TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, April 17, 2014

Haiwan mencemburui manusia.

Kalau haiwan ada Whatsapp, agak-agak apa moment mereka?

NYAMUK : Baru habis ronda rumah Atan.. kenyang beb, Alhamdulillah.. Murah rezeki malam ni..

CICAK : isteriku tersepit pintu...... Menduda lagi kali ke 24..

KUCING BETINA: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

AYAM : Boh, kalu esok kawe tak update moment, maknonyo kawe keno goreng doh.. I luv u all.. Jangan lupo wat kenduri arwah untuk kawe deh.

NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

KUCING JANTAN: Baru je tweet awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

KHINZIR : Aku bengang btol la...die gi pijak taik kucing tapi nama aku yang disebutnye...wei bro! len kali siasat dlu la sape yang berak kt depan umah kaw...agak-agak laa weyh

Lampu Isyarat Condong mengundang bahaya kepada kenderaan tinggi?

Pasir Gudang : Terdapat sebatang tiang lampu isyarat di atas jejantas Taman Megah Ria yang dalam keadaan condong. Punca kejadian condong tidak dapat di pastikan.

Kemalangan Maut Karpal Singh Lebuh Raya Utara Selatan.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Sing maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 305 lebuhraya utara selatan menghala ke utara kira-kira 1.30 pagi tadi.

Monday, April 14, 2014

Kemalangan VEN Sekolah.

(Maklumat berkaitan kes kemalangan m/van tengelam dalam loji kumbahan)

Pada jam l/kurang 1140hrs 14/4/14 pengadu Lkpl 171242 Mohd Nashidee sedang bertugas dibilik kawalan daerah JBU telah terima panggilan talipon dari 1(P)Melayu mengatakan sebuah m/van sekolah tadika telah mengelengsor masuk kedalam loji kumbahan. Pengadu jadikan repot sebagai maklumat pertama.

Pasir Gudang: Kilang Plastik Misteri di tutup.??? Pekerja termanggu-manggu di pintu pagar.


Pasir Gudang: pekerja kilang Plastik terpaksa menanggung kesulitan setiap bulan bila gaji tidak di bayar mengikut janji yang di tetapkan. Kebanyakkan mereka menjangkau umur 40an. Mereka risau tentang peluang untuk mendapat pekerjaan lain.

Lelaki lapor polis kes tidur diganggu azan

Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) dilaporkan akan menjalankan siasatan ke atas dakwaan bahawa seorang lelaki membuat laporan polis kerana tidurnya terganggu akibat laungan azan Subuh dan bacaan doa yang kuat.

Laporan Berita Harian menyebut, penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut mengesahkan bahawa JAJ menerima aduan lelaki tersebut dan kadi diarahkan untuk menyiasat perkara itu.

“Memang kita ada terima laporan. Bagaimanapun kita bersangka baik dan menunggu hasil laporan daripada JAJ untuk tindakan lanjut,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Menurut laporan itu lagi, lelaki berusia 56 tahun itu mendakwa bunyi dari pembesar suara masjid di Jalan Perjiranan, Pasir Gudang itu terlalu kuat dan menyebabkan beliau terjaga dari tidur.

Laporan itu menyebut lelaki tersebut juga mendakwa membuat laporan kepada Pejabat Agama Islam Johor dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

Selain itu, lelaki itu juga dilaporkan bertemu dengan ahli jawatankuasa masjid berkenaan sebelum membuat aduan kepada polis.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat