TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, May 17, 2014

Terkini: Ekonomi Malaysia tegang di mata.

Alhamdulillah, negara kita mencapai pertumbuhan 6.2% pada suku tahun pertama 2014, yang tertinggi dari beberapa tahun kebelakangan, yang tertinggi dari kalangan negara-negara Asean dan antara tertinggi di kalangan negara-negara berpendapatan pertengahan dan tinggi (middle and upper income ekonomi). Kesemua sektor mencapai pertumbuhan pesat, terdiri dari sektor perkilangan, sektor perkhidmatan, sektor binaan, sektor pertanian dan sektor perlombongan (Gas dan Petroleum). Perkembangan pesat sektor-sektor ini membolehkan Rakyat terus bekerja dan makan gaji serta peluang-peluang perkerjaan baru di wujudkan

Dengan pertumbuhan ini, negara kita dapat kekalkan kadar pengangguran 3%, iaitu antara terendah di dunia. Kadar pengangguran negara jiran kita Indonesia 6.1%; Negara kaya Amerika Syarikat 6.3%; Negara yang pernah menjajah kita Portugal 15.3%, Belanda 7.3%, UK 6.8%; Negara perdagangan terbesar dengan kita, China 4.1%; Negara Islam yang amat kita hormati, Saudi Arabia 12.1%; negara yang menghadapi krisis ekonomi, Spain 25.6%, Greece 27.5%; dan negara yang sebahagian besar Rakyatnya tidur pada setiap malam dalam kelaparan, Mali 30%.

Impak pertumbuhan ini membolehkan perbelanjaan Rakyat tetap kukuh, dengan itu sektor perniagaan, termasuk supermarket,  restoran dan gerai makanan melayu dan bukan-melayu terus berkembang. Restoran nasi lemak di Kampung Baru penuh dengan pelanggan.

Perbelanjaan oleh Rakyat, Perbelanjaan Bajet Kerajaan Pusat  (termasuk pemberian BR1M), Pelaburan Swasta dan Peningkatan Eksport merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi suku tahun pertama 2014 tersebut.

Pertumbuhan tersebut meletakkan negara kita pada landasan kukuh untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Komponen terpenting dalam transformasi tersebut adalah Rakyat. Berdasarkan statistik pada 31/12/2013, komposisi gaji pekerja Malaysia dalam KDNK adalah 32%; sasaran kerajaan pada tahun 2020, gaji pekerja dalam komponen KDNK di tingkatkan kepada 40% iaitu selaras dengan status gaji di negara-negara maju.

Bermakna prinsip 'Rakyat Di Dahulukan' sentiasa dalam hati, tangan yang memikir dan menulis skrip pembangunan negara dan individu yang melaksanakan misi dan visi Kerajaan Persekutuan ini.

Kepada Allah SWT kita bersyukur dan tetap memohon rahmatNYA. Kita tahu "Setiap segala sesuatu itu di sisi Allah adalah dengan KETENTUAN TakdirNYA", terjemahan ayat "Kullu shaiin indahu bimiqdar".

Sahabat-sahabat, teruskanlah perjuangan yang suci ini.

UMNO saman Malaysiakini terbit artikel berunsur fitnah

Kuala Lumpur: UMNO dan Presidennya mengemukakan notis tuntutan saman terhadap portal berita, Malaysiakini, berikutan penerbitan artikel berunsur fitnah yang bertajuk ‘A Case Of The PM Reaping What He Sows dan How Much Will Najib Spend To Keep Terengganu’, kelmarin.

Penguambela dan Penguamcara Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, yang mewakili UMNO berkata, notis tuntutan saman itu dihantar ke pejabat operasi Malaysiakini di Bangsar Utama, petang kelmarin.

Menunjukkan niat jahat

“MKINI DOTCOM Sdn Bhd melalui portal beritanya, Malaysiakini secara sedar telah mengumpul dan memilih komen-komen yang berunsur fitnah dan hasutan yang jelas menunjukkan niat jahat terhadap anak guam kami dan telah diterbitkan di laman web itu bertarikh 14 Mei 2014 barubaru ini.

“Pada awalnya wakil daripada portal berita itu berkeras tidak mahu menerima notis berkenaan, namun akhirnya mereka akur dan menerimanya,” kata syarikat guaman berkenaan.

Notis tuntutan itu antara lain meminta Malaysiakini membuat permohonan maaf, penarikan balik artikel, menyediakan akujanji bertulis tidak akan mengeluarkan lagi sebarang kenyataan terhadap UMNO dan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak, menyediakan aku janji akan lebih berhati-hati untuk menerbitkan semula komen pengguna secara amnya serta membayar ganti rugi serta kos perbelanjaan dalam perkara ini.

“Segala tuntutan yang dibuat oleh anak guam kami itu hendaklah dipenuhi oleh portal berita Malaysiakini dalam tempoh masa 48 jam dan sekiranya mereka gagal, maka kami akan meneruskan prosiding mahkamah bagi permohonan memfailkan injunksi bagi menghalang sebarang penerbitan lanjut berhubung isu berkenaan terhadap Malaysiakini,” katanya.

Turut menerima notis tuntutan saman itu ialah Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan juga Ketua Editor, Steven Gan.

Friday, May 16, 2014

Lelaki rogol wanita hamil minta maaf.

Lelaki rogol wanita  hamil minta maaf
Bachok: Seorang wanita yang mengandung tujuh bulan dirogol lima lelaki bergilir-gilir di sebuah sawah padi di Kampung Kuau, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 21 tahun dikatakan ke rumah rakan perempuannya di Kampung Tangok, sebelum keluar membonceng motosikal bersama adik perempuan rakannya bagi membeli makanan.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan, Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mangsa yang mempunyai seorang anak berusia lima tahun, mengandung anak kedua manakala suaminya bekerja di Kuala Lumpur.

Bonceng motosikal

Katanya, mangsa mendakwa dia dan adik rakannya sedang membonceng motosikal sebelum didatangi kekasih adik rakannya bersama dua lelaki.

“Adik rakan mangsa dipaksa membonceng motosikal bersama teman lelakinya, manakala mangsa dipaksa mengikuti dua lelaki itu ke sebuah wakaf di kawasan sawah padi Kampung Kuau,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bachok, di sini.

Katanya, mangsa kemudian ditinggalkan bersama dua lelaki itu dan cuba mahu menelefon seseorang untuk mengambilnya.

Abdul Hamid berkata, berang dengan tindakan mangsa, seorang daripada lelaki itu menelefon tiga lagi rakannya dan mereka merogol mangsa secara bergilir-gilir.

Suspek mohon maaf

“Mangsa kemudian dihantar ke rumah rakannya di Tangok oleh seorang suspek jam 4.30 pagi, malah suspek dikatakan sempat meminta maaf kepada mangsa,” katanya.

Abdul Hamid berkata, mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Tawang.

Katanya, polis kini sedang mengesan semua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sunday, May 11, 2014

Terkini: 10 Tip panduan untuk menjadi ibu bapa yang baik.

Dari Prof Muhaya Salam semua..
Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya
#silakan  share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah

Thursday, May 8, 2014

Mengapa Perlu tentang HUDUD?

1) Artikel 11 perlembagaan menyatakan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan Malaysia.

2) Artikel 160 perlembagaan menyatakan bahawa Melayu itu beragama Islam, fasih berbahasa Melayu dan mengamalkan adat orang Melayu.

3) Artikel 153 perlembagaan menyatakan perkara berkaitan hak Istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

4) Hudud adalah salah satu hukum yg terkandung dalam bab Jinayat dalam Islam.

5) Sebagai orang Melayu dan Muslim, perkara berkaitan dgn Islam adalah HAK orang Melayu yang kerajaan mesti pertimbangkan dan beri keutamaan sebagaimana akta 11, 153 dan 160 dalam perlembagaan Malaysia.

6) Maka bab hudud dan perlaksanaannya adalah suatu hak orang Melayu.

7) Kerajaan perlu beri kebenaran dan cari jalan untuk laksana Hudud bagi menunaikan hak kepada Melayu atau Muslim di Malaysia.

8) Kaedah untuk mendesak kerajaan bagi melaksana hudud adalah melalui penuntutan hak, dan bukan kaedah meminta.

Maka, kami yang mewakili NGO-NGO berbasis Islam dan Melayu serta rakyat Malaysia, menggesa, meminta dan mendesak setiap Ahli Parlimen yang berbangsa Melayu-Islam tanpa mengira kecenderungan, kepentingan dan keberpihakan agar mengambil langkah berani, tegas dan tanpa berbelah bahagi untuk menyokongan sepenuhnya Deraf Pelaksanaan Hudud Kerajaan Negeri Kelantan yang akan dibentangkan di Parlimen oleh wakil daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Kami juga meminta supaya Kerajaan Negeri Kelantan dijadikan sebagai perga sandaran atau role model terhadap pelaksanaan dan penguatkuasaan hukum-hukum Hudud di negara ini dan mengesa supaya hudud dijadikan undang-undang dasar negara Malaysia.

Wednesday, April 30, 2014

Terkini: Masaalah Air yang di gembar-gemburkan di Johor, Selangor terpalit bahangnya?

Jawapannya mudah sangat. Saya yang tinggal di Johor tidak ada masalah air.

Kami tidak pernah di catu air. Sampai setakat penulis isu air di saat ini belum pernah tidak keluar air di tempat kami.

Kami tidak pernah tak mandi kerana tiada air. Kalau kami tak mandi bukan masaalah air tak ada, tetapi kerana kami malas nak mandi. Hahahaha...

Sepekara lagi Menteri Besar Johor amat peka dan memahami isu air adalah penting.

Beliau telah memperuntukkan RM36 Juta untuk persiapan dan persediaan dalam penyediaan teknologi pengurusan air bagi kegunaan negeri Johor.

Tambahan, baru2 ini terdapat juga catuan air especially di area bukit batu dan kluang. Tetapi catuan mengikut jadual dan penduduk mempunyai masa dan kadar simpanan yang cukup untuk jadual catuan berikutnya.

Lagipun apa yang berlaku di Johor adalah kerana cuaca musim kemarau.

Air di empangan kurang kerana tiada hujan.

Selepas kemarau Alhamdulillah tiada lagi catuan berlaku.

Ini berbeza dengan di selangor. Walaupun hujan lebat hingga banjir di sesetengan tempat (Seperti Shah Alam) tetapi catuan masih berlaku hingga ke hari ini.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat