TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, October 23, 2014

Akhirnya Orang Melayu pegang Anjing makan babi akibat mahu mansuhkan semua undang-undang negara.

Dah malas nak cakap. Nak pegang Anjing ke nak makan Babi ke aku cakap jangan. Sebab kita orang Islam. Kita kena tahu mana hukum haram, halal. Ada belajar dan di ajar di sekolah agama kan. Sekolah kebangsaan pun ada ajar.

Sebab itu jika hendak melakukan aktiviti mesti mendapat permit atau kebenaran dari jabatan tertentu.
Kalau hendak mengajar juga perlu mendapat pengesahan atau pengitirafan dari jabatan tertentu. Supaya tidak mendatangkan masaalah kepada masyarakat.

Terlajak perahu boleh di undur. Terlajak kata atau perbuatan buruk padahnya.

#HapuskanISAHapuskanPolitik

Wednesday, October 22, 2014

Mutakhir: Pokok rebah ke bumi menutup jalan .

Taman Rinting akibat hujan lebat Pokok tombang menghalang jalan raya. Harap ada usaha-usaha untuk membersihkan bagi melancarkan penguna jalan raya tersebut.

Keadaan seperti ini boleh mengundang bahaya kemalangan kepada penguna jalan raya. Kawasan ini walaupun berlaku di kawasan sebelah dalam  tetapi jalan tersebut menjadi jalan utama penduduk Taman Rinting.

Kejadian Pokok tombang pukul berapa tidak dapat di pastikan. Tetapi sehingga jam 1700 belum ada usaha-usaha untuk pembersihan.
 

Monday, October 20, 2014

Terkini: TMJ kahwini Cik Khaleeda Jumaat ini

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30, bakal menamatkan zaman bujangnya Jumaat ini apabila melangsungkan pernikahan dengan Cik Khaleeda Bustamam, 21.
    
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata istiadat pertunangan dan pernikahan baginda dengan wanita pilihannya itu akan berlangsung di Istana Bukit Serene pukul 10 pagi pada hari itu.
    
"Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menghadiahkan tujuh barangan kepada pihak perempuan, manakala pihak keluarga perempuan pula akan membalasnya dengan sembilan barangan," katanya pada sidang media di Bukit Timbalan, di Johor Bahru hari ini.
    
Istiadat pernikahan dikendalikan Mufti Johor Datuk Tahrir Samsuddin.
    
Hanya kerabat dan keluarga terdekat kedua-dua pasangan dijemput menghadiri istiadat pertunangan dan pernikahan itu.

Cik Khaleeda akan dikurniakan gelaran Che Puan, isteri kepada Tunku Mahkota Johor selepas istiadat pernikahan itu, menurut Abdul Rahim.
    
Katanya, istiadat merisik telah pun berlangsung pada 27 September lepas dengan rombongan diraja diketuai Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.
    
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor itu juga mengumumkan istiadat persandingan Tunku Mahkota Johor dengan Cik Khaleeda akan diadakan di Istana Besar, Johor Baharu pada 7.30 malam, 8 Nov depan.
    
Istiadat persandingan itu bakal berlangsung secara sederhana tetapi penuh dengan adat istiadat diraja Johor dan ketenteraan, dijangka dihadiri oleh kira-kira 1,200 jemputan dari dalam dan luar negara.
    
Antara tetamu kehormat yang akan menghadiri istiadat itu termasuk Sultan Brunei, Sultan Pahang, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Perdana Menteri Singapura serta barisan exco dan anggota Dewan Undangan Negeri Johor.
    
Menurut Abdul Rahim tiada liputan media bagi istiadat berkenaan.

Tunku Mahkota Johor diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Baharu dan merupakan putera sulung daripada enam adik-beradik kepada Sultan Johor dan Raja Zarith Sofia.
    
Baginda mendapat pendidikan awal persekolahan di Johor Baharu sebelum melanjutkan pendidikannya di Australian International School, Singapura pada 1999 dan Hale School di Perth, Australia.
    
Bermula 17 Julai 2003 hingga 11 Dis 2004, Tunku Ismail menjalani latihan ketenteraan di India Military College di Dehradun, India dan ditauliahkan pangkat Leftenan.
    
Baginda menempa sejarah apabila menjadi rakyat asing pertama mengetuai Rejimen Berkuda Tentera India memberi tabik hormat kepada Presiden India, APJ Abdul Kalam sempena sambutan Hari Kebangsaan India ke-58 pada 20 Jan 2007.
    
Cik Khaleeda dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu kepada lima adik-beradik kepada pasangan Bustamam Daud dan Aziyah Abdul Aziz.
    
Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak daripada 2000 hingga 2003, sebelum meneruskan pendidikan awalnya di Sekolah St. George's Hanover Square, London pada 2003 hingga 2004.
    
Cik Khaleeda melanjutkan persekolahan menengahnya di Westminster Academy London pada September 2004 hingga Julai 2008 dan di Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur sekembalinya ke Malaysia pada 2010.
    
-Bernama

Sunday, October 19, 2014

TERKINI : KEDAULATAN TANAH MELAYU LAWAN SIHIR

1. Maaf kerana sudah lama tidak update, saya menulis kali ini kerana mahu menjawab pertanyaan beberapa pembaca yang bertanya mengenai sihir mason, sihir illuminati, sihir kabalah serta apa sumpahan yang dikatakan menyelubungi Tanah Melayu ini yang telah mencecah ratusan tahun sehingga gagal dipulihkan.

2. Saya cuma tersenyum sahaja apabila membaca serba sedikit mengenai sihir-sihir ini yang dikatakan masih  berkuasa sehingga sekarang, hebat iluminati atau pengikut-pengikut Dajal ini seolah-olah terlalu berkuasa sehingga satu negara atau satu Tanah Melayu masih dibelenggu sihir yang berusia beratus-ratus tahun sehingga sekarang.

Terkini: Melentur buluh biarlah dari rebungnya-Yb Hajah Normala Abdul Samad

Merasmikan Majlis Graduasi Anak Permata Negara Parlimen Pasir Gudang. Anak-anak ini begitu bersemangat membuat persembahan walaupun baru berumur 2-4 tahun. Syabas & tahniah diucapkan kepada semua warga pendidik Anak Permata Negara.
Merasmikan Majlis Graduasi Anak Permata Negara Parlimen Pasir Gudang. Anak-anak ini begitu bersemangat membuat persembahan walaupun baru berumur 2-4 tahun. Syabas & tahniah diucapkan kepada semua warga pendidik Anak Permata Negara.

Saturday, October 18, 2014

Terkini: Felda menang saman Wan Azizah?

Fitnah merupakan satu perkara yang di benci oleh Agama. Sehinggakan neraka jahaman tempatnya kepada yang membuat fitnah.

Sebelum ini Harakah juga memfitnah Felda jual minyak ke Israel. Kita saman dan Felda menang. Dibayar gantirugi RM200 ribu.

Rakyat Malaysia juga tidak di benarkan masuk ke Israel. Tetapi masih ada rakyat malaysia yang sengajakan membuat onar dengan memburukkan negara Malaysia.

Mereka bercerita di luar negara seoalah-oleh mereka ini bukan rakyat Malaysia. Seorang rakyat Malaysia yang sayangkan negara tidak akan memburukkan negara sendiri. Negara kita umpama keluarga kita. Adakah kita sanggup memburukkan keluarga kita kepada orang lain.

Felda hari ini menang saman malu atas tuduhan Suara Keadilan Sebutan Kes tahun 2010 yang sebut Felda Bangkrap. Taksiran kerugian sedang dikira  saman Wan Azizah dll pemilik sebanyak rm200 juta. Mereka fitnah kita saman.

Begitulah dua suratkhabar pemfitnah yang berjaya kita saman. Semoga perkara ini menjadi ikhtibar kepada yang lain. Suratkhabar Pemfitnah sengaja membuat pembohongan demi pembohongan dengan menabur fitnah kepada rakyat supaya membenci kerajaan yang menguruskan Felda.

Begitulah puak-puak pembangkang sentiasa memfitnah FELDA yang selama ini membantu rakyat di Fitnah. Akhirnya Fitnah itu makan diri satu persatu kebenaran itu timbul dan kebenaran itu terserlah.

MTMR hanya nak sebut "ALLHAMDULILLAH" Allahuakhbar.

Thursday, October 16, 2014

Terkini: Kesatuan sekerja dan majikan sektor swasta patut bincang COLA ???

Kerajaan belum bercadang mewajibkan bayaran Elaun Sara Hidup (COLA) kepada majikan sektor swasta buat masa ini.

Kementerian sentiasa menggalakkan perbincangan di antara pekerja dan majikan, jadi serahkan kepada majikan untuk memberikan kebajikan sewajarnya kepada pekerja mereka.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat