TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, June 2, 2014

Mengutip cukai adalah haram?

SETIAP kali hujung bulan April setiap tahun, kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) penuh sesak dengan pembayar cukai. Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, semua yang mempunyai pendapatan di Malaysia wajib mengisytiharkan pendapatan bercukai mereka.

Namun begitu, ada pihak mempersoalkan tanggungjawab membayar cukai dengan alasan Islam tidak mewajibkan apa-apa bayaran selain zakat. Mereka berhujah dengan sebuah hadis Nabi SAW: "Pengutip cukai tidak akan masuk syurga." (Sunan Abu Dawud & Musnad Ahmad).

Hadis itu seolah-olah menggambarkan tindakan LHDN yang mengutip cukai bagi pihak kerajaan adalah haram dan zalim. Sebenarnya hadis itu perlu dianalisis secara lebih adil dan saksama bagi mengelakkan kekeliruan.

Pada asalnya, Islam hanya mensyariatkan zakat untuk tujuan mewujudkan keadilan ekonomi dan sosial dalam masyarakat. Zakat berfungsi untuk mengimbangi jurang ekonomi di antara orang miskin dan orang kaya. Namun begitu, agihan zakat adalah hak Allah yang hanya terbatas kepada lapan kumpulan (asnaf) sahaja dan ia tidak boleh disalurkan kepada perkara lain, selain yang telah ditetapkan oleh al-Quran (al-Tawbah[6:60]).

Secara logiknya, pihak pemerintah perlu memiliki dana lain (selain zakat) bagi urus tadbir negara seperti pendidikan, kesihatan, kemudahan asas, keselamatan dan lain-lain.

Berbeza dengan zaman awal Islam, dana untuk tadbir urus negara Islam Madinah banyak ditampung oleh sumber lain seperti Jizyah: cukai kepala kepada golongan bukan Islam, Ghanimah: harta rampasan perang, Khumus: 1/5 daripada keseluruhan Ghanimah yang diperuntukkan kepada Allah & Rasul dan Fi': harta rampasan perang Islam tanpa berlakunya pertempuran.

Rasulullah SAW pula bersikap zuhud dengan menyerahkan kembali bahagiannya daripada Khumus kepada pengurusan negara Islam. Namun begitu, pergantungan kepada sumber-sumber di atas semakin mengecil dengan berkurangnya Futuhat atau pembukaan wilayah baru Islam.

Saidina Umar al-Khattab semasa era pemerintahannya telah mengenakan cukai perniagaan sebanyak 10 peratus yang dipanggil 'Usyur kepada peniaga kafir harbi (bukan Islam dari negara musuh), 5 peratus kepada peniaga kafir dhimmi (bukan Islam yang bernaung di bawah negara Islam) dan 2.5 peratus kepada peniaga Muslim (Muwatta' Malik & Sunan al-Bayhaqi).

Pengurangan cukai diberikan kepada peniaga Islam kerana mereka sudah mempunyai tanggungjawab membayar zakat perniagaan pada kadar tertentu.

Mekanisme cukai yang dibuat oleh Umar adalah untuk menampung perbelanjaan negara Islam yang semakin mendesak. Berpegang kepada zahir hadis yang menyatakan "pengutip cukai tidak akan masuk syurga" tanpa analisis mendalam, seolah-olah menyifatkan Saidina Umar masih lagi jahil sunnah Nabi dan tidak akan ke syurga.

Kenyataan itu ternyata bercanggah dengan sebuah hadis yang menyatakan beliau adalah salah seorang daripada 10 sahabat yang sudah dijamin syurga (Sunan Abu dawud, al-Tirmidhi, Musnad Ahmad). Ia juga bercanggah dengan arahan Rasulullah SAW yang menyuruh kita mengikut sunnah Khulafa' al-Rashidin selepasnya (Sunan Abu Dawud, al-Tirmidhi, Ibn Majah & Musnad Ahmad).

Menurut Prof Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Fiqh al-Zakat, hadis yang mencela pengutipan cukai itu sebenarnya didatangkan dalam konotasi negatif iaitu (Sahib Muks). Ia merujuk kepada cukai yang dikutip untuk menambah kekayaan pemerintah zalim dan kuncu-kuncunya serta menindas rakyat.

Hak rakyat pada cukai itu tidak dikembalikan sebagaimana yang sepatutnya. Akibatnya, jurang ekonomi antara pemerintah dan rakyat bertambah jauh. Sesetengah raja Arab pada zaman jahiliah sudah biasa mengutip cukai sebegini.

Menurut majoriti ulama, pengenaan cukai oleh pemerintah berjalan atas asas Islam yang dikenali sebagai Masalih al-Mursalah iaitu sesuatu peraturan baru yang terbukti mempunyai kepentingan dan faedah kepada umum walaupun tidak dinyatakan dengan jelas oleh al-Quran dan al-Sunnah.

Dengan perkataan lain, pengenaan cukai oleh pemerintah menjadi peringatan kepada rakyat bahawa mereka bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga setiap inci bumi yang mereka diami sama ada dengan harta atau jiwa raga mereka.

Penulis ialah Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran, Pusat Bahasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Sunday, June 1, 2014

Perkahwinan di batalkan antara Lelaki Hindu dan Wanita Islam.

JAIS SERBU MAJLIS KAHWIN

Petaling Jaya: Majlis perkahwinan yang dijalankan mengikut adat dan budaya agama Hindu tergendala apabila diserbu sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa membabitkan seorang pengantin wanita yang beragama Islam, di sini, pagi tadi.

Tinjauan wartawan Harian Metro ke lokasi majlis di Jalan SS 1/25 pada jam 10.30 pagi tadi mendapati kira-kira 50 tetamu sudah tiba di majlis berkenaan sebelum empat pegawai penguatkuasa JAIS tiba untuk melakukan siasatan.
Bagaimanapun, keadaan di lokasi terkawal apabila pihak keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan tetamu yang hadir memberikan kerjasama kepada pegawai JAIS di samping kawalan ketat kira-kira 10 pegawai dan anggota polis di luar kawasan majlis tersebut.

Menurut sumber, perkahwinan antara lelaki beragama Hindu dan pasangannya yang dipercayai beragama Islam dijangka dilangsungkan pada 10.30 pagi dan ia terpaksa dibatalkan selepas pihak berkuasa mendapat aduan bahawa perkahwinan tersebut melanggar undang-undang.

“Pihak berkuasa menerima maklumat daripada orang awam bahawa ia (perkahwinan) akan dilangsungkan pada hari ini dan hasil siasatan mendapati maklumat itu tepat dan serbuan telah dijalankan,” kata sumber.

Mayat Suspek bunuh kanak-kanak di temui.

SHAH ALAM - Mayat lelaki yang disyaki menculik dan memenggal seorang kanak-kanak telah ditemui di Sungai Klang, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Pengarah Pembantu Operasi Selangor Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul mengesahkan penemuan mayat berkenaan pada jam 4 petang berhampiran tebing sebuah sungai di Petaling Jaya.

Dalam insiden malang itu, Siti Soffea Emelda, 2, mati dalam keadaan menyayat hati apabila kepalanya dipenggal di tebing Sungai Klang berhampiran stesen komuter di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, di ibu negara.

Sebelum itu Siti Soffea dilaporkan hilang kira-kira jam 4 petang Khamis semasa berada di Kompleks Kota Raya di Jalan Tun Tan Cheng Lock bersama ibunya yang merupakan seorang gelandangan.

Polis yang menyiasat kejadian tidak menolak Siti Soffea diculik dan dibunuh ekoran dendam terhadap ibu kanak-kanak malang itu.

Keputusan Penuh PRK Teluk Intan.

Keputusan Penuh Dan Rasmi PRK Teluk Intan

BN :  20157
DAP : 19,919
Majoriti : 238
% perbezaan undi : 0.6%

Jumlah peti undi keseluruhan: 122
Jumlah Peti Undi Diterima : 122
Jumlah Peti undi blom terima :0

Calon BN Datuk Mah Siew Keong Menang PRK Teluk Intan.

Tahniah kepada semua jentera Barisan Nasional yang terlibat sepanjang PRK Teluk Intan. Tahniah juga kepada BN pusat yang telah berjaya mengesan kira kira 4 ribu pengundi dalam masa dua hari sebelum hari pengundian dan mengerakkan 4 ribu pengundi ini untuk keluar mengundi Barisan Nasional.

Dua hari sebelum hari pembuangan undi panggilan talifon yang dibuat BN pusat kepada para pengundi untuk pulang mengundi membuktikan jika perancangan diatur dengan rapi dan data yang lengkap maka ianya memudahkan jentera parti untuk melaksanakan tugas membawa pengundi mengundi Barisan Nasional.

Terima kasih BN Pusat & terima kasih semua jentera yang terlibat

- Jentera Barisan Nasional Teluk intan Perak

Mari berkongsi INFO. Nampak mudah tapi sukar untuk di lakukan.

Yo*
��Masaalah semut
Semut benci timun..letakkan kulit timun brdekatan lobang atau sarang semut atau dmna bnyak semut.
untuk mengilatkan cermin cuci lah dgn sprite (minuman Sprite)..
untuk menanggalkan chewing gum yg mlekat pada baju..masukkan bju trsebut kdalam freezer simpan slama 1jam..
��untuk memutihkan baju putih..rendam dgn hirisan lemon slma 10 minit
untuk rambut nampak brseri..bubuh 1sudu teh cuka mkn sapu rata dbhgian atas rambut..kemudian trus cuci..
��untuk mmbanyakkan juice lemon..rendamkan lemon ddlm air panas slma 1 jam..
untuk menghindarkan bau busuk pd sampah ddapur letakan skeping roti ketika kita memasak..

klo bju trkena dawat untuk mnghilangkanya..sapu ubat gg pda tempat yg trkena dawat itu biarkan ubat gg trsbut sampai kering kemudian cuci.
��untuk menghindarkan tikus..taburkan srbuk lada hitam dmna �� slalu ada..tatap ��lari dn main jauh2 tu
minum air suam 1,2 gelas sbelum tidur.bole mngurangkan 90% dri serangan jantung..bgitu juga bila bngun pagi..
sperti yg kita maklum air sangat penting pda system badan kita tapi kkdang kita tidak ambil tau kenapa kita harus mminum air suam..

Awak ada minum air suam ka?
meminum air pda masa yg sesuai dgn kadar maxima yg dprlukan oleh tubuh manusia akan mmbawa kesan yg baik.
mminum 1 gelas air slpas bngun⛅bole mngaktifkan organ2 dalaman..
 mminum 1 gelas air 30 minit sbelum mkn mmbantu penghazaman.
mminum 1 gelas air sbelum mandi��bole mmbantu mngurangkan tekanan darah
mminum 1 gelas air sbelum tidur bole mnghindarkan stroke dn serangan jantung

Copy paste kat sedara mara n kengkawan. Jgn kedekut ilmu

Saturday, May 31, 2014

Mutakhir : SIASAT INDIVIDU HINA KEMANGKATAN SULTAN PERAK

Cyberjaya: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat beberapa individu menghina kemangkatan Sultan Perak Almarhum Sultan Azlan Shah.

Pengerusinya Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, pihaknya mendapati beberapa individu dalam laman media sosial sudah menghina institusi beraja, terutamanya berhubung kemangkatan Sultan A...zlan Shah, Rabu lalu.

Gombak : Kanak-Kanak 2 Tahun mati tanpa kepala???

    

"Anak Saya Dah Mati"

PETALING JAYA - ”Anak saya dah mati.” Itu sahaja ungkapan yang dapat diluahkan ibu kanak-kanak perempuan dua tahun yang ditemui mati tanpa kepala ketika didekati wartawan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Jeritan yang menggambarkan beratnya penderitaan ditanggung berikutan nasib buruk yang menimpa anaknya itu, Siti Soffea Emelda Abdullah....

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat