TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, March 6, 2014

PARENTING TIPS 11: TIPS MEMBANGUNKAN ANAK DARI TIDUR

Salah satu daripada masalah besar ibu bapa ialah kesukaran mengejutkan anak dari tidur.

Tips kali ini memberikan contoh secara langsung bagaimana amalan terbaik membangunkan anak dari tidur. Kali ini ia berbentuk video, sebagai memenuhi permintaan ramai yang ingin melihat secara live amalan parenting kami. Maaf kualiti agak rendah sebab ini ...rakaman video lama dan ia adalah kandid, bukan filem/drama.

Polis Maut Ditikam Penjenayah.

Media arus perdana semalam melaporkan berita mengenai seorang anggota polis yang maut ditikam dengan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah warga asing ketika melakukan rondaan di Taman Sentosa, Klang.

Manakala rakan setugas mangsa pula dikatakan nyaris maut setelah dilibas dengan parang di muka dan kepala. Kejadian tersebut dikatakan berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi, ketika mangsa, Koperal Raja Aizam Raja Mohd, 53, dan rakan setugasnya, Koperal Mohd. Aidil Mustafa, 29, cuba menahan dua lelaki dan tiga wanita dalam keadaan mencurigakan.

Tuesday, March 4, 2014

Rusia Perkukuhkan kedudukan tenteranya.

Russia perkukuh cengkaman
» Hantar askar tambahan, pesawat tempur ke Crimea

Moscow: Russia mengukuhkan cengkamannya ke atas Crimea semalam apabila semakin ramai askar bergerak memasuki wilayah itu manakala pesawat tentera mula dilihat terbang di ruang udaranya ketika Moscow terus mengingkari perjanjian antara kedua-dua negara, kata pengawal sempadan Ukraine.

Pengawal berkenaan berkata sepanjang tempoh 24 jam lalu, 10 helikopter tempur dan lapan pesawat kargo sudah mendarat di wilayah itu, manakala empat kapal perang Russia berlabuh di Pelabuhan Sevastopol sejak kelmarin.

Monday, March 3, 2014

Serangan Strok Haba banyakkan minum Air.

As salam n greetings to all

Press statement frm DG:

Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal "heat stroke" atau "strok haba" berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.

"Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya.

Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.

Dr Noor Hisham berkata pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas di samping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.

Oleh itu beliau menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.

"Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.

"Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan," katanya.

Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari. - Bernama, 1 Mac, 2014.

Saturday, March 1, 2014

Selamat Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke 81.

 Perjuanganmu bukan kerana nama,bukan kerana pangkat,juga bukan kerana mengejar darjat namun, namamu akan tersemat kuat melekat pada setiap jiwa rakyat merdeka,yang sentiasa menghargai perjuangan dan pengorbanamu...KEPADA PERWIRA NEGARA yang gugur di bumi LAHAD DATU,SABAH... krn mempertahankan negara dari penceroboh.... AL-FATIHAH buat mereka.... moga roh2 mereka yang gugur di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman..... SALAM TAKZIAH buat keluarga mereka...dan SELAMAT MENYAMBUT HARI TENTERA DARAT MALAYSIA KE 81.
Perjuanganmu bukan kerana nama,bukan kerana pangkat,juga bukan kerana mengejar darjat namun, namamu akan tersemat kuat melekat pada setiap jiwa rakyat merdeka,yang sentiasa menghargai perjuangan dan pengorbanamu...KEPADA PERWIRA NEGARA yang gugur di bumi LAHAD DATU,SABAH... krn mempertahankan negara dari penceroboh.... AL-FATIHAH buat mereka.... moga roh2 mereka yang gugur di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman..... SALAM TAKZIAH buat keluarga mereka...dan SELAMAT MENYAMBUT HARI TENTERA DARAT MALAYSIA KE 81.

Lahat Datu Sentiasa di Ingatan. Al-Fatihah.

1 Mac 2014..genap setahun terkorbannya perwira-perwira negara di Lahad Datu.
3 Mac 2014..genap setahun terkorbannya perwira-perwira negara di semporna..

Al Fatihah untuk semua yang terkorban semuga syurga milih semua kerna berkorban untuk pemertahankan negara.

Lahad Datu
(1 Mac 2013)
Terkorban
Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat
Koperal 113088 Sabarudin B. Daud

Semporna
(3 Mac 2013)
Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman)
ASP Michael, (KCKD Semporna)
Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna)
Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna)
Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah)
Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau)
Al-Fatihah
بسم الله الرحمن الرحيم (١)
الحمدلله رب العلمين (٢)
الرحمن الرحيم (٣)
ملك يوم الدين (٤)
اياك نعبد واياك نستعين (٥)
ا هد نا الصر ط المستقيم (٦)
صر ط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم و لا الضا لين (٧)

Friday, February 28, 2014

Kes Bunuh Ketua Wanita UMNO Cawangam Semencu.

Kota Tinggi: Ketua Wanita UMNO Cawangan FELDA Semenchu, Zalfah Jamaluddin, 68, ditemui mati di kediamannnya di sini, dipercayai disamun dan bunuh.

Mangsa ditemui di rumahnya di No 36, Blok 2 FELDA Semenchu, di sini dan dipercayai dibunuh kira-kira jam 11 pagi, tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Rahmat Othman, mengesahkan kejadian.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat