TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, July 27, 2014

Mutakhir: Pos kawalan polis dikhianat

Jasin: Sebuah pos kawalan polis yang terbabit dalam 'Ops Selamat' di Jalan Jasin-Bemban, di sini, terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, kejadian dipercayai berlaku antara jam 12 tengah malam hingga jam 7 pagi dan disedari anggota polis yang hendak memulakan tugas di situ.

"Polis percaya kejadian dilakukan oleh individu tidak berpuashati dengan tindakan pihak polis meletakkan pos kawalan Ops Selamat di kawasan terbabit.

"Secara logiknya pondok ini tidak akan terbakar sendiri jika tiada unsur khianat dilakukan oleh individu tertentu hingga memusnahkan beberapa peralatan di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427j Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan khianat.

MUTAKHIR: MiG-29 Russia terhempas, juruterbang maut

MOSCOW: Sebuah jet pejuang MiG-29 terhempas di selatan Russia, membunuh juruterbangnya, kata Ketua Turus Tentera Udara kepada agensi berita dan menyalahkan kerosakan teknikal sebagai punca nahas.

“Kemalangan berlaku dan juruterbang mati," kata Jeneral Viktor Bondarev seperti dipetik agensi berita Interfax.

Thursday, July 24, 2014

TERKINI:KEJAYAAN DIPLOMATIK PM DATUK SERI NAJIB DPT PUJIAN DLM NEGERI DAN LUAR NEGARA.

 Shamsuddin Hassan's photo.
Apabila pihak pemisah Ukraine bersetuju utk memenuhi 3 tuntutan oleh PM Datuk Seri Najib,ia merupakan kejayaan PM Datuk Seri Najib dan Kerajaan Malaysia malah mengejutkan kuasa besar dunia.

Media utama seluruh dunia memuji langkah yg diambil oleh PM Datuk Seri Najib dlm diam memulakan rundingan pd ketika seluruh dunia menunding jari keatas Ukraine dan Russia.

KISAH RM0.50 YANG MENYENTUH HATI SAYA

Cikgu : Kenapa Adam tak rehat? 

Adam: Mak saya beri 50sen sehari Cikgu  kat kantin 50sen ni dpt beli nugget je sekeping, segan la cikgu beratur panjang2 dpt beli nugget sekeping jaa . Jadi saya kumpul duit hari ni utk mkn hari esok , dapat la saya makan nugget ngan air sirap 50sen. Saya kat kantin hari Selasa & Khamis je cikgu (Adam tertunduk malu) 

Perasaan says mula bercampur baur, sedih dan sebak. Di zaman 2014 ini masih juga ada pelajar yang membawa 50sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50sen itu jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50sen sangat besar ertinya.

Wednesday, July 23, 2014

MUKTAKHIR: Pahang Bas Penumpang terbakar.

Satu kes melibatkan bas Syarikat Transnasional 2 tingkat no pendaftaran WRV 1408 telah terbakar pada 23/7/14@13:45hrs d km 32 jalan Lipis/Merapoh, (Felda Telang kawasan tapak bijih besi)Kuala Lipis,Pahang.

Bas dalam perjalanan dari Puchong Prima,Selangor ke Kota Bharu, Kelantan.

Semua penumpang seramai 41 orang termasuk 2 pemandu selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Barang2 seperti beg pakaian/barang keperluan harian kepunyaan 7 orang penumpang tidak sempat diselamatkan kerana api merebak ke seluruh bahagian bas dengan cepat.

Siasatan awal kebakaran bas berpunca dari enjin bahagian belakang mengeluarkan asap dan percikan api dan terus merebak ke keseluruhan bahagian bas.

Terkini: Keranda di susun untuk membawa mayat mangsa nahas MH17.

KERANDA disusun di landasan lapangan terbang Kharkiv bagi membawa mayat mangsa nahas Penerbangan Malaysia MH17 dengan pesawat pengangkutan ke Belanda, hari ini. - Foto Reuters

TRAGEDI MH17 : RUSSIA BENTANG BUKTI DATA DAN IMEJ SATELIT HARI KEJADIAN?

Pihak Russia hari ini telah hadir membuat satu pembentangan intensif berkenaan tragedi pesawat MAS MH17 respon kepada tuduhan yang dilemparkan oleh banyak pihak terutamanya pihak barat dan sekutunya termasuk pihak berkuasa Ukraine sendiri.

Ikuti video dan sipnosis(kredit Cz Fab) pembentangan tersebut dibawah :-http://tv.sukanstar.com/33/tragedi-russia- bentang-bukti-data-imej-satelit-hari-kejadian Masaklah Ukraine dan sekutunya US! Russia dah sangkal dan keluarkan beberapa bukti.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat