TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, June 10, 2014

Korea Namakan PM Ketua risikan baru.

Jurucakap presiden, Min Kyung- wook berkata, bekas wartawan akhbar konservatif JoongAng Ilbo, Moon Chang-keuk dipilih bagi menggantikan penyandang Perdana Menteri, Chung Hong-won yang meletak jawatan selepas kejadian berkenaan.

Feri Sewol yang terbalik dan karam di barat daya perairan negara berkenaan pada 16 April lalu menyebabkan lebih 300 orang kebanyakannya pelajar sekolah tinggi sama ada mati atau hilang.

Chung menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai bertanggungjawab atas nahas maritim paling berdarah negara itu.

Pentadbiran Park Geun-hye dikritik hebat kerana kelemahan operasi menyelamat pada peringkat awal dan tahap keselamatan yang longgar menyebabkan rating kelulusan Park merosot di bawah 50 peratus buat kali pertama sejak dilantik pada Februari tahun lalu.

Sementara itu, Duta Korea Selatan ke Jepun, Lee Byung-ki dilantik sebagai Ketua baharu Perkhidmatan Risikan Negara (NIS), iaitu agensi risikan negara berkenaan.

Lee berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Agensi Perancangan Keselamatan Negara (NSPA) dan penyelidik di Akademi Diplomatik Korea. - Agensi

Kes Buli Pelajar bogel Sudah Selesai.

Laporan berita disiarkan sebuah blog mengenai tujuh pelajar junior UPM yang mendakwa mereka dipaksa melakukan perkara tidak senonoh oleh pelajar senior Khamis lalu

SERDANG: Kes buli membabitkan 10 pelajar senior dan tujuh pelajar junior Universiti Putra Malaysia (UPM) Khamis lalu dianggap selesai selepas kedua-dua pihak bertemu dan memohon maaf atas kesalahan dilakukan.

Difahamkan, pelajar junior berkenaan membuat laporan di Balai Polis Serdang mendakwa mereka dipaksa berbogel dan menghisap rokok jika tidak mahu diapa-apakan.

Insiden itu dilapor turut dirakam pelajar senior menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, kesemua pelajar yang terbabit sudah berbincang dan bersetuju memaafkan satu sama lain.

Ibu bapa pelajar juga sudah dipanggil dan dijelaskan mengenai apa yang berlaku. Satu perjumpaan lagi akan diadakan hari ini antara Persatuan Hindu UPM dengan ibu bapa pelajar terlibat.

Beliau menafikan wujud kejadian ‘ragging’ memaksa pelajar junior berbogel dan menghisap rokok. Ketika mengulas kejadian itu, beliau turut menafikan pembabitan pelajar wanita dalam insiden yang didakwa sengaja menjatuhkan maruah mangsa.

Menurutnya, pelajar senior yang terbabit dalam kejadian itu diberi surat amaran kerana melanggar peraturan ditetapkan universiti.

UPM membuat ketetapan tidak membenarkan mana-mana pelajar senior untuk dekati pelajar junior sebagai langkah pencegahan mengelak kes seperti itu berlaku.

Mohammad Shatar berkata, pihaknya memberi jaminan perkara itu tidak akan berlaku di bawah pengawasan pihaknya.

“Jika ada terima laporan, perkara itu akan dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib, tindakan kemudian diambil mengikut prosedur,” katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa akan bersidang, menilai dan menyiasat kes, jika ada bukti kesemua pihak akan dipanggil.

Tindakan diambil bergantung kepada keadaan dan maklumat diperoleh, pelajar yang lakukan kesalahan mungkin diberi surat peringatan, amaran, digantung atau dibuang terus daripada universiti.

“Namun dalam kes ini kedua-dua pihak dah selesaikan di peringkat awal, mangsa tidak membuat aduan kepada pihak universiti malah mangsa juga memberitahu apa yang dilapor dalam sebuah akhbar berbahasa Tamil itu banyak yang tidak benar,” katanya.

Laporan terperinci mengenai kejadian itu jelasnya sudah diserahkan kepada kementerian untuk tindakan selanjutnya.

“UPM tidak terima laporan daripada mangsa sebelum ini, hanya tahu mengenainya daripada pihak luar dan berdasarkan laporan polis dibuat tapi kita sudah temui semua yang terlibat untuk dapat gambaran jelas mengenainya,” katanya.

Kelmarin, umum gempar apabila sebuah akhbar Tamil melaporkan tujuh pelajar UPM mendakwa mereka dibuli pelajar senior melakukan perkara tidak senonoh sehingga menjatuhkan maruah di sebuah bilik di asrama universiti itu Khamis lalu.

Pelajar itu mendakwa mereka hanya dibenar memakai seluar dalam, memegang kemaluan sambil menari mengikut rentak muzik.

Tujuh pelajar malang tersebut mendakwa trauma bertemu pelajar senior selepas turut dipaksa menghisap rokok jika tidak mahu dipengapa-apakan.

Sumber: Sinar Online

Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menghentikan upacara pengebumian Wanita berusia 38 tahun.

Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menghentikan satu upacara pengebumian seorang wanita berusia 38 tahun mengikut adat Cina kerana si mati didakwa memeluk Islam, 17 tahun lalu.

Laporan The Star Online menyebut, Teoh Cheng Cheng merupakan seorang Islam dan namanya sudah ditukar menjadi Nora Teoh Abdullah.

Pihak berkuasa tersebut membawa mayat Teoh pada kira-kira jam 3.50 petang selepas berunding dengan anggota keluarga berkenaan sejak tengahari.

Teoh meninggal dunia akibat terjatuh pada hari Sabtu lalu dan dikatakan mempunyai seorang teman lelaki beragama Islam.

Perkembangan itu berlaku hanya seminggu selepas pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Selangor menghentikan satu upacara perkahwainan Hindu.

Dalam kejadian di Petaling Jaya itu, JAIS turun menahan pengantin perempuan, Zarina Abdullah Majid, yang didakwa sebagai seorang penganut Islam.

Sementara itu, laporan Bernama menyebut, wanita didakwa mualaf itu memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarganya dan tinggal di Pangsapuri Pelangi, Lintang Macallum bersama teman lelakinya dan empat anak mereka.

Pengarah JAIPP Datuk Sazali Hussein berkata menurut rekod jabatan berkenaan, wanita itu memeluk Islam pada 1997 dan menukar namanya kepada Nora Teoh Abdullah. 

"Kita sedang dalam proses mendapatkan perintah Mahkamah Syariah untuk menguruskan jenazah wanita itu mengikut hukum Islam dan Allahyarham kini dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk sementara waktu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata JHEAIPP telah melakukan yang terbaik dalam rundingan dan memberi penjelasan kepada ahli keluarga wanita berkenaan. 

"Memang ada bantahan...kita sedang melakukan yang terbaik kerana kita ada semua bukti dan rekod mengatakan bahawa wanita itu adalah seorang Islam," katanya.

Berikutan perkara itu upacara pengebumian Teoh mengikut adat Cina yang dijadual selesai lewat petang semalam di perkarangan pangsapuri berkenaan tergendala apabila pegawai JHEAIPP tiba dan menuntut mayatnya pada pukul 2.30 petang.

Selepas berunding hampir tiga jam keluarga Teoh akhirnya membenarkan keranda wanita itu dibawa ke HPP untuk tindakan lanjut. 

Sunday, June 8, 2014

Seratus Sunnah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan

1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur  Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan D
an Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit

Antara 100 di atas.. cuba kira berapa yg kita amalkan secara istiqamah.. than boleh bg % KPI kita tahun ini..

Mutakhir: Rahsia kemenangan Pahang kena marah di bilik persalinan, semasa waktu rehat.

Shah alam: kelebihan memiliki pemain simpanan yang mampu memberikan sesuatu apabila dimasukkan, menjadi rahsia kejayaan Pahang menjuarai Piala FA musim ini selepas menewaskan FELDA United 2-1 dalam aksi final malam tadi, demikian menurut jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan.

Namun pengendali berusia 51 tahun itu mengakui aksi yang dipamerkan anak buahnya pada 30 minit pertama permainan cukup mengecewakan sehingga dia ‘naik angin’ di bilik persalinan ketika waktu rehat separuh masa pertama.

Saturday, June 7, 2014

SPRM pandang serius dakwaan Hishammuddin

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius dakwaan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung kemungkinan wujudnya unsur rasuah dalam isu pencerobohan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Berikutan itu, SPRM bercadang menempatkan pejabat sementaranya di Lahad Datu bagi meningkatkan usaha memerangi rasuah.

Penempatan sementara

SPRM dalam satu kenyataan di sini, berkata penempatan sementara pegawai juga diharap akan memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat berhubung pelakuan rasuah kerana ketika ini tiada pejabat tetap agensi berkenaan di Lahad Datu.

“Kita juga bersikap terbuka untuk berbincang dengan Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri dan ESSCOM ekoran perkembangan terbaharu yang dilaporkan media.

“Sekiranya pihak Menteri dan ESSCOM mendapati terbukti wujud pembabitan pegawai yang menyalahi sebarang kesalahan rasuah atau membocorkan maklumat, mereka akan dinasihatkan untuk dikeluarkan serta-merta bagi mengekang amalan tersebut dari berterusan,” katanya.

Friday, June 6, 2014

Jawatan Kosong Tentera Darat. Berminat lihat jadual tempat berhampiran anda.

Tentera Darat Malaysia (TDM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD. Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD yang dirancang pada bulan September 2014. Seterusnya calon yang berjaya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tarikh tduga :16 - 26 Jun 14 Tarikh, Lokasi & Pusat Pemilihan spt berikut:
(1) ZON UTARA.
Tarikh tduga 16 Jun 2014.
Lokasi : Rej 504 AW, Kem Bukit Keteri, 02450 Kangar.

Tarikh tduga : 18 Jun 2014 Lokasi : Rej 513 AW, Kem Bukit Pinang, 06100 Alor Setar. Kedah.

Tarikh tduga : 20 Jun 2014 Lokasi : Bn Ke-2, Rej 513 AW, Kem Jalan Bukit, 09000 Kulim. Kedah.

Tarikh tduga : 22 Jun 2014 Lokasi: Rej 509 AW, 15 Lebuhraya Peel, 10350 Pulau Pinang.

Tarikh tduga : 24 Jun 2014 Lokasi : Rej 503 AW, Kem Jalan Tambun, 30350 Ipoh.

Tarikh tduga : 26 Jun 2014 Lokasi : Bn Ke-3, Rej 503 AW, Kem Teluk Intan, 36000 Teluk Intan. Perak.

(2) ZON SELATAN / TENGAH Tarikh tduga : 16 Jun 2014 Lokasi : Rej 501 AW, Kem Tebrau, 80990 Johor Bahru.

Tarikh tduga : 18 Jun 2014 Lokasi : MK Garison Mersing, Kem Iskandar, Tanjung Sekakap, 86800 Mersing.

Tarikh tduga : 20 Jun 2014 Lokasi : MSS Kluang, Kem Mahkota, 86000 Kluang.

Tarikh tduga : 22 Jun 2014 Lokasi : Rej 514 AW, Kem Bukit Beruang, 75450 Melaka.

Tarikh tduga : 24 Jun 2014 Lokasi : PULAMOR, Kem Sebatang Karah, 71050 Port Dickson. N9.

Tarikh tduga : 26 Jun 2014 Lokasi : MK 12 Bgd, Kem Wardieburn, 53300 SETAPAK.
Kuala Lumpur .

(3) ZON TIMUR / HULU PERAK / HULU SELANGOR Tarikh tduga : 16 Jun 2014 Lokasi : MSS Temerloh, Kem Batu 3, 28000 Temerloh. Pahang.

Tarikh tduga : 18 Jun 2014 Lokasi : Rej 505 AW, Kem Sri Kuantan, 25050 Kuantan.

Tarikh tduga : 20 Jun 2014 Lokasi : 18 RAMD, Kem Sri Pantai, Seberang Takir , 21300 Kuala Terengganu.

Tarikh tduga : 22 Jun 2014 Lokasi : 21 RAMD, Kem Pengkalan Chepa, 16100 Pengkalan Chepa.

Tarikh tduga : 24 Jun 2014 Lokasi : Bn Ke 4 Rejimen Sempadan, Kem Gerik, 33300 Gerik.

Tarikh tduga : 26 Jun 2014 Lokasi : 4 RSD, Kem Erskine, 44000 Kuala Kubu Bharu. Selangor.

(4) ZON SABAH / SARAWAK Tarikh tduga : 17 Jun 2014 Lokasi : 22 RAMD, Kem Sri Kinabatangan, 90000 Sandakan.

Tarikh tduga : 26 Jun 2014 Lokasi : MSS Lok Kawi, 89580 Kota Kinabalu.
Tarikh tduga : 26 Jun 2014 Lokasi : Bn 1 Rej 507 (AW) Kem Paradise, 89150 Kota Belud. Sabah.

Tarikh tduga : 26 Jun 2014 Lokasi : Rej 516 AW, Kem Kukusan, 91000 Tawau. Sabah.

Tarikh tduga : 17 Jun 2014 Lokasi : 20 RAMD, Kem Sri Miri, 98000 Miri. Serawak.

Tarikh tduga : 19 Jun 2014 Lokasi : MK 3 Bgd, Kem Penrissen, 93250 Kuching.

Tarikh tduga : 22 Jun 2014 Lokasi : 13 RAMD, Kem Pakit, 95000 Sri Aman. Serawak.

Tarikh tduga : 25 Jun 2014 Lokasi : MK 9 Bgd, Kem RASCOM, 96000 Sibu. Swk.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat