TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, July 5, 2014

MTUC cadang Cola pekerja swasta diwajibkan

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan kerajaan mewajibkan majikan swasta membayar elaun sara hidup (Cola) kepada pekerja mereka.
  
Timbalan Presiden MTUC Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, perkara itu boleh dilaksana menerusi perintah gaji minimum yang sudah dikuat kuasa oleh kerajaan.

"Saya menyeru kementerian mengambil peluang memasukkan Cola ke dalam (perintah) gaji minimum, jadikan akta, wajib bayar dan siapa yang tidak bayar dihukum RM10,000 atau dipenjara," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, hari ini.
  
Pada Disember lalu MTUC mencadangkan agar Cola sebanyak RM300 sebulan diberi kepada 10 juta pekerja sektor swasta memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.
  
Bagaimanapun Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) menolak cadangan itu kerana dilihat akan membebankan majikan.
  
Sementara itu, Presiden MTUC Khalid Atan ketika dihubungi Bernama, berkata berikutan pendirian MEF tersebut, MTUC meminta kerajaan campur tangan bagi mencari kata sepakat.
  
"Kerajaan perlu campur tangan dan MTUC tidak akan menolak sekiranya perlu untuk duduk bersemuka dan mengadakan perbincangan bersama," katanya. - Bernama

Brazil VS Colombia

Brazil mendahului Colombia 2-1

Penawar Rindu - Datuk Siti Nurhalizah

Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi

KUALA LUMPUR: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 akibat jangkitan pada paru-paru.Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu. Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Kenangan Abadi Biduanita Sarifah Aini Kembali ke Rahmatullah - Al-Fatihah.

Friday, July 4, 2014

Mengenang Nasib Mendatang.

ramai yg mengutuk..heleh..apa sgtla kerja korang.ramai yg tanpa segan mengaku kdo..mengambil identiti kdo..malah mempertikaikan latihan sbb merasakan mereka sgt Islamik.fahamkah apa yg dilalui?pernahkah merasa deritanya?fahamkah perjuangannya?sanggupkah melaluinya?berbaloikah?..=WRA=

saat mengenang nasib...antara lapar dan keletihan..kenangan saat2 mcm nie x dpt di lupakan...mungkin org2 lama kita boleh kongsi saat saat mcm ni..Tony Mersing
Saat mengenang nasib antara lapar dan keletihan kenangan saat-saat  macam ini tidak dapat di lupakan mungkin orang-orang lama kita boleh kongsi saat saat mcm ini. Tony Mersing

Ramai yang mengutuk..heleh apa sangatlah kerja korang. Ramai yang tanpa segan mengaku komando mengambil identiti komando malah mempertikaikan latihan sebab merasakan mereka sangat Islamik.fahamkah apa yang dilalui? Pernahkah merasa deritanya? fahamkah perjuangannya? Sanggupkah melaluinya?berbaloikah?..=WRA=

PANTUN RAYA

Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor
Cegitu cegini awak suke ek
Awak suke kite tak suke ek
Esok luse hari raye ek
Sama-sama bersuke rie ek

Melaka
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

Negeri Sembilan
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

Selangor dan K.Lumpur
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah hutang

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat