TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, October 18, 2014

Terkini: Felda menang saman Wan Azizah?

Fitnah merupakan satu perkara yang di benci oleh Agama. Sehinggakan neraka jahaman tempatnya kepada yang membuat fitnah.

Sebelum ini Harakah juga memfitnah Felda jual minyak ke Israel. Kita saman dan Felda menang. Dibayar gantirugi RM200 ribu.

Rakyat Malaysia juga tidak di benarkan masuk ke Israel. Tetapi masih ada rakyat malaysia yang sengajakan membuat onar dengan memburukkan negara Malaysia.

Mereka bercerita di luar negara seoalah-oleh mereka ini bukan rakyat Malaysia. Seorang rakyat Malaysia yang sayangkan negara tidak akan memburukkan negara sendiri. Negara kita umpama keluarga kita. Adakah kita sanggup memburukkan keluarga kita kepada orang lain.

Felda hari ini menang saman malu atas tuduhan Suara Keadilan Sebutan Kes tahun 2010 yang sebut Felda Bangkrap. Taksiran kerugian sedang dikira  saman Wan Azizah dll pemilik sebanyak rm200 juta. Mereka fitnah kita saman.

Begitulah dua suratkhabar pemfitnah yang berjaya kita saman. Semoga perkara ini menjadi ikhtibar kepada yang lain. Suratkhabar Pemfitnah sengaja membuat pembohongan demi pembohongan dengan menabur fitnah kepada rakyat supaya membenci kerajaan yang menguruskan Felda.

Begitulah puak-puak pembangkang sentiasa memfitnah FELDA yang selama ini membantu rakyat di Fitnah. Akhirnya Fitnah itu makan diri satu persatu kebenaran itu timbul dan kebenaran itu terserlah.

MTMR hanya nak sebut "ALLHAMDULILLAH" Allahuakhbar.

Thursday, October 16, 2014

Terkini: Kesatuan sekerja dan majikan sektor swasta patut bincang COLA ???

Kerajaan belum bercadang mewajibkan bayaran Elaun Sara Hidup (COLA) kepada majikan sektor swasta buat masa ini.

Kementerian sentiasa menggalakkan perbincangan di antara pekerja dan majikan, jadi serahkan kepada majikan untuk memberikan kebajikan sewajarnya kepada pekerja mereka.

Mutakhir: Indonesia menurut jejak langkah Malaysia naik Minyak?

Terkini tidak semua negara dapat menampung subsidi minyak. Kita lihat contoh Indonesia juga telah menaikkan harga minyak bagi menampung bebanan negara.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang berfikiran matang haruslah berfikir secara waras demi kesinambungan dan kelancaran negara.

Wednesday, October 15, 2014

PERMATA lapor polis berhubung artikel portal

PERMATA, sebuah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri, hari ini membuat laporan polis berhubung artikel dalam sebuah portal yang didakwa menjejaskan imej dan kredibiliti agensi itu.

MUTAKHIR: PEMBENTANGAN BAJET 2015

Pelbagai berita gembira kepada rakyat Malaysia telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia semasa Pembentangan Bajet 2015 yang telah diadakan pada 10 Oktober 2014 di Dewan Persidangan, Parlimen Malaysia. Bersesuaian dengan tema kali ini iaitu Bajet 2015 : Ekonomi Keperluan Rakyat, pembentangan kali ini adalah berdasarkan tujuh strategi utama iaitu :

Rangkuman gambar sekitar Pembentangan Bajet 2015

1. Memperkukuh Pertumbuhan Ekonomi
2. Memantap Tadbir Urus Fiskal
3. Mengupaya Modal Insan dan Keusahawanan
4. Memperkasa Agenda Bumiputera
5. Memartabat Peranan Wanita
6. Membangun Program Transformasi Belia Negara
7. Mensejahtera Rakyat

Selain itu, pembentangan bajet kali ini juga adalah bersifat lebih menyeluruh kerana ia memberi fokus kepada golongan berpendapatan rendah, sederhana dan juga golongan pertengahan. Ini dapat dilihat melalui penambahbaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pengecualian barangan keperluan harian seperti makanan, ubatan dan petrol daripada cukai barangan dan perkhidmatan.

Di samping itu, tumpuan juga turut di berikan kepada golongan belia melalui Pelan Transformasi Belia Negara juga bantuan perumahan untuk belia. Bantuan kewangan untuk keluarga miskin dan juga kenaikan elaun utk golongan OKU juga turut dimasukkan di dalam pembentangan bajet 2015.Selain itu, pelbagai inisiatif lain turut diberi perhatian sama ada dari segi projek-projek infrastuktur, bantuan kepada usahawan Bumiputera, khidmat kesihatan, pendidikan juga pembangunan luar bandar.

Pembentangan bajet kali ini diharap dapat menjadi langkah terbaik yang diambil oleh pihak kerajaan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Tuesday, October 14, 2014

Mutakhir: Bujang Taha jaguh bina badan negara meninggal dunia.

Jaguh bina badan negara Bujang Taha, 77, meninggal dunia pada pukul 10.47 malam ini di Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana komplikasi kanser mulut, kanser paru-paru serta asma.

Menurut menantu perempuan beliau, Suzana Ibrahim, Allahyarham yang mendapatkan rawatan di HUS sejak seminggu lalu akibat asma, meninggal di sisi anak dan cucunya.

"Esok, bekas jaguh bina badan Datuk Malek Noor sudah beritahu hendak datang tengok bapa, tapi apakan daya bapa pergi dulu," katanya kepada Bernama di HUS.

Pada kemuncak kariernya, Bujang memenangi gelaran Mr Asia sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1980, 1982, 1983 dan 1986 selain memenangi dua pingat emas pada Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 1977 dan di Jakarta pada 1979.

Beliau pernah bertanding Mr Universe di Belgium pada 1982.

Terkini:Tentera laut Rusia bakal mempunyai komplek pengintip moden untuk mendapat Informasi intelijen.

Kapal-kapal Tentera Laut Rusia tak lama lagi akan diperkuatkan oleh sebuah kompleks pengintai moden yang terintegrasi dalam mendapatkan maklumat perisikan, yakni sistem penyiaran luar angkasa pelbagai fungsi Liana. Hal tersebut disampaikan oleh seorang narasumber dari dunia industri tentera pada RIA Novosti. Selain mengukuhkan kapal perang Tentera Laut, Liana rencananya juga dirancang untuk melayani sistem pertahanan pinggir pantai yang mempunyai persenjataan roket.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat