TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, November 30, 2014

Terkini: MB di sini lahirnya UMNO.

MTMR amat berbesar hati untuk mengucapkan selamat Hari Lahir kepada MB kesayangan rakyat Johor.

Luaskan kuasamu Johor. Ayuh Johor!!!

Saturday, November 29, 2014

Terkini: Sharing dr ust zahazan. Mendalam maksud nya.

1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.

8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "

9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.

10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Jika anda benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh menerangi hari seseorang.

Friday, November 28, 2014

Mutakhir: Militan Indonesia dan dua ekstremis Filipina bersalah BOM di Filipina.

MANILA: Seorang anggota militan Indonesia dan dua ekstremis Filipina hari ini disabitkan kesalahan melakukan pengeboman di sebuah kompleks beli-belah pada 2002 yang mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang.

Hakim Leili Cruz-Suarez ketika membuat keputusannya berkata, Jul Kifli dari Indonesia dan militan Abu Sayyaf, Ahmad Jekeron dan Yacob Basug didapati bersalah 'melangkaui keraguan munasabah' melakukan pengeboman pada 21 April 2002 itu.

Dalam kejadian itu, berpuluh-puluh cedera di pusat beli-belah 'Fitmart' di bandar pelabuhan 'General Santos'.

Pendakwa Raya Aristotle Reyes yang pada mulanya mengendalikan kes berkenaan berkata, keputusan bersalah itu boleh menjadi penghalang kepada keganasan dan membantu tindakan tentera bagi menumpaskan militan terbabit.

Bekas anggota militan Abu Sayyaf dan saksi utama, Abu Hamdie berkata, pengeboman itu adalah serangan bersama pertama oleh Abu Sayyaf dan rangkaian keganasan Indonesia, Jemaah Islamiyah. - AP

Thursday, November 27, 2014

Mutakhir: Antara intisari ucapan dasar Presiden UMNO

1. Akta Hasutan 1948 tidak akan dimansuh sebaliknya akan diperkuat dan diperkukuhkan. Akan dimasukkan - melindungi kesucian agama Islam dan menghalang sebarang percubaan membawa sabah dan sarawak keluar dari malaysia

2. Ikrar beliau untuk menerajui umno sebagai wadah memelihara dan memperkasa kepentingan orang2 Melayu dan bumiputera selain memastikan keadilan kpd seluruh rakyat Malaysia

3. Mengajak seluruh ahli umno dan seluruh rakyat malaysia membina kehidupan aman makmur stabil dan harmoni berpaksikan SOLIDARITI

4. Bahawa formula kesentosaan Malaysia adalah SOLIDARITI
( disebut SOLIDARITI sebanyak 11 kali)

5. Sedia timbang/bincang letak wanita sebagai naib presiden dan naib ketua bahagian

6. Menyeru agar usaha 'peremajaan umno' mestilah direalisasikan pada ertikata sebenar

7. Istilah 'peremajaan umno' perlu ditakrifkan sebagai 'meremajakan' tahap dan tempo perjuangan umno supaya sentiasa segar dan bertenaga serta menepati selera semasa

8. Sedia memberi tempat kpd golongan muda dlm parti dan kerajaan tetapi madavyg sama mestilah membuktikan menepati kriteria (Jil-UMNO) yang sesuai. Presuden dan Timb Presiden akan teliti sendiri dlm penilaian ini

9. Mengajak ahli umno teruskan semangat juang meskipun menghadapi pelbagai cabaran dan  cemuhan 

10. Hakikatnya Malaysia kekal maju dan dikagumi masyarakat antara bangsa

11. Hakikatnya banyak kejayaan tercipta cuma ada pihak sengaja menafi dan melemparkan tuduhan buruk yg tidak berkesudahan

12. Semua perlu akur faham dan terima dengan terbuka tentang Kontrak Sosial yang sudah sekian lama terpahat dlm Perlembagaan Negara. Ia adalah wahana demi mengekalkan kestabilan kesejahteraan rakyat dan negara

13. Semua ahli umno jangan lagi alpa sehingga menghilangkan sokongan dan keyakinan umum. Sekurang2nya sejak 15 tahun lalu 'kelekaan' ini berada di mata umum.

14. Apapun ahli2 umno tidak perlu apologatik sebaliknya terus fokus dan meneruskankan perjuangan dengan penuh sedar dan bersemangat tinggi

15. UMNO perlu aplikasi segala perkembangan teknologi maklumat dlm pengurusan dan perhubungan mereka.

16. Kemudahan pendaftaran ahli melalui talian diharapkan mendapat sambutan dan memberi kesan baik kpd parti

17. Hayati perjuangan parti yang berkonsep sederhana (wasatiyyah) - mementingkan kecemerlangan dan keseimbangan

18. Semua ahli umno diajak sematkan rasa kasih dan sayang kpd parti - tahu membayar harga bagk pengorbanan pemimpin dan pendokong parti yang terdahulu.

Terkini: Najib kecewakan Pejuangkan Hapuskan Akhta Hasutan 1948.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan.
 
Malah, akta itu bukan sahaja dipertahankan tetapi juga akan diperkuat dan diperkukuhkan.

Beliau membuat pengumuman itu ketika berucap merasmikan perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini dan disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Beliau berkata, akta itu akan diperkukuhkan dalam sekurang-kurangnya dua perkara, iaitu.
 
- Memasukkan peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama lain juga tidak boleh dihina.
 
- Memasukkan supaya tindakan boleh diambil terhadap sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Najib kemudiannya bertanya kepada para perwakilan sama ada mereka bersetuju dengan keputusan tersebut, dewan gamat jawapan "setuju".
 
"Inilah hasrat kita. Saya percaya rakan-rakan dalam kepimpinan BN bersama-sama dengan kita.
 
"Kita akan laksanakan secara adil supaya kita benar-benar dapat mewujudkan negara Malaysia yang lebih aman dan lebih stabil dan lebih harmoni," tegasnya.

Monday, November 24, 2014

Terkini: Gara-gara mencari kerang empat remaja hampir maut.

MARANG: Pantai Rusila hingga Pulau Kekabu di sini, yang menjadi tumpuan ramai berikutan 'fenomena kerang' menyebabkan empat remaja hampir lemas selepas dihanyutkan ombak.

Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Risikin Satiman memberi amaran dan melarang orang ramai menjalankan aktiviti di sepanjang pantai berkenaan, berikutan keadaan ombak dan cuaca tidak menentu ketika musim tengkujuh yang boleh mengundang bahaya.

Larangan itu berkuat kuasa serta merta dan semua pihak diminta memberi kerjasama bagi mengelak kejadian sama berulang.

"Dalam tempoh tiga hari, empat remaja nyaris lemas selepas dihanyutkan ombak ketika mengutip kerang dan kita tidak mahu kejadian sama berulang lagi.

"Selain penduduk di kawasan setempat, orang ramai dari kawasan berhampiran turut ghairah mengutip hidupan itu sambil membawa anak-anak mereka.

"Malah, ada kalangan mereka turut mengambil kesempatan berniaga dengan menjual makanan dan minuman serta pakaian di lokasi berkenaan tanpa memikirkan keselamatan mereka.

"Oleh itu, kita minta mereka hentikan sebarang kegiatan di pantai berkenaan yang boleh membahayakan nyawa mereka," katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang semalam, dua remaja berusia 15 tahun dari Pasir Panjang, Kuala Terengganu nyaris lemas selepas dihanyutkan ombak ketika mencari kerang yang terdampar di pantai berkenaan sejak Jumaat lalu.

Malah, sebelum itu, dua pelajar sebuah pusat pengajian tinggi berusia 19 tahun dari Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu juga hampir lemas di pantai sama kira-kira jam 11.20 pagi kelmarin selepas dihanyutkan ke tengah laut.

Bagaimanapun, semua mangsa berjaya diselamatkan orang ramai yang kebetulan berada di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan Klinik Kesihatan Marang untuk rawatan.

Risikin berkata, sejak fenomena ribuan kerang terdampar di pantai berkenaan Jumaat lalu, orang ramai memenuhi kawasan itu untuk mengutip hidupan itu tanpa memikirkan keselamatan mereka.

Beliau berkata, keadaan ombak dan cuaca yang tidak menentu ketika ini tidak sesuai untuk sebarang aktiviti pantai seperti mandi, berkelah dan mengutip kerang kerana bimbang kejadian buruk berlaku.

"Bukan niat polis untuk menghalang kerana tahu mereka mahu mencari rezeki, tetapi keselamatan dan nyawa adalah lebih penting dalam keadaan sekarang. Jadi, saya harap orang ramai dapat mematuhi arahan dikeluarkan demi kebaikan semua pihak," katanya.

Terkini: Anggota Unit Mekanikal dan Kejuteraan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dilatih menghadapi ancaman bom dan sebagainya.

KUALA LUMPUR: Anggota Unit Mekanikal dan Kejuruteraan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah dilatih untuk menghadapi ancaman bom, mencegah kebakaran serta banjir sebagai persiapan sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 yang bermula esok.

Ketua Jurutera PWTC, Zaidi Jamian berkata, anggota unit berkenaan menjalani latihan pada 4 Nov lepas dengan kerjasama agensi dan pihak berkuasa berkaitan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak hospital.

Zaidi berkata, lebih 80 pekerja iaitu 48 orang pekerja teknikal tetap dan 32 pekerja kontrak di bawah unit itu bertugas sepanjang tempoh perhimpunan itu.

"Semua kakitangan teknikal akan berada dalam keadaan bersedia selama 24 jam sehari sepanjang perhimpunan ini berlangsung," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, persiapan teknikal dilakukan sejak tiga bulan lepas dan beberapa penambahbaikan termasuk menaik taraf kemudahan internet untuk persidangan itu.

Sebanyak 5,739 anggota perwakilan Umno dari seluruh negara dijangka menghadiri perhimpunan agung parti itu di sini bermula esok hingga 29 Nov.

Manakala sejumlah 1,452 petugas media dari 106 agensi media tempatan dan antarabangsa, media baharu termasuk blogger serta portal berita dalam talian sudah mula melaporkan perjalanan persidangan itu dari Laman Media, PWTC.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat