Wednesday, October 22, 2014
Mutakhir: Pokok rebah ke bumi menutup jalan .
Monday, October 20, 2014
Terkini: TMJ kahwini Cik Khaleeda Jumaat ini
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30, bakal menamatkan zaman bujangnya Jumaat ini apabila melangsungkan pernikahan dengan Cik Khaleeda Bustamam, 21.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata istiadat pertunangan dan pernikahan baginda dengan wanita pilihannya itu akan berlangsung di Istana Bukit Serene pukul 10 pagi pada hari itu.
"Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menghadiahkan tujuh barangan kepada pihak perempuan, manakala pihak keluarga perempuan pula akan membalasnya dengan sembilan barangan," katanya pada sidang media di Bukit Timbalan, di Johor Bahru hari ini.
Istiadat pernikahan dikendalikan Mufti Johor Datuk Tahrir Samsuddin.
Hanya kerabat dan keluarga terdekat kedua-dua pasangan dijemput menghadiri istiadat pertunangan dan pernikahan itu.
Cik Khaleeda akan dikurniakan gelaran Che Puan, isteri kepada Tunku Mahkota Johor selepas istiadat pernikahan itu, menurut Abdul Rahim.
Katanya, istiadat merisik telah pun berlangsung pada 27 September lepas dengan rombongan diraja diketuai Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor itu juga mengumumkan istiadat persandingan Tunku Mahkota Johor dengan Cik Khaleeda akan diadakan di Istana Besar, Johor Baharu pada 7.30 malam, 8 Nov depan.
Istiadat persandingan itu bakal berlangsung secara sederhana tetapi penuh dengan adat istiadat diraja Johor dan ketenteraan, dijangka dihadiri oleh kira-kira 1,200 jemputan dari dalam dan luar negara.
Antara tetamu kehormat yang akan menghadiri istiadat itu termasuk Sultan Brunei, Sultan Pahang, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Perdana Menteri Singapura serta barisan exco dan anggota Dewan Undangan Negeri Johor.
Menurut Abdul Rahim tiada liputan media bagi istiadat berkenaan.
Tunku Mahkota Johor diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Baharu dan merupakan putera sulung daripada enam adik-beradik kepada Sultan Johor dan Raja Zarith Sofia.
Baginda mendapat pendidikan awal persekolahan di Johor Baharu sebelum melanjutkan pendidikannya di Australian International School, Singapura pada 1999 dan Hale School di Perth, Australia.
Bermula 17 Julai 2003 hingga 11 Dis 2004, Tunku Ismail menjalani latihan ketenteraan di India Military College di Dehradun, India dan ditauliahkan pangkat Leftenan.
Baginda menempa sejarah apabila menjadi rakyat asing pertama mengetuai Rejimen Berkuda Tentera India memberi tabik hormat kepada Presiden India, APJ Abdul Kalam sempena sambutan Hari Kebangsaan India ke-58 pada 20 Jan 2007.
Cik Khaleeda dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu kepada lima adik-beradik kepada pasangan Bustamam Daud dan Aziyah Abdul Aziz.
Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak daripada 2000 hingga 2003, sebelum meneruskan pendidikan awalnya di Sekolah St. George's Hanover Square, London pada 2003 hingga 2004.
Cik Khaleeda melanjutkan persekolahan menengahnya di Westminster Academy London pada September 2004 hingga Julai 2008 dan di Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur sekembalinya ke Malaysia pada 2010.
-Bernama
Sunday, October 19, 2014
TERKINI : KEDAULATAN TANAH MELAYU LAWAN SIHIR
Terkini: Melentur buluh biarlah dari rebungnya-Yb Hajah Normala Abdul Samad
Saturday, October 18, 2014
Terkini: Felda menang saman Wan Azizah?
Fitnah merupakan satu perkara yang di benci oleh Agama. Sehinggakan neraka jahaman tempatnya kepada yang membuat fitnah.
Sebelum ini Harakah juga memfitnah Felda jual minyak ke Israel. Kita saman dan Felda menang. Dibayar gantirugi RM200 ribu.
Rakyat Malaysia juga tidak di benarkan masuk ke Israel. Tetapi masih ada rakyat malaysia yang sengajakan membuat onar dengan memburukkan negara Malaysia.
Mereka bercerita di luar negara seoalah-oleh mereka ini bukan rakyat Malaysia. Seorang rakyat Malaysia yang sayangkan negara tidak akan memburukkan negara sendiri. Negara kita umpama keluarga kita. Adakah kita sanggup memburukkan keluarga kita kepada orang lain.
Felda hari ini menang saman malu atas tuduhan Suara Keadilan Sebutan Kes tahun 2010 yang sebut Felda Bangkrap. Taksiran kerugian sedang dikira saman Wan Azizah dll pemilik sebanyak rm200 juta. Mereka fitnah kita saman.
Begitulah dua suratkhabar pemfitnah yang berjaya kita saman. Semoga perkara ini menjadi ikhtibar kepada yang lain. Suratkhabar Pemfitnah sengaja membuat pembohongan demi pembohongan dengan menabur fitnah kepada rakyat supaya membenci kerajaan yang menguruskan Felda.
Begitulah puak-puak pembangkang sentiasa memfitnah FELDA yang selama ini membantu rakyat di Fitnah. Akhirnya Fitnah itu makan diri satu persatu kebenaran itu timbul dan kebenaran itu terserlah.
MTMR hanya nak sebut "ALLHAMDULILLAH" Allahuakhbar.
Thursday, October 16, 2014
Terkini: Kesatuan sekerja dan majikan sektor swasta patut bincang COLA ???
Mutakhir: Indonesia menurut jejak langkah Malaysia naik Minyak?
Terkini tidak semua negara dapat menampung subsidi minyak. Kita lihat contoh Indonesia juga telah menaikkan harga minyak bagi menampung bebanan negara.
Kita sebagai rakyat Malaysia yang berfikiran matang haruslah berfikir secara waras demi kesinambungan dan kelancaran negara.
Silat Melayu
DOA DOHA
WALI SONGO
Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.
WAJIB TONTON
Top Blogges
A. Blog Warta Pasir Gudang
-
-
-
Sedang mencuba Dan mencari.12 years ago
-
-
-
Bersolatlah.12 years ago
-
10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak12 years ago
B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.
-
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berasa sedih apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara meletakkan tanggungjawab berhubung kel...
-
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-me reka yang dikehen...
-
Secara Ringkas... Nota Penulis : Ancaman terhadap negara datang dari luar dan dalam. Untuk memudahkan perancangan musuh Islam, agenda...
-
* Bot Komando Sg.Udang Hilang Dilaut, mungkin ini yg sedang mereka lakukan . Motto Rejimen - Cepat Dan Cergas ... Lambang Rejimen - ...
-
ARTIKEL TULISAN SAHABAT SHAHPASKAL, MUSIBAH DEMI MUSIBAH, PLEASELAHHH..INI BALA BEB, BUKAN UJIAN UNTUK UMAT TERPILIH Bila dah banji...
-
Gambar di atas merupakan kompleks pertahanan bawah tanah Malaysia, lokasi rahsia. 1. Malaysia melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ...
-
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) boleh menyebabkan negara sekali lagi terjerumus dalam krisis ekonomi Asia seperti yang berl...
-
Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim membuat laporan polis kedua terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed ...
-
Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak ...
-
Ya Allah permudahkanlah urusan sahabat-sahabat sukarelawan PPBM. Rahmatilah mereka dan selamatkanlah mereka dalam kerja amal yang dilakukan....
C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat
-
-
-
-
-
-
-
Kempen "Buy Muslim First"7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sedang mencuba Dan mencari.12 years ago
-
Moral Anwar Menyesatkan Umat Islam12 years ago
-
-
-
Bersolatlah.12 years ago
-
10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




