TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, November 27, 2014

Mutakhir: Antara intisari ucapan dasar Presiden UMNO

1. Akta Hasutan 1948 tidak akan dimansuh sebaliknya akan diperkuat dan diperkukuhkan. Akan dimasukkan - melindungi kesucian agama Islam dan menghalang sebarang percubaan membawa sabah dan sarawak keluar dari malaysia

2. Ikrar beliau untuk menerajui umno sebagai wadah memelihara dan memperkasa kepentingan orang2 Melayu dan bumiputera selain memastikan keadilan kpd seluruh rakyat Malaysia

3. Mengajak seluruh ahli umno dan seluruh rakyat malaysia membina kehidupan aman makmur stabil dan harmoni berpaksikan SOLIDARITI

4. Bahawa formula kesentosaan Malaysia adalah SOLIDARITI
( disebut SOLIDARITI sebanyak 11 kali)

5. Sedia timbang/bincang letak wanita sebagai naib presiden dan naib ketua bahagian

6. Menyeru agar usaha 'peremajaan umno' mestilah direalisasikan pada ertikata sebenar

7. Istilah 'peremajaan umno' perlu ditakrifkan sebagai 'meremajakan' tahap dan tempo perjuangan umno supaya sentiasa segar dan bertenaga serta menepati selera semasa

8. Sedia memberi tempat kpd golongan muda dlm parti dan kerajaan tetapi madavyg sama mestilah membuktikan menepati kriteria (Jil-UMNO) yang sesuai. Presuden dan Timb Presiden akan teliti sendiri dlm penilaian ini

9. Mengajak ahli umno teruskan semangat juang meskipun menghadapi pelbagai cabaran dan  cemuhan 

10. Hakikatnya Malaysia kekal maju dan dikagumi masyarakat antara bangsa

11. Hakikatnya banyak kejayaan tercipta cuma ada pihak sengaja menafi dan melemparkan tuduhan buruk yg tidak berkesudahan

12. Semua perlu akur faham dan terima dengan terbuka tentang Kontrak Sosial yang sudah sekian lama terpahat dlm Perlembagaan Negara. Ia adalah wahana demi mengekalkan kestabilan kesejahteraan rakyat dan negara

13. Semua ahli umno jangan lagi alpa sehingga menghilangkan sokongan dan keyakinan umum. Sekurang2nya sejak 15 tahun lalu 'kelekaan' ini berada di mata umum.

14. Apapun ahli2 umno tidak perlu apologatik sebaliknya terus fokus dan meneruskankan perjuangan dengan penuh sedar dan bersemangat tinggi

15. UMNO perlu aplikasi segala perkembangan teknologi maklumat dlm pengurusan dan perhubungan mereka.

16. Kemudahan pendaftaran ahli melalui talian diharapkan mendapat sambutan dan memberi kesan baik kpd parti

17. Hayati perjuangan parti yang berkonsep sederhana (wasatiyyah) - mementingkan kecemerlangan dan keseimbangan

18. Semua ahli umno diajak sematkan rasa kasih dan sayang kpd parti - tahu membayar harga bagk pengorbanan pemimpin dan pendokong parti yang terdahulu.

Terkini: Najib kecewakan Pejuangkan Hapuskan Akhta Hasutan 1948.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan.
 
Malah, akta itu bukan sahaja dipertahankan tetapi juga akan diperkuat dan diperkukuhkan.

Beliau membuat pengumuman itu ketika berucap merasmikan perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini dan disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Beliau berkata, akta itu akan diperkukuhkan dalam sekurang-kurangnya dua perkara, iaitu.
 
- Memasukkan peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama lain juga tidak boleh dihina.
 
- Memasukkan supaya tindakan boleh diambil terhadap sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Najib kemudiannya bertanya kepada para perwakilan sama ada mereka bersetuju dengan keputusan tersebut, dewan gamat jawapan "setuju".
 
"Inilah hasrat kita. Saya percaya rakan-rakan dalam kepimpinan BN bersama-sama dengan kita.
 
"Kita akan laksanakan secara adil supaya kita benar-benar dapat mewujudkan negara Malaysia yang lebih aman dan lebih stabil dan lebih harmoni," tegasnya.

Monday, November 24, 2014

Terkini: Gara-gara mencari kerang empat remaja hampir maut.

MARANG: Pantai Rusila hingga Pulau Kekabu di sini, yang menjadi tumpuan ramai berikutan 'fenomena kerang' menyebabkan empat remaja hampir lemas selepas dihanyutkan ombak.

Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Risikin Satiman memberi amaran dan melarang orang ramai menjalankan aktiviti di sepanjang pantai berkenaan, berikutan keadaan ombak dan cuaca tidak menentu ketika musim tengkujuh yang boleh mengundang bahaya.

Larangan itu berkuat kuasa serta merta dan semua pihak diminta memberi kerjasama bagi mengelak kejadian sama berulang.

"Dalam tempoh tiga hari, empat remaja nyaris lemas selepas dihanyutkan ombak ketika mengutip kerang dan kita tidak mahu kejadian sama berulang lagi.

"Selain penduduk di kawasan setempat, orang ramai dari kawasan berhampiran turut ghairah mengutip hidupan itu sambil membawa anak-anak mereka.

"Malah, ada kalangan mereka turut mengambil kesempatan berniaga dengan menjual makanan dan minuman serta pakaian di lokasi berkenaan tanpa memikirkan keselamatan mereka.

"Oleh itu, kita minta mereka hentikan sebarang kegiatan di pantai berkenaan yang boleh membahayakan nyawa mereka," katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang semalam, dua remaja berusia 15 tahun dari Pasir Panjang, Kuala Terengganu nyaris lemas selepas dihanyutkan ombak ketika mencari kerang yang terdampar di pantai berkenaan sejak Jumaat lalu.

Malah, sebelum itu, dua pelajar sebuah pusat pengajian tinggi berusia 19 tahun dari Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu juga hampir lemas di pantai sama kira-kira jam 11.20 pagi kelmarin selepas dihanyutkan ke tengah laut.

Bagaimanapun, semua mangsa berjaya diselamatkan orang ramai yang kebetulan berada di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan Klinik Kesihatan Marang untuk rawatan.

Risikin berkata, sejak fenomena ribuan kerang terdampar di pantai berkenaan Jumaat lalu, orang ramai memenuhi kawasan itu untuk mengutip hidupan itu tanpa memikirkan keselamatan mereka.

Beliau berkata, keadaan ombak dan cuaca yang tidak menentu ketika ini tidak sesuai untuk sebarang aktiviti pantai seperti mandi, berkelah dan mengutip kerang kerana bimbang kejadian buruk berlaku.

"Bukan niat polis untuk menghalang kerana tahu mereka mahu mencari rezeki, tetapi keselamatan dan nyawa adalah lebih penting dalam keadaan sekarang. Jadi, saya harap orang ramai dapat mematuhi arahan dikeluarkan demi kebaikan semua pihak," katanya.

Terkini: Anggota Unit Mekanikal dan Kejuteraan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dilatih menghadapi ancaman bom dan sebagainya.

KUALA LUMPUR: Anggota Unit Mekanikal dan Kejuruteraan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah dilatih untuk menghadapi ancaman bom, mencegah kebakaran serta banjir sebagai persiapan sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 yang bermula esok.

Ketua Jurutera PWTC, Zaidi Jamian berkata, anggota unit berkenaan menjalani latihan pada 4 Nov lepas dengan kerjasama agensi dan pihak berkuasa berkaitan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak hospital.

Zaidi berkata, lebih 80 pekerja iaitu 48 orang pekerja teknikal tetap dan 32 pekerja kontrak di bawah unit itu bertugas sepanjang tempoh perhimpunan itu.

"Semua kakitangan teknikal akan berada dalam keadaan bersedia selama 24 jam sehari sepanjang perhimpunan ini berlangsung," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, persiapan teknikal dilakukan sejak tiga bulan lepas dan beberapa penambahbaikan termasuk menaik taraf kemudahan internet untuk persidangan itu.

Sebanyak 5,739 anggota perwakilan Umno dari seluruh negara dijangka menghadiri perhimpunan agung parti itu di sini bermula esok hingga 29 Nov.

Manakala sejumlah 1,452 petugas media dari 106 agensi media tempatan dan antarabangsa, media baharu termasuk blogger serta portal berita dalam talian sudah mula melaporkan perjalanan persidangan itu dari Laman Media, PWTC.

Sunday, November 23, 2014

Terkini: Polis Johor menubuhkan pasukan Khas membantu keluarga mangsa kemalangan serius.

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengumumkan penubuhan pasukan khas untuk membantu keluarga mangsa kemalangan serius di setiap hospital utama seluruh negeri.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata penubuhan pasukan itu sebagai pendekatan menambahbaik perkhidmatan polis dan memudahkan mangsa yang terbabit dalam kemalangan membuat laporan.

Katanya, menerusi penubuhan itu, mereka yang terbabit hanya perlu menelefon pihak polis dan pasukan khas itu akan memberi tindakan segera dan hadir ke hospital untuk mengambil laporan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kontinjen Johor, di sini sebentar tadi.

Terkini: Malaysia dan Indonesia berkerjasama menjaga perbatasan.

TAWAU: Empat lagi pos kawalan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) akan diwujudkan tahun depan bagi mengatasi permasalahan di kawasan sempadan kedua-dua negara.

Panglima 5 Briged Tentera Darat, Jeneral Jalaluddin Manan, berkata dua daripada pos kawalan berkenaan akan dibina di kawasan Indonesia dan dua lagi di kawasan Malaysia iaitu antara Sebatik hingga ke Long Pasia.

Dengan adanya pos kawalan ini, katanya aktiviti jenayah melalui jalan tikus atau tidak sah dapat dikekang di kawasan sempadan kedua-dua negara.

"Kegiatan jenayah rentas sempadan, penyeludupan, penyalahgunaan dadah dan pendatang asing tanpa izin (PATI) juga dapat dipantau dan dibanteras dengan lebih baik," katanya pada sidang media selepas pelancaran Rondaan Bersama/Patroli Terkoordinasi di Pos Serudong dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Panglima Korem TNI, Brigedier Jeneral Nono Suharno.

Setakat ini, terdapat dua pos bersama iaitu di Semanggaris, Indonesia dan di Selikoh, Malaysia dengan 10 anggota setiap negara berada di pos kawalan bersama itu sepanjang masa.

Jalaluddin berkata, penambahan pos kawalan berkenaan bukan sahaja akan meningkatkan indeks keamanan di kedua-dua negara malah mengurangkan kadar jenayah di kawasan sempadan.

Penambahan pos kawalan bersama itu juga akan membantu menyelesaikan percanggahan yang berlaku secara bersama khasnya membabitkan kawasan sempadan.

"Tentera adalah jentera kerajaan paling berkesan dalam mengawal sempadan kerana kita yang berada di barisan hadapan tahu di mana batu sempadan. Jadi, dengan adanya kerjasama seperti ini, percanggahan dapat diatasi," katanya.

Sementara itu, Nono berkata dengan penambahan pos kawalan bersama, kerjasama kedua-dua negara dapat diperkukuhkan lagi.

"Ia bukan sahaja memperkecil peluang jalan-jalan tikus untuk menjalankan kegiatan jenayah seperti dadah, penyeludupan, PATI, tetapi yang lebih penting membersihkan kawasan sempadan daripada kegiatan jenayah.

"Malah, dalam aspek keselamatan, dua negara akan lebih terpelihara kerana wujudnya kerjasama dalam aspek penugasan dan membuat perancangan aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara," katanya.

- BERNAMA

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat