dan terang-terangan.

Ketika berlaku bala, orang pertama yang mereka cari ialah musuh mereka sendiri iaitu kerajaan dan salahkan musuh mereka kerana tidak membantu mereka.

Sedangkan adik beradik tiri mereka yang terus diam menyepi tidak pula mereka seru atau pertikaikan dimana bantuan dari mereka?

Sejak tersebarnya gambar lelaki bermata lebam sebelah pada tahun 1998 dan kemunculan parti bendera biru bermata satu pada tahun yang sama, saya sudah mulai merasakan perubahan iklim kedamaian yang aneh berlaku di bumi bertuah Tanah Melayu ini.

Dan kegusaran itu benar apabila perpecahan demi perpecahan sehingga isu-isu sensitif yang tidak pernah timbul mulai timbul, kebanjiran kaum Syiah dan keganasan kaum Wahhabi mulai menyerlah, pertikaian dan penghinaan ulama menjadi biasa, kaum pendatang mula naik tocang dan mula meminta negeri sendiri, tekanan US, kehilangan pesawat dan seribu satu jenis fitnah dan kerosakan berlaku selepas munculnya gambar "lelaki buta sebelah mata" itu.

Di Malaysia ni, hanya dua parti sahaja iaitu PAS dan UMNO yang pengasasnya merupakan ulama Ahlu Sunnah sejati, bermazhab Syafie, bertasawuf dan berakidah mazhab Asya'irah. Kedua-dua parti yang diasaskan ulama Ahlu Sunnah ini perlu bergabung untuk melawan fitnah Dajjal di Malaysia khususnya.

Jadi, sekiranya kita punyai akal yang sihat. Maka responlah teguran Allah ini dengan menghentikan perbalahan sesama kaum muslimin selama puluhan tahun ini dan bergabunglah demi kebaikan ummat serta tegakkanlah hudud di bumi bertuah Serambi Mekah Kelantan.

Sekiranya  tidak dilakukan, kita khuatir bala seterusnya pula akan menimpa. Wal'iyazubillahiminzaalik.

Bacalah seruan ini dengan hati yang terbuka dan sahutlah seruan ini!
 

Thursday, January 1, 2015

Terkini: Parlimen Pasir Gudang beraksi kembali bekerja untuk rakyat - Yb Hajah Normala Abdul Samad.

Salam 1Malaysia & Salam Muafakat.
Alhamdulillah, hari baru tahun baru.

Sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang, kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan saya.

Selain daripada hari biasa, bermula tahun 2015, saya mengambil inisiatif untuk memastikan saya akan bersama warga Pasir Gudang pada setiap Jumaat minggu pertama dan ketiga sepanjang tahun ini.

Tarikh bagi setiap bulan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Doakan agar saya terus diberi kekuatan untuk menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan ini dengan sebaiknya.

Saya menanti kehadiran warga Pasir Gudang ke pejabat saya.

"SEJAHTERA PASIR GUDANG"

MTMR merakamkan Tahniah kepada YB Hajah Normala atas usaha gigih bagi membantu Masyarakat di kawasan Parlimen Pasir Gudang.

Apa lagi Masyarakat Parlimen Pasir gudang? Jumpalah dan berilah cadangan atau luahkanlah permasaalahan anda.

Wednesday, December 31, 2014

Terkini: mayat seorang lelaki dan perempuan daripada pesawat malang AirAsia Indonesia QZ8501 berada dalam keadaan sempurna, cukup sifat dan masih utuh.

SURABAYA: Pemeriksaan awal forensik di Hospital Bhayangkara mendapati mayat seorang lelaki dan perempuan daripada pesawat malang AirAsia Indonesia QZ8501 berada dalam keadaan sempurna, cukup sifat dan masih utuh.

Ketua DVI Jawa Timur Komisioner Besar, Budiyono, berkata kedua-dua mayat itu bagaimanapun sudah berbau kerana mangsa telah meninggal dunia kira-kira tiga hari lepas.

Katanya, kedua-dua mayat itu kini berada di Hospital Bhayangkara, kira-kira 40 kilometer dari Surabaya, untuk menjalani proses bedah siasat dan identifikasi.

"Maklumat lanjut mengenai identiti seperti umur dan sebagainya belum lagi boleh diperoleh kerana forensik baru menerima jenazah petang ini.

"Kami memerlukan waktu untuk mendapatkan identiti jenazah. Team kami sedang bekerja keras," katanya pada sidang akhbar di pekarangan hospital itu lewat petang tadi.

Beliau berkata, pelbagai pakar lain dari bidang patologi, DNA, dan orthodonlogi (pergigian) turut terbabit dalam bedah siasat itu.

Difahamkan kira-kira 20 doktor dan pakar bedah siasat bersiap sedia untuk menjalankan proses bedah siasat yang dijangka dimulakan secepat mungkin dan siap dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

Pihaknya juga berharap untuk mendapatkan identiti dua mayat ini dengan kadar segera seperti membandingkan sampel gigi dan tulang mayat dengan data waris dan keluarga dalam simpanan mereka.

"Namun semua keputusan dan segala-galanya bergantung kepada kecepatan proses bedah siasat," katanya.

Pada kebiasaannya, sebaik selesai proses bedah siasat dan identifikasi, mayat akan diserah kepada waris dan ahli keluarga sebelum disembahyangkan dan disemadikan mengikut kepercayaan agama masing-masing.

Tinjauan BERNAMA mendapati beberapa waris dan ahli keluarga telah mulai tiba bagi mendapatkan perkembangan dan maklumat terkini.

Difahamkan Pusat Krisis yang sebelum ini diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, akan dipindahkan ke hospital ini.

Dilaporkan, enam mayat, tiga lelaki dan tiga perempuan termasuk seorang kru penerbangan, masih lagi dalam proses untuk dibawa keluar oleh pasukan misi mencari dan menyelamat di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, kira-kira sejam penerbangan dari Surabaya.

Cuaca buruk dengan ombak setinggi tiga meter menjejas operasi mencari.

Pesawat Airbus A320-200 itu membawa 162 penumpang dan anak kapal, berlepas dari Surabaya, Indonesia, pada 5.20 pagi Ahad dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 8.30 pagi hari sama.

Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan Menara Kawalan Trafik Udara pada 6.12 pagi waktu Indonesia (7.12 pagi waktu Malaysia).

Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 warga Indonesia, tiga Korea Selatan, masing-masing seorang warga Singapura, seorang warga Malaysia dan seorang warga United Kingdom.

Kru pesawat itu terdiri daripada enam warga Indonesia dan seorang warga Perancis.

- BERNAMA

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat