TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, September 5, 2014

Mutakhir: Tuduhan rasuah olih Parti Pembangkang perlu di tangani dengan perundangan.

Aku nak sebut nama mamat ni pun aduhai !!! Pemuda PAS katanya mamat. Betul ke nama dia Sohaizan Kayat?

Kenyataan beliau semalam 4/9/2014 menyatakan minta Pemuda UMNO tanya kepada pemimpin UMNO siapa yang menjual tanah KTM kepada Singapura?

Jalan Raya berlobang adalah kerana kerajaan Rasuah. Bercakap berbagai ayat al-Quraan bagai. Tetapi menuduh Kerajaan rasuah!!!

Orang UMNO kerajaan rasuah adalah merupakan tindakkan dan pandangan yang tidak wajar sekiranya mengaku dirinya sebagai seorang Islam.

Nampaknya PAS yang berkawan baik dengan DAP. Telah berjaya di tarbiahkan dengan mengikut tunjuk ajar menuduh Kerajaan pimpinan UMNO rasuah.

Cabaran saya kepada Sdr Sohaizn Kayat. Tolong buktikan dengan buat repot kepada Polis atau SPRM kepada mana2 yang pemimpin kerajaan UMNO mengambil rasuah?

Lu orang banyak langsi cakap kerajaan rasuah. Tolong buktikan? Gua cabar lu beb?

Mutakhir: ESSCOM melepaskan tembakkan kepada penceroboh di pulau selingan Sabah.

SANDAKAN: Anggota tentera terpaksa melepaskan tembakan ke arah sebuah bot pam penceroboh yang cuba meluru ke arah mereka sambil pengendalinya mengeluarkan sebilah parang di perairan Pulau Selingan, semalam.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Abdul Rashid Harun, berkata berikutan itu bot penceroboh yang terkena tembakan itu karam dan suspek terjatuh ke dalam air.

Beliau berkata, seorang anggota tentera menyelamatkan suspek dan mendapati pengendali bot pam itu mengalami kecederaan akibat tembakan di bahagian betis kiri dan buku lali sebelah kanan.

Katanya, suspek kemudian dibawa ke Pulau Bakungan Kecil (Malaysia) bagi mendapatkan rawatan kecemasan sebelum dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut.

"Suspek kini dalam keadaan stabil dan masih mendapat rawatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum insiden itu, Abdul Rashid berkata anggota tentera yang bertugas di Pulau Bakungan Kecil menerima maklumat bahawa terdapat beberapa bot dari Pulau Bakungan Besar, Filipina sedang menuju ke arah Pulau Selingan yang terletak hampir 25 kilometer dari pusat bandar Sandakan kira-kira 1.45 tengah hari semalam.

Katanya, bertindak atas maklumat berkenaan, enam anggota tentera yang menaiki bot Boston Whaler 54 bergerak ke lokasi itu.

"Setelah tiba di lokasi berkenaan, anggota tentera mendapati lapan bot pam berada di kawasan perairan negara Malaysia, dan hanya seorang sahaja yang ada dalam setiap bot pam itu," katanya.

Abdul Rashid berkata, anggota tentera terbabit cuba "menghalau" mereka dengan melepaskan tiga das tembakan amaran namun hanya dua sahaja yang berpatah balik ke perairan Filipina manakala enam bot pam lagi tidak mengendahkan amaran itu.

"Sebaliknya mereka cuba membuat provokasi terhadap bot anggota tentera dan pada masa itu anggota tentera kita ternampak satu daripada bot pam berkenaan cuba menghampiri mereka sambil pengendalinya mengeluarkan sebilah parang menyebabkan anggota tentera melepaskan beberapa das tembakan ke arah bot tersebut untuk mempertahankan diri," katanya.

Difahamkan selepas suspek ditembak, lima lagi bot penceroboh itu beredar kembali ke perairan Filipina.

Abdul Rashid berkata, siasatan lanjut berhubung insiden itu masih diteruskan termasuk latar belakang kumpulan itu dan menegaskan ESSCOM akan terus meningkatkan operasi keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) bagi membendung pencerobohan.

ESSZONE merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.

ESSCOM yang ditubuhkan pada 1 April tahun lepas bertanggungjawab menyelaras operasi pelbagai agensi pertahanan dan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

- BERNAMA

Tuesday, September 2, 2014

Mutakhir: Batu Sumpah yang Orang Sabah Perlu Tahu.

Batu Sumpah yang terletak di hadapan Mahkamah Keningau telah didirikan pada tahun 60 an atas Petjanjian di antara Parti Pasok Momogun yang di ketuai oleh mendiang Y. Bhg. Datuk G. S Sundang @ Datuk Gunsanad Samson Sundang dan mendiang OKK Sodomon bin Gunsanad dengan kerajaan Persekutuan Malaysia.

Untuk menghormati hak kebebasan beragama, adat istiadat anak rakyat  negeri Sabah oleh Kerajaan Malaysia dan rakyat Negeri Sabah.

Penduduk bahagian pendalaman Atas
( Keningau ) bersumpah taat setia kepada kerajaan Malaysia.

MTMR berharap agar kerajaan Malaysia mengambil tindakkan tegas kepada mana-mana individu atau Parti Politik yang memainkan Isu Sabah berkenaan Batu Sumpah.

Perkara ini jika di biarkan akan merosakkan fikiran rakyat dan akan menimbulkan huru hara kepàda negara.

Pihak Kerajaan terutamanaya KDN @PDRMsia hendaklah mengambil tindakkan tegas kepada mana-mana pihak yang memperalatkan orang lain dengan menimbulkan isu-isu mengelirukan rakyat.

Sebagai contoh terbaru di Sabah pihak pembangkang meninbulkan isu Batu Sumpah yang kononnya rakyat Sabah di tipu oleh Kerajaan Malaysia.

Sejarah Malaysia juga cuba di ubah dan di permain-mainkan oleh pihak pembangkang dengan menyatakan Komunis adalah pejuang kemerdekaan Malaysia.

Sekiranya perkara ini di biarkan, lama kelamaan fikiran rakyat akan keliru. Jenerasi akan datang terutamanya anak cucu kita di Malaysia lupa dan tidak tahu mana satu perkara yang benar.

Akan timbul pula satu ketika fahaman dan tindakkan benci kepada pasukan keselamatan terutamanya Pasukan Polis dan Angkatan Tentera Malaysia. Kerana sejarah yang di putar belitkan boleh mempengaruhi fikiran manusia dalam jangka masa panjang.

Adakah kerajaan Malaysia masih mahu berdiam diri. Membiarkan perkara ini berlarutan berpanjangan.

Kepada Perdana Menteri Malaysia tepuk dada tanya Iman.

MTMR berharap agar Malaysia terus kekal aman makmur.

Pesanan ikhlas dari MTMR. " Jangan di tepuk susu di dulang, Anak Harimau tak dapat menyusu "

Membujur lalu melintang patah. Sekali kata-kata di keluarkan tidak akan di tarik balik. Itulah kata-kata seorang pemimpin yang tahu hala tuju perjuangannya.

Ikhlas dari penulis

PENA: HITAM PEDU.

Monday, September 1, 2014

Mutakhir: Tindakan tahan anggota PPS wajar - Dr Mahathir

LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyifatkan penahanan 156 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai tindakan yang wajar diambil.

Malah, beliau turut menyifatkan pilihan dibuat PDRM itu sebagai tepat selepas cabaran terbuka dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berhubung isu berkaitan status PPS.

"Di negara ini kita sudah beri tanggungjawab kepada PDRM untuk menjaga keselamatan... bagaimanapun sesetengah badan dan organisasi juga dibenarkan memohon lesen khas daripada polis untuk memantau keselamatan sesuatu kawasan, namun masih tertakluk kepada undang-undang dan peraturan ditetapkan.

"Mengandaikan bahawa peraturan kawalan keselamatan adalah di tangan mereka, itu tidak betul dan mereka tidak patut melakukan perkara sebegitu... malah mereka mencabar Ketua Polis Negara (KPN) untuk menahan mereka, maka KPN tidak ada pilihan lain selain menguatkuasakan undang-undang yang ada," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan 156 ahli PPS di Pulau Pinang oleh PDRM kelmarin.

Sunday, August 31, 2014

Mutakhir: Tiga amanat Perdana Menteri

Kuala Lumpur: Mewariskan sebuah Malaysia yang makmur lagi sejahtera untuk generasi akan datang adalah antara tiga Amanat Merdeka yang digariskan Datuk Seri Najib Razak sebagai kesinambungan negara bangsa supaya terus gagah bersaing di persada antarabangsa.

Perdana Menteri menggariskan:

* Amanat Merdeka Pertama: Mengukuhkan solidariti rakyat Malaysia dalam menghadapi pahit getir cabaran, berdepan dengan dugaan, termasuk kebersatuan dalam kesedihan.

* Amanat Merdeka Kedua: Memupuk keyakinan bahawa kita mampu mencapai apa jua cita-cita sebagai sebuah negara bangsa jika wujudnya kebersatuan.

* Amanat Merdeka Ketiga: Mewariskan sebuah Malaysia yang makmur lagi sejahtera.

Berucap menyampaikan perutusan Hari Kebangsaan ke-57 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), di sini, beliau berkata mengukuhkan solidariti rakyat ketika kebersatuan dalam kesedihan, sebagai contoh, dalam istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 adalah Istiadat Penghormatan Tertinggi Negara yang tiada pernah diberi kepada orang awam.

Ini merupakan julung kalinya Najib menyampaikan perutusan Hari Kebangsaan secara langsung di hadapan khalayak ramai tanpa rakaman terlebih dahulu seperti amalan biasa.

Ia disiarkan secara langsung oleh radio dan televisyen malam tadi.

Najib dalam amanat merdeka pertamanya itu menjelaskan rakyat bertafakur serentak selama satu minit di seluruh negara sebagai solidariti dan semangat kebersatuan demi membina satu Negara, 1Malaysia.

"Pokoknya, saudara dan saudari, kita telah tunjukkan kebersatuan itu sewaktu Hari Berkabung di seluruh negara tempohari, dan kita akan teruskan semangat kebersamaan di kala senang mahupun tatkala dalam kesusahan, selamanya," katanya.

Dalam menghuraikan amanat merdeka keduanya mengenai memupuk keyakinan rakyat itu, beliau berkata masa depan yang cerah akan menjadi milik semua jika rakyat mempunyai ikhtiar-ikhtiar yang mantap dan hidup saling ganding-bergandingan, demi sebuah hasrat yang murni itu.

Najib berkata pentadbirannya akan terus membuat keputusan demi keputusan yang terbaik untuk rakyat Malaysia berlandaskan keperluan, tuntutan dan kemampuan kerajaan.

Menyentuh mengenai amanat merdeka ketiga iaitu mewariskan sebuah Malaysia yang makmur lagi sejahtera, beliau berkata: "Walau apa dugaan melanda, walau apa ujian melintang, kita akan terus mara dan melangkah ke depan, membina sebuah Malaysia yang permai bagi masa depan anak-anak cucu kita".

Najib seterusnya mengajak rakyat sama-sama berusaha gigih menggapai kejayaan demi generasi akan datang.

Pemilihan Dewan Tunku Abdul Rahman sebagai lokasi penyampaian perutusan itu kerana ia mempunyai sejarah tersendiri termasuk ia tempat sidang pertama Parlimen pada 1959 dan tempat berlangsungnya tiga istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

Najib turut menyentuh mengenai usaha pembangkang yang cuba memecahbelahkan rakyat dalam masa pentadbirannya mempunyai tanggungjawab cukup besar demi mendahulukan kepentingan rakyat.

"Makanya, sekali apapun yang cuba digoyahkan oleh pihak pembangkang, seandai apapun yang mereka ingin mengadudombakan, tidak kira tohmahan apa yang dilemparkan, agenda memperkasakan pembelaan rakyat akan tatap dipertahankan," katanya.

Beliau juga menegur sesetengah pihak yang mempertikaikan pengiktirafan kerajaan kepada para perajurit dan anggota keselamatan.

"Apa yang ingin pihak kerajaan jelaskan, usahlah diperbanding-bandingkan, tentang penghormatan tertentu yang diberikan kepada mangsa tragedi MH17 bahawa kononnya kenapakah istiadat tertinggi sedemikian tidak diwajarkan juga kepada para perajurit dan anggota keselamatan dalam peristiwa Lahad Datu," katanya.

Najib berkata hasutan itu adalah memesongkan dengan niat yang tidak baik.

"Jelasnya, sekali lagi saya menegaskan bahawa jasa para wira negara ini akan sentiasa disanjung tinggi dan mendapat tempat utama dalam kenangan bakti yang telah dicurahkan," katanya.

Mengenai Pelan Pemulihan Malaysia Airlines (MAS), Najib mengajak rakyat supaya memberikan sokongan terhadap pelan itu.

Beliau berkata hakikatnya, negara memang memerlukan sebuah syarikat penerbangan negara yang ampuh, berdaya saing, dengan mengambil ketetapan komersil tanpa mengorbankan kebajikan warga kerja serta berdaya maju.

Najib berkata negara juga telah berjaya berhadapan dengan seribu liku dan pancaroba.

"Sepanjang tempoh itu, telah terpancar wajah kemerdekaan hakiki, yang jika dilihat dari segala sudut, merangkumi aspek merdeka hati, merdeka jiwa, merdeka semangat dan merdeka meraikan kemajmukan," katanya

Mutakhir: Pulau Pinang 250 PPS ditahan lepas perarakan merdeka.

Polis menahan kira-kira 250 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang selepas menghadiri perarakan hari merdeka di Esplanade di negeri itu pagi ini.

Pasukan itu, yang berpakaian ungu, dibawa ke balai polis Beach Street, beberapa meter daripada tempat itu, kira-kira jam 10 pagi, menurut Wong Hon Wai, setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

“Mereka semua diminta ke balai polis untuk memberikan kenyataan,” kata Wong, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Air Itam.

Anggota parlimen Bayan Baru daripada PKR Sim Tze Tzin pula berkata, kumpulan itu tidak ditahan pada masa ini tetapi akan dihantar ke ibu pejabat polis Timur laut supaya kenyataan mereka dapat dirakamkan.

Kumpulan itu dikawal oleh anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang lengkap bercota dan berperisai.

Beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat menemani kumpulan itu di balai polis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 26 Ogos berkata PPS tidak berdaftar bawah Akta Pertubuhan 1966 dan oleh itu dianggap pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Justeru, setelah dimaklumkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), polis akan menyiasat aktiviti bawah kerajaan negeri itu dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.

PPS menjelaskan, ia tidak berdaftar dengan ROS kerana ia bukan pertubuhan, tapi agensi kerajaan negeri negeri.

PPS mencetuskan kontroversi selepas ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51, mendakwa diserang dua lelaki yang berpakaian seragam unit itu di Air Itam minggu lalu.

Thursday, August 28, 2014

Lelaki maut kereta terjunam dalam parit

Seorang lelaki mati lemas apabila keretanya terbabas lalu terjunam ke dalam parit di Kilometer 34, Jalan Sungai Rengit di Kota Tinggi malam tadi.
   
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata Mohamad Iswan A. Hamid, 39, mati di tempat kejadian selepas terperangkap di dalam kereta yang dipenuhi air.
   
Bagaimanapun seorang lagi penumpang yang dipercayai ibu mangsa selamat dalam kejadian kira-kira 8.45 malam itu.
   
"Mangsa dipercayai terlelap mengakibatkan keretanya gagal dikawal lalu terhumban ke dalam parit," katanya.
   
Jenazah mangsa dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felda Sening, Kota Tinggi.
   
- Bernama

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat