TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, October 15, 2014

PERMATA lapor polis berhubung artikel portal

PERMATA, sebuah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri, hari ini membuat laporan polis berhubung artikel dalam sebuah portal yang didakwa menjejaskan imej dan kredibiliti agensi itu.

MUTAKHIR: PEMBENTANGAN BAJET 2015

Pelbagai berita gembira kepada rakyat Malaysia telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia semasa Pembentangan Bajet 2015 yang telah diadakan pada 10 Oktober 2014 di Dewan Persidangan, Parlimen Malaysia. Bersesuaian dengan tema kali ini iaitu Bajet 2015 : Ekonomi Keperluan Rakyat, pembentangan kali ini adalah berdasarkan tujuh strategi utama iaitu :

Rangkuman gambar sekitar Pembentangan Bajet 2015

1. Memperkukuh Pertumbuhan Ekonomi
2. Memantap Tadbir Urus Fiskal
3. Mengupaya Modal Insan dan Keusahawanan
4. Memperkasa Agenda Bumiputera
5. Memartabat Peranan Wanita
6. Membangun Program Transformasi Belia Negara
7. Mensejahtera Rakyat

Selain itu, pembentangan bajet kali ini juga adalah bersifat lebih menyeluruh kerana ia memberi fokus kepada golongan berpendapatan rendah, sederhana dan juga golongan pertengahan. Ini dapat dilihat melalui penambahbaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pengecualian barangan keperluan harian seperti makanan, ubatan dan petrol daripada cukai barangan dan perkhidmatan.

Di samping itu, tumpuan juga turut di berikan kepada golongan belia melalui Pelan Transformasi Belia Negara juga bantuan perumahan untuk belia. Bantuan kewangan untuk keluarga miskin dan juga kenaikan elaun utk golongan OKU juga turut dimasukkan di dalam pembentangan bajet 2015.Selain itu, pelbagai inisiatif lain turut diberi perhatian sama ada dari segi projek-projek infrastuktur, bantuan kepada usahawan Bumiputera, khidmat kesihatan, pendidikan juga pembangunan luar bandar.

Pembentangan bajet kali ini diharap dapat menjadi langkah terbaik yang diambil oleh pihak kerajaan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Tuesday, October 14, 2014

Mutakhir: Bujang Taha jaguh bina badan negara meninggal dunia.

Jaguh bina badan negara Bujang Taha, 77, meninggal dunia pada pukul 10.47 malam ini di Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana komplikasi kanser mulut, kanser paru-paru serta asma.

Menurut menantu perempuan beliau, Suzana Ibrahim, Allahyarham yang mendapatkan rawatan di HUS sejak seminggu lalu akibat asma, meninggal di sisi anak dan cucunya.

"Esok, bekas jaguh bina badan Datuk Malek Noor sudah beritahu hendak datang tengok bapa, tapi apakan daya bapa pergi dulu," katanya kepada Bernama di HUS.

Pada kemuncak kariernya, Bujang memenangi gelaran Mr Asia sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1980, 1982, 1983 dan 1986 selain memenangi dua pingat emas pada Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 1977 dan di Jakarta pada 1979.

Beliau pernah bertanding Mr Universe di Belgium pada 1982.

Terkini:Tentera laut Rusia bakal mempunyai komplek pengintip moden untuk mendapat Informasi intelijen.

Kapal-kapal Tentera Laut Rusia tak lama lagi akan diperkuatkan oleh sebuah kompleks pengintai moden yang terintegrasi dalam mendapatkan maklumat perisikan, yakni sistem penyiaran luar angkasa pelbagai fungsi Liana. Hal tersebut disampaikan oleh seorang narasumber dari dunia industri tentera pada RIA Novosti. Selain mengukuhkan kapal perang Tentera Laut, Liana rencananya juga dirancang untuk melayani sistem pertahanan pinggir pantai yang mempunyai persenjataan roket.

Monday, October 13, 2014

Akhirnya di tangkap buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.

Akhirnya kena tangkap juga.
alamat Blok 08-00-11, PPR Sri Alam, Sg Besi, KL dan telah tahan 1 L India. Butir2 diri :-
Nama : Krishnan A/L Mookan
No. KP : 581008-10-5383

Seterusnya telah rampas barang2 seperti berikut:-
1) Sepasang selipar
2) Sekeping banner tertera gambar Perdana Menteri Malaysia
3) Sehelai baju warna kuning

Hasil soal siasat awal oleh phk CID mendapati L India tersebut mengaku memegang gambar Perdana Menteri seperti yg tertera dlm facebook. Semakan Kompol mendapati suspek mempunyai 3 rekod lampau tetapi tidak d Suspek tlh diberi jamin & dijangka akan dituduh pd 15 OKT 2014.

Malaysia menuju wawasan 2020 rakyat di dahulukan.

Kerajaan membentangkan bajet 2015. Mesra rakyat. Kerajaan kepimpinan PM Datuk @NajibRazak membentangkannya pada 10/10/2014.

YB Hajah Normala Abdul Samad menekankan kerajaan perihatin dengan keadaan peningkatan kos hidup rakyat Malaysia.

Golongan sasaran yang layak mendapat perhatian dan di bantu menjadi keutamaan kerajaan.

Kerajaan memperuntukkan dana tertentu untuk rakyat golongan sasaran bagi meringankan bebanan mereka. Sebagai contoh Nelayan di beri bantuan RM250.00 sebulan dan banyak lagi yang akan di terima oleh rakyat.

Adalah menjadi keutamaan kerajaan untuk memastikan rakyat berpendapatan tinggi menjelang wawasan 2020.

Menjadi tanggungjawab rakyat juga untuk mengekal dan memberikan sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional untuk kekal mengapai WAWASAN 2020.

Adalah menjadi keutamaan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional untuk membantu rakyat. Rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan.

Friday, October 10, 2014

Kemalangan Maut Lebuhraya Pasir Gudang.

PASIR GUDANG: Lima orang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Rinting, di sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, kereta yang dinaiki semua mangsa dipercayai terbabas sebelum merempuh pokok.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan identiti semua mayat sedang dikenal pasti.

Semua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk bedah siasat

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat